Anda di halaman 1dari 1

FAEDAH BERSENAM

Aktiviti senaman merupakan satu gaya hidup yang menyihatkan tubuh badan.Aktiviti ini banyak melibatkan peergerakan anggota tubuh badan.Aktiviti senaman ini boleh dilakukan dengan cara berjalan,berjoging dan juga melompat. Antara faedah bersenam adalah dapat menyihatkan tubuh badan.Sebagai contoh melalui aktiviti berjoging,badan kita akan mengeluarkan peluh.Oleh itu,badan kita akan terasa segar dan sentiasa sihat tanpa sebarang penyakit. Selain itu,aktiviti bersenam merupakan kegiatan riadah yang boleh mengurangkan tekanan perasaan.Setelah penat belajar di dalam kelas,kita boleh mengurangkan tekanan tersebut dengan mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani.Kesannya sudah pasti kita akan kembali bersemangat untuk mengikuti pelajaran. Seterusnya,apabila kita melakukan aktiviti senaman,kita dapat mengelakkan diri daripada gejala sosial.Contohnya selepas waktu persekolahan,kita boleh berjoging dan bermain futsal.Ini dapat mengelakkan daripada masa kita terbuang dengan sia-sia. Di samping itu,kita digalakkan melakukan aktiviti senaman supaya dapat mengekalkan berat badan yang optimum.Misalnya,kita boleh melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu iaitu selama 30 minit.Hasilnya kita boleh terhindar daripada masalah obesiti. Kesimpulannya,kita digalakkan bersenam setiap hari untuk kebaikan diri kita.Hal ini kerana apabila badan sihat maka otak pun menjadi cerdas.