Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan kepada Pendidikan Jasmani

Konsep dan Definisi Pendidikan Jasmani

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses pembelajaran yang membantu perkembangan tingkah laku manusia dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Proses pembelajaran ini melibatkan aktiviti fizikal bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan-pengetahuan spesifik, kemahiran dan kefahaman untuk meningkatkan bakat semulajadi individu. Perkembangan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan kepada memperkembangkan dan mempertingkatkan potensi individu yang seimbang dan harmonis untuk membentuk individu yang berketrampilan. Freeman (1997) menjelaskan bahawa Pendidikan Jasmani merupakan aktiviti fizikal yang bermatlamatkan pendidikan. Pendidikan Jasmani berbeza daripada bidang-bidang lain kerana ia menumpukan kepada pembangunan keseluruhan individu. Bidang Pendidikan Jasmani memberi perhatian kepada kualiti fizikal, mental dan emosi. Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikaan Kebangsaan yang menegaskan elemen JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial) dalam pembangunan potensi individu.

Dauer (1995) pula berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalamanpengalaman mengajar. Gabbard, LeBlanc dan Lowy (1994) menyatakan Pendidikan Jasmani membantu kanak-kanak membangun sepenuhnya; merealisasikan potensi yang ada pada kanak-kanak tersebut. Pembangunan ini dinamakan oleh mereka sebagai total child. Pembangunan sepenuhnya itu melibatkan pembangunan dan pembelajaran melalui aktiviti fizikal yang membangun tiga aspek iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Ringkasan daripada pendapat-pendapat di atas definisi Pendidikan Jasmani adalah merupakan pendikan aktiviti-aktivit jasmani dan pendidikan melalui aktiviti-aktiviti jasmani.

Matlamat, tujuan dan objektif Pendidikan Jasmani

Dalam konteks global, Pendidikan jasmani yang menjurus ke arah perkembangan dalam berbagai bidang, matlamat tujuan dan objektif adalah menjadi kayu ukur dalam menentukan keberkesanan sesuatu program. Program Pendidikan Jasmani di sekolah rendah di Malaysia bertujuan untuk; membantu individu mencapai pembangunan perkembangan diri yang optimum dan memberi sumbangan kepada masyarakat. Memperkembangkan kemahiran motor yang sesuai bermula dengan kemahiran motor asas yang menjurus ke arah kemahiran sukan khusus dan akahirnya menitikberatkan sukan seumur hidup Memperkembangkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang sesuai untuk kesihatan dan memberi kesedaran kepentingan kecergasan.

Objektif Pendidikan Jasmani adalah untuk; mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuian motor; menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri; melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian; mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal; membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan membuat keputusan bijak dalam kehidupan Prinsip dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara. Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran pendidikan jasmani yang dijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai situasi rangsangan. Oleh itu kaedah pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu di guna pakai sebagai panduan :

Adakan tujuan khas yang biasanya ditulis dalam bentuk objektif pengajaran yang berteraskan kepada psikomotor, kognitif dan afektif. Objektif psikomotor ditulis dalam bentuk eksplisit dan sebaiknya ditulis dalam bentuk SMART iaitu menekankan perkara berikut; Kemahiran yang khusus Boleh diukur Boleh dicapai Munasabah Masa mencukupi

Dedahkan hanya satu kemahiran baru sahaja dalam sesuatu kemahiran yang diajar bagi satu sesi pengajaran. Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan. Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal perjalanan kelas. Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau melakukan latih tubi atau mengambil bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran.

Latih tubi secara ansur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja dan bentuk latihannya perlu ada kesinambungan atau berhubung kait. Adakan pertandingan bersyarat / permainan kecil yang boleh menimbulkan motivasi murid atau perangsang. Langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5P ; P1 - Penerangan (semasa, maklum balas) P2 - Praktik (pengelolaan) P3 - Pelakuan (tunjuk cara, tepat dan berulang) P4 - Permainan / pertandingan P5 - Penyeliaan / pembetulan

Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu. Tenaga pengajar (guru) perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan agar mudah dilihat oleh murid-murid. Elakkan bercakap / memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukan atau memberikan perhatian. Penilaian / refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan pengajaran pembelajaran.

Takrif Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi Pendekatan :

Adalah merujuk kepada cara bagaiman seuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya (Edward M. Anthony 1963). Ianya merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan). Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan sesuai gigunakan dan mendatangkan keberkesanan.

Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran; konkrit ke abstrak mudah ke kompleks keseluruhan ke sebahagian umum ke spesisifik (deduktif)

Kaedah :

Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963). Contohnya ialah Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu : P1 P2 P3 P4 P5 Kenal pasti masalah Rancang penyelesaian Kumpul maklumat Buat tafsiran Buat kesimpulan

Teknik : Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain.

Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimun ianya berteraskan kepada krateria pencapaian objektif berikut ; Umur Kebolehan Kecerdasan Minat

Strategi :

Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang.

Konsepnya adalah berteraskan kepada ; - Kebijaksanaan memilih pendekatan - Kecekapan merancang kaedah dan teknik - Berdasarkan objektifnya

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR


Sukatan Pelajaraan Sukatan Pelajaran Sukatan Pelajaran Sukatan Pelajaran disusun mengikut 3 tunjang pembelajaran, iaitu; 1. 2. 3. Tunjang Kecergasan Tunjang Kemahiran Tunjang Kesukanan Tunjang Kecergasan Tunjang kecergasan mengandungi dua sub-tajuk iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan perlakuan 1. Kecergasan Berasaskan Kesihatan 2. Daya tahan kardiovaskular Daya tahan otot Kekuatan Kelenturan Komposisi tubuh badan

Kecergasan Berasaskan Perlakuan Kordinasi Imbangan Ketangkasan Kuasa Masa tindakbalas Kepantasan

Tunjang Kemahiran Tunjang kemahiran mengandungi 7 sub-tajuk di bawahnya 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pergerakan asas Permainan Olahraga Gimnastik Pergerakan Kreatif Rekreasi Kesenggangan Tunjang Kesukanan Tunajang kesukanan merangkumi 5 tajuk di bawahnya 1. 2. 3. 4. 5. Keselamatan Pengurusan Kerjaya Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan Etika Peruntukan Masa Pendidikan Jasmani Di Sekolah Rendah Peruntukan masa Pendidikan Jasmani sekolah rendah adalah seperti berikut;

di

Tahap 1 (Th 1, 2 dan 3) - 84 waktu setahun X 30 minit Tahap 2 (Th 4, 5 dan 6) - 60 waktu setahun X 30 minit

Huraian Sukatan Pelajaran

Huraian sukatan pelajaran disediakan oleh Jawatankuasa Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, dan salinannya diedarkan kepada setiap sekolah (Rujuk Pekeliling Bil. 25/1998) Pemetaan Huraian Sukatan Pelajaran dibentuk berdasarkan sukatan pelajaran sebagai rujukan guru untuk merancang rancangan pelajaran semester dan tahunan berdasarkan 3 tunjang pelajaran iiaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan Setiap guru pendidikan jasmani mesti merujuk Huraian Sukatan Pelajaran sebelum merancang pemetaan rancangan tahunan atau semester Pemetaan Huraian Skatan Pelajaran Bermaksud perincian kandungan kemahairan yang dibentuk berdasarkan 3 tunjang tersebut.

Pemetaan Rancangan Tahunan/Semester

Perkara-perkara di bawah boleh dijadikan panduan semasa membina Rancangan Tahunan/Semester. Pemetaan rancangan Tahunan/Semester merupakan tanggungjawab guru mata pelajaran dan di bawah penyelarasan guru panitia mata pelajaran di sesebuah sekolah Pemilihan isi kandungan rancangan pelajaran bergantung kepada latarbelakang sesebuah sekolah seperti kemudahan fizikal sekolah, tahap kebolehan murid, matlamat dan objektif Perancangan mesti berdasarkan agihan masa yang telah ditetapkan (rujuk lampiran mengenai agihan waktu) Format pemetaan rancangan pelajaran tahunan/semester perlu mengandungi perkara-perkara seperti minggu, tajuk/aktiviti, objektif. Kaedah/strategi, bahan bantu pengajaran dan penilaian