Anda di halaman 1dari 2

Tajuk Tarikh Masa Tempat

: Temubual Bersama En. Wan (bukan nama sebenar) bekas penagih dadah : 03/03/2010 : 11.00 pagi : Pusat Pemulihan Tunas Bakti

Penemuduga : Assalamualaikum En. Wan. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama saya. Saya pelajar dari Universiti Tun Hussien Onn ingin membuat tugasan berharap saudara tidak keberatan untuk diwawancara seketika. En. Wan : Waalaikumussalam. Saya amat berbesar hati kerana pihak saudara sudi hadir ke Rumah Pengasih ini. Saya sedia membantu saudara. Penemuduga : Berapa lamakah saudara telah menghuni di Rumah Pengasih ini? En. Wan : Untuk pengetahuan saudara, saya telah menghuni di sini sejak 3 tahun yang lepas. Penemuduga : Bolehkah saudara nyatakan dengan jelas apa yang membuatkan saudara memilih Rumah Pengasih? En Wan : Rumah Pengasih merupakan sebuah tempat rawatan dan perlindungan bagi penagih dadah, arak dan bahan-bahan kimia yang lain. Di sini, kami dilatih oleh kaunselor yang berkemahiran untuk mengatasi masalah ketagihan ini. Kami diajarkan dengan nilai-nilai murni, kepercayaan kepada diri sendiri dan sokongan dari rakan-rakan dan keluarga. Selain itu, kami juga dididik dengan unsur-unsur kerohanian agar mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa dan memohon agar diberikan kekuatan supaya mampu mengatasi ketagihan. Penemuduga : Jika saudara tidak keberatan, bolehkah saya tahu apakah jenis dadah yang saudara ambil sehingga ketagih? En. Wan : Saya telah mengambil ubat batuk ketika berumur 12 tahun. Setiap kali saya berasa tertekan dengan keadaan keluarga yang sering bergaduh, saya akan meminum ubat batuk. Lama-kelamaan saya berasa ketagih dan minum sehingga satu botol ubat batuk.

Penemuduga : Mengapa saudara memilih ubat batuk? En. Wan : Saya mudah mendapatkannya.

Penemuduga : Apakah kesan yang saudara rasa selepas mengambil ubat batuk berlebihan? En.Wan : Saya berasa mengantuk dan fikiran saya melayang-layang. Ketika itu juga, Saya tidak mengingati apa yang telah berlaku. Penemuduga : Adakah saudara berasakan bahawa tindakan saudara itu betul? En. Wan : Ketika itu saya tidak memikirkan betul atau salah tindakan saya itu. Saya hanya memikirkan keseronokan. Penemuduga : Pada pendapat saudara, apakah yang terkandung di dalam ubat batuk yang menyebabkan saudara mengantuk selepas mengambilnya secara berlebihan? En. Wan : Pada pendapat saya, ubat batuk mengandungi sedikit campuran dadah untuk tujuan perubatan. Pengambilan secara berlebihan akan mendatangkan kesan negatif. Penemuduga : Apakah yang membuatkan saudara berubah dan ingin berhenti dari ketagihan ubat batuk? En. Wan : Saya cemburu melihat masyarakat sekeliling yang hidup sihat dan bahagia keluarga dan rakan-rakan.Mereka sentiasa cergas dan cerdas menjalani aktiviti harian. Itu yang membuatkan saya bertekad untuk berubah. Penemuduga : Baiklah saudara, apakah nasihat saudara kepada golongan remaja? En. Wan : Nasihat saya ialah sayangilah diri anda dan orang yang tersayang. Dekatkan diri kepada yang Maha Esa dan mohonlah petunjuk dan kekuatan dariNya. seandainya ada masalah yang dihadapi berbincanglah dengan keluarga dan carilah jalan penyelesaian yang betul. Penemuduga : Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman. Saya doakan mudah-mudahan saudara bebas dari ketagihan. En.Wan : Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai