Anda di halaman 1dari 3

KONSEP PSIKOTERAPI TERAPI

Terapi merupakan rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental melalui proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan. Rawatan gangguan mental dilakukan melalui pelbagai bentuk terapi, yang merangkumi prosedur untuk memulihkan orang yang menghadapi gangguan mental.

PSIKOTERAPI

Diertikan sebagai pemulihan minda atau pemulihan kendiri, iaitu rawatan sakit jiwa atau gangguan mental dengan menggunakan kaedah psikologi.

Menurut Corsini : Proses interaksi formal dua pihak (2 orang/lebih) yang bertujuan memperbaiki keadaan yang tidak menyenangkan (distres) pada salah satu pihak karana tidak berfungsinya / ketidakmampuan pada fungsi kognitif, afeksi atau perilaku, dengan terapis berusaha mengembangkan memelihara atau mengubahnya dengan menggunakan metode-metode sesuai pengetahuan & kemahiran, serta bersifat profesional & legal.

Tahap-tahap Psikoterapi : 1. Wawancara awal


-

dikemukakan apa yang akan terjadi selama terapi berlangsung aturan-aturan yang akan dilakukan terapi & diharapkan dari klien kontrak terapeutik (tujuan, harapan, kapan, dimana, lama, keterbatasan, dan lain-lain.) akan diketahui apa yang menjadi masalah klien rapport, klien menceritakan masalah (ada komitmen untuk mengkomunikasikan), terapis & klien bekerjasama.

2. Proses terapi
-

mengkaji pengalaman klien, hubungan terapis & klien

3. Pengertian ke tindakan

terapis bersama klien mengkaji & mendiskusikan apa yang telah dipelajari klien selama terapi berlangsung, pengetahuan klien akan aplikasinya nanti di perilaku & kehidupan sehari-hari

4. Mengakhiri terapi terapi dapat berakhir jika tujuan telah tercapai, klien tidak melanjutkan lagi, atau terapis tidak dapat lagi menolong kliennya (merujuk ke ahli lain)
-

beberapa pertemuan sebelum terapi berakhir klien diberitahu klien disiapkan untuk menjadi lebih mandiri menghadapi lingkungannya nanti

Pendekatan Psikoterapi:
1. Terapi Psikodinamik <Sigmud Freud ( 1856-1939 )>

Berasal daripada psikoanalisis Sigmud Freud ( 1856-1939 ), seorang ahli psikologi yang terkenal dengan kajian personaliti manusia. Berusaha tidak sedar. mengurangkan kesakitan atau gangguan mental dengan

meneroka punca masalah mental-emosi berlandaskan peringkat munda

2. Terapi Berpusatkan Klien < Carl Rogers ( 1902-1987 )>

Sejenis pendekatan humanistik yang berasaskan andaian bahawa individu yang menghadapi gangguan mental mempunyai sumber tenaga dalaman yang kuat, dan sumber tenaga ini akan membolehkan individu ini memikir secara rasional untuk menangani emosi yang dihadapinya.

3. Terapi Modifikasi Tingkah Laku < Ivan Parlov ( 1849-1939 ), John Watson

( 1878-1958 ), B.F Skinner ( 1904-1990 )> Memfokuskan kepada pelaziman respondan dan operan, penghapusan dna pemulihan tingkah laku manusia. 4. Terapi Kognitif-Tingkah Laku

Menolong pesakit pasakit memikir secara rasional supaya mengawal situasi masalah emosi dengan lebih berkesan. a) Terapi Rasinal Emotif Behavioural (REBT)
Dipelopori oleh Albert Elis ( 1913- 2007 ). RENT beroperasi di bawah andaian bahawa fikiran tidak rasional akan membawa kebimbangan depresi, dan kemarahan yang tidka terkawal. Gangguan emosi disebabkan oleh pandangannya terhadap peristiwa dan bukan peristiwa yang menggerakkan gangguan emosinya.

b) Terapi Kognitif
Dipelopori oleh Aaron Beck (1921- ) Menggunakan fikiran automatik, iaitu fikiran yang berada peringkat kesedaran tanpa bertujuan atau keinginan memikiranya. Ciri fikiran automatik tidak logikal dan kognitifnya diputarbalikkan, ia menjadikan pesakit mempersepsikan realiti secara salah dan tidak realistik. Pendekatan kognitif ini mengajar pesakit cara menambahkan kualiti proses fikirannya.

5. Terapi Kelompok Dikendalikan dalam kumpulan yang lazimnya mengandungi 5 hingga 7 orang.

Terapis bertindak sebagai pemudahcara, membenarkan setiap individu dalam kumpulan mengambil bahagian dalam sumbangsaran untuk mencpaai persetujuan terhadap langkah memodifikasi tingkah laku secara berkesan.

Rujuk kepada bahan rujukan dan Internet:


Sang, M. S. (2010). Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling (Edisi Kedua). Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. PSIKOTERAPI. (n.d.). Retrieved Januari 6, 2012, from tespengantr-fix.doc: http://srini.staff.gunadarma.ac.id/Downloads/files/13996/tespengantr-fix.doc

Anda mungkin juga menyukai