Anda di halaman 1dari 1

Penggunaan istilah Asia Tenggara selepas Perang Dunia Kedua pun masih ada percanggahan takrif dan pendekatan.

Perbahasan muncul tentang ruang lingkungan Asia Tenggara dan apakah unsur-unsur sejarah yang dapat mengesahkan keutuhan lingkungan itu (Benda, 1962; Hall, 1973; Wolters, 1982; Emmerson, 1984). Pada peringkat awal penggunaan istilah Asia Tenggara secara menyeluruh, lingkungannya agak longgar. Helmut Loofs misalnya memasukkan kawasan-kawasan India dan China berdasarkan pertimbangan etnologi. Heine-Geldern pula memasukkan kawasan Assam, sebahagian Bengal Timur, Andamans, Nicobars dan Taiwan kerana berlandaskan kepada garis-garis kebudayaan. Malah D.G.E. Hall yang dianggap sebagai perintis kepada kajian sejarah rantau ini secara menyeluruh dan memberi identifikasi utuh kepada ruang lingkung Asia Tenggara yang diguna-pakai meluas hingga kini melalui penulisan beliau yang berjudul A History of Southe-East Asia (1955), telah mengabaikan atau mahu mengeluarkan Filipina dari lingkungan Asia Tenggara.

Anda mungkin juga menyukai