Anda di halaman 1dari 12

ORGANISASIKANDUNGAN Dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua merupakan dokumen pembelajaran untuk satu tahun persekolahan

yang diorganisasi secara modular mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berdasarkan kurikulum modular, kandungan dikelompokkan kepada bahagian-bahagian yang dinamakan sebagai modul. Modul merangkumi kandungan pembelajaran dalam bentuk unit kendirilengkap (self-contained) yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai dan dicapai. Kurikulum Pendidikan Jasmani Tahun Dua dibina berasaskan lima aspek iaitu:Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan Melalui Aspek 1, murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui:1. konsep pergerakan, 2. pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama, 3. gimnastik asas, 4. akuatik asas, dan 5. rekreasi dan kesenggangan. Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:1. konsep pergerakan, 2. pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama, 3. gimnastik asas, 4. akuatik asas, dan 5. rekreasi dan kesenggangan. Aspek 3: Kecergasan Meningkatkan Kesihatan Melalui Aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:1. konsep kecergasan, dan 2. komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi badan. Aspek 4: Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan Melalui Aspek 4, murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:1. konsep kecergasan, dan 2. komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi badan. Aspek 5: Kesukanan Melalui Aspek 5, murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan:1. keselamatan dan pengurusan, 2. tanggungjawab kendiri,

3. interaksi sosial, dan 4. dinamika kumpulan Susunan kandungan kurikulum tahun dua ini bertujuan memudahkan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Jasmani. Setiap aspek dalam dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua yang hendak dicapai dinyatakan dalam lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi kandungan yang perlu murid pelajari. Manakala lajur Standard Pembelajaran menunjukkan apa yang murid perlu kuasai dan capai. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kandungan dalam Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua adalah setara dengan pencapaian objektif psikomotor, kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Bagi tujuan pengajaran kemahiran, guru menggunakan Modul Kemahiran yang terdiri daripada Aspek 1, Aspek 2 dan Aspek 5 secara serentak. Manakala untuk pengajaran kecergasan, guru menggunakan Modul Kecergasan yang terdiri daripada Aspek 3, Aspek 4 dan Aspek 5 secara serentak. Guru boleh membuat pilihan sama ada mengajar kemahiran atau kecergasan terlebih dahulu tanpa mengabaikan gabungan aspek yang telah ditetapkan. Ringkasannya adalah seperti berikut;Modul 1: Kemahiran
Aspek 1 Aspek 2 Aspek 5 Kemahiran Pergerakan Aplikasi Pengetahuan dalam Pergerakan Kesukanan

Modul 2: Pergerakan

Aspek 3

Aspek 4

Aspek 5

Kecergasan Meningkatkan Kesihatan Aplikasi Pengetahuan Dalam Meningkatkan Kecergasan Kesukanan

Artikel 39 kpt 6043 Document Transcript

1. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Pembangunan Dan

Penilaian Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (Ppbk) Multimedia Interaktif Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu Bagi Tajuk Kecergasan Fizikal Dr. Mohd. Arif Ismail, Mohd Haizam bin Ahmad,* Dr. Rosnaini Mahmud Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. *Universiti Putra Malaysia, Serdang Abstrak Kajian ini bertujuan untuk membangun perisian kursus pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif untuk subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bagi tajuk Kecergasan Fizikal berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. Rekabentuk penyelidikan yang digunakan adalah kaedah tinjauan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian PPBK ini dalam mengatasi permasalahan kajian dan soalan-soalan kajian yang telah dikenal pasti. Data-data yang diperolehi melalui instrumen soal selidik adalah dalam bentuk kuantitatif bagi menganalisis data dalam bentuk diskriptif dan inferensi iaitu dalam bentuk frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Data dianalisa menggunakan perisian SPSS Versi 16. Kajian ini melibatkan 7 orang guru PJK yang terdiri daripada 2 orang guru opsyen dan 5 orang guru yang bukan opsyen dari SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan kesemua responden bersetuju bahawa perisian ini membantu guru menyelesaikan masalah yang

dihadapi semasa proses pembelajaran dan pengajaran PJK. Kesimpulan ini dibuat adalah berdasarkan kepada purata min keseluruhan item bagi guru adalah 4.65. Melalui dapatan yang diperolehi didapati bahawa PPBK Kecergasan Fizikal yang diaplikasikan dalam P&P dapat dapat menyelesaikan masalah pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru yang mengajar subjek PJK. Pendahuluan Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal dalam sistem pendidikan di Malaysia (Safani & Hamdan 2005). Dalam konteks hubungan antara pendidikan jasmani dengan pendidikan formal, pendidikan jasmani merupakan penyumbang besar kepada proses asimilasi individu ke dalam masyarakat (De Vries 1995). Pendidikan formal ialah proses di mana masyarakat melalui sekolah, universiti dan lainlain institusi pengajian akan menurunkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkumpul daripada satu generasi ke satu generasi. Sebagai salah satu dari institusi pengajian formal, subjek Pendidikan Jasmani yang diajar di sekolah turut dirangkumkan ke dalam kurikulum persekolahan. Sebagai contoh, melalui Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah telah menekan betapa pentingnya Pendidikan Jasmani perlu dijalankan di setiap sekolah (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999).Pendidikan Jasmani didefinisikan sebagai pendidikan pergerakan, pendidikan mengenai pergerakan dan pendidikan dalam pergerakan (Daucer & Pangrazi 1998). Ia merupakan satu proses bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki (Wee 1995). Pendidikan Jasmani secara sinonimnya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan fizikal manusia yang bertujuan untuk memberikan kecergasan, kekuatan, kesihatan yang baik melalui pergerakan badan yang terancang dan bersistematik sama ada secara individu atau berkumpulan. Oleh itu dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini diharap manusia mampu melaksanakan aktiviti harian yang lain dengan cergas dan ceria (Ali 1992). Melalui proses pendidikan di dalam kelas PJK akan memberikan peluang kepada pelajar untuk mencuba dan mengalami proses pembelajaran melalui penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal. Colfer et al. (1986) berpendapat PJK merupakan satu proses pembelajaran yang berorientasikan tugasan dan dapat menghasilkan kejayaan kepada sesuatu kumpulan pelajar. Oleh itu, mata pelajaran ini memerlukan satu pendekatan pengajaran yang lebih mantap supaya mampu menghasilkan proses pendidikan yang menyeluruh dan berkesan. Meskipun Pendidikan Jasmani memberi penekanan mengenai aktiviti fizikal, ia sebenarnya juga melibatkan hasil pendidikan yang tidak bercorak fizikal. Ini adalah kerana matlamat Pendidikan Jasmani adalah untuk mempengaruhi semua bahagian pembangunan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial (Jenny 1961). Sebagai contoh, antara objektif utama dalam subjek PJK adalah berdasarkan tiga domain utama iaitu domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif

(Harmon 1978; Bucher 1979; Hattie et al. 1997). Menurut Abdul Shukor (1999) Pendidikan Jasmani bukan sahaja membantu murid menjadi cergas, aktif, bahkan juga memberikan mereka pengetahuan melalui pemupukan kemahiran, nilai dan amalan kecergasan. Oleh itu, Pendidikan Jasmani bukanlah hanya pendidikan aktiviti fizikal

2. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention semata-mata, bahkan

menurut Freeman (1977), telah merumuskan Pendidikan Jasmani adalah seperti berikut: (i) Pendidikan Jasmani dikendalikan media fizikal iaitu melalui aktivitti yang agak rancak, berkait dengan pergerakan motor kasar dan kemahiran yang sederhana tinggi tahapnya.(ii)Walaupun kaedah yang digunakan bercorak fizikal, faedah yang didapati adalah lebih daripada faedah fizikal iaitu meliputi kemajuan atau perubahan di dalam perkembangan intelektual dan sosial. Penyataan Masalah Pendidikan Jasmani adalah matapelajaran wajib dalam sistem pendidikan di Malaysia, namun kepentingannya masih tidak dapat dirasai di dalam perlaksanaan matapelajaran tersebut (Wee 2004). Kajian literatur menggambarkan bahawa subjek Pendidikan Jasmani di sekolah berada dalam krisis kerana ketidakpastian fokus, status, akauntabiliti dan kegagalan bagi memenuhi kehendak pelajar (Macdonald & Brooker 1997). Oleh itu, Pendidikan Jasmani dianggap sebagai mata pelajaran yang paling terabai dan tersedikit diajar di sekolahsekolah di Malaysia (Zainun 1988; De Vries 1995; Shabeshan 1998). Ianya adalah berikutan apabila mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang sejak sekian lama telah dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah namun perlaksanaan serta pengajarannya masih kurang dari berbagai aspek (Shabeshan 1998). Desma (2001) juga mendapati matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan khususnya di peringkat sekolah menengah sedang mengalami ketidakstabilan, iaitu ia kurang diminati di kalangan pelajar. Antara masalah yang dikenal pasti ialah pengabaian subjek Pendidikian Jasmani kerana ianya tidak diuji dalam peperiksaan, kekurangan guru terlatih dalam bidang ini, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi, tiada sokongan dari sekolah dan ibu-bapa, cuaca yang tidak mengizinkan dan guru tidak jelas dengan matlamat Pendidikan Jasmani (Hamdan 2002; De Vries 1995; Abu Bakar 1987; Daud 1985; Cheah 1985). Selain itu mata pelajaran Pendidikan Jasmani juga dilihat sebagai satu subjek yang mengganggu kelancaran kurikulum di sekolah (Hamdan 2002). Masalah Pada Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Antara masalah utama dihadapi dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah masalah P&P. Guru Pendidikan Jasmani perlu mempelbagaikan strategi pengajaran mereka agar semua pelajar berminat belajar PJK. Kepelbagaian strategi pengajaran dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan membantu mereka menganggap bahawa mata pelajaran PJK sebagai satu mata

pelajaran yang menyeronokkan ketika belajar (Zamri et al. 2004). Walau bagaimanapun pendekatan tradisional iaitu gaya pengajaran rangsangan-tindak balas masih diamalkan di sekolah-sekolah di Malaysia sejak tahun 60-an lagi (Wee 1995). Pendekatan ini berbeza dengan strategi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sepertimana yang dikehendaki dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani itu sendiri, iaitu menggalakkan teknik dan gaya pembelajaran secara kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri bagi tumpuan peningkatan pelbagai kecerdasan murid (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999). Ia menjadi semakin signifikan kerana kajian yang mengkaji bagaimana pelajar belajar PJK kurang dijalankan (Zamri et al. 2004). Kebanyakan kajian dalam bidang PJK lebih menjurus kepada kajian tentang aktiviti di padang dalam pelbagai jenis permainan dan sebagainya.Dalam kajian rintis yang telah dilakukan pengkaji telah mendapati data-data yang signifikan terhadap kajian-kajian tersebut di atas. Didapati daripada sejumlah 27 orang pelajar yang disoal selidik, 85.12% daripada mereka menyatakan tidak pernah mempelajari PJK dengan menggunakan buku teks di samping keseluruhan daripada mereka (100%) menyatakan tidak pernah mempelajari subjek PJK sama ada menggunakan internet, perisian kursus mahupun apa-apa jenis media. Masalah Sikap Guru Terhadap Matapelajaran PJK Didapati guru yang mengajar subjek PJK mempunyai sikap yang lemah terhadap matapelajaran tersebut (Pusat Perkembangan Kurikulum 1997). Perkara ini dapat dibuktikan apabila satu kajian yang dibuat di sekolah-sekolah sekitar Selangor, didapati tiada format pengajaran Pendidikan Jasmani yang standard yang digunakan di sekolah yang terlibat dimana, kebanyakkan guru mengajar mengikut cara yang difikirkan sesuai oleh mereka. Pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani juga didapati longgar iaitu mengikut budi bicara guru yang melaksanakannya (Safani & Hamdan 2005). Disamping itu kebanyakan guru yang mengajar PJK disekolah juga tidak dapat mengajar kesemua jenis permainan yang perlu didedahkan kepada pelajar (Hamdan 2002). Kebiasaannya telah menjadi lazim di kebanyakan sekolah, pelajar akan dibenarkan untuk bermain sendiri (bola sepak atau bola jaring mengikut jantina) atau membuat membuat kerja sekolah di Pusat Sumber Sekolah (Hamdan 2002). Terdapat juga dari masa ke masa kelas PJK digantikan oleh kelas subjek yang lain atas sebab-sebab seperti untuk mengejar silibus, menggantikan kelas yang terganggu oleh perhimpunan pagi yang panjang, mengadakan ujian dan membersihkan kawasan sekolah (Hamdan 2002). Dalam kajian rintis yang telah dibuat oleh pengkaji terhadap pelajar-pelajar tingkatan satu, didapati guru-guru yang mengajar subjek PJK tidak mengajar sepenuhnya mengikut sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan yang merangkumi tiga tunjang 58

3. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention pembelajaran iaitu

kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Hanya 14.8% sahaja menyatakan mereka diajar topik bola sepak, 48.1% topik lari pecut dan 40.7% lagi dalam topik lontar peluru. Manakala bagi topik-topik yang lain seperti kecergasan fizikal, gimnastik artistik, gimnastik pendidikan, pergerakan kreatif dan ping pong tidak pernah diajar oleh guru kepada mereka (100%). Dalam kajian yang lain pula, Wee (2004) mendapati persepsi guru mengenai kekurangan pengetahuan dan tidak keupayaan mereka merancang pengajaran harian adalah sangat serius dalam mata pelajaran PJK. Dapatan yang diperolehi dari sejumlah 1629 orang guru PJK, 82.4% daripada mereka bersetuju bahawa mereka boleh menguruskan kelas tetapi hanya 53.7% sahaja yang bersetuju menyatakan mempunyai kebolehan mengajar PJK. Kajian juga mendapati hanya 53.2% guru yang mengajar PJK boleh mengajar kemahiran sukan, 57% daripada mereka boleh mengesan kelemahan pelajar dan 55% boleh membetulkan kelemahan. Masalah Sikap Pelajar Terhadap Matapelajaran PJK Selain dari pengajaran guru didapati pelajar-pelajar juga kurang berminat untuk belajar PJK terutamanya yang melibatkan aktiviti fizikal (Abdul Aziz 2001). Dalam satu kajian yang telah dibuat di negeri Perlis, didapati hanya terdapat beberapa orang pelajar sahaja menunjukkan minat terhadap PJK dengan menggunakan strategi pembelajaran yang bersesuaian (Zamri et al. 2004)). Kebanyakan pelajar didapati menggunakan strategi pembelajaran PJK yang kurang sesuai (Desma 2001). Dalam kajiannya, Zamri et al. (2004) mendapati pelajar aliran Sains mempunyai tanggapan bahawa subjek PJK adalah membosankan dan tidak memberi apa-apa kepada mereka jika terlibat secara aktif. Dapatan ini menunjukkan bahawa para pelajar menunjukkan sikap yang berlawanan dengan objektif yang digariskan dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Jasmani iaitu murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999). Masalah Kekurangan Guru Terlatih dalam Matapelajaran PJK Kekurangan guru berkelayakan juga merupakan masalah yang sedang dihadapi dalam perlaksanaan matapelajaran Pendidikan Jasmani. Wee (2004) menyatakan bahawa kekurangan guru PJK akan terus wujud di sekolahsekolah sedangkan di kebanyakan sekolah di Malaysia, jumlah pelajar yang perlu ditangani oleh guru Pendidikan Jasmani adalah terlalu ramai untuk P&P yang kondusif. Kesannya, tugas pengajaran Pendidikan Jasmani diagih-agihkan kepada guru-guru yang tidak mendapat sebarang latihan rasmi dan mencukupi dalam bidang Pendidikan Jasmani. Angka mereka yang tidak terlatih ini biasanya jauh lebih besar daripada guru Pendidikan Jasmani yang berkelayakan di sekolah-sekolah yang ditemuduga. Sebagai contoh, di sebuah sekolah di Selangor, nisbah guru yang bertauliah mengajar Pendidikan Jasmani ialah tiga orang berbanding sembilan belas orang

yang tidak bertauliah. Ini bermakna apabila tiada guru yang berkelayakan mengajar subjek ini, pengajaran diserahkan bulat-bulat kepada guru yang tidak berkelayakan ( Safani & Hamdan 2005). Hasil kajian Wee (2004), menunjukkan hanya 15.2% guru PJK mempunyai kelayakan dalam mengajar PJK manakala 21% tidak pernah mengajar PJK sebelum ini. Hal ini berlaku dalam proses P&P PJK di mana guru-guru yang tidak berkelayakan dibenarkan oleh pihak pentadbiran, malah diatur untuk mengajar subjek tersebut. Tinjauan melibatkan empat puluh buah sekolah di empat buah negeri di Semenanjung Malaysia mendapati nisbah guru berkelayakan kepada guru tidak berkelayakan yang mengajar PJK ialah Selangor sebanyak 2:10, Melaka, 2:7, Kelantan, 1:12 dan Pulau Pinang, 3:7 (Wee 2004). Masalah Faktor Cuaca Hamdan (2002) menyenaraikan faktor cuaca yang tidak mengizinkan adalah antara sebab pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak dapat dilakukan. Faktor cuaca yang tidak menentu seringkali menjadi penghalang kepada segala perancangan guru bagi mengajar di luar bangunan. Apabila waktu hujan pelajar biasanya akan dibawa masuk ke dalam kelas dan secara automatik buku teks Pendidikan Kesihatan akan digunakan bagi menggantikan pelajaran Pendidikan Jasmani. Keadaan ini menjejaskan minat pelajar terhadap subjek PJK (Mohd Arif & Mohd Jasmy 2002). Daripada soal selidik yang dibuat oleh pengkaji, majoriti pelajar bersetuju (100%) bahawa selama ini pelajaran PJK tidak dapat diteruskan sama ada di padang atau dalam kelas apabila cuaca hujan melanda pada hari tersebut. Tujuan Kajian i. Menganalisis PPBK Kecergasan Fizikal dalam mengatasi masalah P&P yang dihadapi dalam matapelajaran PJK. Sub tujuan ini melibatkan aspek-aspek seperti berikut: (a) Menganalisis PPBK Kecergasan Fizikal digunakan sama ada dapat menyelesaikan masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru yang mengajar subjek PJK 59

4. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention ii. Mendapatkan

perbezaan signifikan PPBK Kecergasan Fizikal semasa P&P dalam matapelajaran PJK dari sudut perbezaan jantina dan perbezaan opsyen guru. Sub tujuan ini melibatkan aspek- aspek seperti berikut: (a) Mendapatkan perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru berdasarkan penyelesaian masalah P&P PJK selepas menggunakan PPBK Kecergasan mengikut perbezaan opsyen pengajaran mereka. Persoalan Kajian i. Adakah PPBK Kecergasan Fizikal yang digunakan dapat menyelesaikan masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guruguru yang mengajar subjek PJK? ii. Adakah PPBK Kecergasan Fizikal yang digunakan mempunyai perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru berdasarkan penyelesaian masalah P&P PJK selepas menggunakan PPBK Kecergasan mengikut perbezaan opsyen pengajaran mereka. Hipotesis Kajian Dalam kajian ini, hipotesis nol yang diuji adalah seperti berikut :

Hipotesis nol 1 : Tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru mengenai penyelesaian masalah P&P dalam pengajaran PJK menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal mengikut perbezaan opsyen pengajaran. Tinjauan Kepustakaan Dalam satu kajian yang dibuat, didapati perisian interaktif menggunakan kaedah tutorial dapat membantu pelajar ballet mencapai keputusan yang tinggi dalam penulisan dan kelas praktikal tarian ballet (Fisher- Stitt 1996). Manakala Arfan (2001) dalam kajian berkenaan penggunaan multimedia dalam P&P Pendidikan Jasmani (sukan gelanggang) mendapati bahawa penerimaan responden terhadap penggunaan multmedia dalam P&P kemahiran gelanggang khasnya dikalangan pelajar adalah positif. Beliau juga mendapati bahawa dengan menggunakan perisian sewaktu P&P Pendidikan Jasmani akan merangsang pelajar bekerjasama dalam pembelajaran kooperatif. Pelajar didapati berbincang bersama rakan-rakan yang lain serta meniru pergerakan yang ditunjukkan melalui perisian (Wilkinson et al. 2000). Mohd Arif dan Mohd Jasmy (2002) menjelaskan terdapat beberapa faktor yang membantu pelajar belajar Pendidikan Jasmani dengan menggunakan perisian multimedia. Faktor-faktor tersebut termasuklah (i) Pelajar boleh mengakses sendiri mata pelajaran - Sekiranya pelajar tidak hadir semasa guru mengajar Pendidikan Jasmani pelajar masih boleh belajar sendiri tanpa mengira masa dan ketika secara berulang- ulang kali dengan menggunakan perisian. (ii) Kelas Pendidikan Jasmani boleh terus berjalan walaupun cuaca tidak mengizinkan. Faktor cuaca yang tidak menentu juga menjadi penghalang segala perancangan guru bagi mengajar di luar bangunan. Walau bagaimanapun dengan adanya perisian multimedia, guru masih boleh meneruskan pengajaran Pendidikan Jasmani dengan menggunakan bilik tayangan di sekolah. (iii)Perisian menyediakan pembelajaran yang menarik. Apabila waktu hujan pelajar biasanya akan dibawa masuk ke dalam kelas dan secara automatik buku teks Pendidikan Kesihatan akan digunakan bagi menggantikan pelajaran Pendidikan Jasmani. Keadaan ini menjejaskan minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Jasmani. Kebanyakan pelajar kurang minat untuk belajar subjek PJK kerana kaedah yang digunakan masih bersifat tradisional berbanding subjek lain seperti sains, matematik, sejarah dan sebagainya yang telah mula menggunakan multimedia dalam pembelajaran. Suasana bersifat interaktif dan berhibur antara daya tarikan terbaru dalam pengajaran dan pembelajaran Selain daripada kebaikan penggunaan perisian kepada pelajar, ia juga memberikan impak yang positif kepada guru. Mohd Arif dan Jasmy (2002) menjelaskan dalam kajian mereka bahawa, guru dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap setiap kemahiran permainan bola tampar setelah menggunakan perisian multimedia secara berulangkali. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa penggunaan perisian multimedia mampu mengubah gaya pengajaran seorang guru Pendidikan Jasmani dalam meningkatkan lagi kemahiran permainan bola tampar

mereka. Googin et al. (1997) juga mendapati guru pelatih juga mendapat manfaat dari penggunaan perisian dalam subjek PJK. Mereka boleh memahirkan pelbagai gaya pengajaran melalui kombinasi pelbagai kaedah pengajaran seperti bimbingan rakan rakan sebaya, pemantauan guru pakar, main peranan, pengajaran pita video, penyelidikan dan lain-lain lagi. Selain dari itu, kajian ini juga mendapati bahawa dengan menggunakan pengajaran berasaskan teknologi komputer telah membantu guru-guru pelatih tersebut mengajar dengan baik dengan pemantauan yang minima oleh pihak fakulti. Selain itu Mohd Arif dan Mohd Jasmy (2002) mendapati perisian multimedia ini akan dapat mengatasi masalah guru PJK untuk menghabiskan sukatan pelajaran tersebut. Perkara ini disebabkan kebanyakan guru yang mengajar PJK disekolah tidak dapat mengajar kesemua jenis permainan yang perlu didedahkan kepada pelajar. 60

Anda mungkin juga menyukai