Anda di halaman 1dari 24

ISU ISU DALAM SUKAN

Penyalahgunaan bahan dalam sukan


Disediakan oleh : Nur Hidayah Bt Mohd Azam Norliyana Bt Masri PISMP 5 . 03

Konsep Penyalahgunaan bahan dalam sukan


Penyalah = orang yang membuat sesuatu secara tidak betul atau tidak benar, perbuatan yang menyalahi hukum (aturan dll). Bahan = sesuatu atau benda (barang dsb) yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Sukan = segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt bola sepak, lumba lari dll)nyang dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan untuk menyihatkan badan dll).

Kesimpulannya
Gaya hidup sihat menuntut kita tidak menyalahgunakan bahan. Penyalahgunaan bahan melibatkan perkara berikut ;

DADAH
Menurut Kamus Dewan (1970), dadah diertikan sebagai ubatubatan. Dadah ialah bahan kimia yang dapat mengubah perasaan, daya persepsi, fikiran dan tindakan yang waras. Buku Mencegah Salah Guna Dadah Melalui Kaunseling, terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia (DBP:1983) menjelaskan bahawa dadah ialah sebarang bahan atau bahan kimia yang digunakan pada tubuh badan manusia @ haiwan untuk menyiasat, merawat, nmencegah penyakit atau membaiki keadaan kesihatan. Tetapi apabila disalah gunakan akan menyebabkan ketagihan, menjejaskan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna. Dadah adalah apa jua bahan kimia sama ada asli @ tiruan yang dapat merubah perasaan, pengawalan dan kesedaran seseorang.

Penyalahgunaan dadah

Kesan pengambilan jenis dadah yang berlainan


Dadah Hasil-hasil Kanabis Marijuana Hasil-hasil Nakotik Morfin Heroin Codeine Cara diambil Kesan yang mungkin berlaku Rasa seronok Nafsuseronoksistem Rasa makan meningkat Ingatan terjejas pernafasan terganggu Kawalan motor terjejas Rasa pening dan loya Khayal Kurang kawalan diri Fungsi paru-paru terganggu

Tempoh berkesan

Tanda pengunduran

Dihisap dan diambil melalui makanan dan Suntikan secara makan minuman

2-4 jam 15mg = 6 jam 15mg = 4j am 10-30 minit 30mg = 4 jam


Tidak dapat tidur Berpeluh Menguap Menggeletar Mata berair Rasa loya Hidung berhingus Cirit birit Sentiasa aktif Menggeletar Suka tidur Mudah tersinggung Hilang nafsu makan

Dadah Hasil-hasil Stimulan Kokain Crack Amphetamine, phenmetrazine, nidate

Cara diambil Suntikan dan menghidu Menghisap Suntikan dan makan


Kesan yang mungkin berlaku Rasa seronok Tambah segar Ghairah Kadar denyutan nadi meningkat Anak mata membesar Hilang nafsu makan Kejang otot Mati

Tempoh berkesan 1-2 jam 15-30 minit 2-4 jam


Tanda pengunduran Mudah meradang Mudah tersinggung Keliru antara betul atau salah Bersikap tidak belas kasihan Tidur lama

Alkohol
Segala jenis minuman yang memabukan sehingga dengan meminumnya menjadi hilang kesadarannya Dalam erti kata lain minuman keras

Minuman Alkohol

Kesan Alkohol mengikut jumlah minuman


Bil gelas 1 2 3 4 5 8 Kesan ke atas kesihatan & tingkah laku Menjejaskan keupayaan membuat keputusan Menjejaskan ingatan motor perlakuan Merasa panaskoordinasi Tangan menggeletar Menjejaskan Tempoh tindak balas meningkat Menjadi ganas Menjejaskan keupayaan membuat keputusan Menjejaskan ingatan keupayaan berjalan Menjejaskan percakapanberdiri keupayaan Menjejaskan penglihatan Menjejaskan imbangan

Rokok

Penggunaan Dadah
Penggunaan dadah bukan masalah zaman moden tetapi telah berpunca sejak zaman Yunani lagi. Keinginan atlet meningkatkan prestasi menyebabkan mereka menggunakan bahan/ ubat. Beashel dan Taylor (1992) melaporkan atlet Yunani menggunakan stimulants termasuk beberapa jenis kulat untuk meningkatkan prestasi sukan, orang Romans memberi laritan campuran air dan madu kepada kuda mereka untuk meningkatkan kelajuan dan daya tahan dalam perlumbaan kereta kuda dan memberi stimulants kepada buaya untuk menambah keberanian. Tahun 1879, terdapat laporan penggunaan dadah dalam kalangan pengayuh basikal. Mereka menggunakan kafein atau kokain dan heroin.

Sambungan
Kematian pertama dilaporkan pada 1890; seorang pengayuh basikal Britain Linton mati kerana ephedrine. Tahun 1904, pelari jarak jauh Hicks pengsan dan hampir mati selepas minum minuman campuran arak (brandy) dan strychnine, Knud Jensen dari Denmark mati pada 1960 di Sukan Olimpik di Rome kerana nicotinyl tartrate. Antara pelari terkenal yang tertangkap ialah Ben Johnson di Sukan Olimpik 1988 dan Katherine Krabb, pemain bola tampar China Wu Shi Lan.

Pendopan bahan
Pendopan merujuk kepada penggunaan bahan atau teknik oleh atlet yang boleh meningkatkan prestasi. Bahan-bahan yang diharamkan ialah:

Peransang (stimulants)
Peransang ialah bahan yang bertindak secara terus ke atas sistem saraf pusat untuk meningkatkan tindak balas otak dan tubuh badan. Kesan perangsang adalah sama dengan hormon adrenalin. Menyebabkan atlet berasa cergas dan berjaga serta tidak berasa letih. Hal ini akan menyebabkan atlet mendapat kecederaan. Contoh stimulants: kokain, amphetamines, ephidrine/pseuedoephidrine, kafain.

Analgesik Nakotik (narcotic analgesics)


Terdapat dua jenis: (a) Analgesik nakotik- heroin, morphine, pethidine dan codeine (b) Analgesik bukan nakotik paracetamol (panadol) dan aspirin Bahan ini bertindak ke atas otak dan menyebabkan seseorang berasa tidak sakit walaupun cedera atau sakit. Kesan Analgesik nakotik: (a) Berasa sangat ghairah (euphoria) (b) Kehilangan imbangan dan koordinasi (c) Hilang keupayaan untuk memberi perhatian (d) Sesak nafas (e) Berasa pening, muntah dan sembelit

.. Sambungan..
Walaupun analgesik bukan nakotik bukan bahan yang diharamkan, penggunaannya perlu diawasi kerana beberapa kesan seperti: (a) Menyebabkan kecederaan kerana melindungi kesihatan (b) Pening dan muntah (c) Pendarahan dalam perut (d) Kerosakan ginjal

Steroid Anaboli (Anabolic Steroids)


Merupakan bahan hormon lelaki testosterone tiruan buatan manusia. Ia diguna oleh atlet untuk membina otot seterusnya meningkatkan kekuatan dan kelajuan.

Beta penghalang (Beta Blockers)


Bahan ini amnya digunakan untuk merawat pesakit jantung dan tekanan darah tinggi. Bahan ini boleh membantu atlet sukan bersasaran seperti memanah dan menembak kerana ia membantu mengurangkan gementar tangan dan tubuh badan.

Diuretik (Diuretics)
Bahan ini menggalakkan kehilangan air dan garam oleh ginjal. Bahan ini digunakan oleh peninju, atlet angkat berat, pengayuh perahu dan joki yang bertanding dalam kategori berat. Walaubagaimanapun, kekurangan air akan menyebabkan: (a) Pening dan muntah (b) Pengsan (c ) Hilang koordinasi (d) Kematian

Hormon Pertumbuhan Manusia


Bahan ini membantu pertumbuhan tubuh badan terutamanya ketinggian. Namun begitu, atlet yang telah matang tidak akan merasai kesan penambahan ketinggian. Seseorang atlet boleh menambahkan hormon dengan makan makanan tinggi khasiat protein dan tidur dengan banyak. Atlet menggunakan hormon ini untuk membangunkan otot. Kesan: pembesaran tangan, kaki, muka dan organ dalaman. Juga menyebabkan penyakit lain seperti kencing manis, penyakit jantung, masalah sendi, kelemahan otot dan boleh ,membawa maut.

Anda mungkin juga menyukai