Anda di halaman 1dari 6

QUE (KATAKATA ALUAN) Yang berusaha

PERINCIAN Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari pulau mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara

TINDAKAN

Puan Pengetua SMK LKTP BELITONG, Yang Dihormati Ustad Ahmad BAkhtiar Bin Ahmad, tuan Penceramah pd hari ini Yang dihormati En. Mohd Nor bin A karim, Yang dipertua PIBG SMK LKTP BELITONG, Pn. HJH Fatimah Binti Said Timbalan yg. Dipertua PIBG SMK LKTP BELITONG Yang dihormati, Tuan2 Pengurus Felda 1) 2) 3) Yang dihormati Guru Besar Sekolah Agama Yang dihormati Pen2 Kanan, barisan guru2 kanan mata pelajaran, guru2 dan para pelajar sekalian.

Alhamdulillah, pada hari ini dapat kita berkumpul bersama2 bagi meraikan majlis sambutan maulidur rasul peringkat Sekolah.

Hadirin dan Hadirat sekalian, Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta keizinanNya sekali lagi pada tahun ini dapat kita mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. 12 rabiulawal dalam tahun Gajah, lahirlah ke dunia di Kota Mekah. TEMA KEBANGSAAN 2011 1 MALAYSIA 1 UMMAH yang bertujuan umat Islam diseru untuk bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara di samping menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah. Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua para jemputan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini, semoga majlis yang diadakan pada hari ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.

Sebelum bacaan doa

Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat, Angkat tangan jari sepuloh, Doa dipohon biar selamat. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini agar berjalan dengan lancar dan mengikut agendanya,majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Zamri bin Abdullah untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Selesai Bacaan doa, Permulaan perarakan

Amin, Amin ya rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Zamri bin Abdullah atas bacaan doa sebentar td. Buat pengetahuan hadirin sekalian, Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada pagi ini akan dimulakan dengan perarakan dan membawa sepanduk yang bertemakan 1 Malaysia 1 Ummah. Laluan untuk perarakan telah ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu bermula disehingga sambil diiringi dengan bacaan marhaban dan selawat. Perarakan ini akan diketuai oleh . dan diikuti semua ahli Persatuan Badan Beruniform. Setelah selesai perarakan, para hadirin dikehendaki berkumpul semula di dataran

Selepas berarak

Alhamdulillah, selesai sudah perarakan maulidur Rasul. Sebenarnya banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. InsyaAllah.

Acara di Kantin, Bacaan AlQuran

Assalamualaikum, Hadirin dan hadirat sekalian,..Majlis pada pagi yang berbahagia ini akan dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang akan disampaikan oleh __________________________________________________________ __________________________________________________________ _________________. Majlis dengan ini mempersilakan.

Selesai Bacaan Al-Quran

Terima kasih diucapkan kepada ____________________________________ atas bacaan ayat suci alQuran itu tadi.

Seterusnya, untuk memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, Majlis Persembahan Nasyid ingin menjemput Kumpulan Nasyid Sekolah untuk mempersembahkan nyanyian Nasyid yang bertajuk The Messenger of Allah. Dipersilakan.

Selesai Nasyid

Syabas diucapkan kepada kumpulan Nasyid di atas persembahan mantap sebentar tadi. Diharap para hadirin berasa terhibur dengan persembahan mereka.

Berzanji & Cukur jambul

Seterusnya, dijemput saudari . untuk memperdengarkan bacaan berzanji . Dan turut disertai dengan acara cukur jambul 1) 2) 3) 4)

Selesai berzanji

Selesai sudah Terima kasih diucapkan.

Ucapan pengetua

Hadirin sekalian, sekarang tibalah masanya untuk kita mendengar sepatah dua kata daripada Puan hjh Paijah binti kassan selaku pengetua SMK LKTP BELITONG. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Selesai Ucapan & Ceramah oleh penceramah

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua atas ucapan yang disampaikan oleh beliau sebentar tadi. Buah langsat di tepi busut, Mari di muat di dalam peti, Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati. Tanpa melengahkan masa, marilah kita bersama-sama mendengar dan menghayati ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Bakhtiar bin Ahmad yang diundangkan khas dari ______________________________________________. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Selesai Ceramah

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ahmad Bakhtiar bin Ahmad yang telah sudi menyampaikan ceramahnya sebentar tadi. Semoga ceramah yang disampaikan dapat memberi manfaat untuk kita menjadi seorang muslim sejati dalam kehidupan kita sehari-hari.Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ahmad Bakhtiar bin Ahmad.

Penyampaian Cenderamata

Bila memandang ke muka laut, Nampak saman mudik ke hulu, Bila terkenang mulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu. Majlis kita pada hari ini sudah sampai ke penghujungnya, sebagai tanda

penghargaan kehadiran tetamu jemputan pada pagi yang mulia ini, mempersilakan, Puan Hjh PaijahBinti kaisan Pengetua SMK LKTP BELITONG untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda terima kasih. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Ustaz Ahmad Bakhtiar bin Ahmad untuk menerima cenderamata.

Selesai penyampaian

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hjh Paijah binti Kassan atas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi. Dengan ini berakhirlah majlis kita pada hari ini. Diharapkan agar para pelajar dapat menghayati

Anda mungkin juga menyukai