Anda di halaman 1dari 6

Pemimpin, Kepimpinan Dan Pengurusan

Pengenalan

Kepimpinan wujud di dalam diri pemimpin, seorang yang mampu bukan sahaja
menempatkan dirinya di tengah-tengah kelompok manusia tetapi juga pandangan serta
idea dan mampu membawa mereka mencapai tujuan yang hendak dicapainya. Ini
bermaksud nilai kepimpinan merupakan satu yang perlu ada pada seseorang dan uniknya
ianya bukan bersifat semulajadi tetapi juga sesuatu yang boleh dipelajari. Kenyataan Fred
Smith (1996) menjelaskan bahawa ciri dan nilai kepimpinan tersebut bersifat selektif dan
istimewa kepada individu-individu tertentu;

The most gifted athletes rarely make good coaches. The


best violinist will not necessarily make the best conductor.
Nor will the best teacher necessarily make the best head of
the department.

So it's critical to distinguish between the skill of


performance and the skill of leading the performance, two
entirely different skills.

It's also important to determine whether a person is


capable of learning leadership. The natural leader will
stand out. The trick is identifying those who are capable of
learning leadership over time1

Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh di dalam wawancaranya dengan Utusan Malaysia, Jumaat
27 Mei 2005 memberikan pandangannya bagaimana memiliki personaliti kepimpinan
iaitu

1
http://www.nsba.org/sbot/toolkit/LeadQual.html

Danny Sulimin 2009


a. Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jelas serta sentiasa berusaha
ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan
negara.
b. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi – mampu memujuk, mengarah atau
menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (good
listener – berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana.
c. Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik.
d. Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja, tidak
mengenal erti menyerah kalah serta tidak panik, takut atau hilang arah apabila
ditimpa krisis.2

Dalam disiplin ilmu pentadbiran dan pengurusan, kemampuan menjadi pencetus dan
penggerak dikenali sebagai kepimpinan.

Berdasarkan pengertian ini, rumusan mudah dapat dibuat bahawa kepimpinan (bakat atau
kemampuan untuk memimpin) itu menjadi elemen yang sangat penting bagi sesuatu
organisasi, sama ada organisasi politik, sosial, ekonomi dan keagamaan.

Kepimpinan tidak dapat terjadi dan berkembang secara semula jadi, tanpa sifat-sifat khas
dan khusus yang dimiliki oleh seseorang pemimpin.

Walaupun seseorang itu mempunyai semua syarat atau terlebih kelayakan untuk menjadi
pemimpin yang baik, namun tidak semestinya seseorang itu secara langsung layak untuk
menjadi pemimpin. Ini kerana banyak lagi syarat yang mesti dipatuhi seperti berada
dalam kumpulan yang betul, masa yang sesuai dan rangkaian yang serasi serta secara
fizikal sempurna dan menarik.

Ilmu pengetahuan yang tinggi yang dimiliki sangat penting untuk seseorang bergelar
pemimpin. Pemimpin dewasa ini harus menguasai pelbagai ilmu dan juga memiliki

2
http://www.mohe.gov.my/pict_main/mei_05/pg2-27mei05.pdf

Danny Sulimin 2009


keterampilan dalam bidang teknikal. Pemimpin juga dituntut untuk memahami psikologi
orang yang mereka pimpin dan juga kehendak asas mereka.

Pemimpin diharap akan bersikap adil dan bersopan santun terhadap semua khalayak
tanpa ada sebarang prasangka agama, suku, kaum, warna kulit atau ideologi. Pemimpin
juga dimestikan mempunyai moral yang baik, kreatif, berinisiatif, bersikap rasional,
objektif, sabar, amanah, penunjuk hala tuju dan pelbagai sifat baik dan terpuji.

Semakin banyak sifat positif yang dimiliki oleh seseorang pemimpin, semakin tinggilah
taraf kepimpinan dan kewibawaannya.

Seseorang yang bergelar pemimpin semestinya individu yang berani, cepat dan cekap
membuat keputusan. Andai kata ada individu yang dinobatkan sebagai pemimpin tetapi
lembap, ragu-ragu, bingung dan mudah tenggelam punca untuk membuat keputusan atau
mencari penyelesaian, maka eloklah jadi pengikut sahaja.

Di samping itu, pemimpin juga perlu memiliki semangat bekerja yang hebat, tubuh badan
dan jiwa yang sihat dan tahap kesabaran yang tinggi. Orang yang mudah marah dan
melenting sebaik-baiknya dipimpin dan diberikan pengetahuan dan bimbingan
kaunseling, bukannya memimpin.

Pemimpin juga dituntut menguasai prinsip asas tingkah laku manusia dan berkomunikasi
dengan berkesan. Begitu banyak sekali prasyarat menjadi pemimpin yang baik. Semua
orang tentu mempunyai senarai tersendiri pemimpin yang cemerlang.

Dalam Islam, menjadi pemimpin adalah satu taklif (beban, tanggungjawab dan amanah)
dan bukannya satu tashrif (pangkat/ kebesaran atau anugerah).

Pemimpin bertanggungjawab ke atas mereka yang dipimpin dan kepimpinan adalah satu
amanah.

Bukan semua insan ditakdirkan jadi pemimpin di dunia ini. Sebahagian besar umat ini
hanya ditakdirkan menjadi pemimpin rumah tangga atau sebagai pengikut kerana
kebanyakan kita tidak mempunyai kualiti yang diharapkan

Danny Sulimin 2009


Maksud Pengurusan

Pengurusan ialah suatu proses untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan


mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagi
mencapai matlamat yang ditetapkan (James Stoner, 1985) seperti berikut:

1. Proses: Cara teratur untuk melakukan kerja. Semua pengurus terlibat dalam
aktiviti tertentu bagi mencapai matlamat. Dengan ini. Tugas perlu dilakukan
secara teratur dan mengikut prosedur tertentu.

2. Merancang: Pengurus perlu memikirkan matlamat dan tindakan tertentu yang


wajar diambil dalam mengurus organisasi yang dipimpinnya. Beliau hendaklah
merancang tindakan secara teliti supaya kaedah, rancangan dan logik.

3. Pemimpin: Sebagai seorang ketua, pengurus perlu mengarah dan mempengaruhi


subordinat supaya mereka melakukan tugas tugas yang diarahkan dengan penuh
tanggungjawab.

4. Mengawal: Pengurus memastikan bahawa organisasi bergerak ke arah


matlamatnya.

5. Mengorganisasi: Pengurus menyelaraskan sumber tenaga manusia dan bahan


organisasi. Keberkesanan organisasi bergantung kepada keupayaan pengurus
menentukan penggunaan segala sumber bagi mencapai matlamatnya.

Kepimpinan dan Peranan Pengurus Disiplin

1. Bekerjasama dengan sesiapa sahaja pada setiap peringkat, sama ada dalam atau di
luar organisasi demi mencapai matlamat. Contoh: Untuk menjayakan acara sukan
tahunan, Pengetua perlu menghubungi Majlis Sukan Negara dll.

Danny Sulimin 2009


2. Bertindak sebagai saluran komunikasi dalam organisasi. Menyediakan maklumat
terkini untuk ahli, contohnya maklumat berkaitan kebajikan ahli dan organisasi.

3. Menjadi pengantara dalam menyelesaikan masalah salah faham yang timbul


dalam organisasi. Contoh: Pengetua/Penolong Kanan hendaklah bertindak wajar,
rasional dan adil dalam menyelesaikan pertelingkahan antara dua pihak.

4. Lambang kejayaan dan kegagalan organisasi. Seseorang pengurus yang dilantik


untuk menerajui organisasi besar merupakan mereka yang dipilih dan diberi
kepercayaan untuk menaikkan prestasi.

5. Membuat keputusan yang sukar dan biasanya merupakan keputusan yang tidak
popular. Oleh itu seseorang pengurus perlu mempunyai sifat istiqamah, teguh hati
dan kuat semangat dalam melaksanakan kerja yang baik. Jika hati telah yakin dan
percaya bahawa keputusan yang diambil akan membawa kebaikan, pengurus
hendaklah menetapkan hatinya dan melaksanakan perkara yang diputuskan.

6. Pengurus mesti memastikan semua tugas telah disempurnakan, dan


bertanggungjawab atas segala tindakan subordinat dan kejayaan organisasi.

7. Melaksanakan lebih banyak kerja kerana mempunyai ramai subordinat. Secara


luaran, kelihatan seolah-olah pengurus tersebut mempunyai kerja yang senang,
iaitu memberi arahan sahaja, tetapi dari segi hakikatnya, pengurus mempunyai
pelbagai tugas yang rumit.

8. Mengimbangi matlamat yang bersaingan dan mempunyai keutamaan. Perkara ini


memerlukan kebijaksanaan seseorang pengurus dalam memilih matlamat yang
mana satu perlu dicapai dahulu. Dalam konteks pendidikan, keutamaan ialah
pelajar. Oleh itu, matlamat meningkatkan prestasi pelajar dan kebajikan pelajar
wajar didahulukan daripada yang lain.

9. Membuat keputusan tentang pengagihan tugas dan keutamaan dalam mencapai


matlamat organisasi.

10. Menggunakan kebolehan intelek dalam menyelesaikan masalah.


Danny Sulimin 2009
Bibliografi

Maxwell, J.C., (1999). Developing The leader Within You. Tennessee: Thomas Nelson,
Inc

Leadership Qualities, Fred Smith, LEADERSHIP JOURNAL; Fall 1996, Vol. XVII,
No. 4; http://www.nsba.org/sbot/toolkit/LeadQual.html

Personaliti unggul :Modal insan yang berkualiti, Utusan Malaysia, Jumaat 27 Mei
2005: http://www.mohe.gov.my/pict_main/mei_05/pg2-27mei05.pdf

Ab. Rahim Selamat ,(2000) Pengurusan Sekolah Bestari: Satu Pengenalan. Badan
Cemerlang, Johor Bahru

Ab. Rahim Selamat, (2001) Kertas Seminar Pengurusan disiplin Di Sarawak: Ciri
Sekolah Berdisiplin Baik-Kaitkan Dengan Sekolah Berkesan.

Danny Sulimin 2009

Anda mungkin juga menyukai