Anda di halaman 1dari 10

mahupun

kacang

panjang.

Pegaga

Pegaga biasanya tumbuh melata di keliling rumah. Namun tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya vitamin A dan C serta zat besi sering dijadikan sayur-sayuran rasmi untuk wanita ketika berpantang.

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.

Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Ini sebabnya ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal. Masalah keputihan biasanya dialami wanita yang mempunyai anak. Caranya, minum air rebusan pegaga yang dicampurkan secubit sedikit garam. Amalkan minum air rebusan ini dua kali sehari.

Orang tua-tua percaya, akar pegaga juga banyak khasiatnya. Amalan minum air rebusan akar

pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis.

Timun

Seorang saintis tempatan mengesyorkan supaya makan empulur (isi timun) setiap hari untuk awet muda. Rawatan tradisional Cina menggunakan timun sebagai makanan kesihatan, khususnya untuk menyingkirkan bahan toksik dari badan.

Amalan makan timun juga boleh mengatasi masalah sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk. Mengamalkan minum jus timun segar juga dipercayai dapat membantu merendahkan tekanan darah.

Ada juga petua menyarankan individu yang mahu mengurangkan berat badan supaya minum jus timun dua gelas sehari, di samping bersenam dan mengawal pemakanan.

Timun juga sebenarnya boleh menambah selera makan dan ia baik untuk diambil individu yang mengalami masalah terlalu kurus, tiada selera atau kurang berat badan.

Timun juga menjadi bahan asas kepada pelbagai produk kecantikan. Secara tradisionalnya, hirisan timun boleh dijadikan pencuci muka dan membuatkan kulit lembut, licin dan sentiasa lembap; sesuai diamalkan individu yang mengalami masalah kulit berminyak.

Cekur

Ia adalah ulam yang biasa tetapi jarang mendapat perhatian. Ulam daripada keluarga halia ini mempunyai banyak khasiat, khususnya untuk mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam.

Selain dimakan mentah, hirisan akarnya boleh dijadikan perencah untuk menaikkan rasa masakan. Ia juga mempunyai bahan antibakteria, antifungus dan antikeradangan.

Kunyit

muda

Walaupun rasanya kurang disenangi, kunyit muda sangat berkhasiat untuk dijadikan ulam.

Kajian dijalankan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati, kunyit mengandungi curcumin yang memberikan warna kuning jingga berpotensi untuk merawat barah.

Kunyit juga mengandungi banyak bahan antioksida yang lebih baik berbanding vitamin C dan E, ia mampu melindungi sistem kardiovaskular, merendahkan kadar kolesterol dalam darah dan merawat demam kuning.

Perubatan tradisional Melayu menggunakan pati kunyit yang diberikan kepada wanita selepas bersalin untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mengecutkan rahim.

Petai

Walaupun mempunyai bau kuat, ia menjadi kegemaran ramai, sama ada dimakan mentah atau dimasak bersama sambal tumis. Sebenarnya pucuk petai juga boleh dijadikan ulam dan ia dikatakan baik untuk membantu mengawal penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Pucuk

kaduk

Pucuk kaduk biasanya lebih kerap dijadikan bahan perasa masakan, tetapi ia juga boleh dimakan mentah. Ia dipercayai boleh menguatkan tulang dan rebusan daun kaduk dijadikan ubat melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.

Pucuk

gajus

Rasanya yang masam menjadikan ulam ini sangat istimewa. Pucuk gajus dipercayai boleh mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah. Daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat

untuk

kulit

melecur

atau

penyakit

kulit

lain.

Lobak

merah

Jarang kita jadikan lobak merah sebagai ulam harian kerana ia biasanya dicampur dalam salad. Lobak merah kaya vitamin A dan mineral seperti kalium, magnesium, fosforus dan sulfur.

Ia baik untuk mengatasi masalah rabun malam akibat kekurangan vitamin A dan kandungan serat tinggi dapat memperbaiki gangguan saluran usus.

Mengkudu

Pucuk mengkudu biasanya dimasak atau dicelur untuk dijadikan perencah urap dan pecal. Ia kaya dengan beta karoten dan zat besi yang baik digunakan untuk mengatasi masalah kurang darah.

Buah mengkudu masak pula mengandungi bahan antiseptik berfungsi melegakan kesakitan, bahan antioksida, merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan daya ketahanan badan.

Jering

Walaupun berbau kuat, jering mempunyai khasiat perubatan tinggi. Ia kaya protein, karbohidrat dan serat yang mampu mengubati penyakit kencing manis.

Kredit kepada http://www.ipislam.edu.my P OS TED BY J UE AT 11: 50: 00 P G LA BE LS : KHAS IA T TUMBUH -TUM BU HAN

20 Mar, 2012 Khasiat Salad Posted by: admin In: @Makanan Kesihatan

Salad atau nama saintifiknya Lactuca sativa merupakan sejenis sayur yang popular dijadikan ulam-ulaman disebabkan rasanya yang enak dan rangup. Selain itu, sayur salad juga boleh dicelur, digoreng, dan di buat sup.

Salad mempunyai pelbagai jenis varieti yang dicirikan melalui bentuk, warna, susunan daun dan saiz daun. Kebiasaannya salad di tanam secara biji benih.

Dari segi khasiat perubatan, air rebusan salad diminum bagi mengeluarkan angin dalam perut dan usus serta melawaskan buang air besar. Dari segi nilai nutrisi, ia dikatakan mempunyai banyak perbezaan mengikut jenis varieti.

17 Aug, 2012 Khasiat Bawang Putih Posted by: admin In: @Makanan Kesihatan

Bawang putih atau nama saintifiknya Allium Sativum sememangnya terkenal dalam dunia perubatan kerana mengandungi pelbagai khasiat. Dalam bahasa Inggeris bawang putih disebutgarlic. Mengikut rujukan daripada encyclopedia nama garlic itu berasal daripada perkataan Anglosaxon gar-leac bermaksud pokok lembing. Nama ini sesuai dengan bentuk daun bawang garlic yang panjangnya sehingga 15 sentimeter (6 inci).

Daun bawang putih ini tumbuh daripada ubi atau cloves. 7 hingga 8 clove terkumpul menjadi satu bulb yang diselaputi oleh kulit yang nipis seolah-olah macam kertas. Pada hari ini bawang putih dijual di merata-rata kedai dan farmasi dalam bentuk kapsul. Kajian sains telah menunjukkan bahawabawang putih mempunyai dua fungsi penting. Pertama, sebagaimakanan dan kedua sebagai penawar dan penahan penyakit-penyakit khususnya penyakit jantung dan penyakit jangkitan bakteria, virus mahu pun kulat. Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bawang putih berkemampuan melawan lebih banyak jenis bakteria; virus dan kulat daripada antibiotik sungguhpun tindakannya tidak sekuat antibiotik. Bawang putih boleh dimakan dalam bentuk kapsul untuk jangkitan mulut, kerongkong, batuk, selesema, bronchitis, cirit-birit, jangkitan kulit dan jangkitan air kencing. Bagi mendapat manfaat yang terbaik, bawang putih mestilah dimakan sebagai salah

satu daripada tindakan yang bersepadu; penjagaan kesihatan diri seperti latihan jasmani serta pemakanan yang seimbang. Apakah yang ada di dalam bawang putih hingga membolehkan ia menjadi penawar yang begitu mujarab? Ahli sains telah dapat mengesan bahawa bawang putih mengandungi sulfur sejenis kimia dalam bentuk yang natural yang boleh melawan bakteria, kulat dan virus. Bawang putih juga mengandungi sejenis bahan yang diberi namaAllicin. Allicin inilah yang memberi bau pada bawang putih yang tentu sekali semua telah mengenalinya. Bau ini hanya keluar apabilabawang putih dipecah atau ditumbuk. Allicin juga yang mengeluarkan bau bawang putih kerana Allicin akan menjadi beberapa campuran yang bercampur dengan sulfur menjadi sulphide. Oleh itu, elok sekali kita mengamalkan makan bawang putih sebagai ulam atau digunakan untuk memasak sayur. Kadangkala ada juga sesetengah orang yang membakar bawang putih dan memakannya seperti makanan-makanan lain. Penulis sendiri suka melebihkan penggunaan bawang putih dalam masakan terutama dalam masakan sayur-sayuran.

Anda mungkin juga menyukai