Anda di halaman 1dari 9

INDUSTRI KAMBING Pengenalan Menurut bancian 1998 populasi ternakan kambing ialah sebanyak 25,420 ekor dalam Negeri

Perak, tahap sara diri pada tahun tersebut hanyalah sebanyak 26.6 %. Memandangkan bekalan yang rendah manakala permintaan yang tinggi, Unit Kambing di LIT memainkan peranan sebagai Pusat Pembiakan Kambing Baka yang bermutu terutamanya kambing susu. Industri komoditi ternakan kambing tenusu semakin lama mendapat perhatian yang sangat menggalakkan, khususnya terhadap pengeluaran dan pemasaran susu kambing. Luas kawasan Unit adalah 60 ekar yang ditanam dengan rumput Guinea, S.Kazungula, Napier danAfrican Star. Baka utama yang dibiakkan adalah Toggenburg dan Saanan. Kini sejumlah 380 ekor kambing susu terdapat di LIT.

Objektif

Membekalkan kambing baka tulin dan kacukan yang bermutu kepada penternak dalam usaha menambahkan populasi kambing di Negeri Perak. Mewujudkan sebuah pusat yang boleh membekalkan susu segar sebanyak 200 liter setiap hari serta menambahkan stok nukleus kambing baka tenusu. Ianya juga sebagai memenuhi permintaan susu kambing semasa.

Memperkenalkan kaedah penternakan kanbing secara intensif. Mengembangkan pengetahuan pengurusan kambing tenusu kepada penternakpenternak dan pengusaha-pengusaha yang berminat. Sebagai pemangkin dalam bidang ternakan kambing tenusu.

Sistem Pemeliharaan/Pengurusan Semi-intensif Kambing parentstok ( 5 - 9 tahun) dibiar meragut dalam 10 buah padok mengikut sistem "rotational grazing". Kambing dibiar dalam setiap padok yang luasnya diantara 2 - 4 ekar selama 3 hari. Rumput yang diperolehi adalah pada umur 31 hari. Cara ini adalah untuk mengatasi serangan cacing. Dedak sebanyak 800gm diberi kepada setiap kambing selepas ragutan. Intensif Kambing yang lain disimpan dalam kandang dan diberi makanan dari segi rumput dan dedak. Sebanyak 4 - 6kg rumput Napier dan Guinea diberi setiap hari kepada ternakan yang berumur 50 - 60 hari. Dedak kambing sebanyak 800 gm/hari diberi bersama dengan jagung 200 gm dan 100gm BOSPRO sejenis "yeast culture" dicampur untuk membantu menghadam makanan dengan sepenuhnya.

Pengurusan Padok/Foder Baja Complehumus ditabur sebanyak 100kg/ekar selepas setiap 3 ragutan dan sebanyak 250kg/ekar baja urea ditabur selepas 5 ragutan. Untuk rumput foder pula selepas setiap potongan, baja urea ditabur oleh Unit Agronomi. Juga sistem "sprinkle" dipasang ke dalam padok supaya mendapat air yang secukupnya pada musim panas. Pemerahan Susu LIT mempraktikkan sistem "two milking" dimana dengan masa yang cukup ( 7 - 8 jam) pengeluaran harian bertambah sebanyak 25% - 35%. Pemerahan yang dibuat adalah dengan sistem "line milker" di mana 9 ekor diperah pada satu masa. Makanan dedak diberi sebanyak 200gm supaya tiada gangguan berlaku semasa memerah susu. Pengeluaran Susu Semasa

Jumlah pengeluaran: 142 liter Purata seekor: 1.51 liter/ekor Kerap pemerahan: 2 kali sehari Purata jualan: 69 % @ RM10.00 seliter Susu untuk anak: 31%

Keperluan Makanan Dari segi keperluan seekor kambing memerlukan makanan (kuantiti) sebanyak 4% daripada berat badan berdasarkan bahan kering. Dari segi kualiti pula perlu memperolehi rumput pada umur yang sesuai supaya bahan kering, protin, serat dan "metabolisable energy" ada pada tahap yang sesuai seperti berikut:Bil 1 2 3 4 Jenis makanan Napier Guinea Setaria Dedak Umur(hari) 40-45 35-40 25-28 Bahan Serat kasar Protin (%) kering (%) (%) 19.80 11.60 28.60 20.70 11.40 38.10 16.00 12.90 29.00 86.20 16.80 5.50 M.energy (mj/kg) 8.63 6.75 7.38 11.42

Contoh: (makanan yang diperlukan bagi seekor kambing berat badan 45kg) Keperluan makanan 4% dari berat badan berdasar berat kambing

Rumput 6000 gm x 19.8 = 1,188.00 gm DM Dedak 700 gm x 86.2 = 602.00 gm DM Jagung 200 gm x 89.7 = 179.40 gm DM 1,969.40 gm DM

KAMBING KATJANG (KACANG) Ciri-ciri:-

asal dari Malaysia dan Indonesia. badan yang kecil dan pendek tanduk melentur ke atas dan ke belakang. Telinga tegak ke sisi, janggut pada jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus. Leher pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu purata ketinggiannya ialah 50-60 cm Kulit badan nipis, bulu yang kasar. Warna hitam, coklat kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan. Kelahiran kembar . Pengeluaran susu 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan.

Berat Lahir Jantan 1.6 kg Betina 1.8 kg

Berat Dewasa Betina 20 - 25 kg Jantan 25 - 30 kg

JAMNAPARI/ETTAWAH Ciri-ciri:-

Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacang tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan bewarna campuran hitam dan kekuningan.

Berat Lahir Jantan 3 - 4 kg Betina 3-4 kg ANGLO NUBIAN

Berat Dewasa Jantan 68 - 91 kg Betina 36-63 kg

tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Dwiguna-daging/pengeluaran susu . Berbadan besar, telinga panjang dan melampai ke bawah. Hidung melengkung ke bawah dan kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 cm. Kebiasaannya tidak mempunyai tanduk, bulu badan yang pendek. Bulu coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.

Berat Lahir

Berat Dewasa

Jantan 3.5 kg Betina 3.9 kg

Jantan 70 - 85 kg Betina 55 - 70 kg

KAMBING KACUKAN
Ciri-ciri:-

Hasil dari kacukan kambing Kacang dan baka-baka luar negara seperti Anglo Nubian, Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen, Toggenburg dan British Alpine. Kebanyakan kambing yang dilihat di kampung-kampung adalah kambing kacukan, cuma 40% dari jumlah kambing di negara ini ialah kambing kacang. Rupa bentuk mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri. Berat badan 18 - 25 kg. dalam lingkungan umur setahun. Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari kambing kacang.

Berat lahir Jantan 2 - 2.5 kg Betina 2 - 2.5 kg

Berat dewasa -

KAMBING SAANEN Ciri-ciri:

berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu.

Hidungnya lurus ,muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek. Tanduk pada kedua jantina Kekacang di leher Hasil Susu-500kg-1,200 kg dalam tempoh 250 hari Berat Lahir Berat Dewasa Jantan 68-91 kg Betina 36-63 kg

Jantan 3.0 kg Betina 3.3 kg CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK

Baka dan Keturunan Bentuk Badan atau konformasi:

o o o

Teknik pengamatan Teknik perabaan Teknik berdasarkan penilaian (pemberian markah)

PENGURUSAN TERNAKAN Bermula dari kelahiran sehingga bunting dan beranak kembali. Pengurusan ternakan dibahagikan kepada

Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan) Cerai susu hingga bunting Pengurusan Kambing dewasa Pengurusan kambing bunting hingga lahir Pengurusan baka jantan Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual Lahir hingga 3 bulan

PENGURUSAN AM
Merupakan satu aspek yang perlu diutamakan juga, ia meliputi pengurusan:

Kawasan Buruh Jadual Pengurusan Pengenalan Ternakan Pengasian Mematikan Tanduk Memotong Kuku Menggunting Bulu Kawalan Kutu

SISTEM BERKURUNG SEPARA INTENSIF

Kambing dilepaskan pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Faedah perlindungan pada malarn hari dan dari cuaca yang buruk, ianya juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik. Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya. Permeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke kandang pada petang hari.

RAGUT LEPAS

kawasan ragutan yang luas.

Kambing meragut sepanjang masa Kos yang tinggi Pengurusan rumit-ternakan merayau

PEMILIHAN KAWASAN & PERUMAHAN

Kawasan-kawasan yang dipilih sepatutnya: 1. 2. 3. Mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yang boleh dijadikan pemecah angin. Kawasan tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air dan udara yang baik. Jauh dari jalan raya yang sibuk.

Keperluan-keperluan penting untuk pembinaan kandang i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukkan udara di dalam kandang Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang Tidak terkena angin yang kencang Terpelihara dari hujan dan panas Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar Ruang makan dan minum mencukupi Lantai adalah sesuai dan ticlak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang.ketara membawa kesan buruk kepada karnbing contohnya sebaran penyakit

PEMBIAKAN

Pembiakan dilakukan dengan dua cara iaitu: i. ii. menggunakan baka jantan melalui permanian beradas

Jangka Masa Bunting Tempoh kebuntingan selama 145 - 155 hari atau puratanya 151 hari

MAKANAN DAN MINUMAN Makanan adalah perkara yang paling penting dalam pemeliharaan. Makanan diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, kesihatan dan juga akan

menentukan untung ruginya sesuatu perusahaan ternakan. Makanan hijauan mempunyai kandungan air yang tinggi, ia merupakan sumber tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat mempunyai kandungan bahan kering yang tinggi, ia kaya dengan protein, lemak, mineral dan menjadi sumber tenaga. Makanan yang seimbang mengandungi zat-zat berikut:

protein karbohidrat (kanji) lemak vitamin zat galian

Jika zat-zat ini tidak mencukupi dan tidak seimbang ianya boleh menyebabkan penyakit kepada ternakan. Zat protein adalah penting untuk membina otototot yang kuat dan juga untuk proses pemulihan. Karbohidrat atau zat kanji penting untuk pembesaran. Vitamin walaupun diperlukan sedikit sahaja tetapi penting. Jika ianya tidak seimang atau kurang, boleh membawa gejala-gejala penyakit yang ketara. Kekurangan vitamin juga boleh menyebabkan ternakan tersebut lebih peka kepada sesuatu penyakit. Garam galian diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan kesihatan. Ini termasuklah garam galian seperti kalsium, phosphorus, natrium dan sebagainya. Garam-garam galian ini boleh didapati dari:

garam biasa garam jilat dicalsium fosfat tepung tulang tepung ikan

Air juga adalah penting dalam pemakanan, ia bukan sahaja perlu untuk kawalan suhu badan, tetapi juga perjalanan zat dan membantu di dalam pengambilan zat oleh badan. Jika makanan tidak mencukupi, kambing-kambing akan menjadi tidak sihat, sakit, kecil dan tidak membiak. Zat-zat makanan ini boleh didapati dari bahan makanan berikut: 10.1 Rumput dan Kekacang Rumput dan kekacang adalah bahan hijauan yang penting di dalam pemakanan kambing dan lain-lain ternakan ruminan. Rumput dan kekacang

pada umur yang sesuai, bukan sahaja mempunyai nilai pemakanan dan zat yang penting, tetapi juga mempunyai bahan gantian yang penting bagi mengeluarkan susu yang berlemak. Kuantiti yang banyak di samping adanya gentian kasar dapat merangsang perut besar supaya menjadi lebih cekap dalam penghadaman. Bagi bahan hijauan seperti rumput dan kekacang yang baik yang boleh digunakan sebagai bahan makanan kambing adalah: i. rumput guinea (Panicum) ii. rumput gajah (Panisetum purpureum) iii. rumput setaria iv. kekacang: Ipil-ipil/petai belalang (Leucaenia leucocephala) Rumput-rumput natif dan tanaman tempatan boleh juga digunakan sebagai sumber makanan untuk kambing di antaranya adalah: i. daun ubi - hendaklah dilayukan dahulu sebelum diberi makan untuk mengurangkan kandungan racun cyanide yang terdapat pada daun tersebut. ii. daun nangka - disukai oleh kambing sesuai untuk penggemukan iii. rumput nyonya - tidak boleh diberikan terlalu banyak (akar ruas-ruas) kerana boleh menyebabkan kembung iv. daun turi v. Glyriciddia maculata vi. daun mengkudu (merinda citriplia) vii.daun pisang - hijauan yang disukai oleh kambing terutama yang muda dan bervitamin. 10.2 Makanan Penguat (Konsentrat) Jika rumput atau kekacang tidak mencukupi, makanan tambahan adalah perlu. Makanan tambahan ini penting terutama sekali semasa bunting, sedang menyusu dan kepada anak kambing yang mengikut induknya. Ibu bunting atau yang mengeluarkan susu diberi sebanyak 1/2 - 3/4 kg sehari manakala ibu yang kering dan anak-anak membesar diberikan sebanyak 1/4 kg sehari.

Makanan tambahan juga penting semasa cerai susu di mana tekanan akibat penceraian susu dan penyesuaian makanan mungkin berlaku. Anak kambing boleh diberi makanan tambahan beransur-ansur mulai umur 1 - 1.5 bulan. Makanan penguat diperolehi dari dedak halus, jagung, bungkil kelapa, bungkil kacang tanah, hampas tauhu dan sebagainya. Sebagai panduan makanan tambahan ini boleh dibuat dengan campuran dedak dan bahan-bahan sampingan pertanian, seperti: i. 2 bahagian jagung 1 bahagian sekam atau dedak 1 bahagian hampas kelapa kering ii. 40 kg dedk halus 39 kg tepung jagung 18 kg bungkil kelapa 3 kg campuran mineral (garam galian) 10.3 Garam Galian (mineral) Garam galian yang dibeli, bolehlah diikat pada dindingatau diletak di dalam bekas tertentu. Ini hendaklah sentiasa disediakan supaya kambing boleh mendapatinya bila-bila masa sahaja terutamanya pada induk kambing bunting. 10.4 Bekalan Air Air yang bersih perlu disediakan di sepanjang masa. Bekas air yang digunakan mestilah berkeadaan bersih dan ditukar airnya setiap hari. Bagi kambing yang mempunyai berat badan di antara 18 - 20 kg memerlukan 450 - 680 gm air sehari. Keadaan cuaca yang panas akan menggalakkan pengambilan air yang lebih terutamanya kepada kambing baka susu. Banyaknya air yang diminum bergantung kepada beberapa faktor seperti pengambilan bahan kering (dry matter intake), cuaca sekeliling, jenis makanan, suhu air dan keadaan fisiologi kambing sendiri. Kebiasaannya nisbah bahan kering dan air ialah 1:4. RINGKASAN 10 Kambing memerlukan makanan seimbang yang mengandungi unsur-unsur zat galian, air, vitamin, kabohidrat, protein dan lemak. Unsur-unsur ini boleh diperolehi dari tumbuhan hijau seperti rumput, kekacang, daun-daun rumpai, hasil sampingan pertanian dan juga konsentrat. Seekor kambing dewasa memerlukan antara 4 - 5 kg rumput segar sehari. Kekurangan zat makanan akan menyebabkan ternakan menunjukkan tanda-tanda penyakit yang mana boleh menjejaskan produksi ternakan.

Anda mungkin juga menyukai