Anda di halaman 1dari 17

apakah perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan instrumen penilaian lisan?

Soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami. Aktiviti atau bahan boleh merangsang murid untuk mengeluarkan idea tersendiri. Pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu atau bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir. Aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

jelaskan aspek yang boleh dinilai secara lisan

KEMAHIRAN MENDENGAR
o Mendengar deretan bunyi o Memahami bunyi-bunyi yang didengar o Menilai bunyi-bunyi yang didengar o Bertindak terhadap bunyi

KEMAHIRAN BERTUTUR
o o o o o o o o o o Sebutan Tekanan Panjang-pendek (Mora) Kefasihan Laras Bahasa Tatabahasa Jeda Intonasi Nada Kelancaran

o Sebutan
murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat. Bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna. Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya dilakukan pada suku kata. Lambangnya ialah /?/. Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

o Tekanan

o Panjang-pendek (Mora)
Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan Lambangnya ialah [:], [::] adalah 2 mora, [.] adalah setengah mora

o Kefasihan
boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.

o Laras bahasa
kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai Melatih pelajar menggunakan bahasa mengikut laras Bertujuan untuk berkomunikasi

o Tatabahasa
merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayatayat. Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis Fonologi murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat. Morfologi murid harus memilih, membina dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul Sintaksis murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jelas dan kemas. Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya dan sebagainya harus sesuai dengan bahasa yang dituturkan.

o Jeda Persendian Digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza) /+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.

o Intonasi Merupakan sesuatu ayat yang menaik atau menurun. Intonasi ayat dalam BM biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. Intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi dan sebagainya. o Nada Keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan. Nada tidak bersifat fonemik.

o Kelancaran Boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

dalam pengajaran bahasa, apakah kemahiran lisan yang boleh dinilai?

Kemahiran mendengar Kemahiran bertutur

Beri Nilai