1. Perenggan jenis definisi 2. Perenggan jenis pendapat tokoh 3. Pendahuluan jenis suasana/gambaran 4. Pendahuluan jenis persoalan 5. Pendahuluan jenis peribahasa/pepatah/cogan kata 6. Pendahuluan jenis latar belakang sejarah 7. Pendahuluan jenis fakta 8. Pendahuluan jenis tajuk berita 9. Pendahuluan jenis puisi 10.Pendahuluan jenis gabungan 1)Perenggan jenis Definisi Perenggan pendahuluan ini dimulakan dengan memberi takrifan atau definisi tentang tajuk karangan yang ditulis. Di samping definisi, anda juga boleh memberi huraian tentang tajuk karangan yang ditulis. Penulisan perenggan pendahuluan ini sesuai untuk karangan jenis deskriptif dan perbahasan. Tajuk: Gejala Sosial Skop : Langkah-langkah untuk membendung gejala sosial Gejala sosial bermaksud perbuatan buruk atau negatif yang dilakukan oleh segelitir anggota masyarakat. Hal ini jika tidak dibendung mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Kini, gejala ini membabitkan golongan muda yang akan menjadi pewaris pucuk pimpinan negara ini, malah gejala ini melibatkan pelajar sekolah. Antara kes yang membabitkan pelajar sekolah ialah ponteng sekolah, mengugut guru, merosakkan harta benda awam, membuli pelajar junior sehingga menyebabkan kematian, dan sebagainya. Manakala, kes-kes yang membabitkan golongan muda ialah penyalahgunaan dadah, curi motosikal, pecah rumah, lumba haram, dan sebagainya. Masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, langkah kerajaan mengadakan Program Latihan Khidmat Negara merupakan satu langkah wajar untuk membendung gejaa sosial dalam kalangan remaja. Selain itu, langkah-langkah lain, perlu dijalankan untuk membendung gejala sosial yang membabitkan golongan remaja.
2)Pendahuluan jenis Pendapat Tokoh Dalam pendahuluan jenis ini, anda memaparkan pendapat tokoh berkaitan dengan tajuk perbincangan. Tokoh yang dikemukakan itu boleh yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia, tetapi tokoh tersebut hendaklah yang dikenali oleh kebanyakan orang. Pendapat ini ditulis dalam bentuk prosa atau dalam bentuk dialog, yakni dalam pengikat kata. Pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis deskriptif, syarahan, ceramah, ucapan, rencana dan perbahasan. Tajuk : Tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia Skop : Cara-cara untuk memupuk minat membaca
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Malaysia 9USM), Tan Sri Ani Arope mengatakan bahawa rakyat Malaysia belum bersedia menjadikan amalan membaca sebagai tabiat harian mereka untuk menggantikan tabiat lain, terutamanya makan. Beliau mengatakan bahawa membaca ialah tabiat yang amat mustahak berbanding makan kerana setiap bahan bacaan berupaya mendatangkan pelbagai idea untuk kegunaan manusia. Ketika berucap merasmikan pelancaran buku penerbit USM di Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia pada 27 Mac 2004, beliau berkata "Jadual makanan boleh ubah. Cuba jangan lupa membaca. Tabiat membaca rakyat negara ini amat kurang berbanding dengan penduduk di negara Asia lain seperti Jepun, Korea dan China. Orang Jepun misalnya, membaca dua buah buku sebulan. Orang kita nak baca dua buah buku setahun pun payah. Selepas keluar universiti pun, lupa membaca. Kita perlu membangkitkan budaya membaca ini. Saya fikir masyarakat harus kembali kepada buku, khususnya bacaan yang lebih serius dan bermotifkan ilmu pengetahuan. Walaupun perkembangan penerbitan di negara kita semakin pesat, namun tentunya tidak serancak perkembangan penerbitan majalah hiburan dan bacaan ringan yang lebih banyak melaporkan mengenai dunia artis dan glamor." Berdasarkan kenyataan Tan Sri Ani Arope di atas, maka usaha-usaha perlu dilaksanakan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. 3) Pendahuluan jenis Suasana -Dimulakan dengan mengisahkan satu keadaan atau suasana di suatu tempat yang akan dijadikan fokus untuk tajuk karangan. -Jadi, pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis cerita dan dekriptif. Tajuk: Boros berbelanja Skop: Kesan jika masyarakat suka berbelanja boros Selepas tamat kelas tuisyen, saya pun keluar dari rumah Cikgu Siva dan menuju ke stesen bas untuk menaiki bas pulang ke rumah yang sejauh empat kilometer dari pusat bandar Sungai Petani. Dalam perjalanan ke stesen bas, saya mendapati sekelompok orang sedang menuju ke sebuah pasar raya. Pelanggan masuk dan keluar dari pasar raya itu. Setelah itu, baharulah saya mengetahui bahawa pasar raya itu sedang mengadakan promosi jualan hebat bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.Pengunjung pasar raya itu terpaksa ber asakasak masuk kerana pasar raya itu terlalu sesak.Manakala,orang yang keluar dari pasar raya saya didapati menjinjing barangan di kedua-dua belah tagan.Mereka membeli barangan,makanan,dan pakaian dalam kuantiti yang banyak.Tidak hairanlah kadar inflasi di negara kita semakin meningkat dari setahun ke setahun.Sikap boros dan membeli tanpa perancangan patu di kawal dan sebaliknya sikap berjimat cermat patut diamalkan kerana berjimat cermat patut diamalkan kerana berjimat cermat merupakan satu amalan nilai murni.Sekiranya semua rakyat Malaysia boros berbelanja,maka pelbagai kesan akan timbul kelak. 4)Pendahuluan jenis Persoalan - Mudah ditulis kerana pelajar perlu menulis banyak ayat tanya tentang tajuk, yakni mengemukakan beberapa persoalan yang dibincangkan dalam isi karangan. -Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, syarahan, ceramah, ucapan dan deskriptif.
Tajuk : Kemalangan jalan raya Skop : Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa, terutamanya pada musim perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi akibat kelalaian dirisendiri atau kelalaian orang lain? Mengapakah jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat dari setahun ke setahun, khususnya pada cuti perayaan? Apakah punca sebenar kemalangan berlaku? Mengapakah kemalangan jalan raya banyak membabitkan motosikal dan bas ekspres berbanding dengan kenderaan lain? Bagaimanakah kita hendak mengelak atau mengurangkan kadar kemalangan jalan raya? Adakah dengan mengadakan kempen keselamatan kita dapat mengawal kadar kemalangan jalan raya? Mungkin ada anatara kita yang mengatakan bahawa kemalangan jalan raya hanya disifatkan sebagai takdir daripada Allah. Persoalannya, apakah faktor-faktor sebenarnya yang menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku? Pendahuluan jenis Peribahasa, Pepatah dan Cogan Kata -Mengandungi beberapa peribahasa, pepatah, atau cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk yang hendak dibincangkan. -Pelajar-pelajar tidak dikehendaki menghuraikan maksud peribahasa, pepatah, dan cogan kata yang diberi. -Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, ucapan, ceramah, syarahan, dan deskriptif. Tajuk : Belia Skop : Peranan belia dalam pembangunan negara Peribahasa Melayu dicipta untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup masyarakat Melayu. Antara peribahasa Melayu yang menggambarkan peranan belia dalam pembangunan negara ialah jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya dan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kedua-dua peribahasa ini menekankan kepentingan daya usaha semua golongan masyarakat, terutamanya golongan belia dalam membangunkan negara. Hal ini membuktikan bahawa pembangunan negara memang bergantung kepada golongan belia kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, generasi muda pelapis dan peneraju wawasan, remaja penggerak wawasan, generasi muda wawasan bangsa, dan banyak lagi. Oleh itu, pembangunan negara memang dipertanggungjawabkan kepada golongan belia untuk merealisasikan Wawasan 2020 seperti kata pepatah satu matlamat,satu wawasan. Oleh itu, setiap belia perlu mengetahui peranan mereka dalam memajukan dan membangunkan negara ini.
ini semakin bermaharajalela di sekolah mahupun di luar sekolah. Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat.
dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung? Perenggan Pendahuluan Contoh 1 Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. (F) Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. (A) Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. (C) Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. (L) Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit. (K)
Soalan Contoh 2 Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. Jelaskan kelebihan bangunan bersejarah tersebut. Perenggan Pendahuluan Contoh 2 Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan memang banyak terdapat di negara kita yang perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. (F) Bangunan tersebut boleh dijadikan fakta sejarah yang menarik pelancong asing ke negara kita. (A) Oleh itu, Pulau Pinang dan Melaka yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO baru-baru ini masih banyak memiliki bangunan bersejarah seperti di Fort Cornwalis di Pulau Pinang dan Bangunan Stadhuyst di Melaka. (C) Jadi, kerajaan kedua-dua buah negeri tersebut perlulah mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah tersebut jika tidak mahu perisyhtiharan itu ditarik balik. (L) Oleh itu, langkah yang diambil oleh UNESCO itu perlu disokong kerana hal ini pasti meningkatkan imej negara. (K) Murid-murid harus menyedari bahawa perenggan pendahuluan sama pentingnya dengan perenggan isi dan perenggan penutup. Perenggan pendahuluan juga akan memberikan gambaran atau impression awal tentang keseluruhan karangan murid-murid. Oleh hal yang demikian, cubalah berlatih untuk menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik ini. Sebenarnya, banyak cara lagi untuk menulis pendahuluan karangan dan cikgu mendangkan satu lagi teknik tambahan kepada murid-murid. Jadi, murid-murid mempunyai banyak cara yang boleh dipilih untuk menulis perenggan pendahuluan. Bagi calon-calon STPM, biasakan diri dengan menulis perenggan pendahuluan karangan yang panjangnya lebih kurang 90 hingga 100 perkataan. Bagi calon-calon SPM pula, biasakan diri dengan menulis pendahuluan karangan yang panjangnya lebih kurang 50 hingga 60 perkataan. Bagi calon-calon STPM, ingatlah bahawa markah perenggan pendahuluan sudah ditetapkan sebanyak 3 markah, dan kelemahan perenggan pendahuluan sudah pasti akan menjejaskan markah aspek relevan (R) dan juga mempengaruhi markah pengolahan (P).
ii. KHH (Kesimpulan, Hurai, Harapan) Perenggan Penutup Contoh 3 Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk membanteras masalah jenayah yang berlaku di negara kita. (K) Dengan kata lain, anggota masyarakat perlulah berganding bahu dengan pihak berkuasa iaitu melaporkan kejadian jenayah yang berlaku itu dengan segera. (H) Dengan cara itu, masalah jenayah ini sudah pasti dapat dikurangkan dan dibanteras daripada terus berleluasa di negara kita. (H)
Teknik yang dibincangkan tadi diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar atau calon-calon STPM dan SPM untuk menghuraikan dan mengembangkan perenggan penutup atau kesimpulan dengan baik. Diharapkan juga murid-murid dapat membina setiap perenggan karangan dengan teratur dan seimbang. Perenggan pendahuluan, perenggan isi, dan perenggan kesimpulan akan seimbang jika olahan dan huraian dirancang dengan baik dan jumlah perkataan yang dikehendaki akan dapat dipenuhi oleh murid-murid. Selain itu murid-murid juga dinasihatkan supaya banyak berlatih untuk mengembangkan setiap perenggan karangan supaya tidak menghadapi masalah semasa berada di dalam dewan peperiksaan.