Anda di halaman 1dari 9

BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1

PENGENALAN

1.1.1

Pendahuluan

Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar di syaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma politeknik (KPTM). Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan sebenar.

Pelajar yang bakal menjalani latihan industri ini diberi 2 pilihan sama ada memohon tempat latihan melalui upli atau membuat permohonan sendiri pelajar digalakkan memohon tempat untuk manjalani latihan industri yang sesuai dengan jurusan pelajar ambil di politeknik.

1.1.2

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri diwajibkan kepada setiap pelajar untuk diikuti adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang sedikit sebanyak berkenaan dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar. Berikut antara tujuan latihan industri diwajibkan:

i.

Dapat membantu pelajar dalam mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari dengan kaedah-kaedah praktikal.

ii.

Dapat memupuk semangat kerja dalam sebuah firma yang mementingkan kerjasama serta perkongsian pendapat berhubung sesuatu kerja yang hendak dilakukan.

iii.

Dapat menanamkan sifat yang amanah, bertanggungjawab dan keyakinan diri yang tinggi terhadap kerja yang diamanahkan.

iv.

Dapat

mengamalkan

dan

mempraktikkan

prosedur-prosedur

keselamatan dalam industri.

v.

Memupuk sikap amanah dan bertanggungjawab terhadap majikan.

vi.

Dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan segala pembelajaran dan amali ke dalam pekerjaan mengikut bidang yang diambil.

vii.

Dapat juga mendisiplinkan pelajar dalam bekerja mengikut ketetapan masa dalam menjalankan sesuatu kerja yang diberikan.

1.1.3

OBJEKTIF LAPORAN

Dalam tempoh pelajar menjalani latihan industri, pelajar diwajibkan merekod dan memahami segala pemerhatian atau aktiviti yang dilakukan ke dalam buku catatan harian yang perlu dibawa setiap masa oleh pelajar. Selepas tamat tempoh latihan, pelajar dikehendaki menyiapkan satu laporan lengkap yang mengandungi segala maklumat dan aktiviti yang berkaitan dengan kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh pelajar. Antara lain objektif laporan ini dilaksanakan ialah bertujuan untuk:

i.

Pelajar dapat merekod serta menyimpan segala aktiviti yang pernah dilakukan sepanjang latihan dalam satu sistem

penyimpanan yang kemas dan mudah difahami.

ii.

Dapat membiasakan pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh masa yang telah diberikan dengan sebaiknya.

iii.

Sebagai bukti yang menunjukkan bahawa pelajar berkenaan telah menjalani latihan industri dengan jayanya.

iv.

Sebagai rekod simpanan pelajar yang boleh digunakan apabila memohon sesuatu pekerjaan setelah tamat pengajian.

v.

Adalah untuk semakan pensyarah dalam proses pemarkahan dan penilaian.

vi.

Menlengkapkan syarat latihan industri dan meneruskan pengajian di politeknik.

1.1.4

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR.

Setiap pelajar yang menjalani tempoh latihan industri yang diberikan dapat memberi manfaat yang besar kepada diri pelajar itu sendiri. Maka, latihan industri ini juga bukan sahaja untuk memudahkan pengajian di politeknik tetapi selepas tamat tempoh pengajian. latihan industri kepada pelajar adalah seperti berikut: Antara kepentingan

i.

Sedikit sebanyak membantu pembelajaran secara teori dengan lebih berkesan.

ii.

Pelajar akan dihormati jika sentiasa menunjukkan sikap keyakinan diri yang tinggi serta menunjukkan kesungguhan dalam

menjalankan sesuatu kerja yang diberikan.

iii.

Dapat melatih dan membentuk peningkatan kendiri pelajar terhadap konsep kerja yang mencabar.

iv.

Bagi menanamkan sikap keyakinan pelajar terhadap pekerjaan yang bakal diceburi nanti.

v.

Sebagai salah satu persediaan dari segi mental dan fizikal pelajar sebelum menempuh alam pekerjaan yang sebenar.

vi.

Dapat menanamkan sifat semangat kerja sama dalam pasukan dan dapat komunikasi sesama pekerja dengan berkesan.

1.2 LATAR BELAKANG FIRMA

1.2.1 PENGENALAN

Syarikat CROWN Signcrafts ONG KONE (M) SDN BHD merupakan salah satu syarikat tempatan yang menjalankan aktiviti perniagaan dengan menberi khidmat dalam bidang mekanikal, dan lain-lain. Syarikat ini amat bergiat aktif dalam menerima sebarang perkhidmatan yang berbentuk projek di sekitar Pahang serta lain-lain negeri.

1.2.2 LATAR BELAKANG PENUBUHAN ORGANISASI

CROWN Signcrafts.adalah merupakan salah satu syarikat tempatan yang berdaftar dibawah undang-undang syarikat Malaysia akta 1956 pada tahun 1967.

Syarikat ini adalah satu pertubuhan syarikat yang mempunyai pelbagai jenis servis (Singboard) dan merupakan satu syarikat yang teguh dimana syarikat ini menyediakan khidmat utamanya ialah dalam bidang mekanikal projek iaitu dalam bidang pekerjaan yang berasaskan mesin, mereka bentuk, memasang dan mengubah peralatan serta penyelenggaraan pemasangan. Syarikat ini juga beharap dapat menjadi satu syarikat yang utuh dalam memberi perkhidmatan membuat 'Signboard', pembuatan, pembinaan dan pemasangan.

1.2.3 PROFIL SYARIKAT

Company Logo :

Nama syarikat

: CROWN Signcrafts ONG KONE (M) SDN BHD

Alamat Syarikat

: Lot D-23-24, Kawasan Miel, Semambu Industrial Kuantan,Pahang Darul Makmur.

Telefon No

: 09-5665752

Telefax No

: 09-5678988

Alamat Email

: crown.signcrafts@gmail.com

No. Pendaftaran

: 000276924-H (Crown Signcraft)

No. Fax

: 09-5836767

Company Cod

: C4589

1.2.4 AHLI LEMBAGA PENGARAH

LEMBAGA PENGARAH ( ONG HAK LIM )

PENGARAH SYARIKAT ( NICHOLAS ONG )

PENGURUS SYARIKAT ( ONG HAK DE )

SETIAUSAHA / PEGAWAI KEWANGAN ( MISS QUEK )

1.2.5 AKTIVITI ORGANISASI

Sebagai syarikat pengiklanan dan percetakan,aktiviti utama Crown Signcrafts ONG KONE (M) Sdn Bhd ialah seperti berikut .

Antara aktiviti yang dilakukan :

Kelengkapan / Kemudahan Awam Bahan Binaan Peralatan Keselamatan Jalan Raya Hiasan Jalan / Kawasan Signboard / Signages Free Standing Billboard / wallmounted Billboard Light Box Injet Printing (bunting / Banner)

1.2.6 HALATUJU ORGANISASI

Crown Signcrafts ONG KONE (M) Sdn Bhd bertekad untuk memperkembangkan kemajuan teknologi periklanan negara sejajar seruan kerajaan Malaysia. Berusaha menerapkan mutu yang baik dalam servis pengiklanan yang dilakukan. Seperti yang diketahui, sesebuah syarikat yang mahukan peningkatan dalam setiap perniagaan yang dijalankan adalah mempunyai matlamatnya yang tersendiri bagi mendapatkan satu reaksi yang baik dari pasaran tempatan mahupun luar. syarikat juga mestilah

mewujudkan satu organisasi yang mantap untuk mendapatkan cetusancetusan pandangan yang bernas dalam membantu menaik taraf sesebuah syarikat.

1.2.7 CARTA ORGANISASI

LEMBAGA PENGARAH ONG AH LIM

PENGURUS ONG HAK DE

PENGARAH NICHOLAS ONG

PENYELIA KILANG ONG SIOK KEK

SETIAUSAHA/PER AKAUNAN MISS QUEK

KAKITANGAN PEKERJA

PENYELIA BENGKEL FAIS PEREKA GRAFIK PEMBANTU BENGKEL 1 AI YOKE PENYELARAS STOR IBRAHIM KAMAL KHOLI SALIM

PENYELARAS BENGKEL MIE PEMBANTU BENGKEL 2 MAN

PENGIMPAL

AWIE

REMY