Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN PENDIDIKAN JASNMANI Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan

nilai seseorang individu merupakan melalui pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain sepertipsikomotor, kognitif, afektif, social, dan emosi. Melalui pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan merangkumi sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Secara ringkasnya pendidikan jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistic dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar. (Colfer,1986)

Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan.

(a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia. Kurikulumpendidikan jasmani merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan. Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.

(b) Objektif Pendidikan Jasmani Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama pendidikan jasmani iaitu:

Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

Berdasarkan objektif pendidikan jasmani yang bertujuan untuk mencapai tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Objektif boleh tercapai dengan memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor. Kaedah ini dilihat mampu untuk mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial maka melalui pendidikan jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru PJK (1988).

(c) Organisasi Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik

Pengetua/Guru Besar ---->Penolong Kanan (Akademik ) ----> Ketua Panitia ----> Setiausaha ---->Ahliahli (Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani)

(d) Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani (i) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah (ii) Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani (iii) Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk digunakan

(iv) Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani (v) Menyediakan perancangan tahunan panitia (vi) Memantau pengajaran pendidikan jasmani (vii) Memeriksa buku latihan pelajar (viii) Merancang pembelian alatan untuk panitia (ix) Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia (x) (e) Perancangan Belanjawan Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik. Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan. Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut kepentingan. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan pendidikan jasmani. Merancang latihan dalaman

Bil Murid

------------------>

Peruntukan RM 300.00 RM 300.00(minimum) Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang) RM 720.00(minimum) Rm2.60/seorang (selepas 250 0rang) RM 1370.00(minimum) Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang) RM 1970.00(minimum) Rm1.80/seorang (selepas 100 0rang) RM 2420.00(minimum) Rm1.00/seorang (selepas 100

Kurang daripada 100 Orang 101-250 Orang 251-500 Orang 501-750 Orang 751-1000 Orang 1001 Orang atau lebih 0rang)

(f) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur akan menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.

Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani (i) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani. (ii) Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan kemas kini. (iii) Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru (iv) Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan. (v) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali setahun. (vi) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani

(i) Ruang Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan

yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.

(ii) Rak Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang.

(iii) Lokasi Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam proses menyimpan dan mengambi barang. Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani.

(iv) Tingkap Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak.

(v) Siling Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai.

(vi) Peredaran Udara Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani. Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan pengaliran udara.

(vii) Keselamatan Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah: ? Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi. ?

? Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian bawah rak ? simpanan. ? Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian ? yang tajam menghala ke bawah. ? Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain ? dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat. ? Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang boleh ? menyebabkan kecederaan kepada kita. ? Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan. ? Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar. ? Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan kering ? sebelum di simpan bagi mengelak reput. ? Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di kuat kuasa. ? ? Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur ? ? Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan barang secara pukal. ?

(viii) Pintu

Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan. Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah.

(g) Penjagaan Peralatan Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani. Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah: (i) Duduk di atas bola (ii) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan lain-lain (iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain (iv) Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI & DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Barrow (1971, 1983)

pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu

Baley & Field (1976),

satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak Freeman (1977, 1992)

menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif Lumpkin (1990)

berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Dauer (1995)

berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak. Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

ZAMAN PRIMITIF DAN PURBA AWAL Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu aspek yang amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan komuniti mereka

SUKAN DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada beberapa tahap:

1. Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M). Tujuan:membentuk manusia yang boleh bertindak (petindak). Kerana peperangan yang sering berlaku.

Maka setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah penting. Senaman bertujuan untuk menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam kegiatan peperangan. Contoh: perlumbaan jalan kaki, perlumbaan kereta kuda, bertinju dan merejam lembing. Dibahagi kepada dua kategori iaitu permainan aristokrat dan golongan askar.

2. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta). Pendidikan Jasmani dan sukan serta semua pendidikan di Sparta merupakan latihan untuk peperangan. Ianya bertujuan untuk membentuk rakyat sebagai manusia petindak yang mempunyai kekuatan yang ganas, daya ketahanan yang tinggi, semangat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran yang diperlukan. Contoh aktiviti: Gimnastik, lari dan lompatan

Lawan pedang, acara lompat, renang, memburu, gusti, tinju, berjalan kaki serta permainan bola untuk kekuatan lengan. Perempuan Sparta juga mesti melengkapkan diri untuk peperangan dan tidak dikecualikan dalam aktiviti kasar. 3. Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M). Kepentingan latihan tentera kepada mereka: Menyediakan warganegara di medan perang. Nilai estetika dan harmoni. Bagi mereka, tubuh badan sama penting dengan otak.

Kepentingan ditekankan kepada pertunjukan kemahiran serta gerak-geri yang lemah gemalai daripada kepantasan dan daya ketahanan. Di antara Pendidikan Jasmani bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 7-12 tahun: Berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, rejam lembing dan lempar cakera. Pelajar yang lebih dewasa:

Aktiviti lebih tenaga seperti perlumbaan, rejam lembing, lempar cakera bersaiz besar, tinju, penkratium dan perlumbaan kereta kuda. Tarian untuk keagamaan.

4. Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia 338 S.M). Membentuk manusia bijak.

Antara aktiviti: gimnastik, olahraga, lumba berperisai, rejam lembing, memanah, equestrian, tinju dan bergomol. Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penonton daripada menjadi peserta.

5. Sukan Olimpik Diadakan setiap 4 tahun mulai tahun 776 S.M. selama 5 hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama upacara mghormati Zeus (Tuhan orang Greek). Hanya ada satu acara iaitu lumba lari kemudiannya ditambah dengan acara lain. Dalam Tahun 393 (Masihi), Maharaja Theodosius telah menamatkan sukan olimpik.

Tujuan utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk membentuk manusia petindak. Peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting. Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam peperangan. Di antara aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat ialah perlumbaan kereta kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti membaling lembing, memanah dan mengangkat berat

PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN RENAISSANCE Bermula pada 1400-1700 Pendidikan jasmani pada Zaman Renaissance adalah lebih kurang sama seperti pendidikan jasmani pada masa kini. PJ dilakukan untuk kebaikan diri sendiri, bukan untuk kebaikan orang lain.

3 kumpulan utama zaman renaissance. I. humanis

berpusat di Itali yang menghargai pendidikan dalam sukan seperti lari berpagar, memanah, renang, lari dan permainan bola tangan.
II.

Moralis pula dipengaruhi oleh Reformasi Protestan, melihat aktiviti fizikal hanya sebagai cara untuk melaksanakan pekerjaan.

III.

realisme

menerima pendidikan fizikal sebagai sebahagian daripada fikiran yang sihat dalam tubuh yang sihat. Selama tempoh ini, sebahagian besar rakyat Eropah masih Katolik dan Katolik lebih menyukai aktiviti fizikal rekreasi dengan pandangan bahawa penjagaan tubuh perlu dilakukan. Namun begitu, perkembangan PJ mempunyai kelemahan pada sekitar 1600 di mana PJ mempunyai banyak kebaikan tetapi tidak diutamakan kerana mereka percaya bahawa sesuatu yang tidak mempunyai tujuan khusus adalah sesuatu yang membazir masa.

PERMULAAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI SECARA FORMAL Johann bernhard basedow (1723-1790) Orang pertama yang memperkenalkan kepentingan senaman Memperkenalkan uniform yang sesuai bagi melakukan senaman kepada pelajarnya www.bookrags.com/johann_bernhard_basedow Guru pendidikan jasmani (antara yg terawal) Charles beck 1798-1866 Kawan serta pengikut johann bernhard basedow. Guru bahasa latin dan pendidikan jasmani (gymnastik) Guru pendidikan jasmani yang pertama dilantik secara rasmi di amerika .

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA Era pra kolonial (sebelum penjajahan Inggeris) Masyarakat libatkan diri secara sukarela dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layang-layang dan sepak raga. Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktiviti-aktiviti:-Permainan masa lapang -Keperwiraan -Senaman tradisional

Era klonial (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka) PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821. Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah. Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih tubi di sekolahsekolah 1900-an : pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk termasuk bidang pendidikan. 1913-an : maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan. 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim,latihan jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan 1920-an : keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan inggeris Tahun 1924 : seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut

Tahun 1930-an : usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masyarakat mula sedar kepentingan PJ. Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas medeka. 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula. - 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan. - Tujuannya untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita. - Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan MPIK di Cheras. PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sek. rendah dan menengah.