Anda di halaman 1dari 2

Arnab dan kura-kura Pada zaman dahulu ada seekor arnab yang sangat sombong.

Dia amat berbangga dengan kepantasan dia berlari. Suatu hari, dia terjumpa seekor kura-kura yang berjalan amat perlahan. Lalu, ketawalah sang arnab dengan sekuat hatinya. Dalam kesombongannya itu, dia telah mengajak sang kura-kura berlumba lari. Walaupun sang kura-kura tahu bahawa dia akan kalah, namun sang kura-kura tetap menyetujui untuk bertanding dengan sang arnab. Tiba di hari perlumbaan, kedua-dua haiwan ini pun berlumba lari. Seperti yang diduga, Sang Arnab mendahului perlumbaan tersebut. Akan tetapi, sampai di sebatang pokok, berhentilah Sang Arnab lantas tertidur kerana dia yakin bahawa sang kura-kura pasti tidak dapat melepasinya walaupun dia tidur. Apabila sang arnab terbangun dari tidur, dia melihat sang kura-kura telah hampir dengan garisan penamat. Maka berlarilah sang arnab dengan sekuatnya. Namun, sang arnab tidak berjaya mendahului sang kura-kura ke garisan penamat. Maka kalahlah sang arnab dalam perlumbaan tersebut. Moral of the story: Jangan sombong dan memperkecil-kecilkan orang lain..

Arnab dan kura-kura

ARNAB SEEKOR HAIWAN YANG SOMBONG, DIA SELALU MENGEJEK KURAKURA. OLEH KERANA KURA-KURA BERJALAN LAMBAT. SANG KURA-KURA AMAT MARAH, SANG KURA-KURA MENCABAR ARNAB BERLARI, ARNAB BERASA GELI HATI KERANA KURA-KURA YANG KECIL SERTA BERJALAN LAMBAT ITU MENGAJAKNYA BERLUMBA LARI. SANG ARNAB MENERIMA CABARAN SANG KURA -KURA. PADA WAKTU PERTANDINGAN ARNAB BERLARI LAJU SEMENTARA KURA-KURA BERLARI SECEPAT MUNGKIN. DI PERSIMPANGAN JALAN, ARNAB TERJUMPA KEBUN LOBAK. ARNAB MAKAN SEHINGGA KENYANG OLEH KERANA TERLALU PENAT, ARNAB PUN TERTIDUR. KURA-KURA TERNAMPAK ARNAB SEDANG TIDUR. KURA-KURA PUN BERJALAN PERLAHAN-LAHAN SUPAYA ARNAB TIDAK TERJAGA, APABILA ARNAB BANGUN KURA-KURA TELAH MENANG. ARNAB BERASA SANGAT MALU LALU DIA PUN MEMINTA MAAF KEPADA KURA-KURA, SEJAK PERISTIWA ITU ARNAB PUN MENJADI KAWAN BAIK KURA-KURA.