Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI KENDIRI

AHMAD ZULKIFLI BIN MANAOH

Bersyukur kepada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 ini. iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG). Pada 27 September 2012, saya bersama rakan-rakan PPG ambilan Jun 2011 seramai 28 orang telah berjaya mengadakan Ceramah Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang betempat di Makmal Komputer SK. Duyong, Melaka. Ceramah ini telah berlangsung bermula dari pukul 02.30 petang dan berakhir pada 05.30 petang. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Ramanan a/l Arumugum, Encik Ismail Labis. Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi

banyak pengalaman dan pengetahuan berguna kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti progam ini. Segala pengetahuan yang saya dapat ini amatt berguna dalam kehidupan seharian terutama sebagai seorang pendidik. Tajuk yang disampaikan, secara tidak langsung mengetahui tentang guru sebagai insan mulia, memahami ciri-ciri kualiti peribadi dan profesionalisme seorang guru serta keperluan pembelajaran berterusan dan seluas hayat. Ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada saya mengenai mengurus mengatur serta merancangkan segala persiapan sebelum, semasa dan selepas sesuatu ceramah dianjurkan. Berdasarkan pengalaman sebagai seorang guru dan pernah menguruskan perkhemahan sebelum ini, sudah tentu program BIG ini dapat saya uruskan dengan jayanya. Walaupun demikian , kerjasama dan semangat berpasukan itu amat penting dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Bak kata pepatah Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Tanpa bantuan dan kerjasama semua pihak sudah tentu kita gagal melaksanakan sesuatu perkara dengan baik. Yang kedua, saya belajar untuk menguruskan masa dengan baik. Saya belajar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti yang telah ditetapkan dalam jadual. Semasa BIG ini, saya dapati sebenarnya tidak sukar untuk melakukan sesuatu dalam masa yang telah

ditetapkan. Apa yang penting adalah keazaman dan pembahagian tugas yang teratur. Sekiranya kita tidak membahagikan tugas-tugas antara ahli kumpulan dengan baik, kita mungkin tidak dapat menyelesaikan tugasan tadi dalam masa yang telah ditetapkan.

Yang ketiga apa yang dapat saya pelajari melalui BIG ini adalah sikap yang sentiasa ingin mencari ilmu. Semua ilmu tidak akan datang dengan hanya petikan jari sahaja. Maka, tanggungjawab kita adalah mencari dan menggali ilmu-ilmu tersebut. Ilmu sangat penting dalam kehidupan dan untuk menghadapi apa juga rintangan yang tidak dapat kita duga. Manusia tanpa ilmu merupakan manusia yang paling malang dan miskin dalam dunia ini. Dalam kehidupan seorang guru, ilmu bukan sahaja dari segi intelek, malah dari semua segi kehidupan. Ini kerana guru dijadikan tempat rujukan untuk mendapatkan apa jua maklumat. Maka, kita haruslah terus mencari ilmu-ilmu yang baru untuk memantapkan ilmu yang sudah kita dapat. Sesungguhnya, program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Semua aktiviti yang dijalankan banyak mengajar saya nilai-nilai dan pengetahuan yang berguna untuk memperbaiki kekurangan diri saya. Selain itu, pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang melatih diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang berjiwa kental, tidak mudah mengalah dan lasak.

Akhir sekali, semua aktiviti yang telah dirancang dalam program BIG sememangnya menepati apa yang diperlukan oleh seseorang guru untuk menjadi guru yang berjaya dari sudut sahsiah, akhlak dan juga pemikiran yang murni. Banyak manfaat yang saya perolehi semasa menjalankan program ini. Diharapkan hasil yang akan terbentuk daripada program ini benar-benar berkualiti dan mencapai tahap yang dikehendaki. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya Puan Anisah Bte , iaitu mentor kumpulan PK, Penyelaras program BIG IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka (IPG KPPM), En Azman Kanil , pensyarah-pensyarah di unit Kokurikulum IPG KPPM,atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan bagi melaksnakan program ini. Tidak lupa juga diucapkan kepada Guru Besar SK. Duyong, barisan pentadbir dan guru-gurunya yang memberi kebenaran dan kerjasama memberi kemudahan menggunakan makmal komputer. Kepada rakan-rakan PPG yang banyak memberikan komitmen dan kerjasama , tidak juga saya lupakan ntuk ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kalian semua. Sekian terima kasih. AHMAD ZULKIFLI BIN MANOH

701004-04-5081 KUMPULAN PK / AMBILAN JUN 2011 Salam, mustakim mintak tolong hang edit saya punya refleksi ceramah ini jangan lupa masukkan nama saya dalam aktiviti ceramah yang di buat dkt sk duyong pada 27.9.12.hang nak hantar bila.perkhemahan saya hantar pada 15.10.12 pukul 3.30 petang.

Anda mungkin juga menyukai