Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGETUA

Yang diraikan, En -------, Penolong Kanan Kokurikulum, Yang berusaha, --------, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum , ----------------, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, ---------------, Penolong Kanan Petang, ----------------, Penolong Kanan PKP, Ketua-Ketua Bidang Sekolah, Kaunselor-Kaunselor Sekolah, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuaca yang redup dan tenang seolah-olah menggambarkan perasaan kita yang berhimpun pada pagi ini. Saya percaya bahawa di sudut hati guru-guru dan pelajar-pelajar hari ini adalah perasaan sedih. Setelah hampir enam tahun bertugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ini, hari ini -------------------- akan pergi meninggalkan SMK Desa Petaling. Tahniah juga diucapkan kepada beliau kerana telah mendapat kenaikan pangkat sebagai Penolong Kanan HEM di --------------.

Walaupun saya berasa berbangga kerana beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan HEM. Tetapi dalam masa yang sama saya berasa sedih kerana bakal kehilangan seorang Penolong Kanan Kokurikulum yang yang begitu berdedikasi dan banyak memberi sumbangan dalam mengharumkan nama sekolah.

Sepanjang saya bekerja dengan beliau. Beliau adalah seorang yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam kerja yang dilakukan. Oleh itu, tidak hairanlah dibawah pimpinan beliau sekolah telah berjaya menempa nama dan kejayaan. Antaranya dalam permainan dan sukan seperti sepak takraw, bola sepak yang mana beliau sendiri turun padang untuk melatih

pasukan tersebut. Selain itu, pencapaian pasukan bola tampar, bola jaring dan olahraga telah meningkat sejak beliau menjawat jawatan Penolong Kanan kokurikulum sekolah ini. Yang terbaru, beliau mewujudkan sistem pengisian dan pengiraan markah kokurikulum secara elektronik yang lebih pantas dan mudah. Bukan ini saja, tetapi banyak lagi sumbangan lain yang tidak mampu disenaraikan. Pendek kata, beliau telah pembangunan modal insan pelajar-pelajar -------------------. banyak menyumbang kepada

Memang benar kata orang, patah tumbuh hilang berganti, tetapi penggantinya tidak sama seperti beliau. Walaubagaimanapun saya berdoa agar ----- akan meneruskan usahanya dalam meningkatkan kualiti profesion perguruan di --------------- seperti apa yang beliau telah lakukan di sekolah ini.

Saya mewakili guru-guru yang lain ingin memohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang bekerjasama di sekolah ini. Diharap, pada masa akan datang ---------------- sudi menjengukjenguk kami disini. Ibarat biar jauh di mata tapi dekat di hati.

Saya akhiri ucapan saya dengan pantun: Malam hari berlagu unggas Memecah kesunyian di dalam hutan Walaupun terpisah tempat bertugas Budimu tuan dalam ingatan Tuai padi antara masak Esok jangan layu layuan Intai kami antara nampak Esok mesti rindu-rinduan Sekian terima kasih.

starmoon

Anda mungkin juga menyukai