Anda di halaman 1dari 24

PERMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013


KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR TAJUK ESEI ILMIAH 1. Penterjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran opsyen.

DISEDIAKAN OLEH NAMA NITO ANAK TONY NO. MATRIK D20112055167

PUSAT PEMBELAJARAN: EL Q05

NAMA TUTOR E-LEARNING: Dr. KHALIP BIN MUSA TARIKH SERAH: 18 NOVEMBER 2012

Isi kandungan Bil. 1. 2. Pengenalan Komponen merentas kurikulum. a) Pengetahuan. b) Kemahiran. c) Nilai-nilai murni. d) Elemen Merentas Kurikulum. 3. 4. 5. 6. Peta minda hubungkaitan komponen bagi tajuk pengajaran. Pembangunan modal insan. Penterjemahan komponen dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulan. 2 7 9 11 12 13 16 18 Perkara Muka surat 1

PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr. Khalip bin Musa kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya untuk membuat tugasan ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubalkan daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan termasuk Rukun Negara. Berpandukan kepada pertimbangan-pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara dan ciri-ciri ideologi serta kebudayaan masyarakat Malaysia, maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut adalah digubal dan diumumkan pada tahun 1988. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang penggunaan bahasa iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat dan Bidang Estetik. Penumpuan pada bidang-bidang ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran sepanjang hidup. Di samping itu, komponen kesusasteraan Melayu diharapkan akan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera. Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan pada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa murid. Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 ialah satu daripada komponen pakej mata pelajaran Bahasa Melayu untuk Tingkatan 1. Buku teks ini ditulis berpandukan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1 KBSM. Pakej ini memuatkan bahan dan aktiviti bagi membolehkan pelajar menguasai bahasa Melayu dalam bidang penggunaan bahasa iaitu bidang Interpersonal, bidang Maklumat dan Estetik. Penggunaan bahasa bagi bidang Interpersonal membolehkan pelajar memulakan, membina dan mengekalkan persahabatan dengan orang lain. Penggunaan bahasa bagi bidang Maklumat pula membolehkan pelajar menyampaikan maklumat atau ilmu kepada orang lain. Penggunaan bahasa bagi bidang Estetik membolehkan pelajar menikmati karya sastera dan melahirkan idea serta perasaan secara kreatif. Aktiviti dalam buku teks juga bagi membolehkan pelajar menguasai kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Pelbagai aktiviti disediakan bagi membolehkan pelajar menguasai 1

kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasa pelbagai. Buku teks ini juga memuatkan pengajaran tatabahasa yang terancang, peribahasa, nilai murni dan pengayaan. Dokumen Standard Kurikulum bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum iaitu ilmu daripada pelbagai bidang ilmu dan disiplin, peraturan sosiobudaya, serta kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual. Semua elemen ini diajarkan dalam konteks bagi bidang Interpersonal, bidang Maklumat dan bidang Estetik. Tema: Unit 15 - Belia Harapan Negara. i. Komponen merentas kurikulum :

a) Pengetahuan. Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu sains dan geografi yang dapat digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dapat dikaitkan dengan bahagian A: Mendapatkan Perkhidmatan yang menerangkan tentang cara-cara untuk memperoleh maklumat bagi pelajar yang tamat tingkatan lima berdasarkan tema di atas tadi. Begitu juga bahagian D:Menyatakan Makna Perkataan dan Istilah yang membolehkan pelajar dapat mencari dan memahami makna bagi sesuatu perkataan dan istilah yang sukar difahami dengan mencari daripada kamus. Bahagian E:Mengenal Pasti Fakta dan Pendapat juga memberi pengetahuan tentang perbezaan dan contoh di antara fakta dan pendapat kepada pelajar. Penterjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran 2

opsyen akan melahirkan rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain. Pengetahuan tentang aktiviti menganlisis puisi berdasarkan contoh puisi, teknik membaca puisi, menyatakan jenis dan ciri-ciri puisi daripada bahagian G:Menganalisis Puisi. Bahagian F:Menulis Karangan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang panduan menulis karangan supaya memperkembangkan potensi individu dan menjadi rakyat Malaysia yang dapat memberikan sumbangan apabila mereka menempuhi alam pekerjaan seperti wartawan berdasarkan pernyataan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Manakala pengetahuan kandungan yang diserapkan dari mata pelajaran lain ialah pada bahagian B:Melakukan Pekerjaan untuk diri sendiri yang memberi pengetahuan kepada pelajar tentang aktiviti yang mampu dilakukan sendiri tanpa bantuan ibu bapa atau orang lain supaya melahirkan masyarakat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara mengikut pernyataan FPK. Sistem pendidikan di negara kita telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka terutama dalam sekitar tahun 1980-an. Berpandukan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979, rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983. Kemudian diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang mula dperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989. Penggubalan rancangan KBSR dan KBSM berdasarkan kepada Dasar Pelajaran 1979 yang melahirkan Falsafah Pendidikan Negara yang menentukan arah tuju, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan negara. Justeru itu, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum. KBSR dan KBSM dirancang untuk mencerminkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Maka guru adalah orang yang memainkan peranan penting dalam perlaksanaan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan, khasnya penterjemahan unsur-unsur FPK dalam proses pendidikan seperti berikut: Perpaduan kaum dan penghapusan polarisasi kaum Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan Penerapan nilai-nilai murni masyarakat tempatan Penerapan nilai-nilai Islam Pembentukan insan yang harmonis dan seimbang Menanamkan sifat minat membaca. 3

Perpaduan kaum amat penting dalam masyarakat berbilang bangsa di negara kita untuk mencapai kemajuan dan pembangunan negara. Sikap toleransi harus sentiasa diamalkan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Kita harus berusaha merapatkan jurang perbezaan kebudayaan, pendidikan, sosial dan ekonomi demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, harmonis, aman dan sejahtera. Maka wujudlah Rukun Negara yang mengandungi lima prinsip berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan kesusilaan

Amalan prinsip Rukun Negara membolehkan rakyat menjadi warganegara yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal, progresif dan hidup dalam suasana harmoni dan aman. Sistem pendidikan yang mengambil kira perpaduan kaum ini telah menerapkan Rukun Negara dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semua rancangan KBSR dan KBSM menerapkan unsur-unsur prinsip Rukun Negara. Penerapan prinsip-prinsip ini adalah atas kesedaran bahawa sekolah merupakan agen yang melaksanakan tugas penyebaran ilmu pengetahuan dan membentuk akhlak yang murni bagi kanak-kanak. Kanak-kanak dapat dilatih atau diasuh berdasarkan nilai-nilai murni dan norma-norma masyarakat yang diinginkan. Jadi, adalah penting bagi kanak-kanak menyerapkan nilai-nilai murni dalam proses pendidikan dan mengamalkannya dalam kehidupan untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru merupakan agen yang memainkan peranan penting kerana gurulah yang menjalankan tugas untuk melaksanakan rancangan KBSR atau KBSM. Semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran harus menekankan unsur perpaduan iaitu patuh kepada prinsipprinsip Rukun Negara. Pengajaran mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Sejarah dan aktiviti kokurikulum sangat penting dalam usaha mencapai cita-cita yang termaktub dalam Rukun Negara. Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara kita merupakan alat perpaduan yang paling utama di antara masyarakat berbilang kaum. Pendidikan Moral adalah subjek yang dapat mendidik kanak-kanak dengan nilai-nilai murni agar menjadi rakyat yang bermoral tinggi. Subjek Sejarah pula memperkuatkan semangat patriotisme dan menyemaikan semangat cinta kepada negara. Aktiviti kokurikulum juga menekankan aktiviti berkumpulan yang dapat memberi peluang kepada pelajar mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama adalah unsur penting dalam mencapai matlamat perpaduan kaum di negara kita. Kaedah penyampaian semasa mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia termasuklah Pendidikan Moral perlulah menekankan aspek perpaduan kaum walaupun sesetengah subjek tersebut yang tidak berorientasikan peperiksaan. Selain itu, mata pelajaran lain juga hendaklah 4

diserapkan dengan nilai-nilai murni daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan guru harus menonjolkan nilai-nilai murni agar dapat dicontohi oleh para pelajar kita. Kemajuan dan kemakmuran negara amat bergantung kepada perpaduan rakyat pelbagai kaum yang perlu diajar oleh guru-guru untuk menyemaikan semangat cinta dan taat setia kepada negara di kalangan pelajar. Pembentukan sikap toleransi dan hormat di antara satu dengan lain dapat membantu kita mencapai perpaduan kaum dan penghapusan polarisasi kaum di negara ini. Pembentukan sikap kenegaraan bermakna menyemaikan perasaan cinta terhadap negara yang sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara seperti sikap taat setia kepada raja dan negara, rela memberi sumbangan dan rela berkorban untuk negaranya. Justeru itu, pelajar kita perlu dididik ke arah membentuk sikap kenegaraan supaya mereka: 1. Menyedari pentingnya sikap kenegaraan terhadap diri dan masyarakat bagi kemajuan, pembangunan dan kemakmuran negara. Memupuk perasaan bangga dan cinta terhadap tanah air. Mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Menjadi warganegara yang berdisiplin dengan mematuhi peraturan dan undang-undang. Berusaha bersungguh-sungguh bagi melengkapkan diri agar bersedia memberi sumbangan kepada negara. Menyedari kepentingan sikap toleransi sebagai asas kehidupan dalam masyarakat pelbagai kaum. Menghargai semua warisan sejarah dan hasil pembangunan negara.

2. 3. 4. 5.

6.

7.

Tugas membentuk sikap kenegaraan terletak di bahu guru sebab guru ialah orang yang diamanahkan untuk melaksanakan rancangan kurikulum sekolah. Guru haruslah memahami tujuan dan kepentingan pembentukan sikap kenegaraan di kalangan pelajar kita. Pada peringkat sekolah, peneguhan sikap kenegaraan dapat dijalankan melalui tiga cara iaitu aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum dan aktiviti budaya sekolah. Unsur-unsur kenegaraan telah tersisip dalam semua mata pelajaran kita iaitu di bawah rancangan KBSR dan KBSM. Peranan guru adalah menterjemahkan sikap kenegaraan itu semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Secara langsung, peneguhan pembentukan sikap kenegaraan dapat dijalankan apabila guru mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan Moral, Sejarah dan subjek lain. Secara tidak langsung pula apabila pelajar dialtih mengamalkan nilai-nilai seperti kerjasama, tolong-menolong, hormat-menghormati, tanggungjawab dan toleransi. 5

Matlamat Pendidikan Kebangsaan yang utama ialah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh supaya mereka menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi rohani dan jasmani. Perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi pelajar dari segi intelek meliputi aspek-aspek seperti penerimaan ilmu pengetahuan yang berguna, perkembangan daya pemikiran, penguasaan kemahiran mengira, keupayaan menyelesaikan masalah, keupayaan menaakul, berkomunikasi dan berinteraksi. Perkembangan potensi pelajar dari segi rohani meliputi aspek-aspek seperti memahami perasaan diri dan orang lain; perkembangan keupayaan merekacipta dan daya kreativiti; pembentukan pemikiran yang positif, dan pemupukan semangat kenegaraan. Perkembangan potensi pelajar dari segi jasmani meliputi aspek-aspek seperti perkembangan dan pemeliharaan kecergasan fizikal dan kesihatan diri; persediaan menjalankan amalan-amalan yang baik; penggunaan masa lapang secara berfaedah; penguasaan kemahiran-kemahiran asas dalam kehidupan seharian, dan penguasaan asas-asas kemahiran vokasional. Pembentukan insan yang harmonis dan seimbang berhubung rapat dengan proses pendidikan dalam pembinaan sahsiah seseorang. Sahsiah di sini merangkumi keseluruhan diri seseorang meliputi segala ciri daripada aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pembentukan insan yang harmonis dan seimbang bermakna membina sahsiah mengikut cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mendidik pelajar-pelajar supaya mencapai kesempurnaan diri sendiri dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Insan yang harmonis dan seimbang adalah insan yang dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat supaya kehendak-kehendaknya dapat dicapai dan kepentingan-kepentingannya dapat dilindungi. Dia ialah insan yang mempunyai daya mencuba, bertenaga, tidak mudah putus asa, bercita-cita tinggi, bertanggungjawab dan boleh berdikari. Dalam usaha membentuk pelajar-pelajar supaya menjadi insan yang harmonis dan seimbang, beberapa tumpuan berikut harus diambil kira semasa menentukan objektif isi kandungan dan strategi pengajaran-pembelajaran seperti : 1. Membantu pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran dengan berinteraksi di antara mereka dalam semua situasi kehidupan harian. Memperkembangkan pemikiran dan daya penaakulan pelajar. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memahami alam fizikal dan sosial supaya mereka dapat menikmati keadaan kehidupan serta boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat dan menjadi ahli masyarakat yang bertanggungjawab. Merancang aktiviti pembelajaran yang boleh membantu pelajar-pelajar memahami diri, mengembangkan bakat serta mempertingkatkan sahsiah mereka. 6

2. 3.

4.

5.

Membimbing pelajar-pelajar dari segi teknik penguasaan kemahiran penyelesaian masalah dalam semua aspek kehidupan. Mengimbangkan aktiviti pembelajaran di antara ilmu pengetahuan dengan nilai-nilai murni, amalan dan rekreasi. Mengimbangkan pendidikan dalam bilik darjah yang bercorak formal dan di luar bilik darjah yang bercorak tidak formal.

6.

7.

Ringkas kata, pembentukan insan ke arah keadaan yang harmonis dan seimbang akan membolehkan pelajar-pelajar menjadi rakyat yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan mencapai kebahagiaan diri sendiri serta memberi sumbangan demi pembangunan dan kemakmuran negara. b) Kemahiran. Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran Bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti soal jawab, perbincangan, ucapan, lakonan dan temu bual. Kemahiran ini dapat menterjemahkan pernyataan FPK iaitu unsur intelek dan rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri yang dikaitkan dengan bahagian A:Mendapatkan Perkhidmatan seperti yang terkandung di dalam tema ini. Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Ini dapat diterjemahkan melalui bahagian H:Mengucapkan Tahniah, bahagian I:Mencari Rakan dan Tatabahasa terhadap pernyataan FPK iaitu unsur intelek, menyeluruh dan bersepadu serta insan yang seimbang dan harmonis. Bahagian-bahagian tersebut akan mendidik pelajar tentang bentuk ucapan atau perbualan, cara bergaul atau memilih rakan yang sesuai, menggunakan kata ganda, kata majmuk dan kata-kata hikmat di dalam pergaulan harian. Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Pernyataan FPK iaitu memperkembangkan potensi individi, unsur intelek dan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dapat diterjemahkan melalui bahagian C:Menganalisis Bahan, bahagian F:Menulis Karangan dan bahagian G:Menganalisis Puisi. Bahagian-bahagian ini yang terdapat dalam tema di atas mengajar pelajar mengenai jenis bahan bacaan seperti 7

rencana, membaca untuk mendapatkan maklumat bagi menulis karangan dan membaca puisi tersebut dengan nada yang betul. Cara yang paling berkesan untuk memperoleh ilmu pengetahuan ialah dengan menguasai kemahiran membaca dan seterusnya menanamkan tabiat suka membaca. Mengikut kajian pakarpakar bahasa, proses membaca meliputi tiga peringkat iaitu mengenal lambang-lambang huruf, menterjemahkan lambang-lambang huruf kepada bunyi-bunyi bahasa dan memahami erti bunyibunyi bahasa. Kebolehan membaca terhasil daripada proses pembelajaran. Oleh itu, penguasaan kemahiran membaca harus melalui satu proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ramai murid gagal menguasai kemahiran membaca kerana mereka telah diajarkan dengan cara pendekatan yang kurang sesuai. Kegagalan menguasai kemahiran membaca tentu akan menjejaskan taraf pencapaian pelajaran mereka. Murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca tidak akan boleh memahami mata pelajaran yang mereka pelajari. Tambahan pula, sifat minat membaca telah tidak dapat dipupuk kerana kegagalan menguasai kemahiran membaca. Guru boleh memainkan peranan dengan mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah yang sesuai supaya murid-murid boleh menguasai kemahiran membaca dalam erti kata yang sebenarnya. Prof. Atan Long dalam tesisnya Masalah Pendidikan, menyarankan kaedah penggabungjalinan vokal dan konsonan dan suku-suku kata menjadi perkataan yang pada pendapatnya lebih berkesan daripada kaedah mengajar huruf demi huruf. Rasional penggunaan kaedah penggabungan adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa suku kata dan kaedah ini boleh mempercepatkan proses penguasaan kemahiran membaca di sekolah. Strategi-strategi untuk menanamkan minat membaca dikalangan murid adalah merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan cepat; membekalkan bahan-bahan bacaan yang cukup dan sesuai dengan pengalaman, minat dan taraf pencapaian murid, dan merancang program membaca seperti mewajibkan setiap orang murid membaca kad bacaan, buku cerita atau bahan-bahan bacaan yang lain pada setiap hujung minggu. Kebolehan membaca adalah kunci kejayaan dalam kurikulum sekolah pelajar. Membaca boleh diibaratkan sebagai pelita hati dan merupakan senjata hidup yang tidak ternilai harganya. Kemajuan dan pembangunan negara amat bergantung kepada rakyat yang boleh menggunakan kemahiran membaca mereka untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh itu usaha menanamkan sifat minat membaca adalah amat penting untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan serta dapat memberi sumbangan kepada kemajuan dan pembangunan negara kita. Pendek kata, usaha menanamkan sifat minat membaca di kalangan murid adalah selaras dengan cita-cita yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menghasilkan pelbagai jenis 8

penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Berlandaskan bahagian B:Melakukan Pekerjaan untuk Diri Sendiri dan bahagian F:Menulis Karangan boleh menterjemahkan pernyataan FPK seperti memperkembangkan potensi individu, menyeluruh dan bersepadu, insan yang seimbang dan harmonis serta rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan kepada diri, masyarakat dan negara. Ini dapat ditunjukkan apabila pelajar itu sudah pandai menulis membolehkan mereka menghasilkan karya sebagai penulis atau wartawan ketika dewasa nanti. Rancangan KBSR memberi perhatian kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas 3M iaitu menulis, membaca dan mengira. Penekanan juga kepada perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetik dan sosial dalam rancangan KBSR. Manakala KBSM pula dirancang dengan tujuan untuk membantu pelajar memperkembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Harapan dengan perkembangan potensi ini, sekolahsekolah di Malaysia dapat melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan, kesejahteraan serta pembangunan negara kita. c) Nilai-nilai murni. Penerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai masyarakat Malaysia harus diterapkan dengan terancang sama ada secara langsung atau tidak langsung dan dilanjutkan di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi. Nilai-nilai murni ini ialah baik hati, kerajinan, keadilan, kejujuran, rasional, kesyukuran, kerjasama, hemah tinggi, kesederhanaan, kebebasan, kebersihan mental dan fizikal, keberanian, keyakinan, berdikari, tanggungjawab, patriotik, kasih sayang, menghargai, hormatmenghormati, ketekunan dan semangat kemasyarakatan. Berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti insan yang seimbang dan harmonis, unsur rohani dan emosi, kepercayaan kepada Tuhan, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Kesemua pernyataan dalam FPK di atas tadi dapat diterjemahkan melalui tema ini seperti yang terdapat dalam bahagian A:Mendapatkan Perkhidmatan dengan nilai kesyukuran; bahagian B:Melakukan Pekerjaan untuk Diri Sendiri dengan nilai berdikari; bahagian C:Menganalisis Bahan dengan nilai kerajinan; bahagian D:Menyatakan Makna Perkataan dan Istilah dengan nilai ketekunan; bahagian E:Mengenal Pasti Fakta dan Pendapat dengan nilai rasional; bahagian F:Menulis Karangan dengan nilai menghargai; bahagian G:Menganalisis Puisi dengan nilai keyakinan; bahagian H:Mengucapkan Tahniah dengan nilai 9

menghargai dan bahagian I:Mencari Rakan dengan nilai semangat kemasyarakatan. Walaupun terdapat dua nilai utama yang hendak diterapkan melalui tema ini iaitu berdikari dan kasih sayang namun nilai-nilai lain juga masih boleh diterapkan melalui setiap bahagian tadi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi aspek-aspek perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dengan tujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berupaya memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Berdasarkan kepada aspek-aspek utama tersebut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, terdapat 16 nilai murni yang hendak diterapkan dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran kita. Objektif-objektif untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam pendidikan adalah ditentukan berdasarkan Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Di antaranya ialah menanamkan kesedaran, kesefahaman, keyakinan dan juga kesyukuran; menanamkan semangat cintakan nilai-nilai suci; menghormati kebaikan dan membenci keburukan; membentuk sikap positif yang berguna kepada agama, bangsa dan juga sewaktu menjalankan tugas; menghapuskan sikap negatif dalam kehidupan dan juga sewaktu menjalankan tugas; menjalankan tugas dengan dedikasi; melatih diri dengan disiplin; meningkatkan hasil produktiviti, dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Nilai-nilai murni ini dipetik daripada agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan Confious. Di peringkat sekolah, nilai-nilai murni dapat disemai dan dipupuk melalui cara-cara seperti pengajaran mata pelajaran Pendidikan Moral, penerapan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran lain, aktiviti kokurikulum dan aktiviti budaya sekolah. Jadi tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar kita meliputi setiap guru sekolah. Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa cita-cita matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai iaitu menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia. Kita sudah mengetahui bahawa di antara nilai-nilai murni yang dipilih untuk diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah nilai agama Islam. Malahan prinsip-prinsip Rukun Negara yang menjadi teras FPK juga mengandungi nilai-nilai agama Islam seperti Kepercayaan kepada Tuhan dan Kesopanan dan kesusilaan. Dalam agama Islam terkandung berbagai-bagai nilai murni yang sesuai diterapkan dalam rancangan kurikulum kita. Penerapan unsur-unsur Islam seperti amanah, bertanggungjawab, jujur, rajin, kasih sayang, toleransi dan bertimbang rasa dalam sistem pendidikan adalah amat penting untuk membentuk sikap kesopanan dan kesusilaan serta sikap kenegaraan di kalangan pelajar berbilang kaum. Di peringkat sekolah, nilai-nilai Islam diterap dalam aspek pendidikan formal dan aspek pendidikan tidak formal. Tujuan utama penerapan nilai-nilai Islam dalam KBSR dan KBSM adalah untuk membentuk pelajar yang berdisiplin dan beradab sopan. Dengan penerapan nilainilai ini adalah diharapkan penyakit-penyakit sosial seperti penyalahgunaan dadah, kemerosotan 10

disiplin, kelakuan yang pesimistik, sikap materialistik dan sebagainya dapat dicegah atau dikikis sama sekali. d) Elemen Merentas Kurikulum. Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang mencantumkan perkembangan terkini dalam pendidikan meliputi aspek pengetahuan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan dan patriotisme diberikan penekanan selaras dengan matlamat negara untuk membangunkan masyarakat madani. Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu mennyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Terdapat dua kemahiran bernilai tambah atau elemen merentas kurikulum yang diterapkan melalui tema ini. Elemen pertama ialah kajian masa depan merupakan satu pendekatan pembelajaran bagi membolehkan murid menyedari sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat dan mengendalikan perubahan supaya murid dapat manfaat yang maksimum. Ini akan mampu menterjemahkan pernyataan FPK seperti memperkembangkan potensi individu dan menyeluruh dan bersepadu. Elemen kedua ialah pembelajaran kontekstual merupakan kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit serta melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevenan pembelajaran dengan kehidupan mereka. Ini dapat menterjemahkan pernyataan FPK seperti rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan, keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara melalui bahagian B:Melakukan Pekerjaan untuk Diri Sendiri dan bahagian I:Mencari Rakan yang terdapat pada tema ini.

11

ii.

Peta minda hubungkaitan komponen bagi tajuk pengajaran. TEMA: BELIA HARAPAN NEGARA.

PENGETAHUAN

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

PENGKHUSUSAN: Pemahaman. Cerita dan Perbualan PENYERAPAN SUBJEK LAIN: 1.Melakukan Pekerjaan Untuk Diri Sendiri(KHB) 2.Mengenal Pasti Fakta Dan Pendapat(Sejarah)

KAJIAN MASA DEPAN: 1.Cabaran Belia Negara. PBLJRN KONTEKSTUAL: 1.Mendapatkan Perkhidmatan 2.Melakukan Pekerjaan Untuk Diri Sendiri 3.Mengucapkan Tahniah 4.Mencari Rakan

KEMAHIRAN KEMAHIRAN BAHASA: 1.Mendengar. 2.Bertutur. 3.Membaca. 4.Menulis. KEMAHIRAN LAIN : 1.Mencirikan. 2.Meramal. 3.Menyelesaikan Masalah. 12

NILAI-NILAI MURNI NILAI UTAMA: 1.Berdikari. 2.Kasih Sayang. NILAI LAIN: 1.Kesyukuran. 2.Kerajinan. 3.Keikhlasan. 4.Toleransi. 5.Kerjasama. 6.Patriotisme. 7.Rasional. 8.Menghargai.

iii.

Pembangunan modal insan. Usaha membina negara bangsa Malaysia bermula dengan pembinaan insan yang

seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial. Negara kita berhasrat untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang dapat menyumbang secara aktif dan efektif dalam membantu usaha memajukan negara. Bidang pendidikan dijadikan sebagai agen perubahan yang memainkan peranan utama ke arah pembinaan negara bangsa. Menyedari hakikat inilah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dibentuk untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek JERIS. Era globalisasi yang melanda kita dewasa ini menyebabkan kita tidak boleh lari daripada proses penjajahan bentuk baharu yang dilakukan oleh negara Barat. Fenomena ini telah menimbulkan krisis dalam pemikiran dan pegangan nilai masyarakat kita. Krisis penjajahan bentuk baharu ini turut mengganggu pegangan nilai masyarakat Malaysia terutamanya golongan muda. Oleh itu, dalam usaha menangani situasi ini, suatu anjakan dan penyesuaian dalam sistem pendidikan harus dilakukan supaya bersesuaian dengan era globalisasi. Perhatian terhadap aspek nilai dan pemahaman konsep keagamaan perlu diberi penekanan yang sepatutnya dalam membentuk generasi muda berdasarkan acuan negara. Pengetahuan tentang aspek nilai dan keagamaan yang lemah telah membawa kepada ledakan gejala-gejala sosial seperti jenayah, salah laku remaja dan pembabitan remaja dalam gejalagejala negatif. Situasi ini membuktikan bahawa perlunya proses pembinaan insan yang menyeluruh dan seimbang dengan meletakkan konsep tauhid sebagai terasnya(Syed Ali Ashraf, 1994: 4). Pembentukan insan yang seimbang merangkumi tiga aspek iaitu kerohanian, keilmuan dan kemahiran. Gabungan ketiga-tiga aspek ini akan melahirkan insan yang dapat menyumbang dan menjadi aset ke arah keharmonian serta kecemerlangan. Pembinaan insan yang seimbang dalam ketiga-tiga aspek akan melahirkan modal insan berketrampilan yang mempunyai minda kelas pertama. Insan seperti ini mampu menghadapi sebarang ancaman globalisasi serta memastikan kejayaan terhadap masa depan negara kita. Modal bermakna sumber yang digunakan bagi memperoleh atau mencapai sumber yang lain. Insan pula merujuk kepada makhluk ciptaan Tuhan iaitu manusia. Apabila negara kita mempunyai sumber manusia yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berketrampilan 13

seiring dengan zaman globalisasi, maka usaha untuk mencapai tahap negara maju dan makmur akan lebih mudah tercapai. Terdapat dua perkara penting yang berkaitan dengan modal insan (human kapital) ialah k-ekonomi (knowledge-based economy) dan k-masyarakat (knowledgebased society). K-ekonomi merujuk kepada ekonomi berlandaskan pengetahuan iaitu keupayaan seseorang untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan bagi menghasilkan satu nilai baharu yang mampu membawa kemajuan. Pada era k-ekonomi, teknologi dan industri berasaskan ilmu pengetahuan adalah penggerak utama dalam menjana keuntungan, kemajuan perniagaan, peluang pekerjaan dan perkongsian pintar. Jadi, tidak hairanlah untuk menjayakan k-ekonomi, sumber yang paling bernilai ialah modal intelek dan pekerja yang berilmu pengetahuan. Modal intelek hanya dapat dicapai melalui kekayaan pengetahuan diikuti dengan semangat serta daya saing yang tinggi. K-masyarakat pula merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha menambahbaik dan memperkayakan diri dengan pengetahuan supaya terus mampu bersaing. Seandainya dikaji, perkara ini adalah selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Manusia adalah seelok-elok makhluk ciptaan Tuhan yang berbeza dengan makhlukmakhluk lain kerana kita dianugerahkan dengan akal fikiran. Oleh itu kita boleh membanding beza antara kebaikan dan keburukan. Dalam proses pembinaan insan, penekanan terhadap tiga perkara pokok iaitu ilmu, iman dan amal bakal melahirkan ciri-ciri insan bertaqwa. Insan yang bertaqwa akan berusaha mencari dan memperdalami ilmunya serta mengamalkannya ke arah kebaikan. Seterusnya menjadi tanggungjawab seseorang insan mengamal ajaran-ajaran baik ini dalam kehidupan mereka dan menyebarluaskannya kepada masyarakat sekeliling. Konsep ilmu dalam Islam adalah bersepadu iaitu terdapat gabungan mencakupi ilmu-ilmu yang diperolehi melalui akal dan pengalaman serta ilmu-ilmu wahyu daripada Tuhan. Konsep amal pula merujuk kepada segala perbuatan baik yang mendapat keredhaan Tuhan. Ketiga-tiga elemen iaitu ilmu, iman dan amal penting dalam pembinaan insan. Nilai-nilai ini turut dituntut secara universal dalam semua agama yang diamalkan di dunia pada hari ini. Seperti mana yang berlaku di negara-negara lain, proses untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 telah membawa Malaysia kepada pelbagai cabaran yang kompleks seperti isu moral, jenayah, hubungan etnik, masalah keluarga, kesan globalisasi dan gejala 14

negatif yang lain(Lee Yok Fee dan Sarjit S. Gill, 2008). Namun isu yang sangat membimbangkan adalah kerana masalah itu lebih menjurus kepada golongan belia. Selama ini golongan belia menjadi harapan negara dan bangsa untuk mewujudkan kelangsungan dalam kestabilan dan kesejahteraan negara. Belia adalah aset yang sangat bernilai kepada negara, menjunjung harapan untuk membawa negara ke tahap kemajuan dan pembangunan selari dengan matlamat yang digariskan bagi menghadapi cabaran dan merealisasikan Wawasan 2020. Gagasan modal insan yang ditekankan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi telah menekankan aspek pembinaan modal insan yang bersifat holistik. Menurut Ibn Khaldun (2000), nilai budaya yang buruk atau negatif boleh mengakibatkan kejatuhan sesebuah tamadun. Menyedari hakikat ini, ketika merancang dan merencana pembangunan, kesejahteraan masyarakat dan negara, pihak kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara. Tujuan utama Rukun Negara adalah untuk menjaga keharmonian sosial masyarakat serta menerapkan nilai budaya murni dalam diri setiap rakyat Malaysia. Nilai murni yang tersirat dan tersurat dalam setiap prinsip Rukun Negara harus dijadikan teras pembinaan modal insan. Sebagai mana saranan Abdul Rahman Embong (2007), kemahiran yang tinggi dan pengetahuan yang banyak tidak semestinya dapat menjamin rakyat yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat. Nilai dan sikap murni yang terdapat dalam ideologi negara kita adalah penting untuk membina modal insan yang lebih unggul. Tanpa set nilai tersebut, ilmu pengetahuan dan kemahiran tidak semestinya mendatangkan manfaat kepada masyarakat dan negara. Menyedari hakikat ini, pihak kerajaan perlu lebih komited dalam usaha memberi tumpuan khusus kepada golongan belia. Sekiranya terabai mereka mudah dipengaruhi budaya yang tidak sihat dan boleh menjejaskan imej negara. Justeru itu, adalah tepat pada masanya dan kena pada tempatnya untuk meneliti persepsi dan amalan nilai budaya belia Malaysia. Ini penting dalam memastikan kita berada dalam landasan yang betul menuju ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

15

iv.

Penterjemahan komponen dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan agar proses pengajaran dan

pembelajaran hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan kerana bahasa ini merupakan bahasa pengantar di semua sekolah kecuali sekolah jenis kebangsaan. Walau bagaimanapun, bahasa kebangsaan adalah wajib diajarkan di sekolah jenis kebangsaan. Mengikut Perkara 17.1, Akta Pendidikan 1996 menyatakan bahawa bahasa kebangsaan handaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini. Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu. Dalam usaha menggalakkan murid menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul dan efektif, bimbingan daripada guru amatlah penting. Guru perlu meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan terutama di sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang lebih banyak menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa perbualan. Bagi menghadapi era globalisasi, murid digalakkan mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di samping bahasa-bahasa asing yang lain. Merancang aktiviti ke arah merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah seperti berikut. Pertama adalah pertimbangan untuk merancang aktiviti murid iaitu rancangan pengajaran dan pembelajaran penting bagi memenuhi hasrat FPK. Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, perkara yang berikut perlu diambil kira iaitu kaedah berpusatkan murid; keselamatan di kelas dalam keadaan yang kondusif, persekitaran dan peralatan yang selamat; pemikiran murid yang dapat merangsang cetusan idea, menggalakkan pemikiran secara terbuka dan sesuai dengan tahap pemikiran murid; kemahiran maklumat agar murid mengakses maklumat, memproses maklumat dan menambah nilai kepada maklumat; bahasa yang digunakan hendaklah mudah difahami oleh semua pelajar dan bahasa halus; nilai murni dan emosi yang tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama, pembentukan keyakinan diri, semangat berpasukan, peka terhadap situasi setempat dan membentuk sikap yang positif. Kedua adalah aktiviti merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berdasarkan tiga 16

contoh aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah adalah contoh 1 melalui kurikulum iaitu membincangkan isu semasa seperti cabaran belia negara dalam tema Belia Harapan Negara. Aktiviti yang berkenaan adalah berbincang dan sumbang saran untuk menjelaskan isu; mengakses maklumat melalui internet dan sumber lain; menganalisis dan menilai maklumat; membuat sintesis, keputusan dan kesimpulan; menulis laporan; dan mempamerkan hasil kerja. Projek penyelidikan sedemikian adalah mencabar dan membantu dalam perkembangan potensi murid dari segi perkembangan intelek iaitu murid mengaplikasikan kemahiran ICT untuk mengakses maklumat. Tambahan pula, proses menilai maklumat memerlukan aplikasi kemahiran berfikir dan kemahiran yang berkaitan dengan penyelidikan. Kemudian dari segi pemupukan nilai di mana murid bekerjasama antara satu sama lain untuk menjayakan projek tersebut. Murid juga meneliti dan menimbangkan impak isu kepada masyarakat. Seterusnya dari segi penyebaran maklumat iaitu murid menyebarkan maklumat dan menyumbangkan idea yang kondusif. Harta yang paling bernilai bagi sesebuah negara adalah memiliki warga berkualiti yang disifatkan sebagai modal insan untuk memacu kegemilangan negara. Cabaran pembinaan modal insan juga dipikul oleh kalangan pendidik yang berperanan mengembangkan potensi, bakat dan kualiti generasi muda. Pendidik berperanan menyediakan negara dengan modal insan berkualiti yang memiliki sahsiah terpuji, berkemahiran tinggi, kreatif dan kritis bagi mengisi arus pemodenan. Tugas utama pendidik adalah membentuk personaliti unggul dalam membina kepimpinan yang kental. Personaliti unggul bakal diterjemahkan menerusi keperibadian yang mulia, amanah serta berdisiplin dalam setiap tugas yang dijalankan. Pendidik juga perlu memastikan murid meningkatkan keupayaan, minat dan bakat untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Penguasaan bahasa Inggeris adalah sebagai penambah nilai dalam melahirkan modal insan yang cemerlang. Galakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran seperti pengenalan pengajaran ICT, seawal tahap satu di sekolah rendah dapat merangsang minat murid dalam teknologi maklumat. Pemantapan aktiviti kokurikulum bakal melonjakkan potensi kepimpinan dalam memastikan keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pemantapan kurikulum dalam memupuk nilai murni banyak diterapkan dalam mata 17

pelajaran Pendidikan Islam dan mata pelajaran Pendidikan Moral. Mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pula diperkenalkan pada tahun 2005 bagi meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab dan peranan sebagai warga negara yang bertanggungjawab. Modal insan kelas pertama tidak hanya diukur dengan kepakaran dan kemahiran tetapi harus menekankan kepada aspek budi bahasa dan pekerti mulia. Penganjuran kempen ini diharapkan dapat melahirkan murid yang dapat menghayati Rukun Negara. Bagi mengukuhkan jati diri, aspek pengukuhan disiplin menjadi keutamaan para pendidik. Melalui kempen anti ponteng, anti buli serta pembabitan masyarakat dalam kempen salah laku murid sedikit sebanyak membantu usaha mendisiplinkan murid. Kesimpulan Matlamat utama pendidikan ialah untuk menyediakan seseorang individu memainkan peranan yang positif dan berkesan dalam masyarakat. Di dalam usaha ini juga, pendidikan menjadi suatu agen untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa. Dalam masyarakat moden ini, pendidikan penting juga menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan dan pembaharuan serta membuat pengubahsuaian demi memberikan sumbangan untuk pembangunan masyarakat kita. Pada lazimnya, ideologi dan aspirasi negara merupakan faktor yang penting untuk menentukan Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Matlamat pendidikan ini akan menjadi lebih jelas, lebih mantap, lebih bermakna dan sempurna apabila unsur-unsur pendidikan tersirat dalam ideologi dan aspirasi negara dijelmakan sebagai pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Segala usaha pendidikan termasuk sistem pendidikan yang sedia ada akan dapat dirancang, direformasikan dan dilaksanakan ke arah mencapai Matlamat Pendidikan Kebangsaan mengikut haluan dan pedoman Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Rancangan KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada Dasar Pelajaran 1979 yang melahirkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Rancangan KBSR menekankan penguasaan kemahiran-kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) dan perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, 18

emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetik dan sosial. KBSM pula dirancang dengan tujuan untuk membantu pelajar memperkembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Dengan perkembangan potensi ini, adalah diharapkan sekolah-sekolah di negara kita dapat melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan, kesejahteraan serta pembangunan negara. Program KBSR dan KBSM dirancang untuk mencerminkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan ini. Kejayaan program ini terletak di bahu para guru kita. Oleh itu, guru ialah orang yang memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan.

19

Rujukan Abdul Rahman Embong. (2000). Negara Bangsa, Proses Dan Perbahasan. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1996). Penguasaan Kemahiran Membaca. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997). Penguasaan Kemahiran Menulis. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Melayu Tingkatan Satu. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Dan Misi. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran KBSM Bahasa Melayu Tingkatan Satu. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Bahasa Melayu Tingkatan Satu. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1987). Buku Panduan Am, KBSM, Kuala Lumpur : Pusat Kegiatan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Buku Penerangan KBSM. Kuala Lumpur : Pusat Kegiatan Kurikulum. KPM (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan : Membina Negara Bangsa. Dimuat turun p dari http://www.moe.gov.my/galeri_awam_manual/pipp2010/moe_pipp_04.pdf Lee Yok Fee & Sarjit S. Gill. (2008). Membina Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur : Jabatan Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Mahdi Shuid et. al. (2010). Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (1995). Pendidikan Di Malaysia (Edisi Ke-5). Petaling Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2007). Kursus Penilaian Tahap Kecekapan PTK. Selangor Darul Ehsan : Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd. Shamsul Yusli Mohd Yusop. (2008). Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan Satu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1985). Falsafah Pendidikan . Petaling Jaya : Heinemann. Tajul Ariffin bin Noordin & Nor Aini bte Dan. (1992). Pendidikan dan Wawasan 2020: Falsafah, Perguruan dan Persekolahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.