Anda di halaman 1dari 76

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

(KOMUNIKASI BERTULIS)

PENULISAN
Kegiatan merakamkan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk lambang-lambang bertulis untuk disimpan atau digunakan pada masa hadapan. Dilakukan secara spontan atau terancang. Penulisan yang baik akan dan sempurna akan melibatkan beberapa faktor seperti:

Isi atau Fakta Gaya dan Laras Pengolahan Bahasa

Fakta
Isi yang hendak dipamerkan bagi tatapan pembaca Bagi karya berbentuk ilmiah, fakta yang diketengahkan mestilah berdasarkan sesuatu yang dapat dipegang kebenarannya. Digarap melalui pembacaan, hasil penyelidikan ataupun daripada pengalaman penulis. Faktor faktor tersebut diadun, disusun dan dirancang persembahan sebelum ia dapat diketengahkan.

Fakta yang sempurna mempunyai nilai kebolehpercayaannya yang tinggi. Pandangan dan pendapat yang berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori-teori juga merupakan bahan-bahan yang dapat digunakan sebagai fakta. Paling penting, fakta-fakta yang dipamerkan hendaklah jelas, bermutu, terbukti kesahannya, meyakinkan dan dapat disampaikan secara mudah, logik, dan penuh bertanggungjawab.

Gaya
Stail atau cara sesebuah penulisan itu diolah dan disampaikan. Melibatkan penggunaan bahasa yang tertentu yang biasanya diadun dengan pengolahan yang menarik dan berkesan. Gaya yang menarik dan baik meransangkan pembaca dan memberikan impak yang mendalam kepada para pembaca.

Laras
Ditujukan kepada penggunaan bahasa mengikut bidang-bidang tertentu dan berdasarkan konteks dan situasi tertentu. Laras berubah-ubah mengikut situasi. Laras bahasa yang berbeza mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam fungsi perlakuan sosialnya.

Adalah penting untuk mengenali laras utama bahasa Melayu. Apabila kita dapat membezakan laras formal dengan laras yang tidak formal, kita dapat mengelak daripada menggunakan laras yang tidak sesuai dengan situasi tertentu. Pengetahuan ini penting dan berguna kepada mereka yang sering terlibat dengan saluran media cetak, penulis, penyair dan sebagainya.

Pengolahan
Kebolehan seseorang memerihalkan sesebuah penulisa secara menyeluruh. Melibatkan bahasa dan penggunaannya secara berkesan, serta melibatkan format dan bentuk. Pengolahan yang baik dan sempurna mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian. Dapat membantu penulis memberi gambaran yang jelas dan menggerakkan ransangan serta daya berfikir pembaca dengan sempurna. Dengan kata lain, penulisan akan menjadi lebih matang, menarik dan berkesan.

Bahasa
Haruslah mudah dibaca, ditelahi dan dinikmati. Penulis haruslah peka terhadap bahasa dengan menjaga penggunaan bahasa yang digunakan agar ia menarik dan mudah dinikmati.

JENIS-JENIS TEKS
Penulisan teks perlulah kemas, dapat dibaca dan difahami. Teks haruslah mempunyai isi yang cukup, dan tersusun baik. Terdapat 2 jenis teks iaitu karangan berformat kusus teks dan karangan yang berformat umum.

Teks karangan berformat khusus ialah karangan yang terikat dengan format-format tertentu dari segi penulisan. Teks karangan berformat umum ialah jenis teks karangan yang formatnya lebih sederhana.

Jenis-jenis Teks Format Khusus


Surat Rasmi Laporan Minit Mesyuarat Pengumuman Rencana Ucapan Wawancara Kertas Kerja Kad Ucapan Puisi Cerpen

Surat rasmi bersifat formal dan digunakan SURAT RASMI untuk tujuan yang penting sahaja seperti urusan pejabat.Contoh-contoh surat kirman rasmi ialah surat aduan,surat rayuan,surat pesanan barang,surat undangan rasmi,surat permohonan dan surat edaran(pekeliling)

Gaya Bahasa Surat Rasmi


Gaya bahasa atau laras bahasa yang digunakan untuk surat kiriman rasmi haruslah baku dan dapat menggunakan ejaan serta tanda bacaan yang betul. Selain itu bahasanya juga haruslah mudah tetapi tepat dan padat. Penggunaan kiasan dan sebagainya tidak digalakkan dalam penulisan surat rasmi ini.

SAMBUNGAN
Perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian: Gaya penulisan dan bahasa haruslah sesuai dengan penerima dan tujuan surat. Pemilihan ungkapan dan perkatan yang digunakan haruslah sesuai. Surat haruslah sesuai dan bersih,tanpa kesilapan ejaan,tatabahasa tanda bacaan dan fakta. Strukturnya mestilah mengikuti urutan dan logik,untuk membantu penerima surat memahami mesej dan bertindak sewajatnya.

FORMAT SURAT RASMI


ALAMAT PENGIRIM Ditulis di sudut atas sebelah kiri surat. GARIS PANJANG MELINTANG Dibuat selepas menulis alamat pengirim. NAMA DAN ALAMAT PENERIMA. Ditulis selepas rgaris melintang. Barisan akhir alamat penerima hendaklah digaris. TARIKH Ditulis di bahagian sebelah kanan surat,sebaris dengan baris akhir alamat penerima. Nama bulan hendaklah berhuruf besar sepenuhnya dan dibubuh tanda noktah(.) selepas itu.

sambungan
PANGGILAN HORMAT PENERIMA Ditulis dibawah alamat penerima selepas melangkaui satu baris kosong. Tanda koma dibubuh selepas panggilan penerima tersebut. PERKARA Ditulis di bawah panggilan hormat penerima selepas melangkaui satu baris kosong dan diberi garis dibawahnya.Huruf besar digunakan pada setiap awal kata.Jangan bubuh tanda noktah di bahagian akhir ayat ini. PEMERENGGANGAN / ISI-ISI Perenggan pertama dan akhir tidak diberi nombor.Kedua-dua perenggan ini dimulakan dari tepi surat.Perenggan kedua dan seterusnya diberi nombor dan disertai noktah.Permulaan ayat ini dijarakkan sedikit dari nombor

sambungan
PENGAKUAN PENGIRIM Ditulis di sebelah kiri surat selepas melangkaui dua hingga tiga baris kosong sesudah perenggan akhir. Tanda koma hendaklah diletakkan selepas rangkaian kata-kata ini. TANDATANGAN Diletak sebelah kiri bahagian akhir surat selepas pengakuan pengirim. NAMA PENUH PENGIRIM Nama penuh pengirim hendaklah ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan di bawah tanda tangan.

GANTI NAMA DIRI PERTAMA


Dalam surat rasmi perkataan saya digunakan untuk menunjukkan jumlah tunggal. Manakala perkataan kami dan kita digunakan untuk menunjukkan jumlah jamak. Jika surat rasmi ditujukan kepada orang yang mempunyai gelaran diraja seperti Tengku, Tuanku dan Raja anda tidak perlu membahasakan diri sebagai patik. Sekiranya surat tersebut anda tujukan kepada raj yang memerintah seperti Yang Dipertuan Agong,Sultan dan permaisuri baginda, maka dalam keadaan ini wajiblah anda merujuk diri sebagai patik.Raja yang memerintah dan isteri baginda pula akan menggunakan beta sebagai gantinama diri pertama.

GANTI NAMA DIRI KEDUA


Penggunaan ganti nama diri kedua di dalam surat rasmi agak rumit. Beberapa perkara perlu dipertimbangkan iaitu jantina,umur,pangkat,status dan hubungan penerima dengan anda. Anda juga boleh menggunakan nama gelaran dalam konteks ini. Penggunaan nama tuan dan puan boleh digunakan untuk penerima yang mempunyai gelaran diraja atau gelaran bukan diraja seperti Profesor, Tan Sri,Pehin Puan Sri,Tun,Haji,Hajah dan sebagainya.Gelarangelaran tersebut bersama-sama rujukan terhormat boleh diulan-ulang supaya penggunaan bahasa anda halus.

GANTI NAMA DIRI KETIGA


Dalam urusan surat-menyurat secara rasmi anda boleh menggunakan kata beliau sebagai gantinama diri orang ketiga untuk merujuk kepada sesiapa sahaja kecuali raja yang memerintah dan isteri baginda. Dalam konteks ini,anda perlu menggunakan rujukan Tuanku, Seri Paduka. Sekiranya anda merujuk kepada jumlah yang ramai, anda boleh menggunakan kata mereka kecuali untuk raja yang memerintah dan isteri baginda. Untu merujuk orang yang ketiga anda juga boleh menggunakan nama penama.Contoh: Penama yang tersebut di atas telah berkhidmat selama dua tahun

KEKUATAN SURAT RASMI


1. 2. 3. 4. Pengirim dapat dihubungi dengan segera kerana terdapat rujukan surat,nombor telefon,nombor faks dan sebagainya. Degala hubungan dengan orang luar di bawah pengetahuan Ketua Jabatan kerana segala urusan rasmi yang ditujukan kepada kakitangan dan staf mestilah melalui Ketua Jabatan. Surat boleh dibaca berulang kali dan boleh disimpan secara manula dan perkomputeran. Perancangan awal dan penyusunan kandungan surat yang baik membolehkan pengirim menghuraikan idea-idea dengan jelas. Dapat menjimatkan kos dan lebih ekonomi kerana harga setem jauh lebih murah jika dibandingkan dengan bil telefon bagi panggilan jauh.

5.

KELEMAHAN SURAT RASMI


1. Kesilapan dalam surat yang diposkan tidak dapat diperbetulkan dengan serta merta. 2. Surat harus ditulis dengan teliti dan tertib kerana surat ini mewakili diri dan menggambarkan sahsiah pengirim. 3. Pengiriman surat mengambil masa yang lebi berbanding dengan cara telefon,faksimili dan sebagainya.

LAPORAN
Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang telah berlaku. Selalunya, penulisan laporan adalah tentang kegiatan persatuan, lawatan, hari penyampaian hadiah dan sebagainya. Untuk menulis laporan, penulis mestilah benar-benar mengetahui segala butir tentang hal ataupun peristiwa yang hendak dilaporkan. Butir-butir seperti persoalan tentang apa, siapa, bila, di mana dan mengapa haruslah dapat dimasukkan dan diolah dengan baik dalam laporan. Ellis dan Hopkin(1985) definisi laporan sebagaidokumen untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca yang khusus. Mengikut Nuraini(1991:69)- laporan boleh dikategorikan berdasarkan tujuan penulisan seperti berikut: Makluman Pemujukan Penerangan Sejarah

1. 2. 3. 4.

GAYA BAHASA LAPORAN


Dalam menghasilkan laporan terdapat lima perkara yang perlu difikirkan iaitu persediaan, pengumpalan bahan,penyusunan bahan, penulisan dan penyemakan semula. Penyusunanbahan amat amat penting kerana pembaca akan terkeliru dengan penulisan bahan yang tidak dirancang dengan baik. Bahasa garus jelas dan mudah difahami. Penulis boleh memilih kaedah logik,kronologi,berdasarkan ruang,memulakan maklumat yang diketahui umum kepada yang tidak diketahui umum,memulakan dengan yang lengkap kepada bahagian-bahagiannya iaitu secara cerakinan ataupun boleh memulakan bahagian-bahagiannya dahului dan diakhiri dengan yang lengkap.

FORMAT LAPORAN
Tajuk Laporan Ditulis dengan menggunakan huruf besar pada setiap awal kata(kecuali kata sendi,kata hubung dan kata sandang)dan diberi garis dibawahnya. Isi Laporan Ditulis bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup sama seperti karangan biasa. Pengakuan Pelapor Ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan akhir,sesudah melangkau dua atau tiga baris kosong. Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar dan tanda koma(,) dibubuh selepas pengakuan tersebut.

sambungan
Tarikh Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor. Tanda Tangan Pelapor Ditulis di sudut kiri bahagian bawah iaitu selepas pengakuan pelapor. Nama Pelapor Ditulis sepenuhnya dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tanda tangan. Jawatan Pelapor Ditulis disudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma(,) dihujungnya. Seterusnya ditulis nama persatuan yang mewakili dan dibubuh tanda titik(.).

KEKUATAN LAPORAN
1. Laporan yang baik seperti laporan sejarah,laporan penerangan dan sebagainya akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca. 2. Laporan selalunya memuatkan perkara-perkara penting yang mendatangkan faedah kepada pembaca. Contohnya jika laporan kajian,selalunya akan memuatkan ruangan abstrak, implikasi daripada dapatan kajian dan sebagainya.

KELEMAHAN LAPORAN
Laporan yang teliti memerlukan masa, tenaga serta kewangan yang agak banyak untuk menghasilkannya terutamanya laporan formal seperti projek kerajaan/swasta. Untuk menghasilkan laporan yang baik bukan suatu kerja yang mudah kerana lapora perlu menggunakan kebolehan menulis yang tinggi daripada segi penggunaan bahasa.

MINIT MESYUARAT
Minit mesyuarat dicatatkan oleh setiausaha. Satu daripada bentuk laporan. Akan dijadikan sebagai sumber rujukan pada masa-masa akan datang., Penulisan mestilah tepat lengkap dan kemas.

GAYA BAHASA MINIT MESYUARAT


Bahagian pendahuluan lazimnya memuatkan aluan pengerusi. Bagaimanapun bahagian ini tidak dicatatkan sebagai sebahagian daripada agenda. Sebarang pindaan terhadap minit mesyuarat yang lalu misalnya pembetulan ejaan , frasa, ayat nombor dan sebagainya perlu dicatatkan. Nyatakan juga jika tiada pindaan.

sambungan
Bahagian-bahagian yang berbangkit perlu memuatkan perkara yang dibangkitkan oleh ahli berdasarkan minit mesyuarat. Selepas pengesahan minit mesyuarat dibuat dan diikuti dengan perkara-perkara berbangkit,barulah mesyuarat diteruskan dengan membincangkan agenda-agenda yang ditetapkan. Dalam bahagian hal-hal lain setiap isu yang dibentangkan hendaklah diberi bilangan nombor yang berlainan. Penulisan minit mesyuarat mengikut format yang khusus.

FORMAT MINIT MESYUARAT


Sebenarnya tidak ada keseragaman dalam penyediaan penyediaan minit mesyuarat. Setiap jabatan, persatuan atau badan-badan tertentu mempunyai cara yang tersendiri untuk mencatatkan minit mesyuarat masingmasing. Lazimnya mengikut format seperti berikut:

sambungan
1. Bahagian kepala / tajuk - Bilangan minit mesyuarat - Jabatan / Jawatankuasa - Pertubuhan / Organisasi Contoh : MINIT MESYUARAT KELAPAN PERSATUAN BOLA SEPAK AMATUR KEDAH DARUL AMAN. 2. Masa dan tempat - Tarikh mesyuarat - Waktu mesyuarat dijalankan - Tempat

sambungan
Contoh : Tarikh : 17 Disember 1990 Waktu : 2.30 petang Tempat: Kediaman rasmi YB Menteri Besar Kedah Darul Aman.

sambungan
3. Kehadiran ditulis dalam susunan seperti berikut: a)Hadir - senarai nama ahli yang hadir dan jawatan. b)Turut hadir senarai nama mereka yang hadir sebagai pemerhati atau undangan khas. c) Tidak hadir senarai nama ahli yang tidak hadir (sama ada beri alasan atau tidak).

sambungan
Contoh: Ahli-ahli yang hadir : Dato Sri Osman Hj Arof (Pengerusi) Dato Hj Ahmad Basri Akil (Setiausaha) En Lee Kin Hong En Mohd Azmi Mahmud En Tan Cheng Hoe En Naina Mohamad Ismail En Abd Aziz Azizan En Romli Ghani En Radhi Mat Din En Ng Chew Beng En Mohamad Ramli

sambungan
Turut hadir : En Milous Kvacek En Rincic Bratislav En V. Sundram Moorthy En Abdul Halim Hj Abd Hamid Ahli tidak : En Hussin Jaafar hadir En Chan Keat Swee En Ahmad Sobri Ismail

sambungan
Agenda Penulisan agenda-agenda yang dibincangkan adalah seperti berikut: Kata-kata aluan Meluluskan minit mesyuarat yang lalu Perkara-perkara berbangkit Ganjaran istimewa Hal-hal lain Dalam penulisan minit mesyuarat,ayat yang digunakan harus menggambarkan keputusan dibuat berdasarkan persetujuan ahli-ahli mesyuarat. Contoh: Mesyuarat telah dimaklumkan Mesyuarat telah bersetuju menerima..

sambungan
Penutup bahagian penutup mesyuarat terdiri daripada a) Penangguhan b) Nama serta jawatan penyedia minit mesyuarat dan nama serta jawatan orang yang akan mengesahkan minit mesyuarat berkenaan,iaitu pengerusi dengan persetujuan ahli-ahli mesyuarat.

PENGUMUMAN
Maksud: Pemberitahuan, perihalan mengenai sesuatu perkara untuk pengetahuan umum atau pihak tertentu sahaja. Saluran: media massa 1. Televisyen dan radio - digunakan untuk menyiarkan pengumuman-pengumuman yang perlu diketahui oleh orang ramai. 2. surat khabar sediakan ruangan khas pengumuman daripada jabatan-jabatan, badan-badan berkanun atau perseorangan.

BEZA PENGUMUMAN DAN PEKELILING


Pekeliling Pengumuman 1. Dipanjangkan kepada 1. Hanya sebagai pihak berkenaan. Satu pemberitahu sahaja. senarai nama 2. Tandatangan pembaca dilampirkan. tidak perlu 2. Perlu tandatangan pihak yang membacanya.

Gaya Bahasa Pengumuman


Laras bahasa: mudah difahami, ringkas, padat dan tidak meleret-leret. Ciri-ciri umum surat pengumuman:i. Alamat pengirim ii. Alamat penerima iii. Tarikh iv. Nombor telefon v. Rujukan kami/ Rujukan tuan vi. Perkataan menghadap surat vii. Tajuk viii. Isi surat ix. Penutup x. Tandatangan

Kekuatan Pengumuman
Penting kerana dapat memberitahu pembaca tentang perkara-perkara yang berlaku. Bahasanya yang ringkas dan mudah difahami - pembaca senang memahami pengumuman. Dapat disampaikan dengan menggunakan pelbagai medi elektronik - pengumuman lisan.

Kelemahan Pengumuman
Keberkesanan pengumuman tidak dapat diketahui kerana tiada tindakan susulan pengumuman diberikan. Pembaca/pendengar yang tidak mempunyai kemudahan seperti media elektronik ataupun cetak tidak dapat menerima pengumuman dengan sempurna.

RENCANA
Rencana ditulis untuk dimuatkan dalam majalah atau surat khabar. Tujuan: memberitahu sesuatu kepada pembaca. Kandungan: ajaran, buah fikiran, propaganda atau iklan. Jenis: rencana umum & rencana berita. Rencana umum penulisnya bercorak ilmiah. Penulis berpengetahuan luas tentang tajuk yang ditulis. Rencana berita ditulis berdasarkan pemerhatian, penyelidikan dan wawancara daripada orang terbabit.

Gaya Bahasa Rencana


Bahasa: mudah dan lancar. Boleh dimuatkan dialog. Setiap teks haruslah mengandungi isi penting yang diolah secara berkesan. Isi yang utama didahulukan. Format teks rencana: format umum. Tajuk ditulis di bahagian tengah atas teks rencana tersebut.

Gaya Bahasa Rencana


Bentuk penulisan: i. Perenggan pendahuluan ii. Perenggan isi pertama iii. Perenggan isi kedua iv. Perenggan isi ketiga v. Perenggan isi seterusnya vi. Perenggan Penutup

Kekuatan Rencana
Bahasa mudah dan lancar permudahkan pembacaan. Rencana bercorak ilmiah boleh memberikan pengetahuan kepada pembaca. Rencana dapat memberitahu sesuatu kepada pembaca.

Kelemahan Rencana
Penulis perlu membuat kajian yang mendalam guna tenaga yang banyak dan memakan masa yang lama serta melibatkan kos yang tinggi.

UCAPAN
Ucapan adalah ceramah. Seorang berdiri depan penonton atau menerusi radio dan televisyen. Komunikasi sehala penceramah berucap dan penonton mendengar. Kandungan penerangan, penjelasan dan fakta tentang sesuatu. Situasi: majlis perasmian, perpisahan, perhimpunan dan keraian.

Gaya Bahasa Ucapan


Bahasa mudah, jelas dan lancar. Isi haruslah tepat, munasabah dan menyakinkan. Format ucapan: 1. Pengenalan kata-kata aluan kepada hadirin mengikut protokol. 2. Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih serta menyatakan tujuan ucapan. seterusnya isi ucapan. 3. kata-kata Penghadapan kata-kata seperti hadirin sekalian, saudara sekalian dan sebagainya. 4. Penutup dimulakan dengan kata-kata yang dapat membayangkan atau menandakan ucapan akan ditamatkan.

Kekuatan Ucapan
Dapat mempengaruhi pembaca/pendengar secara tidak langsung kerana ia lebih kepada penerangan, pujian ataupun sanjungan. Bahasa yang digunakan sejajar dengan sasaran pembaca atau pendengar mudah dan dapat difahami dengan mudah.

Kelemahan Ucapan
Pembinaan teks memerlukan penyelidikan terlebih dahulu sesuai dengan majlis dan khalayak. Pembaca/pendengar tidak banyak berdasarkan majlis dan tujuan ucapan itu sahaja.

WAWANCARA
Penulis hanya menulis apa yang diperbualkan sahaja. Pembukaan: mengupas atau memberi tafsiran terhadap tajuk. Pertanyaan: bercorak ilmiah

Gaya Bahasa Wawancara


Pembukaan dimulakan dengan salam. Gunakan panggilan tuan/puan, encik, pak cik/mak cik. Yang berstatus: panggilan Yang Berhormat, Yang Mulia, Profesor, Doktor dan sebagainya. Pewawancara membentuk pertanyaan-pertanyaan yang berasas dan wujudkan suasana perbualan selesa. Soalan pendek dan tersusun. Bahasa yang digunakan haruslah sejajar dengan orang yang diajak berbual. Kata-kata ringkas. Akhiri wawancara dengan lafaz terima ksaih.

Format Wawancara
1. 2. Pendahuluan - tafsiran terhadap tajuk Isi - berkaitan tajuk. Penutup - lafaz terima kasih.

3.

Kekuatan Wawancara
Bercorak formal dan ilmiah. Hasil teks boleh dijadikan sumber rujukan kepada pembaca. Soalan-soalan tersusun dan sentiasa berkaitan dengan tajuk. Permudahkan pembacaan.

Kelemahan Wawancara
Bercorak formal. Tidak dapat menyoal perkara penting atau peribadi. Ambil masa yang lama perlukan temujanji, tempat sesuai, dan peralatan lain. Penulisan memakan masa panjang dan lama.

Kertas Kerja
Bahan untuk menulis atau mencatatkan sesuatu perkara bertujuan menghasilkan atau menyediakan sesuatu. Dibentangkan kepada orang ramai atau kumpulan dalam seminar atau bengkel. Digunakan dalam urusan-urusan lain termasuk dalam perancangan sesuatu projek, kajian dan sebagainya oleh sesuatu jabatan, syarikat dan lain-lain.

Gaya bahasa kertas kerja


Ciri-ciri umum kertas kerja ceramah: 1) Tajuk 2) Nama penceramah 3) Nama institusi 4) Abstrak (Snopsis / Ringkasan) 5) Pengenalan 6) Perkaedahan 7) Keputusan 8) Perbincangan 9) Rujukan 10) Lampiran

Ciri-ciri umum kertas kerja projek / kajian: 1) Tajuk 2) Rasional 3) Objektif / matlamat 4) Jangkamasa yang diperlukan 5) Kumpulan sasaran 6) Andaian halangan yang mingkin timbul semasa menjalankan kajian / projek 7) Kewangan perbelanjaan yang diperlukan 8) Penubuhan jawatan kuasa 9) Menentukan jadual tugas 10) Pelaksanaannya

Cara menulis kertasa kerja


Tajuk - Bergantung kepada tujuan kertas kerja tersebut - Merangkumi semua idea utama yang hendak disampaikan - Hendaklah ringkas, seelok-eloknya tidak melebihi 15 patah perkataan

Nama penulis dan institusi - Hendaklah ditulis penuh - Nama penulis hendaklah dituliskan tanpa gelaran

Abstrak - Kandungan dan tujuan penulisan dibuat - Tidak perlu ditulis terlalu panjang, memadai sekadar antara 100 hingga 150 patah
Pengenalan - Memaparkan aspek yang berkaitan dengan tajuk secara menyeluruh tetapi ringkas - Biasanya dibuat lebih kurang dalam satu muka surat Objektif - Matlamat atau tujuan menulis kertas kerja - Merupakan idea menentukan daya penarik kepada peserta untuk mendengar atau menilai ini kertas kerja

Petikan - Hendaklah disemak mengikut sumber asal dan nyatakan sumbernya - Kandungan petikan hendaklah sebagaimana yang asal - Tidak boleh dibuat sebarang pindaan atau perubahan Senarai rujukan, bibliografi dan nota rujukan - Senarai rujukan bahan khusus yang menyokong sesebuah kertas kerja hendaklah dicatatkan dalam senarai rujukan - Bibliografi nama buku yang menjadi panduan bahan kerja, latar belakang atau bacaan lanjutan kepada pembaca yang berminat, ditulis di bahagian akhir sesuatu kertas kerja - Nota rujukan bahan atau kerja yang sukar diperolehi serti laporan yang terhad

Cara menaip - Sebaik-baiknya guna kertas taip berukuran A4 - Tinggalkan 2.5 inci disebelah kiri kertas taip dan 1.5 inci untuk bahagian tepi sebelah kanan, atas dan bawah Kelebihan kertas kerja - Memberi faedah dan pengetahuan kepada pembaca kerana ia mempunyai pelbagai bahan yang diperlukan daripada bahan ilmiah sehingga kepada bahan tentang sesuatu projek kerajaan / swasta yang besar Kekurangan kertas kerja - Mengambil masa yang agak lama, tenaga yang banyak dan kos yangagak tinggi - Memerlukan penekanan yang berlainan, penulisan yang tepat dan teliti sesuai denga tujuan kertas kerja

Kad Ucapan
Bertujuan untuk menyampaikan ucapan/hasrat sempena peristiwa atau hal-hal yang berkaitan Untuk mengeratkan hubungan dan silatur rahim

Gaya bahasa kad ucapan - Menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah tetapi bermakna - Menggunakan bahasa puitis, menarik dan indah serta bahasa yang berunsur usikan atau jenaka
sambung

- perkara-perkara dasar yang perlua da dalam kad ucapan adalah: a) nama pengirim kad ucapan b) nama penerima kad ucapan c) untuk tujuan apakah ucapandiberikan? - Boleh diperindahkan lagi denga kata-kata perangsang, pantun, sajak dan sebagainya. - Laras bahasa yang dipelbagaikanini sememangnya dibentuk sedemikian sejajar dengan kepada siapa kad tersebut hendak diberikan.

Kelebihan kad ucapan - Dapat dihasilkan dengan cepat dan mudah kerana bahasa yang yang digunakan pelbagai dan lebih menekankan kesesuaian bahasa dengan suasana majlis - Tidak ada format yang tertentu dalam penulisan kad ucapan - Lebih ekonomi kerana saiznya kecil menjimatkan kertas dan kos penghantaran murah
Kekurangan kad ucapan - Penulis tidak dapat menggambarkan perasaan sebenar ruang kad kecil dan terikat dengan bahasa yang ringkas yang terdapat pada kad ucapan itu sahaja

Puisi
Satu genre sastera atau bentuk-bentuk sastera yang menggunakan unsur bahasa seperti rima, irama, dan metafora Bentuk-bentuk mantera, gurindam, syair, nazam, seloka, pantun dan sajak tergolog dalam puisi Dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, melukis kemanisan dan kecantikan bahasa Ciri-ciri puisidilihat daripada aspek: a) bentuk b) bahasa c) ema

Gaya bahasa puisi - Suatu persembahan dalam bentuk perkataan - Bahasa dalam puisi adalah satu alat penuh rahsia; padanya ada badan, ada bentuk, ada suara dan makna dasar, makna hubungan sampingan atau konotasi dan ada pula makna peribadi - Lebih kental dan membawa bahan makna dan bunyi yang lebih berat daripada bahasa harian - Pendengar dan pembaca boleh melangkau kepelbagai dimensi dan meninggalkan pelbagai kesan mengikut kedayaan

Kelebihan puisi - Penyair berjaya memberikan fungsi yang lebih luas kepada bahasa dengan beberapa kuasa baru dalam menyatakan perasaan tersendiri - Penggunaan lebih padat, teliti dan kadang-kadang mendekati lagu
Kekurangan puisi - Pembaca yang biasa dengan pembacaan puisi sematamata untuk fahaman akan rasa sukar apabila hendak memahami maksud sesebuah sajak terutamanya untuk imaginasi dan perasaan - Sikap penyair yang membataskan pembacaannya juga menjadi salah satu faktor kekaburan dalam puisi

Cerpen
Adalah cereka atau cerita yang relatif pendek Dilakukan dengan penuh hemat dan ekonomis supaya wujudnya satu kesan sahaja kepada pembaca Merupakan suatu kesatuan bentuk yang benar-benar utuh dan lengkap Tujuh unsur yangpenting 1) tema 2) plot 3) watak 4) latar 5) latar 6) gaya 7) suasana cerita sambung

Gaya bahasa cerpen - Setiap orang ada gaya yang tersendiri untuk mengungkapkan sesuatu - Gaya adalah peribadi pengarang itu sendiri - Gaya bahasa ini terdiri daripada empat unsur yang saling berkait: 1) diksi pemilihan kata-kata 2) sintaksis penyusunan ayat 3) langgam penceritaan unsur mengandungi dialog, pemikiran, aksi, deskripsi dan eksposis 4) tempo berhubung erat dengan ketiga-tiga unsur yang disebut tadi

Kelebihan cerpen - Satu daripada karya penulisan kreatif terbukti amat mengutamakan daya imaginasi dan kecerdasan akal untuk mengusik kepekaan pembaca melalui cerita dan tema yang dikemukakan - Karya kreatif ini berusaha mencipta sesuatu yangbaru dan bukan sekadar memaparkan fakta sahaja
Kekurangan cerpen - Menampilkan satu plot dan perkembangan cerita lebih cepat dan ini boleh menimbulkan ketidakpuasan pembacaan di kalangan pembaca - Suasana cerita dan watak agak terhad, ruang liputnya lebih terbatas gambaran sebenar terhadap cerpen mungkin tidak dapat diperolehi dengan jelas