Anda di halaman 1dari 14

PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK PISMP 6C

TAMAN LAUT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR


KERTAS KERJA PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK
TARIKH : 16 OKTOBER 2012 TEMPAT : DEWAN HAMZAH FANSURI INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS BAHASA MELAYU ANJURAN: PISMP 6C AMBILAN JANUARI 2010 DENGAN KERJASAMA: JABATAN PENGEMBANGAN KEBUDAYAAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
Page 1

PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK PISMP 6C

TAMAN LAUT

0.0

PENGENALAN Dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan Negara bertujuan untuk

memperkembangkan potensi individu bagi mewujudkan insan yang menyeluruh, bersepadu dan seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Bagi membentuk individu yang demikian, sejak dari kecil lagi, kanak-kanak harus dilatih agar dapat mengamalkan segala sikap yang melambangkan ciri-ciri tersebut. Jadi, melalui pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknikteknik teater di sekolah, aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti main peranan, simulasi, improvisasi, dan sebagainya diyakini dapat dapat meningkatkan kualiti diri kanak-kanak melalui nilai-nilai kerjasama, displin diri serta dapat menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Melalui aktiviti teater juga, dapat merangsang murid mendengar dengan lebih prihatin, bertutur dengan fasih dan bermakna, membaca dengan nada,intonasi dan sebutan serta dapat menghasilkan sesuatu karya penulisan yang lebih imaginatif. Ini disebabkan aktiviti teater dapat merangkumkan segala aspek kecekapan berbahasa dan aspek-aspek pengembangan diri serta social seseorang individu. . 1.0 MATLAMAT Jadi, bertepatan dengan tujuan tersebut, kursus pendek Asas Lakonan dan Pengarahan Teater Kanak-kanak ini diadakan khusus bagi guru-guru pelatih PISMP Semester 6 Major Bahasa Melayu untuk memberi pengalaman kepada guru-guru pelatih membuat pementasan teater bertepatan dengan konsep, kriteria, prinsip dan kaedah pelaksanaan pementasan teater kanakkanak. Adalah diharapkan, melalui pementasan ini, para pendidik bahasa akan dapat memahami konsep, cara melaksanakan serta kepelbagaian sumber yang boleh digunakan dalam mengaplikasikan teater dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di bilik darjah. Di samping itu, teknik pengajaran dan
Page 2

PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK PISMP 6C

TAMAN LAUT

pembelajaran bahasa melalui teknik teater juga dapat membantu guru supaya lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran, sementara murid-murid pula dapat mengalami pembelajaran dengan lebih menarik serta lebih menyeronokkan dan hidup.

2.0

OBJEKTIF
2.1

Memberi pengalaman dan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang konsep, kriteria, prinsip dan kaedah pelaksanaan pementasan teater kanak-kanak.

2.2

Mendedahkan guru-guru pelatih tentang kemahiran bagi melatih murid berlakon secara sistematik apabila mengajar di sekolah. Mencetuskan kreativiti dalam kalangan bakal guru bagi mencipta strategi dan bahan pengajaran di bilik darjah. Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru melalui kepelbagaian aktiviti teater yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

2.3
2.4

2.5
2.6

Meningkatkan kesedaran, rasa cinta serta menghargai dan mencintai budaya serta seni tradisi supaya tidak melupakan akarnya. Memberi pendedahan dan pengalaman bekerja dalam kumpulan (teamworking) seterusnya memupuk semangat saling bantu-membantu dan toleransi dalam kalangan guru pelatih.

2.7

Mencungkil bakat yang terpendam dalam kalangan guru pelatih institut di samping memupuk sikap yang progresif, positif, berinovatif, kreatif, kritis, bertanggungjawab serta berdisiplin dalam diri anggota pasukan.

Page 3

PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK PISMP 6C

TAMAN LAUT

3.0

TARIKH, HARI, MASA Tarikh Hari Masa : 15 Oktober 2012 : Selasa : 9.00 malam 10.30 malam

4.0

TENTATIF PROGRAM 8.00 malam 9.0 malam 9.00 malam 10.00 malam : Kedatangan penonton : Ketiba tetamu jemputan : Pementasan TEATER TAMAN LAUT : Jamuan ringan

10.30 malam : Majlis bersurai

5.0

TEMPAT

Dewan Hamzah Fansuri, Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu

6.0

PENGANJUR Guru pelatih PISMP 6C Ambilan Januari 2010 dengan kerjasama Jabatan

Pengembangan Kebudayaan Melayu, Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

Page 4

PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK PISMP 6C

TAMAN LAUT

7.0 ORGANISASI PRODUKSI PEMENTASAN

Penasihat EN. YUZAILAN B. YUNOS Pengarah Teater NUR IYLIA AMALINA BINTI MOHD ZAINUDDIN

Penyunting Skrip SYARIFAH DURATUL KAMEENA BINTI SYED AHMAD KAMIL & ROSLINDA BINTI GHAFAR

Pengarah Busana NUR ATIQAH BINTI NASRUDIN & TUAN FAIZAH ASMIRA BINTI TUAN ZULKIFLI

Pengarah Tatahias SITI KHAJAR BINTI MOHD FADZIL & NUR AZELIN BINTI ABDUL AZIZ

Pengurus Pentas SITI SARA SURAYA BINTI MOHD FADZIL &


Page 5

PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK PISMP 6C TUAN MOHD HAFIZULLAH BIN TUAN YUNUS

TAMAN LAUT

Pengarah Panggung SHAHRUL NAZMI BIN MOHAMAD

Pengarah Muzik / Pengarah Audio: NUR IZZATI BINTI MOHD RADZI

Pengarah Tatacahaya NURLIYANA BINTI MOHAMAD MAIDIN

Pengarah Pereka Tari NURUL AIN BINTI ZAHAR

Pengarah Pereka Set & Prop SYAIRAH NAJIHAH BINTI WAN YUSOF & RABIATUL FAEZAH BINTI RAMELI

Page 6

PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK PISMP 6C

TAMAN LAUT

Page 7

PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK PISMP 6C

TAMAN LAUT

8.0 PENGURUSAN PRODUKSI

Pengurus Produksi WAN MOHD ASYRAF BIN WAN AZMI Setiausaha NURASYIKIN BINTI HASHIM Bendahari SHAHIRAH BINTI ALI Publisiti/Seranta NUR SUZIEYANI BINTI MOHD DAHLAN Pengarah Penerbitan/ Buku Program/ Jemputan NUR FARHANA BINTI MOHD RAHIM SHAH Hadiah & Cenderamata & Jamuan NORASMA YASIMIN BINTI SULIMAN & SITY NURUL EZZMA BINTI EZANI

Page 8

PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK PISMP 6C

TAMAN LAUT

9.0 SINOPSIS: Teater ini mengisahkan tentang watak Maya, berusia sembilan tahun yang tidak mendengar pesan ibu dan abangnya, Aman supaya tidak bermain pada waktu senja. Maya tetap melanggar arahan ibunya dan mengajak abangnya bermain di taman berdekatan dengan sebuah tasik. Aman yang begitu sayang akan adiknya telah akur dan membawa Maya bermain ke tempat yang diinginkan. Maya begitu teruja dan masih tidak mahu pulang walaupun abangnya sudah memujuknya beberapa kali. Akibat kedegilannya itu, Maya telah masuk ke satu dimensi yang tidak pernah dibayangkan olehnya. Dalam dunia baharu itu, dia telah bertemu dengan pelbagai makhluk aneh di dalam laut dan juga makhluk jahat (lembaga). Di dunia tersebut, Maya tetap berdegil dan tidak mendengar pesan duyung-duyung agar tidak mengusik harta lembaga yang tidak pernah berani disentuh pun oleh sebarang makhluk di dalam laut tersebut. Akibat sikapnya yang masih degil, akhirnya dia telah ditangkap oleh tiga makhluk jahat iaitu Jumanji, Jumanja dan Jumanjo yang merupakan konco kepada permaisuri lembaga kerana telah mengusik hak milik lembaga itu. Dia telah bergelut dengan makhluk jahat sehingga datangnya duyung untuk cuba menyelamatkannya.

Page 9

PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK PISMP 6C

TAMAN LAUT

NAMA WATAK :

MAYA(Faizah)

Seorang yang degil, dan tidak mendengar cakap ibu dan

abangnya. AMAN(Asyraf) Abang kepada Amani merupakan seorang yang lemah-lembut tetapi tegas. Mudah menuruti kemahuan adiknya. DUYUNG NEENA (Duratul) nakal dan tidak mudah percaya kepada makhluk asing. DUYUNG NEELO (Rabiatul) baik hati, bersifat setia kawan dan suka membantu. DUYUNG NEELA (Ain) bertimbang rasa dan tidak mudah menuduh.

DUYUNG NEENO (Roslinda) nakal dan lantang bersuara. PERMAISURI LEMBAGA (Liya) Suka membangga diri, kejam dan mementingkan diri sendiri. JUMANJA (Jiah) JUMANJI(Suzie) garang dan tegas. suka bertanya.

JUMANJO (Hafiz) lambat memahami sesuatu, naif dan lucu.

Page 10

PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK PISMP 6C

TAMAN LAUT

BUNGA : 1) Mawar 2) Matahari : Shahirah : Asyikin

3) Tulip : Asma 4) Kekwa RAMA-RAMA : 1) Azelin 2) Atiqah PENARI: 1. Sotong (Khajar) 2. Obor-obor (Sity) : Farhana

Page 11

PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK PISMP 6C

TAMAN LAUT

10.0 BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

KEWANGAN PERKARA Busana/kostum Set dan Prob Alat solekan Buku program Bena Jamuan VIP Jamuan penonton Hadiah&Cenderahati 10 VIP Cenderahati penonton 150 RM 5.50 RM1.50 JUMLAH KESELURUHAN RM55 RM225 RM 1500 KUANTITI 200 1 15 28 HARGA PER KUANTITI RM 0.20 RM 2 RM 2 JUMLAH RM 300 RM 100 RM 200 RM 40 RM 100 RM 30 RM56

10.0

PENDAPATAN

Page 12

PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK PISMP 6C

TAMAN LAUT

BIL.
01. 02. 03. Kutipan yuran

PENDAPATAN

RM
RM 1000 RM 100 RM 50 RM 1150

Sumbangan pensyarah Sumbangan individu JUMLAH

11.0

PENUTUP Jawatankuasa Organisasi produksi pementasan IPG Kampus Bahasa Melayu

memerlukan kerjasama dan sumbangan kewangan daripada semua penaja atau penyumbang kewangan bagi menjayakan kejohanan ini. Semoga segala yang dirancang mendapat perhatian dari pihak tuan dan dipertimbangkan untuk dijayakan. Kejayaan pementasan teater ini memberi peluang kepada kami untuk mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari. Kerjasama yang diberi amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,
Page 13

PEMENTASAN TEATER KANAK-KANAK PISMP 6C

TAMAN LAUT

. (NURASYIKIN BINTI HASHIM) Setiausaha, Pementasan Teater Kanak-kanak IPG Kampus Bahasa Melayu

.................................................. ( EN. YUZAILAN B. YUNUS) Pensyarah Penasihat, Pementasan Teater kanak-kanak IPG Kampus Bahasa Melayu

Page 14