Anda di halaman 1dari 3

MASALAH MURID LAMBAT FAHAM PENGAJARAN MINGGU 7 (10.09.12-14.09.

12) Cadangan Bagi membantu murid ini daripada terus ketinggalan , saya telah membuat beberapa cadangan yang boleh membantunya untuk cepat memahami sama seperti rakannya. Antara cadangan saya adalah seperti berikut: Menggunakan pendekatan individu yang sesuai dengan murid Memberikan kata-kata perangsang supaya murid ini lebih berkeyakinan untuk memajukan diri Membimbing murid ini untuk memahami arahan guru Menggalakkan murid lain memberikan sokongan kepadanya Merancang aktiviti yang boleh merangsang minat murid

Menurut Galton (1865), telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi murid di dalam sesuatu kelas. Menurutnya , ibubapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Tempoh Penyelesaian 17 September 2012 hingga 22 September 2012 Tindakan Susulan Sebagai guru pemulihan saya bertanggungjawab untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi. Murid ini akan diajar langkah demi langkah mengikut tahap kognitifnya. Contoh yang diberikan dalam isi pelajaran juga berkisar dengan kehidupan seharian dan pengalaman murid. Kesimpulan Menurut Piaget, perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap operasi konkrit ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.Murid ini boleh diubah sekiranya guru menggunakan pendekatan dan teknik pengajaran yang betul dan sesuai dengan murid serta dapat merangsang rasa ingin tahu murid.

MASALAH MURID LAMBAT FAHAM PENGAJARAN MINGGU 7 (10.09.12-14.09.12)

Masalah Saya mengajar di kelas pemulihan. Saya mengajar mata pelajaran Pemulihan Matematik bagi tahun 3 Sepanjang mengajar, murid saya memberikan respon positif yang baik serta melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang saya anjurkan. Namun, terdapat seoarang murid yang boleh saya kategorikan sebagai lemah kerana lambat memahami isi pelajaran yang ingin saya sampaikan. Hal ini berbeza dengan rakanrakannya yang lain. Mereka mudah memahami arahan dan menangkap perkara yang saya ajar. Apabla diberi lembaran kerja atau latihan, murid ini tidak dapat membuatnya sendiri. Dia akan cuba meniru rakan di sebelah. Saya perlu membimbing dia menjawab setiap soalan yang diberi. Selain itu, murid ini juga kelihatan lemah dari segi fizikal serta kecerdasannya. Ini membuatkan dia kelihatan terpinggir dalam kalangan rakan-rakannya yang lain. Menurut Jean Peaget, perkembangan kognitif kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat tahaap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :

Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun) Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun) Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

Masalah murid ini mungkin dipengaruhi oleh faktor perkembangan kognitif yang lambat. Justeru, murid tidak dapat berfikir dengan baik berbanding rakanrakannya. Dalam pada itu, Peaget juga turut menjelaskan peranan guru dalam proses pengajaran. Guru hendaklah mengetahui tahap perkembangan setiap murid supaya perkara yang diajar sesuia dengan peringkat kognitif dan umur murid. Saya akan menggunakan pendekatan yang sesuai supaya selari dengan tahap kognitif murid yang lemah. Murid ini tiada mengalami masalah bergaul dengan rakan yang lain dan seharusnya dia boleh menerima ilmu dengan baik.

Analisis Masalah Menurut Piaget, semasa tahap operasi konkrit iaitu ketika kanak-kanak berusia 7 hingga sebelas tahun,satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. Mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri. Sikap yang ditunjukkan oleh murid yang terlibat menyebabkan saya terpaksa menyiasat masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan. Antara soalan-soalan yang timbul di dalam di dalam pemikiran saya ialah: Adakah murid tidak minat langsung terhadap mata pelajaran yang saya ajar? Mengapa murid ini bersikap sedemikian ? Apakah latar belakang sebenar murid ini ? Apakah yang perlu saya lakukan untuk membantu murid ini ? Mungkinkah kerana faktor persekitaran? Bagaimanakah penglibatan murid ini di dalam kelas sebelum ini ?

Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui temubual dengan guru-guru dan rakan yang tinggal berdekatan dengan rumah murid ini, saya dapat merumuskan bahawa terdapat beberapa faktor penyebab kepada permasalahan ini, iaitu: - Murid ini dari kumpulan yang lemah - Murid ini berasal dari golongan yang kurang berada - Tidak ada masalah pergaulan dengan rakan yang lain - Menghidap sakit jantung - Takut untuk berinteraksi dengan rakan yang lebih menonjol - Sentiasa memerlukan tunjuk ajar - Tidak yakin dengan diri Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, murid ini menghadapi masalah disebabkan faktor kognitifnya yang lemah yang menyebabkab dia lambat menangkap perkara yang diajar.

Anda mungkin juga menyukai