Anda di halaman 1dari 10

Tutorial Lengkap Membeli Nama Domain dan Hosting

Oleh : Mohd Zulfadhli Abd. Nasir www.zulpress.com Setiap hari semakin ramai yang ingin memiliki nama domain dan hosting sendiri. Ini kerana dengan memiliki nama domain dan hosting sendiri, anda bebas untuk membina website dan membina blog anda sendiri di samping dapat memiliki nama domain yang anda inginkan. Justeru, pada kali ini, saya sediakan tutorial bagaimana membeli nama domain pilihan anda bersama pakej hosting di syarikat penyedia hosting NetKL. Secara umumnya, tutorial ini boleh diguna pakai bagi membeli nama domain dan pakej hosting di syarikat penyedia hosting yang lain kerana langkahnya adalah hampir sama sahaja.

Tutorial Membeli Nama Domain dan Hosting di NetKL


1. Sila ke halaman utama penyedia hosting NetKL di www.zulpress.com/NetKL . Kemudian, klik pada tab Domain seperti gambar di bawah.

2. Seterusnya, masukkan nama domain pilihan anda ke dalam ruangan yang disediakan dan pilih extension yang anda inginkan sama ada .com, .net, .biz dan sebagainya. Saya cadangkan anda memilih extension .com. Kemudian klik butang Check Availability.

3. Seterusnya, anda dikehendaki memasukkan nama domain dan juga memasukkan kod karakter yang dipaparkan. Kemudian klik butang Check Availability. Pastikan nama domain pilihan anda masih belum dibeli oleh orang lain dan Available. Jika ia sudah dibeli, anda perlu memasukkan nama domain yang lain. Ulang langkah di atas sehingga nama domain pilihan anda Available. Kemudian klik Order Now bagi membeli nama domain pilihan anda tadi. Lihat gambar di bawah.

4. Seterusnya, anda diberi pilihan untuk membeli nama domain sahaja atau membeli pakej hosting di NetKL. Sekiranya anda hanya ingin membeli nama domain sahaja, anda hanya perlu klik butang Update Cart dan anda akan dibawa ke halaman Confirm Order. Kemudian klik Checkout untuk membuat pendaftaran akaun dan membuat pembayaran. Tetapi, bagi tutorial ini, saya memilih untuk membeli pakej hosting di NetKL (percuma ID Protection). Klik butang Click to Add bagi memilih pakej hosting di NetKL. Lihat gambar di bawah.

5. Seterusnya, pilih pakej hosting yang anda inginkan. Terdapat 3 pilihan hosting iaitu Silver, Gold dan Platinum plan. Saya akan memilih pakej mySilver plan kerana saya hanya memerlukan satu blog sahaja. Kemudian klik Order Now.

6. Klik butang Click to Continue dan klik Add to Cart kemudian klik Update Cart.

7. Seterusnya semak pembelian anda. Nama domain anda adalah percuma bagi pembelian pakej hosting di NetKL. Seterusnya klik butang Checkout untuk ke ruang pendaftaran dan pembayaran.

8. Pada ruangan Checkout, isikan nama, alamat anda, email dan juga password bagi akaun anda di NetKL. Pilih cara bayaran sama ada melalui bank transfer, bank in, atau melalui Paypal. Kemudian, klik butang Complete Order. Lihat gambar di bawah.

Tempahan nama domain dan hosting anda telah selesai. Satu invois akan dihantar ke alamat emel yang anda berikan. Anda akan menerima emel daripada pihak NetKL secara automatik yang mengandungi invois iaitu jumlah bayaran yang perlu anda lakukan.Dalam panduan ini, bayaran yang perlu dilakukan ialah RM 60.00. Nota: Jumlah bayaran ini adalah BAYARAN untuk setahun. Setelah cukup setahun, anda perlu membuat pembayaran lagi sekali bagi membolehkan akaun hosting anda aktif. Sila rujuk emel yang bertajuk "Customer Invoice" yang dihantar oleh NetKL.com. Ia mengandungi maklumat akaun bank NetKL.com. Anda juga boleh merujuk di bahagian akaun (Client Area).

Lakukan bayaran dengan menggunakan Bank Transfer sama ada secara Online atau membayar di kaunter bank atau melalui mesin deposit bank. Atau anda juga boleh menggunakan online payment PayPal. Setelah membuat bayaran ke mana-mana akaun bank pihak NetKL.com, anda perlu menghantar satu emel kepada mereka dengan tajuk "Bukti Pembayaran Untuk {nama domain anda} dan sertakan maklumat bukti bayaran seperti masa bayaran dan cara pembayaran.. Maklumat nama domain dan hosting anda akan diemelkan kepada anda selepas pembayaran anda disahkan oleh pihak NetKL. NOTA :

Jika anda menggunakan Online banking, sila 'copy & paste' transaksi bayaran ke dalam emel bukti pembayaran tersebut. Jika anda membayar melalui kaunter bank atau mesin deposit, sila nyatakan masa dan tarikh pembayaran dilakukan bersama dengan jumlah bayaran yang dilakukan. Jika anda membayar menggunakan PayPal, anda tidak perlu menghantar emel kepada mereka. Pihak Paypal akan menghantar makluman kepada pihak NetKL.com secara automatik.

Pihak NetKL.com akan menghantar maklumat cpanel anda sebaik sahaja pembayaran disahkan. Biasanya ia hanya mengambil masa 24 jam. Mengikut pengalaman saya, dalam masa satu jam, pembayaran anda sudah disahkan. (bergantung kepada keadaan). Sila rujuk Panduan Buat Blog untuk memasang blog WordPress anda bagi langkah seterusnya. Terima kasih.

Anda sudah tidak perlu tercari-cari cara untuk install dan pasang blog anda sendiri. Saya telah sediakan sebuah panduan lengkap bagi anda membina blog anda sendiri. Hanya ikuti Panduan Lengkap Membina Blog Sendiri ini langkah demi langkah, anda akan dapat membina blog anda dengan mudah. Sila layari laman utama di http://www.zulpress.com/panduanbuatblog

Layari : http://www.zulpress.com/panduanbuatblog

Anda mungkin juga menyukai