Anda di halaman 1dari 6

Soalan: Rakan kamu terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya.

Kamu menziarahi rakan kamu itu di hospital dan kamu ingin mengetahui tentang kejadian tersebut. Tuliskan perbualan kamu dengan rakan kamu itu. Rahim : Apa khabar, Nordin? Nordin : Khabar baik. Terima kasih kerana sudi melawat saya di sini. Rahim : Boleh saya tahu. Bila dan di mana kemalangan itu berlaku? Nordin : Boleh, apa salahnya. Kemalangan itu berlaku petang semalam. Ketika itu saya dan kawan-kawan baru selesai menjalani kegiatan kokurikulum. Kejadian itu berlaku di simpang tiga, berhampirang Warung Nasi Lemak Along. Rahim : Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku? Nordin : Kemalangan itu berlaku semasa saya dalam perjalanan hendak pulang ke rumah. Tiba-tiba sebuah kereta melanggar basikal saya dari arah belakang. Saya tercampak di atas jalan raya, basikal saya terputus dua. Rahim : Apakah kecederaan yang awak alami? Nordin : Kaki kanan saya patah. Tempurung lutut kiri saya retak. Hampir seluruh badan saya mengalami luka dan calar-balar. Rahim : Syukurlah, awak terselamat! Siapa yang menghantar awak ke hospital? Nordin : Ketika itu, saya pengsan. Munurut ceritanya, pemuda yang melanggar saya itulah yang menghantar saya ke hospital. Dia menghantar saya ke sini dengan bantuan sebuah van yang lalu ketika itu. Rahim : Saya doakan agar awak cepat sembuh dan segera kembali ke sekolah. Nordin : Terima kasih, Rahim. Jika kamu ada masa lapang sudilah lagi menjenguk saya di sini. Kirim salam saya pada kawan-kawan. Rahim : Sama-sama. Baiklah, saya akan datang lagi bersama kawan-kawan yang lain.

Soalan: Kamu seorang pengarang majalah sekolah dan dikehendaki menemu ramah Guru Besar sekolah kamu untuk mendapatkan maklumat tentang program menceriakan kawasan sekolah. Tuliskan temu ramah kamu dengan Guru Besar sekolah kamu itu. Hirnani : Selamat pagi, cikgu. Cikgu : Selamat pagi. Boleh saya bantu awak?

Hirnani : Saya Hirnani, mewakili majalah Mutiara sekolah ini. Saya ini menemu bual cikgu tentang rancangan cikgu bagi menceriakan kawasan sekolah. Cikgu : Boleh, apa salahnya.

Hirnani : Cikgu, apakah tujuan utama program menceriakan kawasan sekolah ini? Cikgu : Sebenarnya, saya telah merancang dan menyusun aktiviti bagi menceriakan kawasan sekolah. Tujuannya untuk mewujudkan Sekolah Dalam Taman.

Hirnani : Siapakah yang terlibat menjayakan program Sekolah Dalam Taman ini? Cikgu : Semua guru dan murid terlibat dalam menjayakan program ini. Seluruh warga sekolah digalakkan menyumbang tenaga, idea, dan wang ringgit. Kita juga berusaha untuk mendapatkan penaja kepada program ini. Hirnani : Bagaimanakah program ini dilaksanakan? Cikgu bunga. Hirnani : Apakah harapan cikgu selaku penyelaras program ini? Cikgu juga ada menyediakan hadiah-hadiah galakan bagi merealisasikan program ini. Hirnani : Saya ucapkan terima kasih atas kesudian cikgu untuk ditemu ramah. : Saya berharap agar murid-murid dapat menanam sikap bertanggungjawab bagi menjaga keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah. Pihak sekolah : Saya mengagihkan tugasan dan kawasan angkat kepada kelas yang telah ditetapkan. Mereka akan dibimbing oleh guru kelas masing-masing. Pihak Majlis Perbandaran Kinta turut menyumbangkan beraneka jenis pokok

Soalan: Semasa berkemas hendak pulang dari sekolah, kamu tidak sedar telah bertukar buku latihan dengan kawan kamu. Kamu memberitahu kawan kamu itu melalui telefon. Tulis perbualan antara kamu dengan kawan kamu itu selengkapnya. Diana : Helo. Boleh saya bercakap dengan Marry? Marry : Ya, saya Marry. Boleh saya tahu, siapa yang sedang bercakap di sana? Diana : Saya, Diana. Marry : Oh, Diana. Ada apa kamu menelefon saya? Tentu ada hal yang mustahak. Diana : Sebenarnya kita telah bertukar buku latihan semasa sedang sibuk berkemas hendak pulang ke rumah tengah hari tadi. Marry : Oh, begitu! Buku latihan yang mana pula, Diana? Diana : Buku latihan Bahasa Malaysia Penulisan. Saya menyedarinya apabila saya hendak membuat latihan karangan wawancara yang diberikan oleh Cikgu Md. Ramli sebentar tadi. Marry : Tentu buku kamu ada pada saya. Apa yang harus kita buat sekarang? Kita ada latihan penulisan yang mesti disiapkan dan mesti dihantar esok. Diana : Marry janganlah risau. Saya akan meminta pertolongan daripada kakak saya. Dia akan menemani saya untuk menghantar buku tersebut ke rumah awak. Marry : Kalau begitu, terima kasihlah Diana. Saya akan tunggu awak di rumah, nanti bolehlah kita berbual panjang. Saya pun nak tanya awak tentang isi-isi utama tajuk karangan wawancara tersebut. Diana : Baiklah Marry. Lebih kurang setengah jam lagi saya akan sampai di rumah kamu. Nanti, bolehlah kita bertukar-tukar idea tentang karangan tersebut. Marry : Terima kasih, Diana. Saya doakan semoga kamu selamat sampai di rumah saya nanti. Berhati-hatilah di jalan raya.

Soalan: Rakan anda telah terpilih sebagai peserta terbaik semasa kejohanan olahraga tahunan sekolah yang lalu. Anda berdua berbual-bual tentang kejayaan rakan anda itu. Tulis perbualan anda dengan rakan anda itu selengkapnya. Rizal : Tahniah, Naidu! Berkat kesungguhan kamu, akhirnya kamu berjaya juga dipilih sebagai olahragawan sekolah pada tahun ini. Naidu : Terima kasih, Rizal. Saya benar-benar gembira. Sebenarnya, saya langsung tidak menduga bahawa saya akan dinobatkan sebagai olahragawan sekolah dalam Sukan Tahunan Olahraga poda tahun ini. Rizal : Bagi saya, kejayaan kamu bukanlah sesuatu yang di luar dugaan. Kamu gigih berlatih dan berusaha bersungguh-sungguh. Cikgu Daud, guru rumah sukan kita juga maklum akan hal itu. Tambahan pula, kamu banyak mengutip pingat emas untuk pasukan kita. Naidu : Kejayaan ini adalah kejayaan semua sebenarnya. Guru-guru dan rakan-rakan banyak memberi sokongan dan perangsang kepada saya. Itulah sebenarnya sumber utama kejayaan saya. Rizal tahu : Tetapi, kesungguhan kamu adalah kunci utama kejayaan tersebut. Saya bahawa kamu memang berminat dalam lapangan sukan dan mampu menjadi atlet negara dalam bidang olahraga suatu hari nanti. Semoga kejayaan ini menjdi perintis cita-cita kamu itu di masa hadapan. Naidu : Harap-harapnya begitulah. Memang saya minat akan sukan. Namun demikian, buat masa sekarang, saya harus mendahulukan bidang akademik. Saya mesti memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran. Rizal : Marilah kita ke kantin. Saya belanja kamu hari ini atas kejayaan kamu itu. Di situ nanti bolehlah kita berbual lebih panjang lagi.

Naidu : Baiklah, terima kasih kerana kamu sudi belanja saya makan.

Soalan: Rakan kamu tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari. Kamu menelefonnya Untuk mengetahui masalah rakan kamu. Tulis perbualan kamu selengkapnya. Ali :Helo, boleh saya bercakap dengan Abu?

Abu :Ya, saya yang bercakap. Ali :Awak apa khabar?

Abu : Khabar baik. Ali : Awak sudah lama tidak hadir ke sekolah. Saya hendak mengetahui sebab apa awak tidak hadir ke sekolah?

Abu : Sebenarnya saya baru pulang dari hospital kerana saya mengalami demam panas.Saya minta maaf kerana tidak memberitahu kepada kawan-kawan. Ali :Oh,begitu! Saya juga berasa simpati terhadap awak kerana tidak mengetahui masalah awak sebenarnya.

Abu :Saya juga mengingati rakan-rakan di sekolah.Saya berharap, saya akan dapat hadir ke sekolah pada minggu hadapan.Tolong beritahu kepada Cikgu Norma mengenai diri saya. Ali :Selama awak tidak hadir, banyak kerja sekolah yang telah diberikan oleh cikgu. Saya akan memberitahu kepada awak pada waktu petang nanti kerana saya bercadang untuk melawat kamu.

Abu :Terima kasih Ali, saya pasti akan menyiapkan segala kerja sekolah dan kita akan berjumpa pada petang nanti. Ali :Saya berharap awak akan cepat sembuh dan bolehlah kita bermain bola sepak bersama-sama nanti di sekolah pada minggu hadapan.

Abu :Saya juga harap begitu dan terima kasih kerana mengingati diri saya. Ali :Baiklah Abu, hingga jumpa lagi.

Abu : Jumpa lagi.

Soalan: Kamu dan kawan kamu telah terpilih untuk mewakili rumah sukan semasa temasya sukan sekolah yang Yang akan diadakan pada minggu hadapan. Kamu telah berbual dengan kawan kamu tentang Persiapan yang perlu dilakukan bagi menghadapi sukan tersebut. Tulis perbualan kamu itu selengkapnya. Ali :Assalaimualaikkum, Abu.

Abu :Waalaikumusallam, Ali. Ali :Apakah acara yang awak sertai mewakili rumah pada temasya sukan minggu depan?

Abu :Saya menyertai acara 100 m, 200 m dan lompat jauh. Ali : Saya pula menyertai acara lompat tinggi dan lari pecut 100 m.

Abu :Bagaimana persiapan yang kita perlu lakukan untuk menghadapi temasya sukan tersebut? Ali Abu :Saya rasa pada setiap petang kita hendaklah membuat latihan bersungguhbersungguh untuk meningkatkan kekuatan kita. :Selain itu, kita juga perlu bertanya kepada Cikgu Aziz tentang teknik-teknik bagaimana untuk meningkat prestasi larian pecut kita dan juga teknik lompat tinggi dan lompat jauh. :Betul tu. Selain itu, kita juga perlu menjaga kesihatan kita dengan memakan makanan yang berkhasiat untuk meningkatkan tenaga kita. :Saya juga telah membeli pakaian dan kasut yang sesuai untuk menyertai temasya sukan pada minggu hadapan. :Saya pun akan membelinya pada hari esok. :Saya berharap, saya akan berjaya menjadi juara dalam acara 200 m dan lompat jauh kerana itulah acara kegemaran saya. :Saya pun begitu.InsyaAllah kita akan berjaya nanti kerana kita telah membuat persediaan yang sebaik mungkin .

Ali Abu Ali Abu Ali

Abu :Saya balik dulu Ali. Ali :Ya, hingga jumpa lagi petang ini di padang sekolah.