Anda di halaman 1dari 8

KUPASAN KARYA KLASIK

Karya melayu klasik yang digambarkan dalam bentuk seloka

jelas menunjukkan jiwa masyarakat Melayu pada zaman itu

yang mementingkan kesopanan dan tatasusila apabila

mengungkapkan cerita Pak Kaduk ini dalam terjemahan

seloka.Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang

mempunyai satu ciri penting iaitu bermaksud untuk

mengejek,menyindir secara serius atau jenaka mahupun

mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun

sekelompok masyarakat.Menurut kamus Dewan Bahasa dan

Pustaka edisi ke-empat,seloka ialah sejenis puisi yang

mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun

jenaka.Masyarakat Melayu pada zaman tersebut

mencerminkan ketidakpuasan hati mereka kepada seseorang

dengan mencipta seloka yang memperincikan sikap negatif

yang tidak disukai oleh mereka.Seloka Pak Kaduk

diterjemahkan oleh masyarakat Melayu dahulu sebagai satu

wahana yang memberi iktibar kepada segenap lapisan


masyarakat dahulu dan sekarang bahawa Pak Kaduk bernasib

malang akibat daripada kejahilan dirinya sendiri. Rentetan

kisah Pak Kaduk yang diisytiharkan ayam miliknya menang

dalam perlawanan namun tanah miliknya tergadai apabila dia

telah bersepakat dengan raja di negerinya itu untuk menukar

ayam masing-masing sebelum perlawanan sabung ayam

berlangsung.Ketika perjalanan pulang ke rumah,dia kelaparan

kerana bekal yang dibawanya ketika perlawanan sabung ayam

itu dia buang di tengah jalan.Apabila dia berperahu ketika

pulang,dia mengalami kesukaran untuk mengendalikan perahu

miliknya itu kerana apabila dia hendak menghala perahunya

ke hulu,didayungnya ke arah hilir dan sebaliknya.Setelah

lama mendayung barulah dia sampai ke rumah dengan

keadaan yang penat dan lapar.Isterinya pula tidak memasak

kerana menyangka dia telah makan sebelum pulang ke

rumah.Dia mula naik angin dan isterinya nyaris mati

dipukulnya kerana tidak menyediakan makanan.Sudahlah


ketika dia berperahu pulang ke rumah mengalami

masalah,apabila sampai di rumah isterinya tidak memasak dan

rumahnya pula diambil oleh raja negeri tersebut akibat kalah

dalam taruhan sabung ayam.


Nasib malang Pak Kaduk sinonim dengan segelintir individu

dalam masyarakat Melayu zaman pasca moden ini kerana

masyarakat kini mengejar kebendaan semata-mata tanpa

berfikir panjang.Mereka sanggup menggadai maruah diri dan

keluarga apabila ingin mencapai sesuatu.Masalah sosial yang

semakin meruncing kini terjadi gara-gara faktor kejahilan diri

sendiri.Individu-individu yang lalai ini tidak dapat

membezakan samada keseronokan yang mereka kecapi itu

bersifat sementara ataupun berkekalan.Seloka Pak Kaduk ini

memberi seribu satu pengajaran kepada golongan yang alpa

dengan keseronokan duniawi semata-mata.


Dalam seloka ini,Pak Kaduk kehilangan tanah yang

merupakan satu-satunya harta yang dia ada kerana

terpengaruh dengan omongan kosong raja yang tidak berhati


perut itu.Jika di zaman serba canggih ini,Pak Kaduk moden

boleh diklasifikasikan dengan individu yang mudah terpedaya

dengan janji-janji kosong “along” yang dikenali sebagai

pemiutang.Gara-gara ingin hidup senang individu ini berani

mengambil risiko dengan meminjam sejumlah wang pada

pemiutang ini tanpa mengambil kira soal faedah yang cukup

tinggi akan dikenakan kepada penghutang.Apabila si

penghutang ini gagal membayar balik sejumlah wang yang

dipinjamnya dalam tempoh masa yang ditetapkan maka

bermulalah episod tragis dalam hidup mereka.Kehilangan

nyawa orang yang mereka sayang dan nyawa mereka sendiri

pasti akan terjadi kelak apabila gagal membayar balik hutang

tersebut seperti yang terjadi pada Pak Kaduk yang kehilangan

seluruh harta miliknya akibat kalah dalam perlawanan sabung

ayam ayam.
Setengah orang menyangka bahawa kemajuan yang telah

dicapai umat manusia sekarang ini,yang begitu

canggih,mengagumkan,itulah tujuan daripada hidup.Itulah


matlamat yang akan dicapai oleh setiap orang.Tidak ada lagi

perhentian atau persinggahan di sebalik itu.Jika telah tercapai

kemajuan dan kelengkapan hidup sempurnalah kemanusiaan

kita.Hidup di zaman moden serba maju,serba pantas,serba

teknologi tetapi juga serba gelisah,serba tidak ada pegangan

dan serba diliputi oleh rasa takut.Kesenangan hidup moden

hanya nampak pada kulit,namun jauh di dasar hati

manusianya penuh dengan keresahan.Kebanyakannya

bersembunyi di sebalik kemewahan dunia yang serba tidak

kekal ini.
Kebudayaan saat ini,mengajar kepada manusia bagaimana

hendak hidup tetapi ia tidak mampu menerangkan kerana

apakah manusia itu hidup dan apakah hikmah daripada

kehadiran manusia hidup di dunia ini.Mereka hanya mencari

kesenangan hidup menurut cara mereka sendiri.Mungkin

dengan mencuri,berjudi dan membuat kezaliman.Jika

dahulu,orang mencuri dengan cara sembunyi-sembunyi,tetapi

kini kebanyakannya mencuri dengan terang-terangan di depan


mata.Mereka mencuri dengan cara riba,rasuah dan menerima

sogokan.
Jahiliyah di abad moden kini jauh lebih kejam dibandingkan

dengan jahiliyah ketika sebelum Nabi Muhammad

S.A.W.Cuma kezaliman ketika ini direka bentuk dengan cara

yang canggih sehingga seakan-akan tidak nampak akibat

tertutup oleh tipu daya manusia itu sendiri.Kejadian-kejadian

itu sebagai suatu gambaran bahawa jiwa yang hidup di kurun

ini,kebanyakannya jiwa yang kosong dari nilai-nilai

keagamaan.Mereka jauh daripada konsep ajaran yang telah

diberikan oleh Allah S.W.T.Kehidupan umat Islam banyak

mengambil cara Barat yang lebih mementingkan kehidupan

material tanpa menghitung bahawa jiwa juga perlu diisi

dengan agama.Kini kehidupan yang serba bebas dari segi

hubungan sosial dan pergaulan dilihat tanpa menghitung nilai

halal dan haram lagi.


Di dalam Islam,segala aspek kehidupan telah diatur dengan

lengkap kerana sesungguhnya Islam merupakan agama yang


mengatur seluruh aspek dalam kehidupan umat

manusia.Hanya tinggal sejauh mana umat Islam itu sendiri

mahu menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka.Jika masa

silam dari kehidupan yang kita lalui diwarnai dengan pelbagai

corak dosa dan noda,ada baiknya kita behijrah dari alam yang

penuh kesalahan dan dosa-dosa kepada alam kehidupan yang

baru serta lebih baik.Kehidupan yang dituntut sesuai dengan

ajaran Islam,yang mendapat keberkatan dan keredhaan Allah

S.W.T.
Kejayaan dalam hidup tidak semestinya memiliki wang

berjuta-juta ringgit atau harta benda yang melimpah ruah serta

memegang jawatan tinggi.Kejayaan yang sebenarnya,tercapai

suatu wawasan yang dapat membahagiakan kita hidup di

dunia dan di akhirat.Oleh sebab itu,kejayaan atau kegagalan

hidup kita banyak bergantung kepada matlamat utama kita

diutuskan ke dunia ini.Apabila seseorang itu telah tunduk

kepada Tuhannya,maka tidak perlu khuatir lagi untuk

menempuh apa-apa kegagalan di dunia ini.Hamba yang


soleh,telah dijanjikan oleh Allah S.W.T akan keampunan dan

dijamin masuk ke dal am syurga yang indah.Firman Allah

S.W.T dalam Surah Al-Bayyinah ayat 7-8 yang bermaksud :


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan

mengerjakan
amal soleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk balasan

mereka di sisi Allah mereka ialah Syurga Adn yang

mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di

dalamnya selama-lamanya.
Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha

kepadaNya.
Yang demikian itu adalah balasan bagi orang-orang yang

takut kepada Tuhannya”

Anda mungkin juga menyukai