Anda di halaman 1dari 38

KEMAHIRAN PROSES SAINS

KEMAHIRAN PROSES SAINS

Memerhati Mengelas Mengukur dan menggunakan nombor Membuat inferens Meramal Menggunakan perhubungan Berkomunikasi ruang dan masa Mentafsirkan maklumat Mendefinisi secara operasi Mengawal pemboleh ubah Membuat hipotesis Mengeksperimen

Memerhati
Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau semua deria. Boleh dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif. Pengetahuan konsep diperlukan dalam pemilihan dan penaksiran pemerhatian yang dibuat.

Petunjuk memerhati
Menggunakan deria rasa, penglihatan, bau, pendengaran dan sentuhan Mengenal pasti ciri dan kualiti sesuatu konsep Mengenal ciri-ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan Memperihalkan perbezaan dan persamaan yang dikesani Memperihal akan perubahan yang berlaku Mengenal pasti tertiban kejadian yang berlaku Menggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci

Mengelas
Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan ciri atau sifat yang sepunya. Mengasingkan dan mengumpul objek atau fenomena kepada kumpulan masingmasing.

Aktiviti 1
Anda di bekalkan dengan beberapa helai daun. Kelaskan daun tersebut. Nyatakan langkah-langkah yang digunakan semasa membuat pengelasan

Petunjuk mengelas
Kenal pasti ciri umum sekumpulan item

Beri nama kepada kumpulan item itu


Kenal pasti ciri lain

Memasukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil


Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu kumpulan

Mengukur & Menggunakan Nombor


Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai

Aktiviti Mengukur & Menggunakan Nombor

Petunjuk Mengukur & Menggunakan Nombor


Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan Menggunakan nombor untuk merekod fenomena Membandingkan objek-objek menggunakan nombor Menggunakan alat dengan betul Mencatat bacaan dengan tepat Mencatat unit dengan betul Memilih dan menggunakan unit yang piawai dengan betul Membandingkan masa, jarak, luas dan isi padu dengan unit yang berkaitan Boleh mengenal pola dalam jadual-jadual nombor Menentukan kejituan ukuran tertentu Menggunakan skala dan menerangkan nisbah

Membuat Inferens
Proses membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian. Pengalaman lepas digunakan sebagai asas untuk membuat kesimpulan awal tersebut. Kesimpulan yang dibuat ini mungkin benar atau tidak.

Aktiviti Membuat Inferens

Petunjuk Inferens
menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan awal yang munasabah membuat pelbagai tafsiran yang mungkin daripada satu pemerhatian

mengenal had-had inferens


menguji kejituan inferens dengan pemerhatian tambahan menggunakan inferens sebagai alat menentukan pemerhatian tambahan

Meramal
Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku. Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Aktiviti Meramal

Petunjuk meramal
menggunakan data yang lepas atau ketika itu untuk menjangka apa yang mungkin berlaku menggunakan pola sebagai bukti bagi membuat sesuatu jangkaan menentukan hasil yang mungkin daripada sesuatu tindakan mengesahkan jangkaan berlandaskan data atau pengalaman yang lepas mengekstrapolasi data kepada situasi yang baru membezakan ramalan daripada tekaan

Berkomunikasi
Kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk

Petunjuk Berkomunikasi
Kenal pasti ciri umum sekumpulan item Bercakap, mendengar atau menulis atau menjelaskan idea atau makna kepada rakan Merekod maklumat daripada kajian Meneliti maklumat yang ingin disampaikan Memilih cara atau alat komunikasi yang bersesuaian Menyediakan bahan yang diperlukan untuk penyampaian Menggunakan bahan rujukan Menentukan sasaran yang akan menerima maklumat

Menggunakan Perhubungan Ruang & Masa Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa

Aktiviti Menggunakan Perhubungan Ruang & Masa

Petunjuk Menggunakan Perhubungan Ruang & Masa


Memperihalkan lokasi dengan masa Memperihalkan perubahan arah dengan masa Memperihalkan bentuk dengan masa Memperihalkan perubahan saiz dengan masa Menyusun peristiwa kejadian mengikut kronologi Menentukan magnitud perubahan yang berlaku berdasarkan kadar perubahan Menentukan kedudukan objek dan menghuraikan kedudukannya di dalam ruang Menghuraikan rupa bentuk objek dilihat dari kedudukan yang berlainan Menerangkan perhubungan di antara masa dan jarak objek yang bergerak

Mentafsir Maklumat
Kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena, atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.

Petunjuk Mentafsir maklumat


Mengumpul pelbagai data melalui pemerhatian untuk membuat pernyataan tentang maksudnya Mengesan pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperoleh Menyatakan hubungan diantara maklumat Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan

Mendefinisi Secara Operasi


Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.

Petunjuk mendefinisi secara operasi


Mentakrif istilah, konsep atau pemboleh ubah dalam konteks pengalaman sendiri. Membuat pernyataan apa yang diperhatikan dan apa yang dibuat.

Mengawal Pemboleh ubah


Pemboleh ubah boleh jadi satu faktor, keadaan atau hubungan yang boleh diubah dalam suatu kejadian atau sistem yang dikaji.
Pemboleh ubah dimanipulasikan untuk menghasilkan perubahan dalam pemboleh ubah kedua (pembolehubah bergerakbalas). Pemboleh ubah lain yang mungkin mempengaruhi keputusan perlu dimalarkan (pemboleh ubah dimalarkan).

Petunjuk Mengawal Pemboleh ubah


Menentukan pemboleh ubah yang relevan dalam penyiasatan. Menentukan pemboleh ubah yang akan - dimanipulasi (tak bersandar), - bergerak balas (bersandar) - dimalarkan. Menentukan apakah perubahan yang perlu dilakukan keatas pemboleh ubah yang dimanipulasikan.

Membuat Hipotesis
Proses menghasilkan satu kenyataan umum yang difikirkan benar berdasar inferens, untuk menerangkan suatu perkara atau peristiwa. Merupakan suatu ramalan mengenai hubungan antara dua atau lebih pembolehubah.

Boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Petunjuk Membuat Hipotesis


mengenal pasti pemboleh ubah membuat inferens yang munasabah

menentukan hubungan di antara dua pemboleh ubah berdasarkan inferens

Mengeksperimen
Kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis. Merupakan kemahiran proses sains peringkat tinggi.

Petunjuk Mengeksperimen
Membuat pemerhatian Mengemukakan soalan serta membuat inferens Membuat hipotesis yang boleh diujikan Mengawal pemboleh ubah / mendefinisikan secara operasi Menentukan peralatan yang diperlukan bagi suatu eksperimen Menjalankan eksperimen dan memerhati serta merekod data Menganalisis dan mentafsir data Membuat kesimpulan Melapor keputusan eksperimen yang telah dijalankan

AKTIVITI 2
Rujuk LAMPIRAN 3

Perkaitan KPS dengan KBSB


KPS MEMBUAT INFERENS MERAMAL KBSB
Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Menganalisis Membuat inferens Menghubungkaitkan Membuat gambaran mental

Perkaitan KPS dengan KBSB


KPS KBSB
Mencirikan Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Menjanakan idea Membuat hipotesis Meramalkan Mensintesiskan

MEMBUAT HIPOTESIS

Perkaitan KPS dengan KBSB


KPS
MENDEFINISI SECARA OPERASI

KBSB
Menghubungkaitkan Menganalogikan Membuat gambaran mental Menganalisiskan
Mencirikan Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Menganalisis

MENGAWAL PEMBOLEHUBAH

Perkaitan KPS dengan KBSB


KPS
MENGUKUR MENGGUNAKAN NOMBOR

KBSB
Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan

MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG & MASA

Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan

Perkaitan KPS dengan KBSB


KPS KBSB
Membandingkan dan membezakan Menganalisis Mengesan kecondongan Membuat kesimpulan Mengitlakkan Menilai
Semua kemahiran berfikir Semua kemahiran berfikir

MENTAFSIR DATA

MENGEKSPERIMEN BERKOMUNIKASI

TAMAT
TERIMA KASIH