Anda di halaman 1dari 1

MIGRASI DAN PENGARUH MANDALA TERHADAP PELESTARIAN BAHASA BHUKET Zainal Abiddin bin Masleh Dr Hj Mohd Sharifudin bin

Yusop

Abstrak Bahasa merupakan cerminan jati diri dan lakaran tamadun sesuatu bangsa. Oleh itu isu keterancaman dan kepupusan bahasa perlu menjadi agenda perbincangan dan pengkajian sarjana-sarjana bahasa agar tidak menjadi ancaman terhadap pelestarian tamadun sesebuah bangsa. Makalah ini menjelaskan tahap kepupusan berdasarkan sikap sebenar penutur bahasa Bhuket dalam lima mandala lingkaran dalam iaitu mandala kekeluargaan, mandala kejiranan, mandala keagamaan, mandala kendiri dan mandala kemasyarakatan. Kajian menggunakan pendekatan etnolinguistik mampu menjelaskan hubungan sebenar bahasa dan masyarakat penuturnya. Etnik Bhuket hanya terdapat di petempatan penduduk Sungai Asap, Belaga merupakan subjek utama kajian. Perpindahan mereka dari penempatan asal di Long Ayak memerlukan kajian sebenar dan penjelasan tentang nilai kebertahanan bahasa mereka. Teori domain atau mandala oleh Fishman dijadikan asas dalam kajian ini. Pengkaji mengenal pasti etnik Bhuket mempunyai sikap penutur bahasa yang begitu positif terhadap kemampuan dan upaya bahasa mereka dalam komunikasi harian. Dapatan ini menggambarkan bahasa Bhuket akan terus lestari dalam kalangan praktis masyarakatnya sendiri.