Anda di halaman 1dari 35

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

TOPIK 1

PENTADBIRAN UJIAN

Sinopsis Ujian yang sah dan bolehpercaya tidak semestinya menghasilkan maklumat yang boleh digunakan. Dalam topik ini kita akan mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan prosedur dan tatacara bagi mentadbir sesuatu ujian. Tatacara ini bleh diubahsuai mengikut jenis ujian yang dijalankan. Aspek-aspek yang dikaji adalah tentang cara menjaga keselamatan dan kerahsiaan kertas ujian, pelantikan pengawas ujian, persediaan tempat ujian dan kertas ujian dan prosedur untuk melaksanakan ujian. Hasil Pembelajaran

1. Menyatakan cara dan kepentingan menjaga keselamatan dan kerahsiaan kertas ujian 2. Membincangkan tugas ketua dan pengawas ujian

3. Memperihal cara-cara untuk menyediakan tempat ujian dan kertas ujian


4. Menyenarai prosedur untuk melaksanakan sesuatu ujian Pengenalan

Pentadbiran Ujian

Keselamatan Dan Kerahsiaan ujian

Pelantikan Pengawas ujian

Persediaan Tempat ujian

Persediaan Kertas ujian

Prosedur

Rajah 1.1 Pengenalan kandungan

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

Ujian dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur pencapaian seseorang murid atau sekumpulan murid. Bagaimanapun, terdapat juga ujian yang dianggap sah, tetapi gagal memberikan maklumat yang diperlukan guru atau pihak tertentu. Hal ini berlaku mungkin disebabkan beberapa faktor lain, seperti ujian tidak dijalankan dengan baik. Setelah item digubal dengan sempurna dan menepati sesuatu matlamat penilaian, maka langkah seterusnya ialah mentadbir ujian itu kepada para murid. Dalam usaha menjamin kesahan sesuatu ujian, aspek keselamatan dan kerahsiaan kertas ujian, pengawas, tempat ujian, dan prosedur ujian perlu diberi perhatian yang sewajarnya. 1.1 Keselamatan dan kerahsiaan ujian Ujian adalah penting untuk menilai prestasi murid. Oleh itu satu sistem yang jelas hendaklah dirangka mengenai pembentukan kertas soalan dan kerahsiaannya. Pihak sekolah hendaklah dengan jelas menerangkan proses dan prosedur pembentukan kertas soalan. Maklumat mengenai pembentukan dan kerahsiaan kertas soalan hendaklah diterapkan dari aspek: i. pihak yang bertanggungjawab membentuk kertas soalan hanya pihak yang berkaitan sahaja yang boleh kendalikan kertas ujian. Salinan kertas soalan sepatutnya tidak disimpan oleh penggubal. ii. proses validasi/moderasi kertas soalan panel yang bertanggungjawab perlu menandatangani borang kerahsiaan. Kertas ujian diteliti dengan teeperinci daripada aspek teknikal dan kandungan. Segala draf kertas soalan harus dimusnahkan selepas tamat sesi moderasi. iii. proses dan prosedur pengawalan dan penyimpanan kertas soalan kertas ujian perlu disimpan dibilik kebal. Sekiranya tiada bilik kebal kertas ujian boleh disimpan dalam almari yang berkunci dalam bilik guru besar.

1.2 Pelantikan pengawas ujian Siapakah yang layak untuk dilantik sebagai pengawas ujian dan siapa pula yang bertanggungjawab untuk melantik mereka?

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

Lazimnya guru penolong kanan akademik sekolah atau pun setiausaha ujian yang akan menyediakan jadual ujian dan sekali gus menentukan pengawas bagi sesuatu ujian yang akan dilaksanakan. Bilangan pengawas yang diperlukan bergantung kepada lokasi ujian. Sekiranya ujian itu diadakan di dewan tentunya lebih ramai pengawas yang akan dilantik, tapi sekiranya ujian dijalankan dalam bilik-bilik yang berasingan sekurangkurangnya seorang bagi setiap bilik perlu dilantik. Selain daripada pengawas amat penting untuk melantik ketua pengawas yang akan bertanggungjawad kepada keseluruhan pentadbiran ujian. Siapakah ketua pengawas dan pengawas ujian yang dilantik di sekolah anda? Apakah peranan ketua pengawas dan pengawas? Cuba anda bincang dengan rakan-rakan dan senaraikan peranan ketua pengawas dan pengawas; a) sebelum ujian bermula b) semasa ujian berlangsung c) selepas ujian berakhir Pengawas tidak boleh menolong mana-mana calon dalam apa cara sekalipun, misalnya menjelaskan maksud soalan kepada calon tertentu. Semasa ujian, calon sering kali bertanya pengawas apabila terdapat soalan yang kabur/tidak jelas. Pengawas perlu berhati-hati semasa cuba membantu calon, agar tidak memberi klu jawapan atau jawapan yang salah. 1.3 Persediaan tempat ujian Apabila calon-calon berada dalam keadaan selesa barulah mereka akan dapat menunjukkan keupayaan sebenar. Menurut Abu Bakar (1996), calon-calon yang lemah dan yang masih muda amat memerlukan tempat yang selesa untuk memberi mereka peluang menjawab dengan sebaik-baiknya. Pihak pentadbir/guru khususnya perlu mengelakkan daripada memilih tempat ujian yang diganggu oleh bunyi bising yang boleh mengganggu tumpuan calon-calon menjawab soalan.Justru bilik atau dewan ujian perlu disediakan supaya dapat diujudkan persekitaran yang selesa.

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

Diantara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian adalah; a) Lokasi dewan/bilik ujian. Murid-murid perlukan suasana yang tenang dan senyap semasa menjawab soalan ujian. Justru dewan/bilik dimana ujian dijalankan mestilah terasing dan jauh daripada kesibukan sekolah. b) Papan tanda/notis perlu diletakkan dikawasan ujian itu dijalankan supaya kawasan ini tidak diganggu oleh orang yang tidak berkenaan.

Sumber :http://banihassim.blogspot.com/2010/06/kenapa-saya-tak-nak-upsr-mansuh.html

c)

Kedudukan meja murid-murid dan ketua pengawas didalam dewan perlu disusun mengikut peraturan yang dibekalkan oleh pihak pengurusan.

Sumber : http://smktsea.com/2011/11/taklimat-khas-penyusunan-pusat-ujian-stpmspm-2011/

Perkara yang amat penting diberi perhatian berkaitan bilik/dewan ujian ialah jarak tempat duduk/meja. Tempat duduk/meja calon-calon yang mengambil ujian perlu dijarak/dijauhkan sedikit berbanding jarak semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Jarak yang perlu diambil kira termasuklah jarak antara calon

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

di hadapan dan calon di belakang dan juga calon di kiri dan calon di kanan seseorang calon berkenaan. Penyusunan tempat duduk dalam jarak yang sesuai ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya peniruan. Jarak kedudukan yang cukup jauh dapat mengelak calon daripada meniru jawapan calon lain dan memberi ruang untuk pengawas bergerak dalam bilik/dewan ujian d) Kemudahan yang diperlukan supaya ujian dapat ditadbir dengan sempurna. Diantara peralatan yang diperlukan dalam dewan ujian:

Jam dinding

Kipas

Pembesar suara

Di samping itu, aspek pencahayaan juga perlu dititikberatkan. Misalnya, pada hari yang panas, cahaya menjadi terlalu terang; sebaliknya semasa hujan bilik menjadi lebih gelap. Keadaan ini memerlukan pengawas ujian mengambil langkah-langkah sewajarnya, seperti memindahkan calon-calon yang terkena panas matahari dan menyalakan lampu apabila bilik agak gelap. Sebaik-baik tempat ujian ialah di bilik/dewan yang telah dikhususkan sebagai bilik/dewan ujian. Di bilik/dewan ini, kebiasaannya,kemudahan telah disediakan dengan mencukupi dan keselesaan murid lebih terjamin. Malah bilik/dewan berkenaan biasanya telah dipastikan supaya memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai bilik/dewan ujian.

1.4. Persiapan kertas ujian Sebelum sesi ujian bermula, ketua pengawas ujian perlu menyemak terlebih dahulu bilangan kertas ujian yang disediakan agar mencukupi untuk

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

semua calon yang mengambil ujian. Ketua pengawas ujian juga perlu memastikan bahawa kertas soalan ujian adalah seperti yang dijadualkan. Ketua pengawas juga perlu tahu prosedur tertentu sekiranya terdapat calon/ramai calon yang datang lewat. Selain itu, persediaan perlu dibuat bagi calon yang memohon untuk mengambil ujian di hospital, yang mungkin disebabkan mereka tidak sihat atau terlibat dalam sesuatu kemalangan. 1.5. Prosedur Ujian Setiap kertas ujian lazimnya mengandungi arahan tentang cara menjawab bersama contoh soalan dan jawapan dan juga masa yang diperuntukkan untuk menjawabnya. Misalnya, arahan tentang bagaimana calon harus menjawab soalan yang diberikan. Bagi sesetengah calon, misalnya pelajar-pelajar Tahun 1 atau Tahun 2, arahan yang jelas daripada guru diperlukan supaya mereka benar-benar faham bentuk jawapan yang diperlukan. Contoh arahan dalam kertas soalan adalah seperti berikut: Jawab semua soalan dalam bahagian A dan bahagian B dalam kertas soalan yang disediakan. Masa ujian 2 jam. Sila tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Jawapan anda hendaklah tidak kurang daripada 50 perkataan

Arahan lisan oleh ketua pengawas selepas calon memasuki bilik/dewan ujian perlu dibuat dengan jelas supaya semua calon dapat mendengar dan memahami arahan yang diberikan. Arahan berkaitan ujian wajar diberikan sebelum ujian bermula untuk mengelakkan sebarang kekeliruan sebelum calon mula menulis jawapan. Arahan pada peringkat awal ujian juga dapat mengelak gangguan kepada calon calon semasa mereka menjawab soalan ujian. Sebagai contoh, sekiranya terdapat kesilapan dalam soalan ujian, ketua pengawas perlu memaklumkannya terlebih dahulu tentang kesilapan tersebut sebelum calon mula menjawab soalan ujian

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

Anda dikehendaki menjadi ketua pengawas ujian pada minggu hadapan di tempat anda. Sila sediakan satu senarai arahan yang perlu dibacakan kepada calon-calon sebelum ujian bermula. semasa mula menjawab soalan sebelum tamat masa menjawab selepas tamat masa menjawab

PEMERIKSAAN DAN MODERASI SKRIP UJIAN Selepas ujian dijalankan dan kertas jawapan telah dikutip, anda akan melaksanakan tugas seterusnya, iaitu memeriksa skrip jawapan. Bagi jawapan berbentuk objektif, adalah mudah bagi guru memeriksa dengan menebuk kertas jawapan master dan seterusnya menanda pada skrip jawapan pelajar. Sekiranya jawapan dibuat pada borang OMR, adalah lebih mudah memeriksa borang jawapan melalui mesin memproses borang OMR. Sebaliknya, jawapan yang berbentuk esei pula memerlukan guru memeriksanya dengan teliti dan tidak wajar diperiksa oleh sesiapa sahaja, berbanding jawapan berbentuk objektif. Lazimnya, pemeriksaan skrip jawapan berbentuk esei memerlukan guru pakar dalam mata pelajaran tertentu. Selepas skrip jawapan ditanda proses moderasi perlu dilaksanakan. Proses moderasi amat penting supaya pemarkahan yang diberi adil bagi semua calon. Proses moderasi boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut: i) ii) Pemeriksa diberi beberapa sampel skrip untuk diperiksa berdasarkan skema pemarkahan Pemeriksa memeriksa skrip dan kemudian membanding markah yag diberi dengan markah yang diberi oleh pemeriksa lain dan ketua pemeriksa

iii)
iv)

Pemeriksa dan ketua pemeriksa bersetuju dengan satu piawai untuk memberi markah. Pemeriksa akan memeriksa semua skrip berdasarkan skema pemarkahan yang telah dipersetujui

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

v)

Ketua pemeriksa akan memilih skrip-skrip yang telah diperiksa oleh pemeriksa secar rawak untuk dimoderasi.

Apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pemeriksa semasa menanda skrip jawapan calon?

TOPIK 2

PENTAFSIRAN SKOR UJIAN

Sinopsis Skor yang telah diproses selepas ujian perlu diberi makna. Tafsiran ini akan digunakan bagi mengambil tindakan susulan. Tindakan susulan yang diambil mungkin untuk menambahbaik cara pengajaran atau pun untuk membimbing murid-murid supaya boleh berkembang dan bertambah maju dalam pelajaran. Pelan tindakan bagi membimbing murid-murid mungkin dalam bentuk aktiviti pemulihan dan pengayaan. Hasil Pembelajaran

1.

Menyenarai cara mentafsir skor ujian

2. Membincang pelan tindakan yang boleh dilaksanakan oleh guru setelah skor
ujian ditafsir

3.

Mencadangkan aktiviti pemulihan, pengayaan dan cara memperbaiki

pengajaran

Pengenalan

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

PENTAFSIRAN SKOR UJIAN

Peratus Gagal/lulus

Pelan Tindakan untuk Pemulihan/ pengayaan

Cara Memperbaiki pengajaraan

Rajah 2.1 Pengenalan kandungan 2.1 Peratus gagal/lulus Skor ujian tidak mendatangkan apa-apa makna kecuali anda berupaya membuat tafsiran yang tepat dan sesuai. Skor 60 yang diperoleh oleh seseorang murid dalam ujian matematik tidak memberi makna kecuali kita boleh mentafsirkannya sebagai penguasaan yang lemah, sederhana atau cemerlang. Tafsiran terhadap skor ujian adalah sangat penting bagi menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di sekolah dicapai. Tafsiran perlu dilakukan dengan objektif bagi mengelakkan pertimbangan peribadi penilai. Justru skor ujian perlu dianalisis bagi menentukan ciri yang tepat yang ada pada set skor. Di antara ciri yang biasanya diperlukan bagi membuat tafsiran yang tepat ialah ciri kecenderungan memusat dan serakan skor-skor ujian. Skor-skor ujian perlu juga dipiawaikan bagi membolehkan perbandingan dibuat antara pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar lain. Cara yang paling mudah untuk mentafsir skor adalah dengan menentukan berapa peratus murid yang lulus dan peratus yang gagal dalam ujian tersebut. 2.2 Pelan tindakan untuk aktiviti pemulihan/pengayaan

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

Maklumat dan rumusan yang telah didapati selepas mentafsir skor ujian patut digunakan bagi tindakan susulan. Tindakan susulan yang diambil adalah untuk mencapai tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. atau membuat aktiviti pengayaan(Rajah 2.2). Terdapat tiga tindakan susulan yang boleh diambil, iaitu mengajar semula tajuk tersebut, membuat aktiviti aktiviti pemulihan

TINDAKAN SUSULAN

i. Ajar semula

iii. Aktiviti pengayaan

ii. Aktiviti pemulihan


Rajah 2.2: Pelan tindakan susulan Aktiviti pemulihan Sekiranya ada sekumpulan murid yang mendapat skor yang rendah, ini bermakna mereka belum dapat menguasai hasil pembelajarn. Berkemungkinan murid-murid ini memerlukan aktiviti pemulihan agar mereka akan dapat menguasai hasil pembelajaran. Aktiviti pemulihan boleh dijalankan dikelas biasa atau pun kelas khas. Anda sebagai guru kelas boleh merancang aktiviti pemulihan untuk memberi peluang kepada murid tersebut menguasai konsep atau kemahiran yang diajar . Aktiviti yang dirancang sesuai dengan kemampuan dan kebolehan mental mereka akan membantu murid-murid ini menguasai konsep ata kemahiran yang diajar. Sekiranya murid anda masih belum dapat menguasainya anda boleh merujuk murid tadi kepada guru pemulihan khas. Pengajaran dan pembelajaran diubahsuai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan:

Mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain.

10

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

Membetulkan perlakuan yang salah. Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula. Menggunakan bahan visual. Mempermudah dan mempelbagaikan latihan. Menjalankan lati tubi. Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya. Memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh. Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda.

Melatih murid mengenal pasti idea utama.

Aktiviti pengayaan Murid yang telah menguasai hasil pmbelajaran memerlukan motivasi dan perhatian daripada anda sama seperti murid-murid yang lemah. Justru penting anda rancangkan aktiviti pengayaan bagi mereka meneruskan pembelajaran. Pelbagai jenis aktiviti boleh dirancang seperti penyelesaian masalah dan projek. Aktiviti yang dirancang perlu lebih mencabar minda dan juga menarik minat mereka. Jadi aktiviti yang dirancang perlu melibatkan pemikiran aras tinggi dan kreatif. Aktiviti pengayaan dirancang bagi:

Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik. Memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid. Menambah sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir. Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran.

Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan dan pengembangan. Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti berikut:

Memberi latihan yang lebih mencabar. Memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk.

11

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

Melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah. Melatih murid membuat nota. Menjalankan latih tubi. Melatih murid mengenal pasti idea utama. Mengakses maklumat dari laman web. pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan

Aktiviti

kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan adalah:

Membuat projek. Membuat tugasan. Membuat kajian. menjalankan aktiviti pengembangan, kemahiran yang berikut boleh

Dalam

dipertingkatkan.

Membuat pemerhatian Mengumpul data Mengakses maklumat Membanding Mengklasifikasi Meringkas Merekod Mentafsir Membuat keputusan Membuat andaian Menganalisis Melapor Menyelesaikan masalah

Pilih satu tajuk. Kumpul maklumat dan rancangkan beberapa aktiviti pemulihan dan pengayaan yang boleh anda gunakan bagi tajuk tersebut. 2.3 Cara memperbaiki pengajaran

12

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

Maklum balas daripada pentaksiran boleh juga digunakan untuk menambahbaik pengajaran anda. Anda perlu mengajar semula konsep dengan menggunakan strategi alternatif yang lebih berkesan. Anda perlu memikirkan aktiviti-aktiviti yang lebih bersesuain dengan kebolehan, tahap kecerdasan atau gaya pembelajaran murid-murid anda. Anda mungkin perlu meneroka pengetahuan sedia ada dan minat dengan lebih tepat agar dapat merancang aktiviti yang bersesuaian. Anda mungkin boleh menggunakan idea kecerdasan pelbagai Gardner bagi merancang aktiviti pengajaran.

TOPIK 3

BENTUK UJIAN:UJIAN BERPUSAT

13

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

Sinopsis Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah ujian yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ujian berpusat ini diduduki oleh semua murid diakhir tahun enam. Topik ini membincangkan format, fokus, dan cara ianya dilaksanakan.

Hasil Pembelajaran 1. Menghuraikan konsep dan tujuan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) 2. Memperihal format dan ciri-ciri UPSR 3. Membincangkan fokus ujian 4. Memperihal cara implementasi ujian Pengenalan

UJIAN BERPUSAT

UPSR

Format kertas

Fokus ujian

Implementasi

Rajah 3.1 Pengenalan kandungan

14

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

3.1 Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) Ujian penilaian sekolah rendah adalah ujian yang diduduki oleh semua murid diakhir tahun enam. tujuan utama ujian ini adalah untuk menentukan tahap pencapaian murid setelah melengkapi pendidikan rendah. Juga ujian ini bertujuan untuk penggredan dan digunakan bagi tujuan penempatan ke sekolah berasrama penuh. salah satu kertas ujiannya adalah kertas sains. Rajah 3.2 adalah contoh muka depan kertas tersebut. UPSR adalah ujian berpusat, dirancang dan dikendalikan oleh Lembaga Ujian Malaysia.

, Rajah 3.2 Contoh muka depan kertas UPSR Sains

3.2 Format kertas ujian

15

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

Kertas ini mengandungi dua bahagian A dan B. Masa yang diperuntukan adalah satu jam dan lima belas minit. Jadual 3.1 menerangkan ciri-ciri kertas ini. Jadual 3.1 : Format Kertas UPSR Sains Jenis Bahagian A soalan 30 soalan jenis anika pilihan Aspek yang diuji penguasaan pengetahuan dan kefahaman Bahagian B 3 5 soalan struktur konsep sains penguasaan kemahiran saintifik dan aplikasi pengetahuan sains. Jumlah 50 Contoh soalan: Bahagian A 1. Antara warna berikut yang manakah betul tentang susunan warna-warna pelangi? A. B. C. Ungu, hijau, biru, oren Ungu, hijau, kuning, merah Hijau, biru, merah, kuning D. Indigo, oren, hijau, merah 100 30 minit 20 markah 40 Masa yang diperuntukan 45 minit Markah 30 markah Peratus 60

2. Rajah 1 menunjukkan tiga jenis haiwan.

16

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

K Rajah 1

Apakah organ pernafasan bagi haiwan-haiwan ini? J Kulit lembap Sistem trakea Sistem trakea Sistem trakea K Insang Peparu Kulit lembap Peparu L Sistem trakea Kulit lembap Peparu buku Kulit lembap M Insang Peparu dan kulit lembap Peparu Peparu dan Kulit lembap

A B C D

Bahagian B 1. Carta palang dalam Rajah 7 menunjukkan bilangan haiwan dalam sebuah hutan daripada tahun 1992 hingga 2001.

60 50 40 30 20 10 0 1992 1995 1998 2001 Es at

Rajah 7 (a) Apakah pola perubahan dalam bilangan haiwan P daripada tahun 1992 hingga 2001? ________________________________________________________ [ 1 mark ] (b) Berikan dua sebab untuk menerangkan pola perubahan yang anda telah nyatakan dalam (a). 1. _________________________________________________ 2. ________________________________________________

17

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

[ 2 marks ] (c) Ramalkan apa akan terjadi kepada haiwan P ini dalam tahun 2010. _______________________________ [ 1 mark ] (d) Tuliskan kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan maklumat di atas. ____________________________________________________________ [ 1 mark ]

3.3

Fokus Ujian Kertas UPSR Sains ini berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah.

Justru soalan-soalan yang ditanya merangkumi semua tema yang terdapat dalam sukatan pelajaran tersebut (Rajah 3.3)

Rajah 3.3 : Tema dalam Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah

Aktiviti Dapatkan satu set kertas Sains UPSR. Analisis kertas soalan tersebut berdasarkan aspek berikut; I. Aras soalan-soalan ikut taksonomi Bloom

18

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

II. Bagaimana taburan aras soalan tersebut? Aras mana


yang paling banyak? III. Berdasarkan maklumat tadi apakah kertas soalan ini boleh dikategorikan sebagai kertas ujian yang baik? IV.Sekiranya anda sebagai penggubal kertas ini, bagaimanakah anda akan menambahbaik kertas ini?

3.4 Implementasi Setiusaha peperiksaan sekolah akan mendaftarkan semua murid-murid tahun enam di sekolahnya yang akan menduduki UPSR secara online pada awal tahun daripada 1 Jan. hingga 1 Feb. Makluman tentang pendaftaran menduduki peperiksaan akan dibuat melalui: (a) surat siaran Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia,(b) iklan melalui akhbar-akhbar tempatan dan media massa (c) laman sesawang http://www.moe.gov.my/lpm. Proses pendaftaran boleh dibuat mengikut panduan yang diberi dalam Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan ini serta borang pendaftaran boleh dimuat turun dari laman sesawang http://www.moe.gov.my/lpm. Takwim dan jadual waktu peperiksaan boleh didapati daripada laman sesawang tersebut. Ketua pengawas, penyelas zon dan pengawas akan dilantik oleh pihak jabatan Pendidikan Negeri dengan kerjasama pihak sekolah. Tentunya ketua pengawas dan pengawas yang dilantik adalah daripada sekolah yang lain. Semua akan diberi taklimat peperiksaan bagi melicinkan pentadbiran ujian. Pihak sekolah akan diberi tanggungjawab untuk menyediakan dewan peperiksaan. Ketua pengawas selalunya akan melawat persediaan ini sehari sebelum peperiksaan bermula. Ketua Pengawas akan mengambil kertas peperiksaan di bilik kebal pada hari peperiksaan dan ujian ditadbir mengikut garis panduan yang telah dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

19

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

20

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

TOPIK 4

BENTUK UJIAN : PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH(PEKA)

Sinopsis Pentaksiran bagi matapelajaran sains sekolah rendah juga merangkumi pentaksiran kerja amali sains(PEKA) selain daripada kertas UPSR Sains. PEKA adalah pentaksiran berasaskan sekolah. Topik ini membincangkan konsep, format dan cara ianya diimplementasi di sekolah.

Hasil Pembelajaran

1. 2. 3.

Membincangkan konsep UPSR PEKA Memperihal format PEKA Menghurai cara PEKA dilaksanakan di sekolah.

PENGENALAN

Penilaian Berasaskan sekolah

PEKA

Format

Konsep

Implementasi

Rajah 4.1: Pengenalan kandungan

21

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

4.1

Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA)

UPSR PEKA adalah pentaksiran berasaskan sekolah. Ianya dilaksanakan diperingkat sekolah . Ianya adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran sains. Objektif PEKA adalah supaya murid dapat: Menguasai kemahiran saintifik o o Kemahiran proses sains Kemahiran manipulatif

Memperkukuh pengetahuan dan kefahaman berasaskan konsep dan teori sains Memupuk sikap saintifik dan nilai murni Ciri-ciri UPSR PEKA adalah seperti berikut;

Selaras dengan kandungan huraian sukatan pelajaran sains Berpusatkan murid Sistematik dan feasible Telus dan terbuka Pelbagai instrumen Pentaksiran formatif Sah dan boleh percaya Laporan yang bersifat positif Pemantauan yang berterusan

Huraikan setiap ciri-ciri UPSR PEKA yang tersenarai di atas dengan bantuan contoh-contoh yang sesuai. Persembah dalam bentuk esei.

22

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

. 4.2 Konsep UPSR PEKA adalah pentaksiran yang dilaksana semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya bukanlah pentaksiran yang dibuat berasingan daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Anda boleh mentaksir satu konstruk atau beberapa konstruk pada satu satu masa. Anda boleh mentaksir satu kumpulan murid atau pun keseluruhan kelas pada satu satu masa. Juga anda boleh mentaksir sikap dan nilai murni serentak dengan kemahiran proses sains yang ditaksir. Anda boleh mentaksir dan merekod skor berdasar bukti yang ditunjukkan oleh murid anda. Murid yang belum menguasai kemahiran tersebut akan diberi peluang untuk menguasainya melalui aktiviti pembelajaran yang lain. Murid perlu diberi ruang dan peluang yang cukup baginya menguasai kemahiran tersebut sebelum pentaksiran dijalankan. Pentaksiran ini dilaksana mulai tahun 3 hingga tahun 6.

4.3

Format

Bidang yang ditaksir terdiri daripada dua elemen ; Elemen 1 : Kemahiran proses sains (SPS) Elemen 2 : Kemahiran manipulatif (SMS) Elemen 1 and Elemen 2 mengandungi satu senarai kriteria kemahiran tersebut dan petunjuk prestasi yang perlu ditunjukkan oleh murid-murid. Kriteria ini diambil daripada Modul Kemahiran Proses Sains Pusat Perkembangan Kurikulum, 1995. Kod aktiviti yang digunakan merujuk kepada maklumat berikut: Tahun / Tema / Objektif pembelajaran / Hasil pembelajaran Contoh; 3 / 1 / 1.1 / 4 bermaksud aktiviti ini diambil daripada tahun 3, tema 1, objektif pembelajaran 1.1 dan hasil pembelajaran yang keempat.

23

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

Konstruk, Skor and kriteria (Petunjuk prestasi) Terdapat dua elemen yang diukur Elemen 1 : Kemahiran proses sains (SPS)

SPS1 memerhati SPS2 mengelas SPS3 mengukur dan menggunakan nombor SPS4 berkomunikasi SPS5 hubungan ruang dan masa SPS6 mendefinisi secara operasi SPS7 mengeksperimen

Elemen 2 : Kemahiran Manipulatif (SMS) o o o o o SMS1 guna dan kendali peralatan dan bahan sains SMS2 kendali spesimen bahan hidup SMS3 lukis spesimen dan peralatan sains SMS4- membersih peralatan sains SMS5- menyimpan peralatan dan bahan sains

Contoh rubrik yang digunakan semasa mentaksir: Construct SPS1 Observing score 4 criteria C1 State the properties of objects and situations correctly using any of the five senses C2 State the properties of objects and situations correctly using appropriate tools to assist remark Suggested activity (i) Field study (ii) Experiment (iii) Project Examples : 3 / 1 / 1.1 / 4 3 / 1 / 1.2 / 1 3 / 1 / 2.1 / 4 3 / 2 / 6.1 / 1 4 / 1 / 3.2 / 1 & 2 4 / 1 / 3.4 / 1 & 2

24

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

senses C3 State the properties of objects and situations based on the sequences 3 2 1 occured C1 and C2 C1 atau C2 C1 atau C2 (dengan bimbingan)

4 / 1 / 3.5 / 2 & 5 5 / 1 / 1.1 / 3 6 / 1 / 1.1 / 1 6 6 / 1 / 1.2 / 1 ( Refer Curriculum Specification)

Construct SMS1 Use and handle science apparatus and substances

score 4

criteria C1 Use at least 5 apparatus correctly and carefully C2 Handle apparatus and substances correctly and carefully C3 Set up the apparatus or prepare the substances in an orderly manner C4 Carry out the experiment following the correct procedures C1, C2 and C3 C1 and C2 C1 with guidance

remark Example Use ruler, hand lens, measuring cylinder, microscope, thermometer, bunsen burner, stop watch, test tube, stethoscope and retort stand Note SPS and SMS can be carried out together

3 2 1

Rajah 4.2 : Contoh Rubrik bagi mentaksir SPS dan SMS [Sumber : Assessment Guide: Science Practical Work Assessment, 2008]

25

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

Rajah 4.3 mempamerkan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan pada tahun 5 dimana dalam aktiviti ini anda boleh menggunakannya sebagai ruang untuk mentaksir kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif yang berkaitan.

26

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

27

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

Rajah 4.3: Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh juga mentaksir PEKA [Sumber: PEKA Science Module Year 5]

28

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

4.4 IMPLEMENTASI Proses pelaksanaan PEKA di sekolah merangkumi langkah-langkah seperti dalam carta alir berikut;

PERANCANGAN

PENTADBIRAN

PENSKORAN

PELAPORAN

PEMANTAUAN
Langkah Perancangan Huraian Pentaksiran perlu dirancang dengan mengambil kira aspekaspek berikut: Murid-murid yang terlibat Masa/tempoh pentaksiran Bilangan pentaksiran Pentaksir yang terlibat Jenis instrumen yang akan digunakan Pengskoran Penggredan laporan

29

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

Pentadbiran

Maklumat pentaksiran yang akan dikumpul dan dinilai oleh guru yang bertanggungjawab dalam mengenaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Perlu mengumpul bukti-bukti yang berkaitan yang dihasilkan olh murid.

Penskoran

Skor diberi ikut skema pemarkahan yang telah ditetapkan. Jumlah markah untuk kemahiran proses sains adalah 30 markah dan 20 markah bagi kemahiran manipulatif.

Pelaporan

Skor yang diperolehi oleh murid-murid dirumuskan mengikut prinsip dan pengredan untuk mnentukan aras penguasaan murid. Mekanisma telah dirancang bagi memastikan semua murid ditaksir cara yang serupa dan diberi skor yang berkaitan. Moderasi adalah prosedur yang lazim dilaksanakan bagi memantau pentaksiran berasaskan sekolah bagi mempastikan keesahan dan kebolehpercayaan skor yang diberikan leh guru-guru.

Pemantauan

Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan PEKA (2008) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci termasuk borang-borang yan perlu diisi semasa melaksana dan melaporkan keputusan PEKA yang perlu dihantar ke Lembaga Ujian Malaysia. Isu-isu pelaksanaan PEKA Senaraikan isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan PEKA yang dihadapi di sekolah anda. Bandingkan dengan rakan-rakan anda. Apakah isu-isu yang sama dihadapi. Apakah langkah-langkah yang boleh anda dan rakan-rakan anda bleh lakukan secara kumpulan untuk menangani isuisu tersebut?

TOPIK 5

BENTUK UJIAN : PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

30

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

Sinopsis Pentaksiran berasaskan sekolah adalah satu jenis pentaksiran yang menjadi semakin mendapat perhatian pihak umum. Akauntibiliti guru amat penting bagi mempastikan PBS sah dan bolehpercaya. Topik membincangkan peranan guru dalam melaksanakan PBS dalam konteks bilik darjah. Juga pelajar akan dapat meneroka dapatan kajian-kajian tentang PBS yang telah dibuat leh penyelidik-penyelidik terutama dalm negara kita.

Hasil Pembelajaran

1. Membincangkan konsep PBS dalam konteks bilik darjah


2. Menyenarai tugasan-tugasan yang boleh digunakan sebagai pentaksiran 3. Merumus isu-isu penting yang berkaitan dengan pelaksanaan PBS daripada kajian-kajian lepas yang berkaitan

PENGENALAN

Penilaian Berasaskan sekolah

Aplikasi dalam Bilik darjah

Dapatan kajian

Rajah 4.1: Pengenalan kandungan Pengenalan

31

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah . Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada markah kerja kursus. Setiap calon mestilah mempunyai semua markah / pencapaian PBS setelah tamat tempoh pelaksanaan. Ciri-ciri PBS

1. Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:


Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.

2. Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat


pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.

3. Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara
ditaksir berdasarkan skema penskoran.

4. Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru


pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan

32

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.

5. Dimoderasikan pula merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid ditaksir


berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti 5.1 APLIKASI DALAM BILIK DARJAH Anda sebagai guru memainkan peranan penting dalam menentukan perkembangan murid, kebolehan, kemajuan akademik dan pencapaiannya. Anda juga yang dapat menilai bagaimana hendak menentukan pencapaian hasil pembelajaran, melaksanakannya, merekod, mentafsir skor ujian tersebut, dan yang juga sama pentingnya membuat tindakan susulan. Justru melalui PBS anda dapat menentukan pencapaian keseluruhan murid anda. Ini bermakna anda dapat memastikan perkembangan murid tadi bukan sahaja daripada segi akademik sahaja tapi daripada segi sahsiah, emosi dan rohani murid tersebut. Tentunya ini akan menuju kepada merealisasikan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan. Pentaksiran sekolah mengandungi dua fungsi yang luas, iaitu Pentaksiran tentang pembelajaran yang bersifat summatif (pentaksiran untuk melihat prestasi murid) Pentaksiran untuk pembelajaran yang bersifat formatif (pentaksiran untuk meningkatkan pembelajaran) Pentaksiran tentang Pembelajaran (Pentaksiran Sumatif): Pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi penggal persekolahan, semester atau tahun tertentu. Semua eviden bagi pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam portfolio. Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk proses semakan dan pengesahan.

33

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan secara bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil, pernyataan deskriptif sebahagian atau kesemuanya. Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk sijil, pernyataan keputusan, profil atau testimoni. Pentaksiran untuk Pembelajaran (Pentaksiran Formatif) Pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid. Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain. Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti pencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas. pentaksiran untuk pembelajaran. Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada murid dengan cara yang betul. Maklumbalas tidak sepatutnya mengandungi pernyataan perbandingan antara murid tentang kebolehan, kedudukan atau persaingan. Pilih satu tema daripada mana-mana Huraian Sukatan Sains. Rancangkan alat/instrumen yang sesuai bagi mentaksir hasil pembelajaran yang terkandung dalam tema tersebut. Tentukan bilangan dan pemberatan bagi setiap tugasan pentaksiran. Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh digunakan dengan berkesan untuk menyokong

5.2 DAPATAN KAJIAN

34

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

Meneroka dapatan kajian PBS (1jam) Kumpulkan maklumat tentang kajian-kajian yang telah dijalankan tentang tajuk penilaian berasaskan sekolah. Rumuskan dapatan kajian tersebut. Apakah kelebihan dan kekangan bagi melaksanakan PBS?

35