Anda di halaman 1dari 1

Salam Semua Pelajar VEE 3033, Saya dalam proses menilai semua tugasan.

Saya dapati terdapat pelajar/kumpulan yang tidak menepati kehendak tugasan. Sila baca balik RI berkaitan dengan tugasan (WAJIB BACA). Tugasan 1. (a) Perlu buat rumusan kepada artikel. Dalam rumusan ini perlu ada:

(i) Tujuan kajian, (ii) pernyataan masalah, (iii) kerangka konseptual/teori yang digunakan dalam kajian ini,

(iv) dapatan utama dari tinjauan literatur, (v) metodologi kajian, (vi) dapatan kajian, (vii) implikasi dan cadangan.

(b) Perlu membuat KRITIKAN kepada "konten" artikel BUKAN mengulang apa yang ditulis oleh Pengarang. (c) Perlu melampirkan satu salinan asal artikel tersebut.

TUGASAN 2 DAN 3:

Kedua-dua ini merupakan penulisan akademik yang kritis. Perlu ada sekurangkurangnya 10 RUJUKAN dari pelbagai sumber. Rujukan mesti dinyatakan di belakang. Dan LAMPIRKAN salinan rujukan-rujukan yang anda rujuk di bahagian LAMPIRAN. Sesiapa yang tidak mematuhi kriteria tugasan ini akan DITOLAK MARKAH. Namun anda diberi peluang untuk membuat semula tugasan yang tidak lengkap atau menyalahi kehendak tugasan.

Terima kasih dan Selamat Maju Jaya. Profesor Dr. Ramlee Mustapha

Anda mungkin juga menyukai