Anda di halaman 1dari 22

SURUHANJAYA PERKHIDM ATAN PELAJARAN

PA N D U A N PEN G GU N A B O R AN G S PP

Panduan Pengguna
KANDUNGAN

Kandungan 1. 2. 3. 4. Daftar Akaun Baru Daftar Masuk Borang SPP Lupa Kata Laluan Mengisi Borang SPP

Muka Surat -3 -7 - 10 - 13

DAFTAR AKAUN BARU


Semua pemohon adalah wajib mendaftar akaun baru bagi mencapai Borang SPP8i. Langkah-langkah: 1. Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6.0 dan ke atas untuk daftar akaun baru. 2. Klik pautan yang disediakan di Portal http://anggerik.spp.gov.my:7778/online/borang 3. Skrin berikut akan dipaparkan: SPP atau url :

Rajah 1 Skrin Daftar Masuk Borang SPP8i

4. Klik pautan Daftar akaun baru untuk mendapatkan Kata Laluan dan mengaktifkan akaun bagi yang pertama kali mengisi Borang SPP8i. Skrin berikut akan dipaparkan.

Rajah 2 Skrin Daftar Akaun Baru

5. Masukkan nombor MyKad dan alamat emel yang sah. Pemohon perlu memasukkan alamat emel yang sah kerana semua urusan berkaitan 3

Panduan Pengguna
pendaftaran ini akan menggunakan emel. Pemohon tidak digalakkan berkongsi alamat emel serta kata laluan emel tersebut. Klik butang Seterusnya. 6. Pemohon boleh klik butang Reset jika ingin mengosongkan semua maklumat. 7. Bagi pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah disenarai merujuk pemakluman dalam Portal SPP, skrin berikut akan dipaparkan untuk semakan pemohon sebelum akaun baru didaftarkan.

Rajah 3 Skrin Daftar Akaun Baru

8. Bagi pemohon yang tidak disenaraikan merujuk pemakluman dalam Portal SPP, akan menerima mesej ralat pada skrin Daftar Akaun Baru seperti rajah 4.

Rajah 4 Mesej ralat pada skrin Daftar Akaun Baru

9. Setelah semua maklumat disemak dan didapati betul, klik butang DAFTAR. Mesej berikut akan dipaparkan.

Rajah 5 Skrin Pasti Daftar Akaun Baru

10. Klik butang OK dan mesej berikut akan dipaparkan. Atau klik butang Cancel untuk batal.

Rajah 6 Skrin Pasti MyKad dan Emel Daftar Akaun Baru

11. Klik butang OK dan mesej berikut akan dipaparkan. Atau klik butang Cancel untuk batal.

Rajah 7 Skrin Maklumat Pengaktifan Akaun Baru

12. Pemohon perlu menyemak emel yang akan digunakan bagi membolehkan pemohon mengaktifkan akaun tersebut. Sila tunggu dalam tempoh 48 jam untuk penerimaan emel berkenaan. Ini kerana tempoh penghantaran adalah bergantung kepada tahap kesibukan dan capaian server emel berkenaan. 5

Panduan Pengguna
13. Pemohon diminta untuk menghantar emel kepada akaun daftaronline@spp.gov.my dengan mengemukakan maklumat yang dinyatakan di Rajah 7 sekiranya tidak menerima emel selepas tempoh 48 jam dari tarikh pendaftaran dibuat. 14. Berikut adalah contoh emel akan diterima oleh pemohon selepas daftar akaun baru. Klik pautan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun. Akaun perlu diaktifkan dalam tempoh 48jam.

Rajah 8 Skrin Emel Pengaktifan Akaun Baru

15. Skrin berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik pautan pengaktifan akaun baru.

Rajah 9 Skrin Maklumat Pengaktifan Akaun Baru Berjaya

16. Jika akaun tidak diaktifkan selepas tempoh 48jam, skrin berikut akan dipaparkan apabila pemohon klik pautan pengaktifan akaun baru. Pemohon perlu klik pada pautan sini untuk mendapatkan pautan pengaktifan yang baru.

Rajah 10 Skrin Maklumat Pengaktifan Akaun Baru Tidak Berjaya

DAFTAR MASUK BORANG SPP


Selepas berjaya mendapatkan MyID dan Kata Laluan, pemohon boleh mencapaian skrin Daftar Masuk untuk menghantar maklumat permohonan. Langkah-langkah: 1. Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6.0 dan ke atas untuk daftar masuk Borang SPP8i. 2. Klik pautan yang disediakan di Portal SPP. 3. Skrin berikut akan dipaparkan:

No. Kad Pengenalan Kata Laluan pemohon

Rajah 1 Skrin Daftar Masuk Borang SPP8i

4. Masukkan Nombor kad pengenalan baru dan Kata laluan merujuk emel yang diterima daripada SPP. Kemudian klik butang Log Masuk. 5. Jika pemohon belum mengaktifkan akaun, mesej ralat berikut akan dipaparkan.

Panduan Pengguna

Rajah 2 Skrin Ralat Log Masuk Borang SPP8i

6. Jika kata laluan yang dimasukkan adalah salah, mesej ralat seperti skrin berikut akan dipaparkan.

Rajah 3 Skrin Ralat Kata Laluan Log Masuk Borang SPP8i

7. Jika Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang dimasukkan adalah betul, skrin menukar kata laluan akan dipaparkan untuk pertama kali mendaftar. Semua pemohon diwajibkan menukar kata laluan sebelum boleh mengisi Borang SPP8i.

Kata Laluan dalam emel SPP Kata Laluan baru pemohon Kata Laluan baru pemohon

Rajah 4 Skrin Tukar Kata Laluan

8. Masukkan maklumat yang dikehendaki dan klik butang HANTAR. Kata Laluan Baru hendaklah sama dengan Taip Semula Kata Laluan Baru.

9. Jika tiada sebarang ralat, pemohon akan berjaya masuk ke dalam Borang SPP8i. Skrin berikut akan dipaparkan.

Rajah 5 Skrin Borang SPP8i

Panduan Pengguna
LUPA KATA LALUAN
Merupakan fungsi bagi mendapatkan semula emel pengaktifan akaun yang mengandungi MyID, Kata Laluan serta pautan pengaktifan. Pemohon perlu mengaktifkan akaun dengan klik pada pautan pengaktifan sebelum log masuk. Langkah-langkah: 1. Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6.0 dan ke atas untuk daftar masuk Borang SPP8i. 2. Klik pautan yang disediakan di Portal SPP untuk ke skrin Daftar Masuk Borang SPP8i. Klik pautan Lupa kata laluan.

Rajah 1 Skrin Daftar Masuk Borang SPP8i

3. Skrin berikut akan dipaparkan.

No. Kad Pengenalan Emel yang dimasukkan dalam Borang SPP8i Rajah 2 Skrin Lupa Kata Laluan

10

4. Pemohon dikehendaki memasukkan MyID dan Emel yang telah digunakan semasa pengaktifan atau emel yang dimasukkan dalam Borang SPP8i. Klik butang HANTAR. 5. Jika emel yang dimasukkan tidak sama seperti mana yang digunakan semasa Daftar Akaun Baru, ralat berikut akan dipaparkan.

Rajah 3 Skrin Ralat Lupa Kata Laluan

6. Jika pemohon tidak berjaya memasukkan emel yang sama seperti mana yang digunakan semasa Daftar Akaun Baru, pemohon perlu menghantar emel kepada akaun daftaronline@spp.gov.my bagi tujuan verifikasi maklumat yang didaftarkan. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut : a. b. c. d. e. Nombor Kad Pengenalan Nama Penuh Alamat Nombor Telefon Bimbit Emel yang sepatutnya dimasukkan

7. Selepas klik butang HANTAR, jika tiada sebarang ralat mesej berikut akan dipaparkan.

Rajah 4 Skrin Pengaktifan Lupa Kata Laluan

8. Pemohon perlu menyemak atau menunggu sehingga mendapat notifikasi menerusi emel pemohon berkaitan pengaktifan lupa kata laluan ini.

11

Panduan Pengguna
9. Contoh emel akan diterima oleh pemohon selepas pengaktifan lupa kata laluan adalah seperti di Rajah 5. Klik pautan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun. Akaun perlu diaktifkan dalam tempoh 48jam.

Rajah 5 Skrin Emel Pengaktifan Akaun

10. Skrin berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik pautan pengaktifan akaun baru.

Rajah 6 Skrin Maklumat Pengaktifan Akaun Berjaya

12

MENGISI BORANG SPP

Pemohon yang telah membuat pengaktifan akaun dan berjaya log masuk Borang SPP8i sudah boleh mengisi borang. Langkah-langkah: 1. Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6.0 dan ke atas untuk daftar masuk Borang SPP8i.

2. Klik pautan yang disediakan di Portal SPP untuk ke skrin Daftar Masuk Borang SPP8i. Selepas selesai memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan skrin Borang SPP8i akan dipaparkan. 3. Maklumat Peribadi Pemohon a. Skrin Maklumat Peribadi Pemohon adalah seprti di Rajah 1. b. Maklumat peribadi pemohon akan dipaparkan pada skrin tersebut. Pemohon perlu semak maklumat dan kemaskini mana-mana maklumat yang didapati salah. c. Manakala maklumat lain yang masih kosong tetapi wajib diisi (medan bertanda *), perlu dilengkapkan oleh pemohon sebelum klik butang Seterusnya.

13

Panduan Pengguna

Rajah 1 Skrin Maklumat Peribadi Pemohon

4. Maklumat Akademik Pemohon a. Keputusan SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM terbuka atau setaraf mengikut sistem

i. Pemohon perlu mengisi maklumat dikehendaki. ii. Jika tidak mengambil Bahasa Tamil dan /atau Bahasa Arab, sila tukarkan maklumat mata pelajaran kepada SILA PILIH.
14

iii. Pemohon hanya boleh mengisi maksimum 10 mata pelajaran sahaja.

b. Keputusan SPM kali kedua i. Pemohon berkaitan. perlu mengisi maklumat dikehendaki jika

c. Peperiksaan Bahasa Universiti atau setaraf i. Pemohon berkaitan. perlu

Melayu mengisi

Kertas

Julai/SAP/SPM/STPM/ dikehendaki jika

maklumat

d. Peperiksaan Matematik Kertas Julai i. Pemohon berkaitan. perlu mengisi maklumat dikehendaki jika

e. Keputusan Peperiksaan STPM/STP/HSC (kali pertama) i. Pemohon berkaitan. perlu mengisi maklumat dikehendaki jika

f. Keputusan Peperiksaan STPM/STP/HSC (kali kedua) i. Pemohon berkaitan. perlu mengisi maklumat dikehendaki jika

g. Keputusan Peperiksaan STAM (kali pertama) i. Pemohon berkaitan. perlu mengisi maklumat dikehendaki jika

h. Keputusan Peperiksaan STAM (kali kedua) 15

Panduan Pengguna
i. Pemohon berkaitan. perlu mengisi maklumat dikehendaki jika

i.

Kelulusan Pengajian Tinggi (Ijazah/Diploma) i. Pemohon yang memiliki Ijazah boleh mengisi maklumat ijazah pada ruangan kelayakan pertama. Bagi maklumat kelulusan pemohon yang telah dipaparkan, pemohon perlu semak dan kemaskini maklumat jika salah atau tidak lengkap. ii. Pemohon yang memiliki ijazah dan kelulusan ikhtisas boleh mengisi maklumat kelulusan ikhtisas di ruangan kedua. Bagi maklumat kelulusan ikhtisas yang telah dipaparkan, pemohon perlu semak dan kemaskini jika salah atau tidak lengkap. iii. Sekiranya pemohon mempunyai lain-lain kelulusan ijazah/diploma, boleh mengisi maklumat tersebut diruangan ketiga yang disediakan. iv. Bagi mana-mana maklumat Pengkhususan yang tidak terdapat dalam senarai pilihan yang disediakan, pemohon boleh memilih pengkhususan yang berhampiran dengan kelulusan sebenar.

j.

Setelah semak dan didapati semua maklumat wajib (medan bertanda *) telah dilengkapkan, pemohon boleh klik butang Seterusnya. Paparan skrin Maklumat Akademik Pemohon adalah seperti di Rajah 2.

k. Jika pemohon tidak mengemaskini medan mata pelajaran SPM iaitu Bahasa Tamil dan Basaha Arab, skrin mesej ralat seperti di Rajah 2i akan dipaparkan. Pemohon perlu mengemaskini medan tersebut untuk meneruskan pengisian Borang SPP8i.

16

Rajah 2 Skrin Maklumat Akademik Pemohon

17

Panduan Pengguna

Rajah 2 Skrin Maklumat Akademik Pemohon (sambungan)

18

Rajah 2 Skrin Maklumat Akademik Pemohon (sambungan)

Rajah 2i Skrin Ralat Medan Mata Pelajaran SPM

19

Panduan Pengguna
5. Maklumat Ko-Kurikulum a. Pemohon perlu mengisi maklumat yang dikehendaki mana yang berkaitan. b. Bagi maklumat ko-kurikulum yang telah dipaparkan, pemohon perlu semak dan kemaskini jika salah atau tidak lengkap sebelum klik butang Seterusnya. c. Paparan skrin Maklumat Ko-Kurikulum adalah seperti di Rajah 3.

Rajah 3 Skrin Maklumat Ko-Kurikulum

6. Maklumat Tambahan a. Pemohon perlu mengisi maklumat yang dikehendaki mana yang berkaitan. b. Bagi maklumat tambahan yang telah dipaparkan, pemohon perlu semak dan kemaskini jika salah atau tidak lengkap sebelum klik butang Seterusnya.
20

c. Paparan skrin Maklumat Tambahan adalah seperti di Rajah 4.

Rajah 4 Skrin Maklumat Tambahan

7. Pengakuan Pemohon a. Paparan skrin Pengakuan Pemohon adalah seperti di Rajah 5. b. Sekiranya pemohon sudah semak dan pasti maklumat diisi adalah lengkap dan betul, pemohon diminta untuk membuat pengakuan sebelum menghantar Borang SPP8i. c. Pemohon perlu tanda pada kotak Saya Setuju dan kemudian klik butang Hantar. d. Jika tiada sebarang ralat, skrin Pemberitahuan akan dipaparkan selepas pemohon klik butang Hantar. Paparan skrin Pemberitahuan adalah seperti di Rajah 6. e. Selepas menerima skrin Pemberitahuan ini, urusan penghantaran maklumat calon menggunakan Borang SPP8i telah selesai.

21

Panduan Pengguna

Rajah 5 Skrin Pengakuan Pemohon

Rajah 6 Skrin Pemberitahuan

22

Anda mungkin juga menyukai