Anda di halaman 1dari 20

Lautan Ilmu & Peringatan Di Akhir Zaman "Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam

Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran (mengingkari)". (Surah Al Israa' : 89)

Salah satu surah di dalam Al Quran yang mempunyai kisah-kisah yang sangat mengagumkan dan dipenuhi dengan 'pengajaran misteri' adalah kisah beberapa orang hamba Allah SWT yang diberikan rahmat dari sisiNya yang dipenuhi dengan ilmu. Kisah tersebut terdapat dalam surah Al Kahf (18) di mana ayat-ayatnya adalah cerita Nabi Musa a.s. yang dipertemukan dengan seseorang yang lebih memahami akan sesuatu perkara dari 'pemahaman mata pandangan'.

Ketika Nabi Musa a.s. berdakwah, memberi nasihat dan peringatan di depan kaumnya iaitu Bani Israel akan kurniaan dan nikmat Allah SWT yang telah dicurahkan kepada mereka dan mereka sepatutnya meimbanginya dengan rasa penuh kesyukuran melalui pelaksanaan ibadat yang ikhlas, telus dan rendah diri akan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Berkata Nabi Musa a.s., sesiapa diantara kamu yang beriman, taat dan bertaqwa kepada Allah SWT, maka dia akan peroleh apa yang telah menjanjikan oleh Allah SWT iaitu syurga dan bagi sesiapa yang menginkari nikmat Allah SWT, akan diancam dengan seksa api neraka.

Nabi Musa a.s. yang ketika itu memiliki kedudukan yang agung di kalangan Bani Israel, dimana dia mengajar mereka sejumlah ilmu dan mereka merasa kagum dengan kesempurnaan ilmunya. Setelah Nabi Musa a.s. mengakhiri dakwahnya,

bangunlah seseorang dari kalangan pengikutnya dan bertanya kepadanya: "Wahai Musa, Siapakah di atas muka bumi ini yang paling pandai dan paling berpengatahuan?" Lalu, Nabi Musa a.s. menjawab, "Aku". Dia bertanya lagi, "Benarkah tidak ada sesiapa yang lebih berpengatahuan darimu?" Nabi Musa a.s. menjawab, "Tidak ada". Tiba-tiba berkata di dalam hati kecil Nabi Musa a.s., "Bukankah aku ini Nabi terbesar di antara Bani Israel?". Aku adalah penakluk Fir'aun, pemegang berbagai mu'jizat (9 jenis), aku yang telah dapat membelah lautan dengan tongkatku dan akulah yang telah memperolah kesempatan bercakap secara langsung dengan Allah SWT, maka kemuliaan apa lagi yang dapat melebihi kemuliaan serta kebesaran yang aku ada ini yang belum pernah dialami dan diperolah oleh sesiapa pun sebelum aku!

Secara tidak langsung dan tanpa disedari oleh Nabi Musa a.s., tercermin akan rasa sombong, angkuh dan keunggulan diri dalam kata-katanya tadi tanpa menyebut dan mengingati bahawa segalanya datang adalah dari kurniaan Allah SWT kepadanya. Oleh yang demikian Allah SWT yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana telah mencela Nabi Musa a.s. dengan memberi peringatan kepadanya bahawa ilmu itu lebih luas untuk dimiliki oleh seseorang walaupun ia adalah seorang Rasul dan sekiranya seseorang itu mempunyai berpengatahuan luas dan memiliki ilmu yang sangat tinggi, maka sudah pasti akan ada seseorang yang lebih pandai dan lebih alim daripadanya.

Selanjutnya, untuk membuktikan akan kekurangan-kekurangan yang ada oleh Nabi Musa a.s., Allah SWT memerintahkan agar Nabi Musa a.s. menemui seorang hamba-Nya di suatu tempat yang dipanggil sebagai majma' al-Bahrain iaitu tempat pertemuan dua lautan. (lautan ini dimaksudkan dengan ilmu sepertimana yang terdapat di dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Uyad bin Kaab dan Ibnu Abbas r.a. tentang ilmu yang sangat luas yang diperoleh melalui kaedah yang berbeza yang dikurniakan oleh Allah SWT yang jarang-jarang kita miliki atau dapat atas sebab-sebab tertentu yang kita sendiri sedar atau tidak)

"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada temannya: 'Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalanjalan sampai bertahun-tahun." (Surah Al Kahf : 60)

Lokasi tersebut terdapat seseorang hamba Allah SWT yang soleh yang telah diberikannya rahmat dan ilmu oleh Allah SWT, dan dia akan memberi tambahan ilmu dan pengetahuan (mengajar) kepada Nabi Musa a.s. sehingga dapat menjadikan beliau sedar bahawa tiada manusia yang boleh membanggakan diri dengan menyatakan bahawa dialah orang yang paling pandai dan berpengatahuan luas di atas muka bumi ini. Al Quran tidak menyebutkan siapakah hamba yang dimaksudkan itu, tetapi yang pasti dia seorang hamba yang dicari oleh Nabi Musa a.s. agar dia dapat belajar darinya. Nabi Musa a.s. adalah seseorang yang berbicara langsung dengan Allah SWT dan dia adalah salah seorang ulul azmi dari para rasul. Beliau adalah pemilik mukjizat tongkat dan tangan yang bercahaya dan seorang Nabi yang Taurat diturunkan kepadanya tanpa melalui perantara. Namun dalam kisah ini, beliau menjadi seorang pencari ilmu yang sederhana yang harus belajar kepada gurunya dan menahan penderitaan di tengah-tengah pembelajarannya itu. Siapakah gurunya atau pengajarnya?

Nabi Musa a.s. berkata, "Wahai Tuhanku, aku akan pergi mencari hambaMu yang soleh itu, aku mahu memperolah ilmu dan pengetahuan darinya sepertimana yang telah Engkau berikan kepadanya. Maka berilah aku suatu tanda agar aku dengan mudah mengenal dan menemuinya". Allah SWT berfirman kepada Nabi Musa a.s., "Bawalah seekor ikan di dalam sebuah bakul, dalam perjalanan kamu mencari dia, dan ketahui lah bahawa di tempat di mana kamu kehilangan ikan di dalam bakul tersebut, di situ lah kamu akan menemui seorang hambaKu yang soleh itu".

Nabi Musa a.s. menyiapkan dirinya untuk perjalanan yang jauh dan berkeras hati untuk tidak mahu kembali pulang sekiranya tidak menemui seorang hamba Allah SWT yang soleh tersebut mahu pun memakan masa berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun lamanya. Nabi Musa a.s. didampingi oleh Yusya bin Nun, iaitu salah seorang daripada pengikutnya yang tersetia. Mereka membawa bekal makanan dan minuman, di antaranya adalah termasuk bakul berisi ikan sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s. berpesan kepada Yusya bin Nun agar bersegera memberitahu kepadanya sekiranya ikan yang terdapat di dalam bakul itu hilang kerana itu lah petanda mereka akan bertemu dengan seorang hamba Allah SWT yang soleh itu. Seseorang hamba yang soleh itu tidak disebutkan namanya di dalam Al Quran, tetapi di dalam hadis disebutkan bahawa dia adalah bernama Khidir a.s.

"Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah" (Surah Al Kahf : 61)

Takkala Nabi Musa a.s. dan Yusya bin Nun sampai di tempat di mana dua lautan bertemu (majma' al-Bahrain) yang telah diisyaratkan dalam firman Allah SWT kepadanya, tertidurlah mereka di atas sebuah batu besar yang berada di tepi lautan tersebut. Ketika mereka berdua tidur dengan nyenyak, turunlah hujan rintik-rintik membasahi seekor ikan yang berada di dalam bakul tersebut dan tanpa mereka sedari dan ketahui melompatlah ikan tersebut masuk ke dalam laut. Setelah mereka berdua terjaga dari tidurnya, bangunlah mereka berdua dan meneruskan perjalanan yang tidak menentu arah mahupun tujuannya. Dan dalam tengah perjalanan yang sudah agak jauh, berhentilah Nabi Musa a.s., beristirehat sekadar untuk menghilangkan rasa kepenatan dan Nabi Musa a.s meminta Yusya bin Nun untuk menyiapkan santapan kerana dia sangat lapar.

Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini" (Surah Al Kahf : 62)

Ketika Yusya bin Nun membuka bakul untuk mengambil makanan, teringatlah olehnya akan ikan itu tiba-tiba hidup setelah dibasahi air hujan dan melompat ke laut. Sepatutnya aku dengan segera memberitahu kepadamu akan tetapi aku telah dilupakan oleh syaitan.

Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan". (Surah Al Kahf : 63)

Namun begitu, Nabi Musa a.s. tidak memarahi temannya, bahkan dia berasa amat gembira dan keriangan mendengar berita itu dari Yusya bin Nun kerana Nabi Musa a.s. telah dapat mengetahui lokasi di mana dia akan bertemu seseorang yang dicari sepertimana yang dijanjikan oleh Allah SWT kepadanya.

Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka. (Surah Al Kahf : 64)

Setiba mereka kembali di tempat di mana mereka kehilangan ikan, mereka melihat seorang bertubuh kurus langsing yang pada wajahnya tampak cahaya taqwa dan iman serta tanda-tanda orang soleh yang ketika itu sedang menutupi tunuhnya dengan pakaiannya sendiri. Allah SWT berfirman:

Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. (Surah Al Kahf : 65)

Nabi Musa a.s. dengan segera memberi salam kepada lelaki tersebut dan ketika mendengar kata-kata salam Nabi Musa a.s. kepadanya.

Dia berkata,

"Siapakah kamu?",

Nabi Musa a.s. menjawab, "Aku adalah Musa"

Dia bertanya lagi, "Musa, nabi Bani Israel?"

Nabi Musa a.s. menjawab, "Betul"

Nabi Musa a.s. bertanya kepada lelaki tersebut, "Dari manakah kamu mengetahui bahawa aku adalah Nabi Bani Israel?"

Dia menjawab, "Dari Yang mengutusmu kepadaku"

Nabi Musa a.s. berkata di dalam hatinya, "Inilah hamba Allah SWT yang aku cari"

Dan Firman Allah SWT..

Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?" (Surah Al Kahf : 66)

Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), kamu tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku. (Surah Al Kahf : 67)

Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?" (Surah Al Kahf : 68)

Menurut pendapat para ahli tafsir, Nabi Khidir a.s. telah menyatakan bahawa Nabi Musa a.s. sekali-kali tidak akan dapat menahan diri bila kamu mengikutiku dan berjalan bersamaku, kamu akan mengalami dan melihat hal-hal yang ajaib yang sepintas lalu nampak seakan-akan perbuatan salah dan mungkar, namun pada hakikatnya adalah perbuatan benar lagi wajar dan kamu sebagai manusia tidak akan berdiam diri melihatku melakukan perbuatan dan tingkah laku yang ganjil menurut 'pemahaman pandangan matamu'. Nabi Musa a.s. menjawab,

Musa berkata: "Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusanpun". (Surah Al Kahf : 69)

Dia berkata: "Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apapun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu". (Surah Al Kahf : 70)

Kemudian Nabi Khidir a.s. membalas dan berkata, "Jika kamu benar-benar ingin mengikutiku dan berjalan bersama aku, maka kamu harus berjanji, tidak akan mendahului pertanyaan tentang sesuatu sebelum aku menjelaskan kepada kamu. Kamu harus berjanji bahawa kamu tidak akan menentang segala perbuatan dan tindakan yang aku lakukan di hadapanmu walaupun menurut 'pandanganmu' perbuatan dan tindakan itu salah dan mungkar. Aku dengan sendirinya akan memberi alasan dan tafsiran bagi tindakan dan perbuatanku kepadamu kelak pada akhir perjalanan kita berdua". Dan Nabi Musa a.s. menerima syarat yang telah dikemukan oleh Nabi Khidir a.s. dengan berjanji mematuhinya dan bermula lah perjalanan mereka. Takkala mereka sampai di tepi pantai, dimana terdapat sebuah perahu yang sedang berlabuh. Nabi Khidir a.s. meminta pertolongan pemilik perahu itu agar menghantar mereka ke suatu tenpat yang ingin dituju. Dengan senang hati berangkatlah mereka berdua secara percuma tanpa sebarang bayaran

bahkan mereka berdua dihormati dan mendapat layanan yang khas kerana si pemilik perahu itu melihat mereka berdua memiliki sifat-sifat dan ciri-ciri yang tidak terdapat pada manusia biasa, Allah SWT berfirman,

Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidhir melubanginya. Musa berkata: "Mengapa kamu melubangi perahu itu akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya?" Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar. (Surah Al Kahf : 71)

Nabi Musa a.s. lupa akan janjinya yang dibuat sebelumnya dengan menegur dan mempersoalkan tindakan dan perbuatan Nabi Khidir a.s.,

Dia (Khidhir) berkata: "Bukankah aku telah berkata: "Sesungguhnya kamu sekalikali tidak akan sabar bersama dengan aku". (Surah Al Kahf : 72)

Maka, permintaan maaf Nabi Musa a.s.,

Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu) dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)". (Surah Al Kahf : 73)

Nabi Khidir a.s. menerima permintaan tersebut dan tibalah mereka berdua di tempat yang dituju di sebuah pantai.

Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu Nabi Khidhir membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!" (Surah Al Kahf : 74)

Alangkah terkejutnya Nabi Musa a.s. akan tindakan dan perbuatan Nabi Khidir a.s. yang membawa budak tersebut di suatu tempat yang agak jauh dan membaringkan budak tersebut dan dengan sewenang-wenangnya telah membunuh seorang anak yang tidak berdosa, seorang yang dalam pemikiran Nabi Musa a.s. adalah harapan satu-satunya bagi kedua orang tuanya. Nabi Musa a.s. sebagai utusan Allah SWT untuk memerangi kemungkaran dan kejahatan tidak dapat berdiam diri melihat perkara yang telah dilakukan oleh Nabi Khidir a.s. yang baginya tiada alasan, maka secara tidak langsung Nabi Musa a.s. menegur dan memnpersoalkan perkara tersebut dan ini merupakan kali kedua pelanggaran perjanjian yang telah dilakukan oleh Nabi Musa a.s. Nabi Khidir a.s. menjawab dengan tenangnya,

Khidhir berkata: "Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya kamu tidak akan dapat sabar bersamaku?" (Surah Al Kahf : 75)

Dengan rasa malu mendengar teguran Nabi Khidir a.s. itu, maka terucaplah Nabi Musa a.s.

Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku". (Surah Al Kahf : 76)

Dengan janji yang terakhir yang telah dilafazkan oleh Nabi Musa a.s., Nabi Khidir a.s. menerimanya dan mereka meneruskan perjalanan sehingga tiba di sebuah negeri, dimana mereka ingin beristirehat untuk menghilangkan lelah dan penat mereka akibat perjalanan jauh yang telah ditempuh. Mereka berusaha mendapatkan tempat penginapan sementara dan sedikit bekalan makanan untuk sekadar dapat mengisi perut kosong mereka, namun tidak ada seorang pun yang mahu menolong mereka kerana penduduk negeri tersebut amat terkenal dengan sifat kedekut

sehinggakan mereka merasa kecewa dan dengan segera meninggalkan negeri tersebut.

Dalam perjalanan mereka hendak keluar dari negeri tersebut, mereka melihat dinding salah satu rumah disitu nyaris runtuh, dengan segera Nabi Khidir a.s. menghampiri dinding itu dan ditegakkan kembali. Dan dengan secara spontan dan tanpa disedari, berkatalah Nabi Musa a.s. kepada Nabi Khidir a.s., "Pelik Bin Ajaib! Kenapa kamu berbuat kebaikan bagi orang-orang jahat lagi kedekut ini. Mereka telah menolak untuk memberi kepada kita tempat istirehat dan juga sesuap makanan bagi mengisi perut kosong kita. Sepatutnya kamu menuntut upah bagi kerja-kerja yang telah kamu lakukan bagi mereka dan dengan upah yang diperolehi itu kita dapat menutupi keperluan kita iaitu makanan dan minuman". Allah SWT berfirman,

Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidhr menegakkan dinding itu. Musa berkata: "Jikalau kamu mau, niscaya kamu mengambil upah untuk itu". (Surah Al Kahf : 77)

Akibat daripada pertikaian Nabi Musa a.s. terhadap tindakan dan perbuatan Nabi Khidir a.s., Nabi Khidir a.s. membalas dengan menyatakan, "Wahai Musa, inilah saat untuk kita berpisah sesuai dengan janjimu yang terakhir. Cukup sudah aku memberikan kepadamu kesempatan. Akan tetapi sebelum kita berpisah, akan aku

berikan kepadamu tujuan serta alasan-alasan perbuatan dan tindakan yang telah aku lakukan yang mana bagi pemahaman pandangan matamu ia merupakan satu perkara yang tidak wajar"

Khidhir menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

(Surah Al Kahf : 78)

Nabi Khidir a.s. akhirnya berhujah menerangkan segala perbuatan dan tindakan yang telah dilakukan olehnya yang mana pada hakikatnya ia adalah merupakan satu perbuatan yang sepatutnya dilakukan namun bagi pemahaman pandangan mata Nabi Musa a.s. ia merupakan sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh seseorang hamba Allah SWT yang soleh.

Ketahuilah wahai Musa, Nabi Khidir a.s. melanjutkan hujahnya, bahawa tindakan aku yang dilakukan atas perahu yang kita tumpang itu adalah sebenarnya aku menyelamatkan perahu tersebut dari diambil oleh seorang raja yang zalim yang sedang mengejar dari arah belakang, sedangkan perahu itulah yang digunakan setiap hari oleh pemiliknya yang miskin untuk mencari rezeki. Hasil daripada

tindakan aku yang melubangi perahu itu, akhirnya si raja tersebut akan berfikir dua kali sebelum merampas perahu tersebut yang dianggapnya rosak dan tidak boleh digunakan. Maka perbuatan aku yang pada zahirnya adalah merosakkan hak milik orang lain, namun tujuannya adalah menyelamatkan nya daripada dirampas sewenang-wenangnya oleh raja tersebut.

Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.

(Surah Al Kahf : 79)

Nabi Khidir a.s. meneruskan hujahnya yang berkaitan dengan tindakan beliau yang membunuh seorang budak itu adalah bertujuan untuk menyelamatkan kedua orang tuanya dari gangguan anak derhaka. Kedua orang tuanya itu adalah orang-orang yang beriman, soleh dan bertaqwa, yang aku bimbang bahawa mereka boleh menjadi sesat dan melakukan perkara-perkara yang buruk akibat dorongan anak derhaka tersebut. Aku harapkan dengan matinya anak derhaka itu Allah SWT akan mengurniakan anak pengganti yang soleh dan berbakti kepada mereka berdua.

Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. (Surah Al Kafh : 80)

Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya. (Surah Al Kahf :81)

Nabi Khidir a.s. meneruskan hujahnya berkaitan dengan dinding sebuah rumah yang diperbaiki dan ditegakkan kembali kerana di bawanya tertanam harta peninggalan milik dua orang anak yatim piatu. Ayah mereka adalah seorang yang amat soleh, ahli ibadat dan Allah SWT mengkehendaki bahawa warisan yang ditinggalkan untuk kedua anaknya itu sampai ke tangan mereka dalam keadaan yang selamat dan utuh apabila mereka sudah menjadi dewasa kelak sebagai rahmat dari Allah SWT serta ganjaran bagi ayah mereka yang solah dan bertaqwa.

Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepunyaan mereka; dan bapa mereka

pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya". (Suraj Al Kahf : 82)

Demikianlah, wahai Musa, apa yang ingin kamu ketahui tentang tujuan tindakan dan perbuatan aku yang sepintas lalu kamu anggap buruk dan melanggar hukum. Semuanya itu telah aku lakukan bukan atas kehendakku sendiri, tetapi atas tuntutan wahyau Allah SWT kepadaku.

Mohon para pembaca meluangkan sedikit masa untuk menonton dua video kuliah Sheikh Imran Hosein yang mana bagi kami 'pembuka mata' kepada kita untuk memahami lebih mendalam akan isu ini dengan dikaitkan kepada dunia akhir zaman.

Sheikh Imran Hosein : Lessons Learnt from Khidir

Sheikh Imran Hosein : Khidir and Akhiruzzaman

Rasulullah SAW bersabda,

Semoga Allah SWT merahmati Nabi Musa a.s., aku akan lebih gembira sekiranya Nabi Musa a.s. boleh bersabar sehingga dia dapat menceritakan kepada kita tentang pengalaman dia bersama Nabi Khidir a.s. Tindakan Nabi Musa a.s. yang pertama sememangnya kerana beliau terlupa. Baginda SAW terus bersabda, dengan memberikan perumpamaan bagai seekor burung terbang lalu hinggap ditepi perahu itu dan mematuk air di laut. "Nabi Khidhir a.s. berkata kepada Nabi Musa a.s., Ilmu kita jika dibandingkan dengan ilmu Allah SWT adalah seperti patukan seekor burung pipit tersebut pada laut itu".

Hadis Riwayat Muslim

Bertaqwalah kita kepada Allah SWT dan ingatlah bahawa keselamatan dan kebahagiaan kita hanya bergantung kepada keimanan dan ketaqwaaan kita kepada Allah SWT sahaja bukannya dari nilai keduniaan. Dalam arus 'pembangunan dan kemajuan', kita perlu berhati-hati agar kita tidak terjatuh ke dalam fitnah yang berlaku secara terang-terangan di hadapan mata kita serta yang berlaku tanpa di sedari dan tanpa dilihat dengan mata kasar kita. Islam tidak memusuhi 'kemajuan dan pembangunan' yang dilakukan oleh manusia tetapi Islam menetapkan agar 'pembangunan dan kemajuan' di asas dan dikawal oleh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT bukan dari mata pandangan yang melihat kecanggihan dunia tetapi umat manusia hilang petunjuk dari Allah SWT. Haruslah kita sentiasa memahami dan ingat akan peringatan Nabi Muhammad SAW akan fitnah Dajjal di akhir zaman ini.

"Sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi

kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang harus menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam realiti dunia sekarang, terlalu kurang ulama-ulama rabbaniyun (ulamaulama yang takut kepada Allah SWT) yang memuliakan sifat-sifat zuhud, wara' dan sentiasa mengikut panduan Ilahi, menjadikan Baginda SAW dan khulafa arRasyidin sebagai panduan hidup selengkapnya dan ikutan mereka sepenuhnya dan yang paling penting membahaskan akan fitnah Dajjal di akhir zaman agar umat Islam lebih memahami apa yang telah, sedang dan akan berlaku berpandukan Al Quran & as Sunnah dengan penelitian yang terperinci dari pelbagai sudut agar kita tidak termasuk di dalam 999 orang dari setiap 1000 orang yang akan menuju neraka jahanam akibat termasuk dalam fitnah yang sangat halus ini.

Dari Sha'bi bin Jatsamah bin Qais bin 'Abdullah Ya'mar r.a : Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,

"Dajjal tidak akan keluar sampai manusia lupa menyebutnya dan sampai para pemimpin lupa menyebutkannya di atas mimbar" (Hadis Riwayat Ahmad)

Berdasarkan hadis di atas sudah pasti dunia hari ini amat jarang membahaskan isu ini, natijahnya ramai yang tidak memahami realiti kehidupan di dunia ini akibat

terlalu sibuk akan nikmat dunia yang menghasilkan kepenatan dan memakan masa sedangkan petunjuk dan hidayah Allah SWT sentiasa ada bagi yang mahu memahami dan yakin bahawa rezeki itu dari Allah SWT bukan nya hanya bergantung akan usaha kita sahaja.

Semoga dua hadis ini menjadi petunjuk bahawa Nabi Muhammad SAW sentiasa berdoa meminta perlindungan dari fitnah Dajjal. Jika dibandingkan dengan kita umat akhir zaman lebih suka memohon doa untuk nikmat keduniaan yang mana ia merupakan satu fitnah jika diperoleh.

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW selalu meminta perlindungan dari seksa kubur dan seksa Jahanam dan fitnah Dajjal." (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Darda r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Jika sesiapa belajar dengan mata hati dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan dilindungi dari Dajjal" (Hadis Riwayat Muslim)

dalam segala hal dan perkara, Allahu a'lam..

Anda mungkin juga menyukai