Anda di halaman 1dari 4

Kelebihan Menghafaz Al-Quran Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz

al-Quran dengan gelaran al-Hafiz, akan mendapat 2 ganjaran : Ganjaran di dunia Ganjaran di akhirat

Ganjaran di dunia Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Antaranya: 1. Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia. Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya. (Riwayat Ibnu Majah)

2. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya. (Riwayat Muslim)

3. Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W. Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat. (Riwayat Bukhari)

4. Al-Quran menjanjikan kebaikan. Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ganjaran di akhirat 1. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan. Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

2. Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong) Dari Abi Umamah ra. ia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).(Riwayat Muslim)

3. Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda. Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam mim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

Adab Terhadap Al-Quran 1. Adab Terhadap al-Quran yang diambil dari buku at-Tibyan Fi Adab Hamlatul Quran 2. Beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian al-Quran adalah keunggulan yang tertinggi 3. Merupakan mukjizat terbesar Rasulullah S.A.W. 4. Berwudhu terlebih dahulu sebelum membaca atau mengambil mushaf alQuran. 5. Mengambil dengan menggunakan kedua tangan secara sopan. 6. Membawa al-Quran dengan tangan kanan serta ditinggikan melebihi dari paras pusat. 7. Meletakkan al-Quran di tempat yang lebih tinggi dari tempat kaki berpijak/lantai. 8. Membaca dalam keadaan suci daripada najis . 9. Duduk menghadap Qiblat jika suasana memungkinkan. 10. Membuka mushaf dengan tangan kanan. 11. Memakai pakaian yang menutup aurat, cantik, kemas dan bersih. 12. Memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik. 13. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran. 14. Elakkan dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca al-Quran. 15. Jangan bergurau dan bermain-main ketika membaca al-Quran. 16. Berada dalam keadaan tenang dan duduk dengan penuh tertib. 17. Berusaha untuk memahami ayat-ayat yang dibaca dan mengamalkannya. 18. Menjaga hak setiap huruf sehingga jelas dan betul sebutannya. 19. Membaca mengikut tertib mushaf. 20. Berhenti membaca apabila terasa mengantuk dan menguap. 21. Membaca al-Quran di tempat yang bersih dan suci.

22. Memulakan bacaan dengan istiazah dan disudahi dengan membaca : 23. Tutup al-Quran dengan tangan secara sopan dan mengembalikannya ke tempat yang terhormat dan bersih.

Anda mungkin juga menyukai