Anda di halaman 1dari 49

Kementeriaan Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia Profil Kementeriaan Dasar Kementeriaan Piagam Pelanggan Organisasi

isasi Direktori Warga KPDNKK

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia Matlamat Peranan Sejarah Presiden Pautan Luar Rujukan

Tribunal Tuntutan Pengguna Pengenalan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Prosedur Pemfailan dan Pendaftaran Award Tribunal Penguatkuasaan Award Penalti Jenayah Kerana Gagal Untuk Patuh

Penghargaan

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PERDAGANGAN DALAM NEGERI

YBHG. DATO' MOHD ARIF BIN AB RAHMAN


Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri)

No. 13, Aras 11 (Menara) Persiaran Perdana, Presint 2 62623 Putrajaya

Kementeriaan Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia


Profil Kementeriaan Dasar Kementeriaan Piagam Pelanggan Organisasi Direktori Warga KPDNKK

Profil Kementerian

Latar Belakang Visi & Misi Carta Organisasi 7 Teras Strategik KPDNKK

LATAR BELAKANG
Penubuhan Kementerian

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna. Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais dan koperasi.

Fungsi KPDNKK KPDNKK menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan. Bidang Tugas Kementerian: Perdagangan Dalam Negeri

Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu; Melesenkan penjualan dan pengedaran barang-barang perlu; Melesenkan penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia; Menyelaraskan dasar, peraturan dan aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas; Melesenkan urusniaga jualan langsung; Melaksanakan peraturan timbang dan sukat; Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan; Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik; dan Mentadbir dan membangunkan sistem perlindungan harta intelek.

Kepenggunaan

Melaksanakan program pendidikan pengguna; Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna; dan Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.

Definisi Logo Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan

GAMBAR EMPAT SEGI WARNA BIRU WARNA PUTIH HURUF 'P' HURUF 'P'

Berbentuk empat segi dengan dasar warna dalamnya adalah biru dan mempunyai 3 lambang iaitu : K, P(besar) dan P(kecil) Membawa simbol pembangunan Melambangkan suasana perdagangan dalam negeri yang mengalakkan simbol harmoni Melambangkan Kementerian dan berwarna putih kerana mencerminkan Jabatan Kerajaan yang bersih, cekap dan amanah P besar melambangkan perdagangan P kecil melambangkan pengguna Kedua-dua tersebut berwarna emas kerana melambangkan sesuatu nilai

VISI & MISI


Dalam mencapai status negara maju menjelang 2020, Malaysia perlu mewujudkan keadaan ekonomi domestik yang rancak serta perlunya ia disokong oleh komuniti pengguna yang perkasa. Keadaan ini dijangka dapat dilihat daripada kerjasama 3 pihak yang akan melangkaui segala sempadan Berdasarkan ini, Visi Kementerian telah dirangka semula bagi memastikan Kementerian berada tepat diantara para pelabur, peniaga serta pengguna. Kementerian akan menjadi penggerak kepada perdagangan dalam negeri dan sebagai jagoan pengguna.

Visi Kementerian Peneraju di dalam pembangunan perdagangan domestik, koperasi dan kepenggunaan.

Misi Kementerian

Menyediakan suasana perniagaan yang kondusif untuk pembangunan perdagangan dalam negeri; Memacu negara ke arah mewujudkan masyarakat pengguna yang sedar akan hak mereka sebagai pengguna serta masyarakat pengguna yang perkasa Membangunkan koperasi yang berdaya saing, progresif dan berdaya tahan; dan Memupuk kreativiti dan inovasi melalui regim IPR yang efektif.

Motto Kementerian Perdagangan Sihat Pengguna Berkat

Nilai Teras Kementerian

Bekerjasama Amanah Komited Adil

Tujuh Teras Strategik Kementerian

TERAS STRATEGIK 1 Meningkatkan sumbangan sektor Perdagangan Dalam Negeri kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

TERAS STRATEGIK 2 Menanam budaya kepenggunaan.

TERAS STRATEGIK 3 Mewujudkan suasana perniagaan yang kondusif.

TERAS STRATEGIK 4 Menuju ke arah liberalisasi pasaran.

TERAS STRATEGIK 5 Mensasarkan kecemerlangan organisasi dengan menekankan pembangunan modal insan, pengurusan kewangan berhemah dan pengurusan pentadbiran yang cekap.

TERAS STRATEGIK 6 Meningkatkan penyertaan di arena antarabangsa.

TERAS STRATEGIK 7 Infrastruktur perundangan yang kukuh dan regim pengurusan Hak Harta Intelek yang berkesan.

DASAR KEMENTERIAN

Dasar Harta Intelek Negara Dasar Amalan Perdagangan Adil Dasar Pengguna Negara Dasar Koperasi Negara

DASAR HARTA INTELEK NEGARA


1.0 KENYATAAN DASAR

1. KENYATAAN DASAR 1.1 Tujuan utama Dasar Harta Intelek Negara (DHIN) adalah untuk memanfaatkan harta intelek (HI) sebagai enjin pertumbuhan yang baru untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi dan sosial. 1.2 DHIN memberi fokus kepada memaksimumkan sumbangan HI dalam mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi dengan cara mewujudkan suasana yang menggalakkan penghasilan berterusan HI, menyediakan sistem perlindungan HI berpiawaian tinggi, memajukan pengeksploitan HI berpontensi komersil, memupuk pembangunan industriindustri sokongan dan membangunkan keupayaan sumber manusia untuk melaksanakan dasar dengan jayanya. 1.3 Pentingnya HI untuk pertumbuhan ekonomi telah lama disedari. Dalam ekonomi semasa yang berasaskan pengetahuan, HI adalah aset ekonomi berharga dan juga alat perniagaan kritikal yang boleh memberi daya saingan. Mungurus dan memanfaatkan HI secara strategik adalah cara untuk meningkatkan daya saingan jangka panjang negara dalam ekonomi pengetahuan. 2. RASIONAL DHIN 2.1 DHIN diperlukan sebagai panduan utama dalam menggubal undang-undang berkaitan dengan HI bagi melaksanakan semua aktiviti berkaitan dengan HI oleh agensi-agensi kerajaan,institusi-institusi penyelidikan, institusi-institusi pengajian tinggi, organisasi-organisasi bukan kerajaan dan sektor swasta dengan tujuan untuk memajukan penggunaan HI untuk pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi. DHIN juga wajar digunakan sebagai panduan dalam penggubalan mana-mana dasar ekonomi atau sosial negara. 2.2 Dasar ini juga diperlukan untuk memudahkan pembentukan suasana yang menggiatkan dan memupuk ciptaan, perlindungan, penguatkuasaan,pengurusan dan pengeksploitan maksimum HI bertujuan pada akhirnya untuk membangunkan industri HI yang cergas sebagai pendorong pertumbuhan masa depan negara. Tujuannya ialah untuk menempatkan DHIN sebagai komponen penting dan bersepadu dasar ekonomi negara untuk meningkatkan daya saingan Malaysia. 2.3 Dasar ini juga perlu untuk memaju dan menanamkan budaya HI di kalangan masyarakat perniagaan dan juga orang awam. Tujuannya ialah untuk mewujudkan masyarakat yang menghargai HI sebagai aset ekonomi berharga serta menghormati hak-hak pemilik HI.

2.4 Dasar juga perlu untuk menyokong salah satu daripada objektif Akta Jaminan (Bill of Guarantees)Koridor Raya Multimedia (MSC) - untuk "menjadi pemimpin rantau dalam perlindungan HI dan undang-undang siber.", Dasar Bioteknologi Kebangsaan, Dasar Kepelbagaian Biodiversiti dan lain-lain dasar yang berkaitan dengan HI.

3. OBJEKTIF DHIN 3.1 Tahap Sistem Perlindungan HI Yang Terbaik Membangunkan sistem perlindungan HI yangcekap dan berkesan untuk memastikan perolehan perlindungan dan hak-hak yang cepat dan mudah serta mekanisma penguatkuasaan yang cekap dan praktikal untuk menyediakan pembetulan dan penyelesaian pelanggaran-pelanggaran hak-hak HI dan juga untuk mencegah berlakunya pelanggaran.Dalam dunia hari ini di mana teknologi pesat berubah, perlindungan HI yang cepat dan mudah memberi pemilik kelebihan saingan yang lebih baik dan masa yang lebih panjang untuk mengeksploit HI yang dicipta dan memperolehi pulangan daripada daya usaha dan pelaburan mereka.Pemilik oleh itu digalak untuk membangunkan lagi HI dan mencipta yang baru. Daripada perspektif undang-undang, semua undangundang dan peraturan-peraturan HI perlu memenuhi keperluan tempatan dan menunaikan piawaian yang ditetapkan oleh perjanjian dan konvensyen antarabangsa yang Malaysia sertai. 3.2 Memajukan Aktiviti-aktiviti Penghasilan HI Memajukan aktiviti-aktiviti penghasilan HI dengan memberi fokus kepada pengurusan inovasi dan penyelidikan dan pembangunan yang lebih efektif di kalangan institusi-institusi penyelidikan,universiti-universiti, industri kecil dan sederhana(IKS) dan individu-individu dan juga dengan perolehan HI asing dalam bidang keutamaan tertentu. Untuk memajukan aktiviti-aktiviti penghasilan HI ini perlu diwujudkan suasana menggalakkan, suasana yang menyediakan insentif-insentif, geran-geran, pengurusan,kewangan, urusniaga, penguatkuasaan dan penyelesaian pertikaian. 3.3 Memajukan Pengeksploitan Komersil HI Memajukan pengeksploitan komersil HI sebagai aktiviti utama penghasilan nilai yang diperlukan untuk pembangunan industri HI. Tujuan muktamad adalah untuk membangunkan industri HI yang giat dan penting bagi menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia pada milenium baru ini. 3.4 Membangunkan Kemampuan Mengurus HI Membangunkan kemampuan pengurusan HI yang mahir di sektor awam dan swasta, untuk meliputi keseluruhan rangkaian aktiviti-aktiviti HI daripada peringkat ciptaan kepada perlindungan,pengeksploitan, penilaian, pelesenan, perolehan,penguatkuasaan dan penyelesaian pertikaian.Kemampuan mengurus adalah amat penting kepada industri HI yang matang dan sofistikated.

3.5 Pembangunan Infrastruktur Urusniaga HI Industri HI yang giat memerlukan pengwujudan industri sokongan yang sangat maju terutamanya dalam bidang urusan bank dan kewangan. Oleh itu perlu dikaji infrastruktur perniagaan, urusan bank dan kewangan berkaitan dengan urusniaga berdasarkan HI semasa dan masa depan, terutamanya perdagangan, pelesenan, pencagaran dan pensekuritian. 3.6 Perlindungan Kepentingan HI Negara Menentukan kepentingan HI Malaysia dikawal diperingkat antarabangsa dengan memantau perkembangan HI di arena antarabangsa dan menyertai secara aktif dalam forum-forum antarabangsa yang membincang peningkatan perlindungan HI, isu-isu baru muncul dan cabaran-cabaran baru yang disebabkan oleh kemajuan pesat teknologi. 3.7 Pembangunan Sumber Manusia dan Kesedaran Awam Memajukan pembangunan sumber manusia dengan tujuan membentuk sekumpulan pakar-pakar yang besar untuk pengurusan HI di semua peringkat rangkaian aktiviti-aktiviti HI, untuk urusniaga HI dan untuk pengeksploitan komersil HI. Adalah juga perlu untuk meningkatkan tahap kesedaran awam berkaitan dengan tujuan mengadakan sistem perlindungan HI, peranan penting HI dalam pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi negara dan perlunya hakhak eksklusif pemilik HI yang diberi oleh undang-undang diiktiraf dan dihormati. Pembangunan sumber manusia dan kesedaran awam boleh menyumbang kepada pengurangan pelanggaran hak dan menanam budaya HI.

3.8 Memajukan Pelaburan dan Pemindahan Teknologi Asing Menggalakkan lebih banyak pelaburan dan pemindahan teknologi asing dengan memberi jaminan piawaian perlindungan HI tertinggi yang boleh meyakinkan pelabur-pelabur akan perlindungan HI yang dibawa ke Malaysia, peluang untuk memperolehi pulangan daripada pelaburan mereka dan adanya saluran-saluran perundangan untuk mendapat pembetulan dan penyelesaian kes-kes pelanggaran. Dengan adanya teknolog asing, pemindahan teknologi yang diperlukan dapat digalakkan melalui perolehan, pelesenan, francais, dan lain-lain. 4. MATLAMAT DHIN 4.1 Peningkatan Kemakmuran Ekonomi dan Sosial Matlamat utama DHIN adalah untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi dan sosial masyarakat dengan mempergunakan HI sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru dengan cara memperluaskan kapasiti Malaysia untuk meningkatkan penghasilan, melindung dan menguatkuasakan dengan efektif, mengurus dengan baik dan memaksimumkan pengeksploitan komersil HI.

4.2 Memperkukuhkan Daya Saing Negara Mengukuhkan daya saingan jangka panjang negara dengan cara membangunkan industri HI sebagai industri matang dan termaju yang menghasil, mengurus dan memperdagangkan HI. 4.3 Malaysia Sebagai Hab HI Terkemuka Membangunkan Malaysia sebagai hab HI terkemuka di mana penghasilan nilai ekonomi daripada aktiviti-aktiviti perniagaan beasaskan HI memperkukuhkan keseluruhan prestasi ekonomi Malaysia. Dengan industri HI yang matang dan termaju Malaysia boleh menjadi pengeksport HI. 4.4 Penubuhan Budaya HI Memaju dan menanamkan budaya HI di kalangan masyarakat perniagaan dan industri serta orang awam. HI perlu diterima sebagai aset penting dan berharga dalam pembangunan sosio-ekonomi negara dan sebagai pemangkin kepada kemajuan pengetahuan dan teknologi yang menentukan daya saingan jangka panjang negara. Sebagai aset berharga, HI perlu diurus secara efektif untuk menentukan ianya dilindungi, diperbangunkan selanjutnya dan potensi ekonominya dieksploitasi ke tahap maksima. 5. STRATEGI Strategi-strategi utama berikut boleh dilaksanakan bagi tujuan mencapai objektifobjektif yang telah ditetapkan: 5.1 Tahap Sistem Perlindungan HI Yang Terbaik Pembangunan sistem perlindungan HI yang cekap dan berkesan memerlukan strategi-strategi berikut: i) Memperkukuhkan pentadbiran HI Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk menghadapi peningkatan tahunan permohonan pendaftaran dan keperluan pelanggan dan juga untuk menyediakan prosidurprosidur permohonan yang mudah dan pendaftaran yang segera, garis panduan pendaftaran yang jelas, kemudahan carian awam yang berkualiti dan sistem penyebaran maklumat yang berkesan. ii) Sentiasa mengemaskini undang-undang dan peraturan-peraturan untuk selaras dengan perkembangan antarabangsa, cabaran-cabaran baru dan isu-isu baru. iii) Membina keupayaan untuk mewujudkan sekumpulan sumber manusia yang besar danmahir dalam pendaftaran dan penguatkuasaan HI.

iv) Mengukuhkan agensi-agensi penguatkuasaan Kerajaan yang menguatkuasakan pelanggaran Akta Perihalan Dagangan 1972,Akta Cakera Optik 2000, Akta Hakcipta 1987,Akta Paten 1983, Akta Hakcipta 1987, AktaReka Bentuk Perindustrian 1996, Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 danAkta Petunjuk Geografi 2000. v) Menubuhkan Mahkamah HI untuk mempercepatkan pendengaran kes-kes berkaitan dengan HI serta system penyelesaian pertikaian alternatif.

5.2 Memajukan Aktiviti-aktiviti Penghasilan HI Memajukan aktiviti-aktiviti penghasilan HI memerlukan strategi -strategi berikut: i) Tahap sistem perlindungan HI terbaik yang menjamin perolehan perlindungan dan hak-hak yang segera dan mudah dan membolehkan pemilik mendapat kelebihan daya saingan yang lebih baik dan memperolehi pulangan daripada daya usahadan pelaburan mereka. ii) Pusat Sumber MyIPO yang pro-aktif untuk menyedia dan menggalakkan penggunaan oleh industri-industri dan individu-individu terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan data paten dan reka bentuk yang berharga dan mengandungi maklumat mengenai rekacipta terbaru atau teknologi terkini dalam dunia serta tren dunia dalam bidang teknologi tertentu. iii) Mewujudkan suasana menggalakkan yang menyediakan insentif-insentif, geran-geran, kewangan, pengurusan, urusniaga, penguatkuasaan dan penyelesaian pertikaian. iv) Memperbesarkan tabung HI nasional dengan memajukan dan memberi fokus kepada penciptaan dalam Malaysia. v) Memperolehi HI asing dalam bidang priority tertentu dan juga menggalakkan usaha-usaha niaga (ventures) asing yang intensif dalam HI supaya membawa HI mereka ke Malaysia. vi) Memupuk kerjasama dan perkongsian bijak antara sektor kerajaan dan sektor swasta danantara institusi-institusi penyelidikan dan industri-industri. vii) Memajukan penyebaran hasil penyelidikandan pembangunan.

5.3 Memajukan Pengeksploitan Komersil HI Memajukan pengeksploitan komersil HI memerlukan strategi - strategi berikut: i) Mengambil kesempatan tabung HI sedia ada dan memperolehi nilai komersil yang lebih tinggi.

ii) Mengenal pasti pencipta-pencipta HI di Malaysia dan memupuk kemajuan mereka supaya perolehan nilai HI dimaksimumkan. iii) Menyokong IKS, syarikat-syarikat usaha niaga dan individu-individu terlibat dalam pengeksploitan komersil HI. iv) Mempergiatkan aktiviti-aktiviti keusahawanan dengan memberi fokus kepada pengeksploitan HI yang berdaya majukomersil. v) Mewujudkan suasana perniagaan bagi menggalakkan perusahaan-perusahaan tempatan dan asing menempatkan keseluruhan, jika tidak sebahagian besar daripada rangkaian nilai HI mereka di Malaysia. vi) Memajukan kaedah-kaedah penilaian dan peraturan-peraturan-peraturan kontrak dan pelesenan yang sesuai untuk memudahkan pengeksploitan komersil HI. vii) Memajukan pelepasan hak-hak HI yang tidak dieksploitasi oleh Kerajaan atau syarikat-syarikat besar kepada IKS dan individu-individu untuk pengeksploitan komersil melalui pelesenan atau serahhak.

5.4 Pembangunan Kemampuan Mengurus HI Memajukan pembangunan kemampuan mengurus memerlukan strategi-strategi berikut: i) Membangunkan sekumpulan pakar-pakar mahir di semua peringkat rangkaian aktiviti-aktiviti HI. ii) Menggalakkan sektor awam dan sector swasta supaya mengurus baik HI yang dimiliki dengan menyediakan garis panduan atau buku panduan yang jelas. iii) Menggalakkan pemilik-pemilik HI seperti usaha-usaha niaga asing mengguna Malaysia sebagai hab HI. iv) Mengulangkaji undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada dan juga amalan-amalan perniagaan supaya memperbaiki pengurusan dan pengeksploitan HI di sektor awam dan sektor swasta.

5.5 Pembangunan Infrastruktur Urusniaga HI Membangunkan infrastruktur urusniaga HI memerlukan strategi-strategi berikut:

i) Mengulangkaji undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada berkaitan dengan undang-undang syarikat, peraturan sekuriti dan undang-undang urusan bank dan kewangan secara am untuk menjamin infrastruktur perniagaan, urusan bank dan kewangan boleh memudahkan urusniaga beasaskan HI. ii) Menggalakkan sektor urusan bank dan kewangan membangunkan surat-cara urusan bank dan kewangan berasaskan HI bagitujuan pencagaran dan pensekuritian aset HI. iii) Mewujudkan Bursa HI bagi menggiatkan perdagangan HI dan untuk membangun pasaran lebih cair untuk perdagangan HI. iv) Mengulangkaji undang-undang dan amalan pernigaan sedia wujud dengan tujuan meningkatkan suasana perniagaan untuk membiayai pelaburan-pelaburan berasaskan HI termasuk penubuhan badan pembiayaan HI yang khusus.

5.6 Perlindungan Kepentingan HI Negara Melindungi kepentingan HI Malaysia memerlukan strategi-strategi berikut: i) Memantau pembangunan dan kemajuan HI diperingkat antarabangsa. ii) Menyertai secara aktif forum-forum antarabangsa yang membincang peningkatan perlindungan HI, isu-isu baru muncul dan cabaran akibat kemajuan teknologi. iii) Membentuk pendirian nasional mengenai isu-isu penting setelah berbincang dengan agensi-agensi dan organisasi-organisasi berkenaan di sektor awam dan sektor swasta.

5.7 Pembangunan Sumber Manusia dan Kesedaran Awam Memajukan pembangunan sumber manusia dan kesedaran awam mengenai HI memerlukan strategi-strategi berikut: i) Penubuhan Institut HI Negara untuk menyediakan program latihan HI yang khusus seperti perolehan hak-hak, penguatkuasaan,penyelesaian pertikaian, pengurusan,penilaian dan pelesenan dan juga kesedaran am. ii) Memperkenalkan mata pelajaran HI dalam sistem pendidikan formal di sekolahsekolah rendah dan menengah dan institusi-institusi pengajian tinggi. iii) Mengendalikan program kesedaran awam secara berterusan dan tetap yang member fokus kepada kumpulan-kumpulan sasaran khusus dan juga orang awam amnya.

iv) Menyebarkan maklumat mengenai HI melalui media massa, penerbitan, dll. v) Mengadakan seminar-seminar, bengkel-bengkel, ceramah-ceramah, wawancara-wawancara dan kempen-kempen awam. vi) Menyertai pameran-pameran yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau lain-lain agensi awam dan swasta.

5.8 Memajukan Pelaburan dan Pemindahan Teknologi Asing Memajukan pelaburan dan pemindahan teknologi asing memerlukan strategistrategi berikut: i) Tahap sistem perlindungan HI terbaik yang menjamin perlindungan hak-hak HI,memastikan pelabur-pelabur berpeluan memperolehi pulangan daripada pelaburan. ii) mereka dan menyediakan saluran undang-undang untuk mendapat pembetulan dan penyelesaian pelanggaran. iii) Memudahkan industri tempatan memperolehi HI asing yang diperlukan melalui pelesenan,francais dan lain-lain.

6.0 PENUTUP HI adalah aset strategik utama dan pengeksploitannya yang efektif adalah satu daripada kunci untuk meningkat kemakmuran ekonomi dan sosial Malaysia. Pelaksanaan DHIN yang berkesan dan berjaya adalahsatu daripada langkah kritikal untuk mendorong daya saing negara Malaysia dan untuk membolehkan Malaysia akhirnya menjadi negara maju.

DASAR AMALAN PERDAGANGAN ADIL


OBJEKTIF Dasar Amalan Perdagangan Adil (DAPA) telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Oktober 2005 bagi tujuan mencapai objektif: 1. Mempromosi dan melindungi persaingan dalam pasaran; 2. Mewujudkan usahawan yang dinamik dan berdaya saing; 3. Menyediakan peluang pasaran yang adil dan berdaya saing bagi perniagaan; 4. Melarang amalan anti-persaingan termasuk amalan yang dilakukan di luar Malaysia yang menjejaskan pasaran domestik; 5. Melarang amalan-amalan perdagangan tidak adil dalam ekonomi; 6. Menggalakkan penyertaan usahawan kecil dan sederhana (IKS) dalam ekonomi; 7. Mempromosikan kebajikan pengguna; dan 8. Menggalakkan pertumbuhan sosio-ekonomi, mewujudkan kecekapan dan ekuiti. SKOP DAPA Skop DAPA tidak merangkumi :1. Fungsi kedaulatan Kerajaan; dan 2. Semua tindakan yang menyumbang kepada kebaikan untuk negara yang menggalakkan pertumbuhan sosio-ekonomi, mewujudkan kecekapan dan ekuiti. PENGGUBALAN AKTA PERSAINGAN 2010 Bagi menyokong dasar amalan perdagangan adil, Akta Persaingan 2010 telah digubal dan diluluskan di Parlimen pada bulan Mei 2010 dan diwartakan pada Jun 2010. Penggubalan Akta ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan ekonomi Negara dengan menggalakkan dan melindungi proses persaingan, dan dengan demikian itu melindungi kepentingan pengguna. Akta Persaingan telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 dan terpakai bagi semua aktiviti komersial di dalam dan di luar Negara yanf memberi kesan kepada persaingan di Malaysia.

Akta Persaingan 2010 melarang amalan-amalan anti-persaingan berikut:

Larangan terhadap perjanjian anti-persaingan sesama perusahaan. Contohcontoh perjanjian anti-persaingan adalah aktiviti penetapan harga (price fixing), perjanjian pembahagian pasaran (market allocation), membatas atau mengawal pengeluaran atau bid-rigging; dan Larangan terhadap penyalahgunaan kuasa dominan pasaran. Contoh-contoh penyalahgunaan kuasa dominan pasaran oleh sesuatu perusahaan adalah menetapkan harga belian atau jualan yang tidak adil atau penjualan barangan atau perkhidmatan di bawah kos dan tied sellling.

Pengenalan Akta Persaingan 2010 di Malaysia dapat memastikan wujudnya persaingan yang sihat di dalam pasaran dan seterusnya dapat memberi kesan yang mendalam kepada pengguna, perusahaan dan ekonomi Negara. Ianya dapat memelihara hak pengguna terutamanya dalam membuat pilihan dan mendapat akses kepada perkhidmatan/produk yang berkualiti pada harga yang kompetitif.Pengenalan Akta Persaingan 2010 ini bukan sahaja mampu menjamin hak pengguna malah menjadi insentif kepada usahawan-usahawan yang sedia ada dan baru untuk menjadi lebih efisyen dan inovatif dalam menjalankan perniagaan.

SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC) Bagi menguatkuasakan larangan-larangan yang dinyatakan di dalam Akta Persaingan 2010, Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 telah digubal bagi tujuan penubuhan satu suruhanjaya yang dikenali sebagai Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Penubuhan MyCC yang telah ditubuhkan pada 1 April 2011 bertujuan untuk memastikan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang persaingan di Malaysia dijalankan dengan telus, teratur serta bebas daripada pengaruh luar. MyCC merupakan sebuah badan bebas yang mempunyai kemampuan untuk menerima aduan, melaksanakan penyiasatan, mengenakan hukuman bagi sebarang pelanggaran terhadap amalanamalan anti persaingan yang dilarang di bawah Akta Persaingan 2010 dan merangka prosedur yang terperinci dalam mengendalikan penyiasatan dan prosiding.

Ahli MyCC terdiri daripada Pesuruhjaya-pesuruhjaya yang merupakan pegawaipegawai Kerajaan dan juga mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam perniagaan, industri, perdagangan, undang-undang, ekonomi, pentadbiran awam, perdagangan adil, undang-undang persaingan, perlindungan pengguna atau kelayakan yang bersesuaian.

PENALTI Akta Persaingan 2010 turut memperuntukkan penalti bagi sebarang pelanggaran terhadap amalan-amalan anti persaingan yang dilarang di bawah Akta Persaingan 2010 iaitu sebanyak 10% maksimum daripada perolehan seluruh dunia perusahaan itu selama tempoh semasa pelanggaran itu berlaku. Ianya bertujuan sebagai langkah pencegahan (deterrent) serta memupuk kesedaran kepada individu dan perusahaan tentang implikasi amalan-amalan anti-persaingan.

TRIBUNAL RAYUAN PERSAINGAN Keputusan pelanggaran-pelanggaran, jumlah penalti yang dikenakan dan sebarang langkah interim (interim measure) yang di buat oleh Suruhanjaya Persaingan boleh dirayu oleh mana-mana pihak yang terjejas dengan keputusan tersebut kepada sebuah tribunal yang dikenali sebagai Tribunal Rayuan Persaingan.

SEMAKAN KEHAKIMAN DI MAHKAMAH TINGGI Prosedur-prosedur sedia ada bagi tujuan semakan kehakiman akan diguna pakai bagi kes-kes persaingan.

Dasar Pengguna Negara (DPN)


1. KENYATAAN DASAR

DPN memberi fokus kepada usaha membudayakan amalan perlindungan kendiri oleh pengguna, kawalselia kendiri oleh peniaga/pengeluar dan mencapai tahap perlindungan pengguna yang berkesan yang dapat menyediakan persekitaran yang kondusif untuk mewujudkan pasaran yang adil dan pembangunan yang lestari selaras dengan perkembangan ekonomi tempatan dan global. 2. RASIONAL DASAR PENGGUNA NEGARA

2.1 Matlamat akhir pembangunan Negara adalah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat yang juga merupakan pengguna. Kebergantungan pengguna terhadap kepada barangan dan perkhidmatan di pasaran memerlukan satu dasar yang menyeluruh untuk memastikan pengguna dan peniaga dapat memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab masing-masing demi pembangunan ekonomi negara yang mampan. Pengguna memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi domestik yang mampu menjadi penampan kepada kesan pergolakan ekonomi global. 2.2 Dalam konteks ini, DPN diperlukan sebagai asas, prinsip dan panduan dalam menggubal dasar dan undang-undang berkaitan kesejahteraan pengguna terutamanya aspek perlindungan pengguna demi kesejahteraan pengguna. DPN juga perlu diambil kira dalam penggubalan dasar-dasar ekonomi atau sosial negara. Dasar ini adalah asas kepada segala kegiatan berkaitan kepenggunaan oleh agensi kerajaan, Persatuan Pengguna, badan bukan kerajaan yang lain dan sektor swasta supaya budaya kepenggunaan dan pengeluaran lestari (sustainable production) dapat dipertingkatkan di negara ini. 2.3 Pewujudan DPN diperlukan bagi mengurangkan kesan globalisasi terhadap pengguna, peniaga dan Kerajaan. Kepelbagaian barangan dan perkhidmatan serta kecanggihan teknologi kesan dari liberisasi ekonomi dan globalisasi mengubah aspek perundangan, ekonomi, strategi perdagangan dan sosial sesebuah negara. 2.4 DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pengguna yang mengamalkan perlindungan kendiri iaitu bijak, bermaklumat, proaktif dan bertanggungjawab, mampu mempengaruhi aktiviti golongan pembekal/pengilang serta sensitif terhadap segala tindakan dan tingkah laku mereka yang boleh mempengaruhi keadaan ekonomi dan sosial negara. Pengguna yang berdaya upaya dan bersatu di bawah tema 1 Pengguna 1 Suara mempunyai kuasa yang besar yang mampu menentukan barangan dan perkhidmatan yang sepatutnya ada di pasaran Malaysia.

2.5 Masyarakat peniaga memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kesejahteraan pengguna. Khususnya, peniaga yang beretika, mengamalkan kawal selia kendiri, bertanggungjawab dan jujur boleh menyumbang kepada kebajikan dan kesejahteraan pengguna. 2.6 DPN diperlukan bagi mencapai Wawasan Kerajaan dalam meningkatkan keprihatinan dan pengetahuan masyarakat pengguna dan peniaga terhadap hak-hak dan tanggungjawab masing-masing serta berganding bahu bagi mencapai kemakmuran negara secara keseluruhannya. DPN menjadi asas kepada program ke arah menyediakan pengguna dan peniaga yang mampu memainkan peranan aktif dalam Negara maju yang berpendapatan tinggi. 3. MATLAMAT DASAR PENGGUNA NEGARA

3.1 DPN digubal berteraskan pendekatan ekologi yang mengiktiraf hubungan timbalbalik antara pengguna dan sistem di persekitarannya seperti sistem ekonomi, sosial dan politik. Khususnya, pengguna berinteraksi dengan sistem lain dan saling mempengaruhi dan dipengaruhi oleh sistem di persekitaran. 3.2 DPN digubal dengan TIGA (3) matlamat iaitu:

3.2.1 Melahirkan pengguna yang berdaya upaya dan melaksanakan perlindungan kendiri Pengguna yang berdaya upaya adalah pengguna yang mendapat akses kepada maklumat dan faedah daripada persaingan menggunakan maklumat, ilmu dan berdikari. Pengguna berdaya upaya juga adalah pengguna yang mampu melindungi diri sendiri dan sedar akan setiap keputusan semasa berurusan dalam pasaran. 3.2.2 Meningkatkan kawal selia kendiri di kalangan peniaga Kawal selia kendiri adalah usaha membentuk, mengurus peraturan dan amalan dalam pasaran yang dikuatkuasakan sendiri oleh peniaga atau pengusaha. Ianya merupakan aktiviti kolektif dengan penglibatan dan persetujuan semua sektor untuk mematuhi peraturan yang digubal dan dipersetujui bersama. Kawal selia kendiri merupakan aktiviti secara sukarela dan mereka yang terlibat sememangnya faham bentuk faedah yang boleh didapati daripada usaha tersebut. 3.2.3 Meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna Perlindungan pengguna yang berkesan wajar menjadi tanggungjawab semua pihak. Kerajaan memainkan peranan dalam penguatkuasaan dan secara keseluruhannya menyelaras kebajikan pengguna dan peniaga.

4.

OBJEKTIF DASAR PENGGUNA NEGARA

4.1 Objektif DPN dikenal pasti bagi mencapai tiga matlamat DPN. Objektif-objektif ini dirangka bagi menentukan hala tuju matlamat DPN dan menggariskan strategi-strategi yang perlu dilaksanakan bagi mencapai matlamat berkenaan. Khususnya objektif ini dirangka untuk mencapai matlamat yang telah dikenal pasti untuk setiap pihak yang berkepentingan: pengguna, peniaga dan kerajaan. Keseluruhan ekosistem ini akan menuju ke arah pencapaian wawasan DPN iaitu untuk meningkatkan kesejahteraan pengguna melalui amalan pasaran yang adil. 4.1.1 Melahirkan pengguna yang berdaya upaya dan melaksanakan perlindungan kendiri Objektif-objektif bagi melahirkan pengguna yang berdaya upaya dan melaksanakan perlindungan kendiri adalah: (i) Meningkatkan kualiti, kuantiti dan akses kepada maklumat (ii) Melahirkan pengguna yang bertanggungjawab dan beretika (iii) Membangunkan pergerakan pengguna yang berkesan (iv) Meningkatkan keupayaan pengguna rentan dari segi sumber dan perlindungan 4.1.2 Meningkatkan kawal selia kendiri di kalangan peniaga Objektif-objektif bagi meningkatkan kawal selia kendiri di kalangan peniaga adalah: (i) Peniaga yang beretika serta bertanggungjawab sosial (ii) Menggalakkan amalan kawal selia kendiri di kalangan peniaga/ pengeluar (iii) Membangun pasaran prihatin pengguna 4.1.3 Meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna Objektif-objektif bagi meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna adalah: (i) Memantapkan undang-undang dan peraturan perlindungan pengguna (ii) Membangunkan sistem tebus rugi yang cekap, mudah dan mesra pengguna (iii) Mewujudkan mekanisme koordinasi/penyelarasan antara agensi yang terlibat dalam perlindungan pengguna (iv) Mengukuhkan perlindungan pengguna melalui pemakaian Standard (v) Memperluaskan perlindungan pengguna ke peringkat Serantau dan Antarabangsa (vi) Membangunkan sumber manusia yang berkualiti 5. STRATEGI

Strategi-strategi berikut boleh dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif berdasarkan kepada matlamat yang telah ditetapkan.

(A) Melahirkan pengguna yang berdaya upaya dan melaksanakan perlindungan kendiri Strategi-strategi bagi mencapai objektif-objektif di bawah matlamat melahirkan pengguna yang berdaya upaya dan melaksanakan perlindungan kendiri adalah: 5.1 Meningkatkan kualiti, kuantiti dan akses kepada maklumat Menyediakan landasan hubungan/interaksi antara pengguna dan kerajaan Meningkatkan akses pengguna kepada maklumat yang tepat Meningkatkan penerbitan dan edaran bahan berkaitan pengguna

5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.2

Melahirkan pengguna yang bertanggungjawab dan beretika Mengarusperdanakan pendidikan pengguna Meningkatkan keberkesanan program pendidikan pengguna Memantau tahap pencapaian semasa pengguna Malaysia.

5.2.1 5.2.2 5.2.3

5.2.4 Mewujudkan persekitaran yang membolehkan pengguna berfungsi dengan cekap di pasaran. 5.3 Membangunkan pergerakan pengguna yang berkesan Mengukuhkan fungsi persatuan/ pergerakan pengguna Meningkatkan jaringan antara kerajaan dan persatuan /NGOs Meningkatkan program bersama rakyat (outreach)

5.3.1 5.3.2 5.3.3 5.4

Meningkatkan keupayaan pengguna rentan dari segi sumber dan perlindungan Mempertingkatkan perlindungan bagi golongan pengguna rentan

5.4.1 (B)

Meningkatkan Kawal Selia Kendiri Di Kalangan Peniaga

Strategi-strategi bagi mencapai objektif-objektif di bawah matlamat meningkatkan kawal selia kendiri di kalangan peniaga adalah: 5.5 Peniaga yang beretika serta bertanggungjawab sosial Meningkatkan usaha memupuk nilai murni sejagat

5.5.1

5.5.2

Mengarus perdanakan Kod Etika dalam amalan perniagaan

5.6 Menggalakkan amalan kawal selia kendiri di kalangan peniaga/ pengeluar 5.6.1 Meningkatkan pemahaman tentang faedah kawal selia kendiri 5.6.2 Menyediakan pengiktirafan kepada peniaga yang mengamalkan kawal selia kendiri 5.6.3 Meningkatkan pemantauan kawal selia kendiri di kalangan industri 5.7 Membangunkan pasaran prihatin pengguna

5.7.1 Meningkatkan amalan perniagaan prihatin pengguna 5.7.2 Mewujudkan persekitaran, hubungan dan polisi perniagaan yang mengutamakan pengguna 5.7.3 Meningkatkan peranan organisasi perniagaan ke arah merealisasikan pasaran prihatin pengguna (C) Meningkatkan Keberkesanan Perlindungan Pengguna

Strategi-strategi bagi mencapai objektif-objektif di bawah matlamat meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna adalah: 5.9 Memantapkan undang-undang dan peraturan perlindungan pengguna 5.9.1 Memudah dan meningkatkan persekitaran perundangan untuk peniaga dan pengguna 5.9.2 5.9.3 Menginstitusikan perancangan yang berdasarkan bukti Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang

5.10 Membangunkan sistem tebus rugi yang cekap, mudah dan mesra pengguna 5.10.1 Membentuk mekanisme aduan pengguna yang cekap dan berkesan. 5.10.2 Menyediakan sistem penyampaian khidmat menyelesaikan masalah yang cepat dan murah 5.10.3 Memantau aksesibiliti dan keberkesanan mekanisma penyelesaian.

5.10.4 Membentuk mekanisma penyelesaian bagi perdagangan elektronik. 5.11 Mewujudkan mekanisma koordinasi/ penyelarasan antara agensi yang terlibat dalam perlindungan pengguna 5.11.1 Mewujudkan mekanisma pertukaran maklumat perlindungan pengguna di peringkat nasional. 5.11.2 Penubuhan pusat penyelidikan dan pendidikan pengguna 5.12 Mengukuhkan perlindungan pengguna melalui pemakaian Standard 5.12.1 Meningkatkan kesedaran terhadap standard keselamatan barang dan perkhidmatan 5.12.2 Meningkatkan standard dan sistem pelabelan barangan pengguna 5.13 Membangunkan sumber manusia yang berkualiti 5.13.1 Melengkapkan pegawai KPDNKK dan Pemimpin persatuan pengguna dengan kemahiran asas kepenggunaan bagi meningkatkan keberkesanan. 6. PEWUJUDAN NILAI PENGGUNA MALAYSIA

6.1 Nilai Pengguna merupakan prinsip penting yang memandu seseorang khususnya pengguna ke arah kehidupan sejahtera di pasaran. Nilai yang dipegang oleh pengguna mempengaruhi amalan dan pembuatan keputusan pengguna. 6.2 Terdapat lima (5) nilai yang wajar diserapkan dalam budaya hidup pengguna Malaysia iaitu: (i) Nilai wang (mengetahui hak sebagai pengguna, peniaga/pengeluar dan penjawat awam). Hak asasi manusia adalah nadi kepada pergerakan pengguna terutamanya hak individu untuk memastikan keperluan asas mereka di penuhi. (ii) Nilai manusia (sifat penyayang). Pergerakan pengguna adalah sekumpulan manusia yang mengambil berat terhadap orang lain. Memberikan nilai kepada manusia tidak kira bangsa, agama dan darjat akan menjadikan pasaran lebih harmoni dan adil. (iii)Nilai demokrasi (mengetahui kuasa yang ada pada kita). Bertindak secara berkumpulan boleh membawa perubahan. Pengguna serta peniaga/pengeluar boleh menggunakan kuasa kolektif untuk melindungi kepentingan pengguna dan menentang mereka yang mengancam hak pengguna dan peniaga/pengeluar.

(iv) Nilai keadilan (berjuang menegakkan keadilan). Sistem politik dan ekonomi kerap mendiskriminasikan mereka yang tidak berkuasa. Pengguna boleh membangunkan masyarakat yang adil, rasional dan saksama melalui amalan advokasi dan perjuangan menjaga kesejahteraan pengguna. (v) Nilai persekitaran (melindungi bumi). Pengguna mesti melindungi, mengawal dan memelihara alam sekitar daripada sebarang ancaman kemusnahan dan pencemaran. Pengguna, peniaga dan Kerajaan perlu mengetahui kesan tindakan yang diambil ke atas alam sekitar supaya sumber bumi tidak dieksploitasi dan seterusnya memberikan kesan negatif kepada orang ramai. 7. WAWASAN DASAR

Kejayaan pencapaian matlamat DPN adalah bergantung kepada usaha padu semua pihak iaitu, pengguna, peniaga, Kerajaan serta badan bukan kerajaan. Oleh kerana isuisu pengguna merentasi pelbagai kementerian dan agensi, satu badan koordinasi yang mengkoordinasi usaha tersebut perlu diwujudkan untuk memastikan pencapaian dan matlamat yang ditentukan tercapai. Usaha padu dan peranan semua pihak ini mampu mencapai matlamat Dasar Pengguna Negara untuk melahirkan masyarakat pengguna yang dinamik, progresif, berkualiti serta mempunyai nilai-nilai pengguna bagi memacu suasana pasaran yang adil dan beretika selaras dengan Wawasan 2020.

Dasar Koperasi Negara


Dasar Koperasi Negara (DKN) 2002 2010 telah diperkenalkan dengan menggariskan beberapa strategi pelaksanaan untuk membolehkan gerakan koperasi berperanan lebih aktif dalam pembangunan negara bersama-sama sektor awam dan swasta. Di bawah DKN 20022010, struktur kepertanggungjawaban pihak berautoriti diperkemaskan di mana semua jenis koperasi telah diletak di bawah satu Kementerian dengan satu pihak berautoriti iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) . Sebelum ini, koperasi asas tani dipantau oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan koperasi perikanan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Dasar ini telah berjaya menyediakan persekitaran yang kondusif bagi perkembangan gerakan koperasi secara teratur dan tersusun. Pelaksanaannya dilakukan melalui program pembangunan perniagaan, akses kepada sumber pembiayaan, penerapan pembudayaan keusahawanan, pengemaskinian perundangan dan peningkatan dalam pengawal seliaan koperasi. Impak daripada pelaksanaan program ini adalah peningkatan dalam pertumbuhan gerakan koperasi, kesejahteraan masyarakat koperasi dan sumbangannya kepada pembangunan negara.

KENYATAAN DASAR Perspektif Makro

Sektor Koperasi Penyumbang Berkesan Kepada Pembangunan Negara

Perspektif Mikro

OBJEKTIF

TERAS STRATEGIK
Lima teras strategik pembangunan koperasi:

Teras Strategik I

Merangsang penglibatan koperasi dalam sektor ekonomi bernilai tinggi

Teras Strategik II

Memantapkan keupayaan dan kebolehan koperasi

Teras Strategik III

Mewujud dan meningkatkan keupayaan modal insan koperasi

Teras Strategik IV

Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi

Teras Strategik V

Memperkukuhkan koperasi melalui seliaan dan penguatkuasaan berkesan

IMPAK PELAKSANAAN

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Prestasi Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Kementerian ini adalah komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan mengikut piagam yang ditetapkan seperti berikut :

NO. PERKARA

TEMPOH KEPUTUSAN (Hari Bekerja)

1 Lesen Jualan Langsung 1.1 Permohonan Baru 1.2 Permohonan Pembaharuan 2 Lesen Timbang Dan Sukat 2.1 Permohonan Baru i) Membuat, Membaiki dan Menjual ii)Membaiki dan Menjual iii)Menjual 2.2 Permohonan Pembaharuan i)Membuat, Membaiki dan Menjual ii)Membaiki dan Menjual iii)Menjual 3 Lesen PDA 3.1 Permohonan Baru i)PDA 1 Mengusahakan Stesen Minyak ii)PDA 2 Bunkering iii)PDA 3 Pengangkutan iv) PDA 4 Borong v) PDA 5 Perubahan vi) PDA 6 Tukar Syarat Tanah 3.2 Permohonan Pembaharuan i) PDA 1 Mengusahakan Stesen Minyak ii) PDA 2 Bunkering iii) PDA 3 Pengangkutan iv) PDA 4 Borong 4 Lesen Cakera Optik 4.1 Permohonan Pembaharuan 14 20 20 20 20 20 30 10 10 10 10 15 22

7 7 7 5 5 5

5 Kelulusan Perdagangan Pengedaran 5.1 Kelulusan Pembukaan Hypermarket / Syarikat Besar Dengan EkuitiAsing 5.2 Kelulusan Pembukaan Perniagaan Dengan Ekuiti Asing (WRT) 6 Permohonan Kebenaran Di Bawah Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 7 Kelulusan Diesel Bersubsidi Untuk Skid Tank 20 14

20 28 (Permohonan 3 bulan sebelum tamat tempoh)

8 Lesen Barang Kawalan 8.1 Permohonan Baru i)Mengilang ii) Borong iii) Runcit 8.2 Permohonan Pembaharuan i)Mengilang ii) Borong iii) Runcit 8.3 Permohonan Pindaan Lesen 8.4 Permohonan Pembatalan Lesen 8.5 Permohonan Salinan Sah Lesen 9 Notis Jualan Murah 10 Kelulusan dan Pengeluaran Label Tulen 11 Permohonan Penyertaan Program Pembangunan Francais 12 Permohonan Francais 12.1 Permohonan dan Kelulusan Pendaftaran i)Francaisor ii) Pemegang Francais Induk iii) Francaisi Kepada Francaisor Asing 14 14 14 14 14 14 20 14 14 1 5 20

30 30 20

13

Tribunal Tuntutan Pengguna 13.1 Memproses pemfailan pernyataan tuntutan (Borang 1) 13.2 Memproses pemfailan pembelaan dan tuntutan balas (Borang 2) 13.3 Pendengaran tuntutan 3 3 45

14 Pengurusan Aduan 14.1 1. Maklumbalas kepada pengadu 14.2 2. Penyelesaian aduan 3 21

Direktori Warga
Alamat No 13, Persiaran Perdana,Presint 2, 62623 Putrajaya Telefon +603-8882 5500 Fax +603-8882 5762

Division No. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Nama PEJABAT MENTERI PEJABAT TIMBALAN MENTERI PEJABAT KETUA SETIAUSAHA PEJABAT TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA BAHAGIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI BAHAGIAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN FRANCAIS SEKRETARIAT MAJLIS HARGA BARANG NEGARA BAHAGIAN GERAKAN KEPENGGUNAAN BAHAGIAN STANDARD KEPENGGUNAAN BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN KEWANGAN

PRINT AND TAMPAL ! Pencapaian Piagam Pelanggan Carta Organisasi

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia


Matlamat Peranan Sejarah Presiden Pautan Luar Rujukan

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia


Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (nama bahasa inggerisnya, Federation of Malaysian Consumer Associations (FOMCA)) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan Malaysia FOMCA merupakan gabungan persatuan-persatuan pengguna negeri-negeri dan berusaha memperjuangkan hak pengguna di Malaysia. FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat, pendidikan dan perlindungan pengguna.

Matlamat
FOMCA bertujuan mencapai objektif-objektif berikut:

Untuk memperkuatkan perkembangan pergerakan pengguna di Malaysia. Meneliti isu-isu dan masalah pengguna dan berjuang untuk hak-hak pengguna. Untuk berjuang menerusi kuasa beli pengguna demi mendapatkan satu orientasi pembangunan yang akan menjamin keadilan sosio ekonomi dan kualiti alam sekitar yang lebih baik bagi semua. Menyelaras dan menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna yang lain di Malaysia[2]

Peranan
Menurut laman web rasminya, FOMCA mengamalkan empat pendekatan penting, iaitu sebagai:[3]

badan yang memberi dan menyebarkan maklumat. badan pendidik yang memberi pendidikan kepada semua pengguna. badan bertindak yang memberi perlindungan kepada pengguna. badan yang menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperolehi maklumat yang benar.

Sejarah
FOMCA ditubuhkan melalui penggabungan persatuan-persatuan pengguna negeri pada 10 Jun 1973 di Alor Setar, Kedah. Gabungan ini diperstujui menjadi persekutuan yang longgar tanpa menghilangkan kuasa autonomi persatuan-persatuan pengguna negeri. Persatuan-persatuan negeri yang menyertai gabungan tersebut pada hari penubuhan termasuklah:

Persatuan Pengguna Selangor (SCA) Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Persatuan Pengguna Sarawak (CAS) Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (CANS) Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Persatuan Pengguna Perak (PCA) Persatuan Pengguna Melaka (CAM)

Selepas FOMCA ditubuhan, persatuan-persatuan negeri yang lain turut menyertainya, termasuk Persatuan Pengguna Johor (JCA),Persatuan Pengguna Johor (JCA), Persatuan Pengguna Pahang (PAC), Persatuan Pengguna Terengganu (2PTR), dan Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (CASH).[4] FOMCA juga menyertai Pertubuhan Pengguna Antarabangsa (Consumers International) yang dianggotai oleh lebih 230 pertubuhan pengguna.

Presiden
Senarai presiden FOMCA: 1. Allahyarham Dato' Mohamed Sopiee Sheikh Ibrahim (1973 - 1974) 2. Encik Tara Singh Gill (1974 - 1981) 3. Enck Bishan Singh Bahadur (1981 - 1988) 4. Encik Chua Kim Tee (1989 - 1991) 5. Prof. Dato' Mohd Hamdan Hj. Adnan (1991 - 2004) 6. Datuk Marimuthu Nadason (2004 - Kini)

Tribunal Tuntutan Pengguna


Pengenalan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Prosedur Pemfailan dan Pendaftaran Award Tribunal Penguatkuasaan Award Penalti Jenayah Kerana Gagal Untuk Patuh

PRINT AND TAMPAL ! Pencapaian Piagam Pelanggan Carta Organisasi

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

LATAR BELAKANG TRIBUNAL 1. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah suatu badan kehakiman bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan mula berkuatkuasa pada 15 November 1999 2. Bahagian XII Akta mengandungi 37 seksyen berhubung dengan Tribunal Tuntutan Pengguna seperti keanggotaannya, bidang kuasa, prosiding, awardaward yang dibuat dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya.

OBJEKTIF TRIBUNAL 1. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang fungsi utamanya adalah mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut. 2. Sebelum penubuhan Tribunal, semua pertikaian antara pengguna dan peniaga, pembekal atau pengilang barang atau pembekal perkhidmatan terpaksa dibawa ke mahkamah sivil yang mana melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan memakan masa panjang. Ini adalah antara beberapa sebab mengapa pengguna keberatan untuk membuat tuntutan mereka terhadap peniaga, pembekal atau pengilang barang atau pembekal perkhidmatan yang tidak bertanggungjawab dan beretika di mahkamah sivil, terutama jika nilai tuntutan yang dituntut adalah kecil, walaupun sekarang telah ada Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan tidak melebihi RM5,000.00. 3. Memahami keadaan ini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran alternatif selain mahkamah sivil untuk pengguna menuntut gantirugi berkenaan pembelian barang atau perkhidmatan yang dibekalkan daripada peniaga atau pembekal perkhidmatan dengan cara yang MUDAH MURAH dan CEPAT.

KEANGGOTAAN TRIBUNAL Seksyen 86 Akta memperuntukkan bahawa Tribunal hendaklah dianggotai oleh seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan dan tidak kurang daripada lima

orang anggota Tribunal lain yang dilantik oleh Menteri.

BIDANG KUASA TRIBUNAL Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar : 1. apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ianya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti diperuntukkan di bawah Akta; 2. di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00; 3. apa-apa tuntutan berkaitan apa-apa barang atau perkhidmatan yang baginya tidak ada mekanisme tebus rugi diperuntukkan di bawah mana-mana undangundang bertulis lain;dan 4. suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kausa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.

BATASAN BIDANG KUASA Tribunal TIDAK mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan :a. yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;

b. bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah; c. pertikaian mengenai hakmilik kepada mana-mana tanah atau estet atau kepentingan mengenai tanah; d. pertikaian mengenai hak mana-mana orang di bawah suatu wasiat atau kematian tak berwasiat; e. pertikaian berkaitan dengan hal-hal:i. francais ii. nama baik; iii. rahsia perdagangan atau harta intelek lain; iv. apa-apa hak dalam tindakan; dan

f. apabila mana-mana tribunal telah ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan berkaitan perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu.

Tatacara Pendengaran
Apabila suatu tuntutan difailkan di Tribunal, Setiausaha kepada Tribunal

hendaklah memberikan notis tentang butir-butir mengenai hari, masa dan tempat pendengaran dalam Borang 4 kepada pihak yang menuntut dan penentang tidak kurang dari 14 hari sebelum tarikh pendengaran.
Tiada pihak boleh diwakili oleh peguam bela dan peguam cara semasa

pendengaran di Tribunal.
Jika Pihak Yang Menuntut seorang belum dewasa, atau seorang yang tidak

berupaya, beliau boleh diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya.
Jika pihak Penentang adalah sebuah firma atau syarikat ianya boleh diwakili

oleh seorang pekerjanya yang digaji sepenuh masa.


Pendengaran tuntutan dalam Tribunal akan dijalankan di hadapan seorang

anggota Tribunal digelar sebagai 'Presiden' semasa pendengaran dan beliau boleh pada bila-bila masa membantu kedua-dua pihak dalam menjalankan kes mereka.
Semasa pendengaran, Tribunal hendaklah jika wajar, membantu kedua-dua

pihak untuk membuat suatu penyelesaian tuntutan itu melalui persetujuan.


Semasa pendengaran kedua-dua pihak berhak untuk mengemukakan

keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kes masing-masing.
Semua pendengaran di Tribunal terbuka kepada orang ramai.

Award Tribunal

Tribunal hendaklah, jika dapat dilaksanakan, membuat awardnya dalam masa enam puluh hari dari hari pertama pendengaran bermula di hadapan Tribunal. Dalam pendengaran yang dijalankan, Tribunal boleh membuat satu atau lebih daripada award yang berikut:a) supaya suatu pihak kepada prosiding itu membayar wang kepada mana-mana pihak yang lain; b) supaya barang dibekalkan atau dibekalkan semula; c) supaya barang yang dibekalkan atau yang dibekalkan semula kepada pengguna diganti atau dibaiki; d) supaya harga atau apa-apa balasan lain yang telah dibayar atau dibekalkan oleh pengguna atau mana-mana orang lain dibayar balik kepada pengguna atau orang itu; e) supaya sesuatu pihak mematuhi gerenti; f) supaya wang diawardkan untuk memberikan pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Pihak Yang Menuntut; g) supaya kontrak itu diubah atau diketepikan pada keseluruhan atau sebahagiannya; h) supaya kos untuk atau terhadap mana-mana pihak dibayar; i) supaya bunga dibayar di atas

Penguatkuasaan Award

Tiap-tiap penyelesaian yang dipersetujui yang direkodkan oleh Tribunal dan tiaptiap award yang dibuat dalam sesuatu prosiding adalah muktamad dan mengikat semua pihak kepada prosiding itu. Tiap-tiap award yang dibuat oleh Tribunal hendaklah disifatkan sebagai perintah Mahkamah Majistret dan boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana pihak kepada prosiding di Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa di tempat mana award diperoleh.

Penalti Jenayah Kerana Gagal Untuk Patuh

Mana-mana pihak yang gagal mematuhi award selepas 14 hari dari tarikh award dibuat oleh Tribunal adalah melakukan suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan bolehlah : a) didenda tidak melebihi lima ribu ringgit (RM5,000.00) atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;

b) Dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah boleh, sebagai tambahan kepada penalti di atas, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit (RM1,000.00) bagi setiap hari atau sebahagian hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

PENGHARGAAN Google Wikipedia Google Chrome Microsoft Word KPDNKK Fomca

Anda mungkin juga menyukai