Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS Novel Anak Din Biola mengemukakan kisah kegigihan dan semangat yang tinggi seorang kanakkanak yatim

yang tinggal di rumah anak yatim, Rumah Bonda. Kanak-kanak yatim bernama Budiman bin Budin merupakan watak utama dalam cerita ini. Dia tinggal di Rumah Bonda selepas kematian bapa dan ibunya. Budiman mempunyai bakat dalam bermain biola dan bakat ini diwarisi daripada ayahnya yang merupakan pemain biola yang terkenal. Kehebatan ayahnya bermain biola terserlah apabila Budiman menerima anugerah Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) daripada baginda Sultan bagi pihak ayahnya. Anugerah ini diberikan kepada ayahnya yang berjasa dalam bidang seni muzik tanah air. Di Rumah Bonda, dia bersahabat baik dengan Chandra dan Chong. Mereka berhadapan dengan pelbagai karenah dan cabaran. Di Rumah bonda ini juga, kita ditenukan dengan watak lain yang menjadikan verita ini menarik. Pak Jais, Pak Mat Tukang Masak, dan Pak Man Tukang Jahit memainkan peranan dalam mencorakkan kehidupan Budiman. Di Rumah Bonda, Budiman dapat mengetahui tentang kisah kehilangan biola Bayu Senja kepunyaan ayahnya dan kisah adanya orang yang bertanggunjawab mencuri wang jualan buku muzik karya ayahnya itu. Di Rumah Bonda, Budiman, Chandra dan Chong berjaya mengesan pencuri bekalan makanan anak-anak yatim. Budiman dapat memperdayakan Pak Mat Tukang Masak yang cuba menggunakannya sebagai pengedar dadah. Pat Mat Tukang Masak ditangkap polis dan kemudian dijatuhi hukuman penjara 10 tahun. Dalam masa yang sama, Budiman terus mendapat galakkan bermain biola untuk menyertai pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya. Budiman di perkenalkan kepada Datin siti Borbayu yang menjadi penilik Sekolah Muzik Lagu Bayu. Datin Siti Norbayu mengajarnya dan memberikan galakkan supaya Budiman menyertai pertandingan yang akan diadakan. Di samping itu, Budiman jugadapat berkenalan dengan penggesek biola buta bernama Pak Wan Busu, yang turut mendidik juga

dan mengajarnya menggesek biola. Kebetulan, Pak Wan Busu pernah belajar biola dengan arwah ayahnya.

Berkat

kesungguhan

dan bimbingan

daripada

guru-gurunya

serta dorongan daripada semua pihak, Budiman hidup berdikari apabila menerima pelawaan daripada Datin Siti Norbayu untuk mengajar kanak-kanak bermain biola di Sekolah Muzik Lagu Bayu. Pada waktu siang, Budiman bekerja di situ dan pada waktu malam dia belajar di sekolah malam untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik diTokyo, Jepun. Rakan-rakannya, Chong dan Chandra juga sudah hidup berdikari dantidak lagi tinggal di Rumah

Bonda. Chandra belajar sambil bekerja di klinik bapasaudaranya dan Chong berjaja barang-barang kerja tangan kepunyaan bapa Lina

Anda mungkin juga menyukai