Anda di halaman 1dari 4

3.0 Model ASSURE LANGKAH 1.

A Analyse learners (Analisis pelajar) PENJELASAN

Model ASSURE bermula dengan menganalisis pelajar (analyse learners). Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar adalah penting ntuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut: Ciri-ciri umum pelajar. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Gaya pembelajaran pelajar

2. S State objectives (Nyatakan objektif/ hasil pembelajaran)

Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas. Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.

Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai

pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu. Pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut: Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar) Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru) Bagaimana pelakuan) Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian) hendak dicapai? (Apakah syarat

Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai 3. S Select methods, media and materials (pilih kaedah, material dan bahan sumber) media, guru perlu berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Proses berikut: 1) Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek

berbeza akan diaplikasi untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik perhatian pelajar dengan

memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru. 2) Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih. Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna. Media yang

dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer multimedia. Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar. 3) Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran. Bahan sumber pengajaran pembelajaran

merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5, nota, dan buku latihan.

4. U Utilize media and materials (gunakan media dan bahan sumber)

Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memasyikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru. Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah mengkaji/ menyemak/ menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran.

5. R Require learner participation (libatkan pelajar dalam pembelajaran)

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti

pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan

pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaid, gambar bersiri, video dapat mencetuskan

perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.

6. E Evaluate and revise (nilai dan semak semula)

Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.

Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Keputusan penilaian akan

mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Secara umum, pencapaian pelajar

dibahagikan kepada tiga, iaitu : Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria (penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan) Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran. Sikap

10

Anda mungkin juga menyukai