Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMPOYANG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

KERTAS KERJA LARIAN SIHAT

1.0 PENGENALAN Larian sihat ini merupakan salah satu aktiviti yang perlu diadakan di setiap sekolah. Aktiviti sebegini diharapkan akan dapat disertai oleh 100% warga Sekolah Kebangsaan Tempoyang, Sekolah Kluster Kecemerlangan. Aktiviti ini melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta semua murid. Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat.

2.0 MATLAMAT

Larian Sihat ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat. Menerusi aktiviti ini, murid dapat mengeratkan lagi hubungan dengan ibu bapa dan guru. Di samping itu, aktiviti larian sihat ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya lebih yakin melibatkan diri dalam semua aktiviti kokurikulum. Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh di kalangan murid. Larian Sihat ini dapat memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi. Di samping itu, melalui program ini dapat mengeratkan hubungan dan jalinan antara guru dengan ibu bapa atau penjaga (waris) murid, serta jalinan antara pihak sekolah dengan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memupuk minat bersukan dalam diri murid. 3.2 Memberi kesedaran akan kepentingan menjaga kesihatan dalam kehidupan. 3.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru, ibu bapa dan murid. 3.4 Memperkembangkan potensi setiap warga SK Tempoyang 3.5 Memberi peluang kepada murid untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan secara positif. 3.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal 3.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. 3.8 Meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan

4.0 KUMPULAN SASAR

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan semua murid SK Tempoyang.

5.0 TARIKH

Keputusan mensyuarat (September/selepas UPSR)

6.0 TEMPAT

1. Astaka Khalid Al-Walid, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan 2. Dataran Sekolah Kebangsaan Tempoyang

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha

: : : :

Puan Norizan binti Yusof Encik Shaharoni bin Salleh Encik Zalid bin Seman Encik Mohd Firdaus bin Mustafa

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Jamuan

Puan Hjh Salmah binti Alang Ahmad Puan Siti Khadijah binti Abu Bakar

Hadiah/Sijil/Cenderahati

Cik Nik Dina Nafyza binti Nik Husin Puan Nur Afni binti Shamshuddin Puan Malinda binti Umat

Keselamatan & Perhubungan Brosur Dokumentasi Peralatan/Tempat Perasmian Check Point Siaraya Banner

: : : : : : : :

Ustaz Aripin bin Bakar Cik Norlaila binti Mohamed Amin Puan Nadia binti Kamaludin Encik Yusaimi binti Manaf Puan Rosdah binti Abd Majid Puan Noorsalfaizni binti Mohamed Ustaz Nik Kamil bin Nik Ab. Hamid Puan Irdawaty binti Mohd Bukhari

8.0 ATURCARA PROGRAM

7.30 pagi 8.00 pagi

: :

Ketibaan guru/murid/ibu bapa Ucapan dan pelancaran Taklimat Aktiviti memanaskan badan Pelepasan oleh VIP/guru besar Kudapan Majlis Penyampaian Hadiah

10.30 pagi

Bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1 ANGGARAN KOS BIL. PERKARA ANGGARAN KOS SEUNIT (RM) 1. Sijil dan cenderahati
1. Pegawai (guru pelatih) 2. VIP

JUMLAH

10 X RM 5 1 X RM 50 4 X RM 4 1 X RM 40 1 X RM 10

50 50 16 40 10

2. 3. 4. 5.

Gelang getah Air-horn Bateri Makanan dan minuman 1. PIBG dan pegawai 2. Murid

90 X RM 5 172 X RM 3
20 x RM 5

450 516
100

6.

Hadiah

JUMLAH

1232

10.0

PENUTUP

Diharapkan agar aktiviti Larian Sihat akan menepati matlamat dan objektif yang digariskan. Keselamatan semua yang terlibat adalah diutamakan. Kerjasama daripada semua pihak sangat diharapkan.

Sekian, terima kasih. MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA

Disediakan oleh,

........................................................... (Encik Mohd Firdaus bin Mustafa) Setiausaha Sukan SK Tempoyang, Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Disemak oleh, . (Encik Shaharoni bin Salleh) Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Tempoyang, Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Diluluskan oleh,

............................................ (Puan Norizan binti Yusof) Guru Besar SK Tempoyang, Sekolah Kluster Kecemerlangan.