Anda di halaman 1dari 2

1. Faktor-faktor yang menyebabkan seseorang remaja merokok dan kesan-kesan yang dialami daripada tabiat tersebut.

Pepatah Melayu ada berkata, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Begitulah bunyinya peribahasa yang mencerminkan scenario golongan masyarakat yang terperangkap dalam gejala merokok. Sejak akhir-akhir ini, gejala merokok semakin jelas kelihatan dalam masyarakat Malaysia terutamanya golongan belia. Perbuatan yang tidak membawa sebarang kebaikan ini seolah-olah telah menjadi sebahagian daripada norma masyarakat Malaysia. Persoalan yang sering timbul, mengapa keadaan seperti ini wujud dalam kalangan kita? Apakah factor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini? Edwin Golongan remaja yang umurnya setahun jagung dan darahnya setapuk pinang mudah terdorong untuk melakukan perkaraperkara yang dianjurkan oleh budaya masyarakat di sekeliling mereka.Hal ini kerana remaja ingin menempatkan diri mereka dalam komuniti di sekeliling dengan melakukan perkara yang telah menjadi norma yang biasa dalam kalangan masyarakat. Khususnya, remaja yang kerap melihat jiran ataupun ibu bapa mereka merokok setiap hari, mereka turut terangsang untuk mencubanya.Walaupun remaja sedar akan keburukan gejala ini, namun naluri mereka mencuba sesuatu yang baharu menjadi tembok penghalang kepada mereka uantuk menghindari perbuatan merokok.Oleh itu, anggota masyarakat tidak patut mengentengkan isu ini, sebaliknya harus mengambil inisiatif untuk mengatasi kekangan ini agar tidak menjadi ikutan remaja-remaja yang lain, persis kata peribahasa Melayu, seekor kerbau membawa lumpur,semuanya akan terpalit. Narmatha Di samping itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan seseorang remaja merokok. Apabila mengenali rakan yang mempunyai tabiat merokok, mereka akan mengikut rakan tersebut merokok . Mereka juga terdorong oleh perasaan ingin mencuba bagaimana rasanya rokok itu semasa melihat rakannya merokok kerana golongan remaja sinonim dengan sikap mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Kadangkala, rakannya akan memaksa mereka merokok demi keseronokan, bak kata pepatah kambing dhalau ke air. Jika mereka enggan merokok, mereka akan disisihkan dan dianggap tidak berani. Lim Chang Yao Sementelahan, tidak boleh dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang agak penting dalam mengasuh dan mendidik anak-anak supaya menjadi seorang modal insan yang berguna pada masa hadapan. Salah satu faktor yang menyebabkan seseorang remaja merokok ialah anak-anak meneladani perbuatan ibu bapa mereka. Sesetengah kalangan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab menghisap

merokok di depan anak-anak mereka. Hal ini telah menyebabkan anakanak mereka mengikut jejak perbuatan mereka yang buruk tersebut. Ibu bapa mestilah menjadi suri teladan dan sebaliknya tidak seharusnya menunjukkan perbuatan yang buruk di depan anak-anak, bak kata pepatah, bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul. Sebagai contoh, ibu bapa wajar memberi kesedaran dan nasihat kepada anak-anak mereka bahawa keburukan merokok sejak kecil lagi, bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bagaimana acuan begitulah kuihnya, hal ini menunjukkan bahwa ibu bapa merupakan faktor terbesar dalam pembentukan anak-anak mereka. Cheng Wei Xian Seterusnya,terdapat pelbagai kesan daripada tabiat merokok. Kesihatan remaja akan terjejas jika seseorang remaja itu mengamalkan tabiat merokok. Perkara ini terjadi kerana bahan yang digunakan untuk membuat rokok terdiri daripada pelbagai bahan kimia. Apabila manusia merokok, segala bahan kimia yang terdapat di dalam rokok akan bertindak balas dengan tubuh badan manusia yang terdiri daripada organ-organ yang amat penting. Penyakit seperti asma, sakit jantung, barah otak, angin ahmar dan migrain merupakan antara penyakit yang disebabkan gejala merokok. Selain memberikan kesan kepada perokok itu sendiri, asap rokok juga membawa kesan buruk kepada orang lain. Orang yang tidak merokok boleh menghidap penyakit apabila terhidu asap tembakau rokok yang dihembus keluar oleh perokok. Hal kerana asap tembakau ini juga mengandungi bahan kimia yang beracun. Chee Zhen Fei Pembaziran wang juga merupakan satu kesan yang dibawa oleh tabiat merokok . Seseorang yang mempunyai tabiat merokok akan sentiasa merokok untuk keseronakkannya . Pada hari ini , harga sekotak rokok sudah dinaik sampai ke RM10 di negara kita . Perbuatan membeli rokok jelas satu pembaziran sedangkan wang itu boleh dibelanjakan untuk kegunaan yang lebih berfaedah and bermanfaat . Manusia harus bersedar tentang kesan pembaziran wang yang dibawa oleh tabiat merokok . Wang tersebut harus kita simpan dan guna dengan baik . Wang untuk beli rokok itu boleh kita guna dengan menyelesai masalah lain seperti masalah kewangan ,bah kata pepatah sediakan payung sebelum hujan . - Jacky Lim

Anda mungkin juga menyukai