Anda di halaman 1dari 5

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

IBADAH KORBAN SIMBOL KETAKWAAN DIRI (26 OKTOBER 2012 / 10 ZULHIJJAH 1433H)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT, Pada hari Jumaat yang penuh berkat dan dalam masjid yang suci ini, marilah kita bersama-sama tingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan bersungguhsungguh melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya, sesungguhnya orang yang paling baik di sisi tuhan ialah orang yang paling bertaqwa. Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah IBADAH KORBAN SIMBOL KETAKWAAN DIRI. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT, Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana memberi keistimewaan besar pada hari ini. Selain menghayati sambutan Iduladha, kita juga dapat melaksanakan ibadah di hari Jumaat yang mulia ini. Manakala bagi saudara kita di tanah suci, hari ini adalah saat terindah kerana dapat menyahut seruan haji. Sesungguhnya amal ibadah yang dilakukan atas dasar jemaah, menjadi paksi kecintaan umat Islam kepada Allah SWT. Justeru tidak hairan, perhimpunan yang diadakan pada hari ini
1

telah menarik jutaan manusia dari tanah kelahiran dan rumah mereka untuk datang ke Makkah yang aman dan suci. Seterusnya pada hari ini juga, umat Islam diperintah dan disunatkan berkorban binatang ternakan sebagai korban untuk disedekahkan dagingnya kepada fakir misikin semata-mata kerana Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam surah al-kauthar ayat 2:

Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban. Dan sabda Rasulullah SAW: yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Iduladha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulubulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.(Riwayat at-Tirmizi) Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT, Ibadah korban merupakan antara amalan yang amat disukai oleh Rasulullah SAW dan sentiasa menggalakkan sahabat-sahabat melakukan ibadah korban. Hukumnya adalah sunat muakkad bagi yang berkemampuan. Berdasarkan kepada pandangan ulama mazhab syafie adalah sunat bagi setiap orang Islam melakukan sekurangkurangnya sekali dalam seumur hidupnya. Amalan ini dilakukan seluruh dunia setiap tahun apabila tibanya Iduladha dan hari hari tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Begitu juga di negara kita, ibadah korban ini dilakukan samada di masjid, surau, balai raya, taman perumahan dan sebagainya. Para ulama sependapat bahawa ibadah korban tidak sah kecuali dengan menggunakan binatang anam, iaitu binatang jinak yang berkaki empat seperti unta, lembu dan kerbau, kambing biribiri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj ayat 34:
2

Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur atas kurniaan-Nya kepada mereka dari binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepada-Nya; dan sampaikanlah berita gembira wahai Muhammad kepada orang yang tunduk taat. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT, Antara hikmah ibadah korban ialah, Pertamanya: menghidupkan erti pengorbanan yang dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS ketika Allah SWT memerintahkan Baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Keimanan dan kesabaran yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS ketika melaksanakan perintah Allah SWT ini menjadikan ibadah korban mempunyai hikmah tersendiri untuk dihayati oleh setiap orang Islam. Kedua: bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan. Ketiga: ibadah korban juga mengandungi pengertian untuk mendidik umat Islam agar mereka tidak melupakan golongan fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan bantuan setelah Allah SWT berikan rezeki kepada mereka. Dan keempat: Ibadah korban turut melahirkan kegembiraan dan perasaan kasih-sayang sesama sanak-saudara dan jiran-tetangga yang hadir untuk bersama-sama kita bergotong-royong melaksanakannya. Dengan itu akan lahirlah sebuah ikatan persaudaraan Islam yang kuat antara individu dan masyarakat. Persoalan besar timbul di sini apakah syarat utama agar ibadah korban ini dapat diterima oleh Allah SWT sebagai amalan berpahala dan melahirkan insan bertakwa. Berdasarkan kepada beberapa pandangan ulama antara syarat untuk mencapai tahap tersebut, ianya mestilah disertakan dengan niat yang ikhlas kerana

Allah SWT dan untuk mendekatkan diri kepada -Nya. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj ayat 37:

Maksudnya: Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT, Berdasarkan kepada perkembangan semasa dan bagi memastikan ibadah korban dilaksanakan dengan sebaik mungkin mengikut syarak serta lebih teratur, bersih dengan mengambil kira kebajikan haiwan, keselamatan makanan yang berlandaskan syariat Islam, maka pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Penyembelihan Ternakan korban. Garis Panduan ini menekankan beberapa perkara utama seperti ternakan yang akan disembelih, tapak penyembelihan, pengendalian penyembelihan, peralatan dan proses melapah daging dan pengurusan sisa ternakan korban. Justeru, mimbar menyeru para jemaah dan umat Islam sekalian yang akan melakukan ibadah korban mematuhi garis panduan ini agar ianya bertepatan dengan syarak dan tidak menyeksakan ternakan korban. Malah daging yang diagihkan selamat dan berkualiti untuk dimakan. Ingatlah bahawa ibadah korban ini perlulah dilakukan dengan sebaik mungkin, agar ianya tidak menimbulkan sebarang penyiksaan kepada binatang korban dengan mengambil kira kebajikan haiwan. Mengakhiri khutbah pada minggu ini,bersempena dengan Iduladha yang mulia, mimbar sekali lagi ingin menegaskan bahawa tuntutan dan keperluan melaksanakan ibadah korban bukanlah semata-mata menyembelih binatang ternak setahun sekali, tetapi hakikatnya adalah Allah SWT mahu menguji keimanan kita
4

sebagaimana Allah menguji keimanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS. Mimbar ingin berpesan bahawa ibadah korban adalah salah satu ritual agama bagi memupuk semangat sanggup berkorban apa sahaja untuk meninggikan syariat dan syiar Islam di samping menghilangkan rasa terlalu sayang kepada harta kesenangan dunia. Tanpa asuhan serta didikan agama dalam hal berkorban ini, sudah tentu sukar bagi kita untuk melakukan pengorbanan yang lebih besar terutamanya dalam meninggikan kalimah Allah SWT di atas muka bumi ini. Justeru, serap dan jiwailah falsafah serta hikmah pelaksanaan ibadah korban untuk memotivasi diri melakukan pengorbanan apa sahaja demi membela agama, bangsa dan Negara.

Maksudnya: Dan tinggalkanlah dosa yang nyata dan tersembunyi. Sesungguhnya orang yang melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Anaam:120)

Anda mungkin juga menyukai