Anda di halaman 1dari 14

KERTAS CADANGAN LAWATAN PENDIDIKAN KE DINAS PENDIDIKAN PROVINSI, SEKOLAH DAN UNIVERSITI DI MAKASAR, INDONESIA FAKULTI PENDIDIKAN 2012

TARIKH 16 hingga 20 Julai 2012

TEMPAT Dinas Pendidikan Provinsi, Sekolah dan Universiti di Makasar, Indonesia

ANJURAN Pelajar Siswazah Kurikulum Dan Pedagogi Kursus GGGA6243 : Perancangan Kurikulum Fakulti Pendidikan UKM

TEMA Memperkayakan Pengetahuan Amalan Dan Perancangan Kurikulum

Lawatan Pendidikan Ke Dinas Pendidikan Provinsi, Sekolah, & Universiti Di Makasar, Indonesia 16 hingga 20 Julai 2012

KERTAS KERJA LAWATAN PENDIDIKAN KE DINAS PENDIDIKAN PROVINSI, SEKOLAH DAN UNIVERSITI DI MAKASAR, INDONESIA FAKULTI PENDIDIKAN 2012 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0

TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan Lawatan Pendidikan ke Dinas Pendidikan Provinsi, sekolah dan universiti di Makasar, Indonesia.

2.0

PENGENALAN / LATAR BELAKANG Sistem Pendidikan yang tidak bersifat Centralized seperti di Malaysia menarik minat siswazah untuk pergi dan melihat sendiri bagi memperkayakan lagi ilmu berkaitan perancangan dan amalan kurikulum pendidikan yang diguna pakai oleh Negara Indonesia. Perbezaan sistem ini dipercayai dapat memberi input yang berguna kepada para siswazah selain menjadi wadah untuk meningkatkan hubungan kerjasama sesama ahli lawatan mahupun hubungan baik dengan warga pendidikan yang terlibat di Indonesia.

3.0

OBJEKTIF
3.1

Meneroka proses pembentukan kurikulum local di peringkat daerah dalam sistem pendidikan di Indonesia. Melihat amalan kurikulum negara Indonesia (Makasar) di peringkat daerah dan di peringkat sekolah. Meningkatkan pengetahuan pembentukan dan amalan kurikulum di peringkat antarabangsa dalam kalangan siswazah pengkhususan Kurikulum dan Pedagogi, Fakulti Pendidikan, UKM.

3.2

3.3

3.4

Memberi peluang kepada siswazah Kurikulum Dan Pedagogi untuk berkongsi pengetahuan dan membina hubungan dua hala antara dua negara. Memupuk budaya cintakan ilmu, membina jaringan sosial yang merentasi negara.

3.5

3.6

Menggalakkan interaksi dan semangat muhibah antara siswazah UKM dengan penggubal serta pengamal kurikulum di Indonesia.

4.0

OBJEKTIF KURSUS GGGA 6243 PERANCANGAN KURIKULUM 4.1 4.2


4.3

Menerangkan konsep, model dan pendekatan-pendekatan kurikulum daripada pelbagai perspektif. Menganalisis suatu model pembentukan kurikulum secara terperinci. Menilai pelaksanaan suatu kurikulum pendidikan di Malaysia.

5.0

PEMETAAN OBJEKTIF KURSUS PERANCANGAN KURIKULUM DENGAN OBJEKTIF LAWATAN PENDIDIKAN.


5.1

Menerangkan konsep, model dan pendekatan-pendekatan kurikulum di Makasar, Indonesia daripada pelbagai perspektif. Menganalisis model pembentukan kurikulum di Makasar, Indonesia secara terperinci. Menilai pelaksanaan kurikulum pendidikan di Makasar, Indonesia.

5.2 5.3

6.0

TEMA Memperkayakan Pengetahuan Amalan Dan Perancangan Kurikulum

7.0

ANJURAN Pelajar Siswazah Kurikulum Dan Pedagogi Kursus GGGA6243 : Perancangan Kurikulum, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0

TARIKH DAN MASA Tarikh lawatan Masa bertolak Jangkaan pulang Kenderaan : 16 hingga 20 Julai 2012 : 1.30 tengahari (16 Julai 2012) : 7.30 petang (20 Julai 2012) : Malaysia ke Makasar- Penerbangan Air Asia. Makasar - Pengangkutan disediakan oleh Agensi Pelancongan

9.0

TEMPAT PROGRAM Tempat lawatan utama adalah:

a) Pejabat Dinas Provinsi Pendidikan Sulawesi Selatan. b) Sekolah Dasar Negeri Makasar. c) Sekolah Menengah Pertama Negeri Makasar.

d) Sekolah Menengah Atas Negeri Makasar. e) Universiti Negeri Makasar 10.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM 10.1 Penyertaan adalah terdiri daripada siswazah yang sedang mengikuti Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pedagogi) bagi Kursus GGGA6243 : Perancangan Kurikulum 10.2 11.0 Penyertaan terbuka kepada pelajar kursus-kursus di atas.

BENTUK PROGRAM Aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan sepanjang program ini adalah seperti berikut :
11.1

Bengkel Muatan Lokal di Pejabat Dinas Pendidikan Makasar Pejabat Dinas Pendidikan Makasar merupakan pejabat pendidikan peringkat daerah di Makasar, Indonesia. Pejabat Dinas Pendidikan ini bertanggungjawab dalam proses pembentukan kurikulum local di peringkat daerah Makasar. Satu Bengkel Muatan Lokal akan diadakan bersama-sama dengan perancang kurikulum lokal daerah Makasar. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta program berkenaan perancangan dan amalan kurikulum Indonesia (Makasar) yang diselenggarakan oleh pejabat dinas pendidikan. Diharapkan bengkel ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan kurikulum KTSP dan muatan lokal secara desentralisasi seterusnya pelajar berupaya menilai pembentukan dan amalan kurikulum di Indonesia (Makasar) dan membuat perbandingan dengan kurikulum sentralisasi di Malaysia.

11.2

Tinjauan Amalan Kurikulum Muatan Lokal Peringkat Sekolah Dasar Kurikulum Muatan Lokal diamalkan di setiap peringkat persekolahan di Indonesia sama ada peringkat rendah atau pun peringkat menengah. Sekolah Dasar Negeri adalah sekolah peringkat rendah iaitu institusi yang menyediakan pendidikan untuk

kanak-kanak. Hampir keseluruhan daerah di Indonesia mempunyai Sekolah Dasar. Tujuan tinjauan di Sekolah Dasar Negeri ini dijalankan ialah untuk melihat secara mendalam berkenaan amalan kurikulum muatan lokal peringkat sekolah dasar. Tinjauan amalan kurikulum muatan lokal peringkat sekolah dasar ini penting supaya para pelajar dapat menjustifikasikan proses penterjemahan perancangan kurikulum muatan lokal daripada pihak perancang di Dinas Pendidikan Makasar kepada pihak yang melaksana di sekolah dasar berkenaan. Tinjauan ini penting untuk peserta lawatan bagi mengetahui dan mengenal pasti model pembentukan kurikulum peringkat rendah di Makasar secara terperinci di samping melihat amalan dan pelaksanaan kurikulum muatan lokal ini. 11.3 Tinjauan Amalan Kurikulum Muatan Lokal Peringkat Sekolah Menengah Pertama Negeri Makasar Pejabat Dinas Pendidikan Makasar juga merancang pembentukan kurikulum muatan lokal peringkat Sekolah Menengah Pertama. Antara sekolah yang terlibat sebagai pelaksana kurikulum muatan lokal ini ialah Sekolah Menengah Pertama Negeri. Sekolah ini merupakan sekolah peringkat menengah rendah. Hampir keseluruhan daerah di Indonesia mempunyai Sekolah Menengah Pertama ini. Para pelajar dapat membuat perkaitan di antara kurikulum muatan lokal yang dirancang di dinas pendidikan dengan amalan kurikulum muatan lokal di sekolah menengah pertama ini. Melalui tinjauan ini juga, para pelajar dapat mengkaji model pembentukan kurikulum muatan lokal menengah rendah di Makasar secara terperinci di samping melihat amalan dan pelaksanaan kurikulum tersebut. 11.4 Tinjauan Amalan Kurikulum Muatan Lokal Peringkat Sekolah Menengah Atas Negeri Makasar Selain daripada Sekolah Dasar dan Sekolah Menengah Pertama, penterjemahan kurikulum muatan lokal yang dirancang oleh Dinas Pendidikan Makasar turut melibatkan Sekolah Menengah Atas Negeri. Sekolah Menengah Atas Negeri ini merupakan sekolah peringkat menengah atas. Tinjauan amalan kurikulum muatan lokal ke sekolah ini adalah sebagai kesinambungan kepada tinjauan ke sekolah dasar dan sekolah menengah pertama. Para pelajar dapat mengkaji amalan kurikulum muatan lokal ini bermula dengan sekolah dasar sehingga ke sekolah menengah atas. Di

peringkat ini, para pelajar dapat membuat perbandingan yang jelas antara amalan kurikulum sentralisasi di Malaysia dengan kurikulum desentralisasi di Indonesia. 11.5 Perbincangan bersama-sama mahasiswa Universiti Negeri Makasar Universiti Negeri Makasar merupakan salah sebuah universiti pendidikan di Indonesia. Satu sesi perbincangan akan diadakan di antara peserta lawatan dengan mahasiswa Universiti Negeri Makasar. Sesi perbincangan dua hala ini bertujuan untuk membincangkan perancangan kurikulum seterusnya amalan kurikulum muatan lokal di Indonesia. Perbincangan ini juga melibatkan perbandingan dan perkongsian pelaksanaan kurikulum sentralisasi di Malaysia dengan kurikulum desentralisasi di Indonesia. 12.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A 13.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B 14.0 PERINCIAN PROGRAM
a.

Menerima cadangan untuk menganjurkan lawatan pendidikan. Mengadakan mesyuarat penganjuran bersama dengan menentukan tarikh, Memohon kebenaran mengadakan lawatan dan menyediakan kertas kerja. Mengurus surat kebenaran mengadakan lawatan rasmi di Indonesia Urusan tempahan dan perbincangan dengan agensi. Mengedar surat promosi dan surat tajaan kepada agensi-agensi berpotensi. Mengadakan sekurang-kurangnya 1 kali perjumpaan dengan ahli-ahli lawatan. Sentiasa memaklumkan perkembangan lawatan kepada penasihat program Menyediakan laporan dan output sebagai hasil lawatan.

b.
c. d. e. f. g. h.

tempat lawatan, bilangan penyertaan , jadual dan lain-lain.

untuk makluman dan tindakan.


i.

15.0

BELANJAWAN Rujuk Lampiran C.

16.0

OUTPUT PROGRAM Selepas program tamat, pelajar akan menghasilkan artikel prosiding berkenaan kajian perbandingan (comparative study) berkaitan dengan amalan kurikulum sentralisasi yang diamalkan di Malaysia dengan kurikulum yang bercorak desentralisasi di Indonesia. Artikel prosiding ini akan dibentangkan dalam seminar-seminar di dalam dan luar negara. Artikel ini juga akan dihantar untuk diterbitkan dalam jurnal. Penghasilan artikel ini adalah di bawah bimbingan dan panduan penasihat program. Output yang kedua ialah penghasilan monograf berkaitan perbandingan perancangan dan amalan kurikulum sentralisasi di Malaysia dengan kurikulum desentralisasi di Indonesia. Monograf ini akan membincangkan secara mendalam perancangan dan amalan kurikulum muatan lokal di Makasar. Kupasan perancangan dan amalan kurikulum ini adalah garapan hasil utama program. Perbandingan amalan kurikulum muatan lokal dan kurikulum Malaysia akan dibincangkan secara mendalam. Monograf dan artikel prosiding yang dihasilkan sebagai output ini diharap dapat membantu pihak fakulti berkenaan kurikulum di Indonesia serta perbandingannya dengan kurikulum Malaysia. Artikel dan monograf ini seterusnya diharap dapat menjadi sumber rujukan kepada pihak yang memerlukan informasi berkenaan perancangan dan amalan kurikulum di Indonesia serta perbandingannya dengan kurikulum di Malaysia.

17.0

SYOR/PENUTUP Diharap kertas kerja program Lawatan Pendidikan ke Dinas Pendidikan Provinsi serta Sekolah di Sulawesi Selatan, Indonesia ini dapat diberi pertimbangan sewajarnya seterusnya diluluskan. Lawatan yang berfaedah ini diharapkan dapat membuka minda siswazah agar lebih bersikap terbuka, berpengetahuan, luas pengalaman serta bersedia menghadapi alaf baru yang kian mencabar. Semoga perancangan dan pelaksanaan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif. Kerjasama daripada semua pihak bagi menjayakan projek ini amatlah dialu-alukan dan diiringi dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh :

.............................................................................. (NORHAYA BINTI ISA) Setiausaha, Lawatan Pendidikan ke Dinas Pendidikan Provinsi serta Sekolah Di Sulawesi Selatan, Indonesia. Fakulti Pendidikan UKM 2012 No Tel: 019-7558331

Disemak oleh :

.............................................................................. (SITI NOR AISHAH BINTI MOHD NOR) Penyelaras, Lawatan Pendidikan ke Dinas Pendidikan Provinsi serta Sekolah Di Sulawesi Selatan, Indonesia. Fakulti Pendidikan UKM 2012 No Tel: 013-3040041

Disahkan oleh :

............................................ (DR. SHARIFAH NOR PUTEH) Penasihat II Lawatan Pendidikan ke Dinas Pendidikan Provinsi serta Sekolah Di Sulawesi Selatan, Indonesia. Fakulti Pendidikan UKM 2012 No Tel: 013-6201371

LAMPIRAN A STRUKTUR ORGANISASI LAWATAN PENDIDIKAN KE DINAS PENDIDIKAN PROVINSI SERTA SEKOLAH DI SULAWESI SELATAN, INDONESIA FAKULTI PENDIDIKAN 2012 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Penaung Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin Naib Canselor, UKM Pengerusi Y.Bhg. Prof. Ir. Dr Othman A. Karim Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM Penyelaras Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar
Penasihat I

Prof. Madya Dr. Norazah Mohd Nordin Timbalan Dekan Siswazah Fakulti Pendidikan UKM
Penasihat II

Dr. Sharifah Nor Puteh Pensyarah GGGA6243 : Perancangan Kurikulum Fakulti Pendidikan UKM
Ketua Pengarah Siti Nor Aishah Mohd Nor Fakulti Pendidikan Semester 2 P61910 013-3040041 Timbalan Pengarah Vimala Narayan Fakulti Pendidikan Semester 2 P61933 012-3691921 Setiausaha Norhaya Isa Fakulti Pendidikan Semester 2 P61923 019-7558331

Bendahari

Lily Damayanti Fakulti Pendidikan Semester 2 P61753 0173609410

Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa Pengarah Protokol dan Sambutan Pengarah Fotografi, Sijil dan Cenderamata Pengarah Buku Program Pengarah Laporan dan Dokumentasi

:Lily Damayanti, Pend/Sem.2, P61753 : Yusmaliza Yusof, F.Pend/Sem.2, P61770 : Ser Pui Feng, F.Pend/Sem.2, P61735 : Norhaya Isa, F.Pend/Sem.2, P61923 : Norzila Binti Ani, F.Pend/ Sem2, P62686

Pengangkutan dan Penginapan diuruskan oleh pihak Indonesia.

LAMPIRAN B ATURCARA PROGRAM

Hari Rabu, 18 Julai 2012

Masa 1.30 pm 2.35 pm 5.50 pm 5.50 pm 7.00 pm

Tempat LCCT, Kuala Lumpur Kuala Lumpur ke Makasar Lapangan Terbang Hasanuddin, Ujung Padang, Makasar Hotel Grand Place

Aktiviti Pendaftaran Perjalanan menaiki pesawat Ketibaan di Lapangan Terbang Hasanuddin, Ujung Padang, Makasar dan urusan Bagasi Check-in, House Keeping , Solat Maghrib dan Isyak, makan malam Taklimat ringkas berkenaan kurikulum pendidikan di Makasar.

Catatan

7.00 pm 9.00 pm Hotel Grand Place 9.00 pm 10.30 pm Khamis , 19 Julai 2012 7.00 am 8.00 am 8.00 am 8.45 am 10.00 am 10.30 am 12.30 tgh hari 12.30 tgh hari 2.30 pm 2.30 pm 5.00 pm Kafetaria Hotel Grand Place Lobi Hotel Grand Place Pejabat Dinas Pendidikan Makasar Sekolah Dasar Negeri Makasar Bandaraya Makasar Sekolah Menengah Pertama Negeri Makasar

Sarapan Pagi Bertolak ke Pejabat Dinas Pendidikan Makasar, Indonesia Taklimat pembangunan dan amalan kurikulum KTSP yang bercorak disentralisasi. Lawatan Pendidikan berkenaan kurikulum yang diamalkan di sekolah dasar. Makan tengah hari dan solat Jamak Zohor dan Asar Lawatan Pendidikan berkenaan kurikulum yang diamalkan di Sekolah Menengah Pertama Negeri Makasar. Minum petang, Rehat Makan malam , Solat Jamak Maghrib dan Isyak Brainstorming session: Pembentukan resolusi secara berkumpulan berkenaan konsep, model dan pendekatan kurikulum di Sekolah Dasar Negeri dan Sekolah Menengah Pertama Negeri di Makasar, Indonesia.

5.00 pm 8.00 pm

Hotel Grand Place

Hotel Grand Place 8.00 pm 10.30 pm

Jumaat , 20 Julai 2012

7.00 am 8.00 am 8.00 am 8.30 am

Kafetaria Hotel Grand Place Lobi Hotel Grand Place

Sarapan pagi Check out Lawatan Pendidikan berkenaan kurikulum yang

19 Julai 2012/ Khamis: 20 Julai 2012/ Jumaat:

Lawatan sosial Makassar yang diuruskan oleh pihak Indonesia Penerbangan pulang ke Malaysia

LAMPIRAN C BELANJAWAN Sumber Pendapatan Kutipan daripada peserta lawatan Wang Sumbangan/Penajaan

Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Bil 1. Perkara Kutipan yuran penyertaan daripada peserta (RM300.00 X 10) Permohonan sumbangan daripada FPEND Tiket Penerbangan AirAsia (RM613 x 10 orang) Pakej Penginapan dan Pengangkutan di Makasar (RM176 x 10 orang) Pengurusan JUMLAH RM 8000.00 Pendapatan RM3000.00 Perbelanjaan

2.

RM 5 000.00

3.

RM6130.00

4.

RM1760.00

5.

RM110.00 RM 8000.00

Anda mungkin juga menyukai