Anda di halaman 1dari 2

BINCANGKAN IDEA DAN STRATEGI PERANG LIDDELL HART PENGENALAN : Sir Basil Henry Liddell Hart merupakan seorang

tentera inggeris, sejarawan ketenteraan, dan theorists perang ternama di Inggris. Beliau dilahirkan di Paris pada 31 Oktober 1895. Beliau telah menyertai Tentara Inggris dalam Perang Dunia I. Liddell Hart menjadi pendukung utama penggunaan tank sebagai kekuatan serangan utama untuk menembusi ke kawasan atau sempadan musuh. Buku-bukunya termasuk The Real War, 1914-1918 (1930), Foch, The Man of Orleans (1931) dan A History of the World War (1934). Pasca-Perang Dunia II beliau telah mewawancara beberapa jeneral terkemuka Jerman, termasuk von Tippelskirch dan Heinrich untuk mengumpulkan bahan dan meterial untuk bukunya The Other Side of the Hill dan German Generals Talk. Liddell Hart telah merumuskan pelbagai teori perang seperti indirect approach, pertahanan elastis, limited war, dan pengaruh teknologi atas kemenangan perang. IDEA DAN STRATEGI PERANG LIDDELL HART Limited war
Teori limited war Liddell Hart terkait dengan teori indirect approach-nya. Ia percaya bahawa nilai dari pertempuran merupakan pengorbanan yang tak perlu dan didasarkan atas prinsip yang tak waras. Menggunakan contoh kemenangan Helmuth Von Moltke di Sedan pada1870. Liddell Hart menyatakan bahwa ada banyak contoh negatif untuk membuktikan bahawa penaklukan kekuatan utama musuh tak sama dengan kemenangan. Ia juga mengungkapkan bahawa usaha-usaha untuk mencapai suatu tujuan dengan mudah membawa kepada perang dengan cara-cara tak terbatas, di mana sang pelaku tak mengetahui bila harus berhenti. Dalam kes-kes perang yang terjadi

sekarang, limited war dilihat relevan. Kerosakan dua Perang Dunia dan kemungkinan bencana pada perang ketiga menjadi aspek yang perlu ditangani. Contohnya senjata nuclear dapat menghancurkan center of gravity musuh dalam satu serangan sahaja, menjadi satusatunya senjata yang dikembangkan pada masa Perang Dingin dan tetap ada hingga sekarang dilihat hanya digunakan sekali dalam sejarah, iaitu serangan Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki.

Teknologi Liddell Hart mengungkapkan bahawa teknologi mempengaruhi serangan atau pertahanan. Pemikiran ini menjadi pelopor revolutions in military affairs (RMA). beliau berpendapat bahawa stalemate (kebuntuan) terjadi karena tidak ada yang mahu mengorbankan pasukan besar dengan melintasi parit di medan peperangan. Dia melihat kehadiran tank (kereta berperisai) mengubah peperangan, tank mengubah offensive (serangan) menjadi unggul. (Namun, dalam hal ini Liddell Hart tidak deterministik. beliau beranggapan teknologi harus terserap ke dalam way of warfare atau teknologi tidak akan mengubah offensive-defensive secara signifikan.) Sehingga, Liddell Hart menjadi pendukung utama penggunaan tank sebagai kekuatan serangan utama untuk menembusi dalam ke kawasan musuh dan memotong tentara musuh. Namun perkembangan era perang dingin memperlihatkan ketidakrelivanan teori ini. Contohnya yang paling besar iaitu perang Vietnam. Persenjataan dan strategi yang dimiliki Amerika Syarikat jauh lebih hebat daripada Vietnam utara dan Tentera Amerika Syarikat menggunakan berbagai jenis senjata sampai dengan yang paling mutakhir. Namun, mereka menggunakan strategi yang salah semasa berhadapan gerila Viet Cong

Anda mungkin juga menyukai