Anda di halaman 1dari 13

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 2/1

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM :
Mengetahui jenis sel dan bateri serta bekalan AT dan AU. Mengaplikasikan sambungan sel.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini pelajar akan dapat : Menyenaraikan jenis sel dan bateri

serta bekalan AT dan AU. Melakarkan gambarajah dan menyambung sel sesiri, selari dan siri-selari.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 2/2

2.1 JENIS SEL DAN BATERI


Terdapat pelbagai jenis sel kimia yang digunakan dalam kehidupan seharian. Antara sel dan bateri yang digunakan terbahagi 2 iaitu sel primer dan sel sekunder. 2.1.1 Sel primer

Sel kimia yang tidak boleh dicas semula apabila telah kehabisan cas dikenal sebagai sel primer. Antara sel primer ini ialah Sel kering Sel alkali Sel merkuri
Rajah 2.1 Sel primer

2.1.2

Sel sekunder

Sel kimia yang boleh dicas semula dikenal sebagai sel sekunder. Antara sel sekunder ialah Akumulator Asid-plumbum Sel nikel-kadmium Sel solar

Rajah 2.2 Sel sekunder

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 2/3

Terdapat 6 jenis sel dan bateri yang tersembunyi di bawah. Anda dikehendaki mencari 6 jenis sel dan bateri ini.

S F H W A L E Y Y G J E L U H O D U K S R F K G E Y H A M E F M L D K H D B X T A S F V F B F D N F K J S J K G L G R A T O U K J D Y N I K L E E R L L W C F R

S R F P E R L A F H S K Y E A H

V M G W F D S H H Q K U I H F N G L R K H G G D E O L K N C T U

L A G K M R V D G X U S I A I T

A L K A L I A F J K G D E D A S

Y D L S Z A R M H G S G V H D D D C N K N J N K G B H C V S C C F X D H N G K M I U B G G H D J

C Z D J D Y A D S K I G D Q P A L A U G M K B T U E M W F Y J X

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 2/4

2.2 SAMBUNGAN SEL


2.2.1 Sel siri

Terminal positif satu sel disambung ke terminal negatif yang yang berikut seperti rajah 2.3. Jika d.g.e satu sel ialah 1.2 volt dan empat sel disambung siri jumlah d.g.e, E ialah 1.2 x 4 = 4.8 volt. Perhatikan voltan telah naik 4 kali keupayaan bateri untuk menghasilkan arus adalah sama dengan satu sel.

Rajah 2.3 Sambungan siri 4 sel

Contoh 2-1
1.5 V 1.5 V 1.5 V 1.5 V 1.5 V

Rajah 2.4

Berdasarkan rajah 2.4, kirakan jumlah d.g.e. Penyelesaian : E = 1.5 x 5 = 7.5 V


NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 2/5

2.2.2

Sel selari

Terminal positif satu sel disambung ke terminal positif sel yang berikut dalam selari seperti rajah 2.5. Jika d.g.e satu sel ialah 1.2 volt, jumlah voltan melintangi bateri adalah sama dengan satu sel saja iaitu masih 1.2 volt. Walaupun voltan tidak naik tetapi bateri tahan lama disebabkan arus adalah daripada kesemua sel bukan hanya satu sel sahaja.

Rajah 2.5

Sambungan selari 4 sel

Contoh 2-2

1.5 V

1.5 V

1.5 V

1.5 V

Rajah 2.6

Berdasarkan rajah 2.6, kirakan jumlah d.g.e. Penyelesaian : E = 1.5 V

2.2.3

Sel siri-selari

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 2/6

Ini adalah gabungan antara bateri siri dan selari seperti rajah 2.5. Jika d.g.e satu sel ialah 1.2 volt, dua sel siri disambung secara selari dengan dua sel siri. Jumlah d.g.e E ialah 1.2 x 2 = 2.4 volt Perhatikan voltan telah naik sebanyak 2 kali keupayaan untuk menghasilkan arus juga 2 kali keupayaan.

Rajah 2.7 Sambungan sel siri-selari

Contoh 2-3
2.4 V 2.4 V 2.4 V

2.4 V

2.4 V

2.4 V

Rajah 2.8

Penyelesaian : E1 = 2.4 x 3 = 7.2 V Disebabkan dua sel selari, oleh itu E = 7.2 V

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 2/7

a) Berdasarkan rajah 2.9, tentukan jumlah d.g.e.


1.5 V 1.5 V 1.5 V 1.5 V

Adakah anda faham Input 2A diatas? Kalau faham, mari kita cuba Aktiviti 2A ini pula.

Rajah 2.9

b) Berdasarkan rajah 2.10, tentukan jumlah d.g.e.

1.4 V

1.4 V

1.4 V

1.4 V

Rajah 2.10

c) Berdasarkan rajah 2.11, tentukan jumlah d.g.e.


1.5 V 1.5 V 1.5 V

1.5 V

1.5 V

1.5 V

Rajah 2.11

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 2/8

AMALI MAKMAL 2.1 : Menyambung Dan Membaca Meter Ampere Dan Meter Volt Dalam Litar Sel Sesiri, Selari dan Siri-Selari. 1. Semua kerja amali makmal hendaklah dijalankan di bawah pengawasan pensyarah modul.

2. Dapatkan lembaran kerja dari pensyarah modul. 3. Laksanakan amali seperti yang ditunjukkan dalam lembaran kerja.

Mari kita rehatkan minda dengan amali ini

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 2/9

2.3 JENIS BEKALAN AT DAN AU


2.3.1 Bekalan AT

Arus yang mengalir dalam sesuatu litar pada satu arah sahaja dinamakan arus terus (AT). Arus terus diperoleh daripada sumber seperti bateri, sel suria dan penjana arus terus. Kebaikan bekalan AT ialah ia boleh dibawa ke mana-mana dan dicas semula apabila kehabisan cas.

Arus

Rajah 2.12 Arus Terus

2.3.2

Bekalan AU

Arus ulang-alik (AU) ialah arus yang sentiasa berubah arah pengalirannya mengikut perubahan kutub sumber bekalan. Penjanaan arus ulang-alik merupakan sumber utama bekalan tenaga elektrik di Malaysia. Arus ulang-alik dijana di stesen janakuasa.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 2/10

Kebaikan bekalan AU ialah arusnya boleh dinaikkan dan diturunkan.

Contoh bekalan AU ialah bekalan elektrik di rumah kediaman.


Bentuk sinus amplitud

tempoh

Rajah 2.13 Arus ulang-alik

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 2/11

Ayuh kita menjawab soalan

Tandakan bagi jawapan yang betul dan bagi jawapan yang salah pada kenyataan di bawah.

AU ialah arus yang sentiasa berubah arah pengalirannya. AU memperolehi sumber daripada bateri dan penjana. AU tidak boleh diperbaharui. AT memperolehi sumber daripada stesen janakuasa. AT mengalir dalam litar dalam satu arah sahaja.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 2/12

SEL PRIMER Tidak boleh dicas semula

JENIS SEL DAN BATERI

SEL SEKUNDER Boleh dicas semula

Sel sesiri
Voltan berbeza Arus sama

SAMBUNGAN SEL

Sel selari
Voltan sama Arus berbeza

Sel siri-selari
Voltan dan arus berbeza

BEKALAN AT Sel primer Sel sekunder

JENIS BEKALAN AT DAN AU

BEKALAN AU Bekalan elektrik rumah kediaman.

NAM/KKJU/2012

PRINSIP ELEKTRIK

STE 1122/UNIT 2/13

UNIT 2
Cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. PENILAIAN 2-1

a) Takrifkan jenis-jenis sel di bawah ini i. Sel primer ii. Sel sekunder b) Nyatakan takrifan bekalan elektrik berikut. i. Bekalan AT ii. Bekalan AU c) Lakarkan sambungan sel dibawah. i. 3 sel disambung secara bersiri ii. 4 sel disambung secara selari iii. 2 sel sesiri disambung secara selari dengan 2 sel sesiri.

NAM/KKJU/2012

Anda mungkin juga menyukai