Anda di halaman 1dari 56

PLANET

SURIYA BINTI ABDUL GHANI

ASAL USUL PLANET


Pengetahuan mengenai alam semesta bermula 2 kurun yang lalu. Begitu juga dengan pengetahuan mengenai planet. Terdapat 2 teori utama berkenaan dengan pembentukkan planet. 1) Teori Malapetaka (Chaotic Theory) - Ia menyatakan yang planet terbentuk dari sesuatu yang tidak tentu kejadiannya. 2) Teori Beransur ansur - Planet terbentuk secara semulajadi dengan matahari.

Selepas perang dunia kedua, ahli-ahli astronomi mula menerima teori kedua.

PEMBENTUKAN PLANET
Terdapat 3 peringkat utama dalam pembentukkan planet adalah seperti berikut. PLANETISIMAL ------> PROTOPLANET ------> PLANET Planetesimal pada mulanya adalah manik-manik atau butirbutir kecil jirim pepejal di angkasa. 'Proses pemeluwapan'(condensation) kemudiannya berlaku. Proses ini ialah proses pembesaran manik-manik jirim. Ia berlaku dengan mengumpul atom-atom molekul gas yang berada disekelilingnya dan membentuk planetesimal.

Selepas planetesimal cukup besar, proses pemeluwapan berhenti. 'Proses penambahan'(accretion) kemudian nya berlaku. Proses ini disebabkan oleh tarikan graviti dan juga oleh permukaan yang berelektrostatik yang akan menarik manik-manik lagi dan menambahkan lagi saiz planetesimal. Proses ini berterusan sehingga protoplanet terbentuk. Bila diameter planetesimal lebih besar dari 100km, baru ia boleh dianggap protoplanet.

Protoplanet terjadi bila planetesimalplanetesimal berlanggar dan bergeser antara satu sama lain pada halaju orbit(67000mph). Perlanggaran dan pergeseran menghasilkan serpihan-serpihan dan serpihan-serpihan ini akan bercantum dan membesar dan terbentuklah protoplanet. Bila terjadi protoplanet, ia akan mempunyai gravitinya sendiri dan dapat menarik banyak lagi serpihan-serpihan dan juga gas nebula asli(hidrogen dan helium) dan terhasillah atmosfera primitif(mengandungi gas hidrogen dan helium). Pembesaran protoplanet melalui 'proses pembezaan'(differentiation) akan membentuk planet

KATEGORI PLANET
Planet terestrial (atau planet berbatu): Planet (dan mungkin planet kerdil) yang serupa dengan Bumi terdiri daripada batu-batu dan logam: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh. Planetplanet ini wujud berhampiran dengan matahari, dan berada di dalam lingkaran asteroid. Jika planet kerdil diambil kira, Ceres juga termasuk di sini. Gergasi gas (atau planet Jovian): Planet yang terbentuk dari gasgas dan jauh lebih besar dari planet berbatu: Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun. Gergasi ais termasuk dalam kelas ini, gas hidrogen dan heliumnya lebih banyak dalam bentuk ais dan batu. Kerdil ais (atau 'objek Pluton'): Objek yang tidak sebesar planet dan terdiri dari ais. Planet kerdil Pluto dan Eris termasuk dalam kelas ini. Kumpulan ini terletak di dalam Lingkaran Kuiper

UTARID

Planet Utarid ialah sebuah planet berkawah yang tidak mengandungi udara dengan saiz 1/3 diameter bumi, iaitu hampir sama dengan saiz bulan. Ia dpengaruhi tekanan pasang-surut (tidal force). Selain daripada itu, suhu pada permukaan planet ini panas. Pada waktu siang suhunya mencecah sehingga 700K (427c), manakala suhu pada waktu malamnya pula ialah 100K (-173c). Suhu yang melampau ini menyebabkan planet itu tidak dapat mengekalkan atmosferanya. Melalui pemeriksaan spektrum, terdapat sisa-sisa hidrogen, helium, oksigen, potassium dan sodium. Unsur-unsur ini telah dibawa oleh angin suria (solar wind). Selain itu, permukaan planet (kerak) itu ialah permukaan yang berbatu yang dipenuhi oleh kawahkawah (craters) yang berbagai saiz.

Dalam penjelajahan Pioneer 10 ke planet itu,satu lembah yng panas yang dinamakan caloris (haba) telah dijumpai. Lembah ini terletak di sebelah utara dan selatan, iaitu pada perihelion yang berselang-seli. Perihelion ialah kawasan yang paling dekat dengan matahari, manakala adhelion pula ialah kawasan yang paling jauh dengan matahari. Lembah caloris ini ialah lembah gergasi yang terhasil daripada kesan hentaman (1300 km) yang kuat. Semasa hentaman itu berlaku, satu gelombang seismik akn wujud dan menghasilkan lembah. Di dalam lembah ini pula terdapat bulatan-bulatan lain dan gunung yang setinggi 3 km. Sebahagian dari lembah ini diisi dengan belerang.

Daripada gambar foto yang diperolehi dari mariner, terdapat satu corak (pattern) di permukaan Utarid yang tidak terdapat di permukaan bulan. Corak ini dipanggil Lobate scarps iaitu satu lengkungan curam yang besar yang wujud selepas kewujudan caloris. Ia terbentuk akibat proses penyejatan dan penyejukan yang terjadi diplanet ini dengan ketinggian 3 km dan panjang beratus-ratus kilometer.

Mengikut pengiraan, planet Utarid adalah 60% lebih tumpat daripada bulan. Disebabkan oleh permukaannya yang berbatu, terasnya mestilah besar dan tumpat seperti logam. Haba di planet ini cepat hilang kerana saiznya yang kecil. Terdapat juga medan magnet diplanet ini, iaitu wujud besi lebur teras. Besi yang lebur itu bercampur dengan sulfur dan ini menahannya dari membeku. Asasnya, teras planet ini lebih besar berbanding kerak dan mantelnya.

Planet ini bersaiz kecil, tetapi tumpat dan panas. Saiznya yang kecil disebabkan oleh kandungan bahan pepejal nebula suria berdekatan matahari dan kebanyakan bahan itu adalah logam.

ZUHRAH

Planet Zuhrah dan Bumi dikatakan kembar, tetapi terdapat begitu banyak perbezaan antara keduanya. Hampir 95% saiz Zuhrah hampir dengan Bumi. Komposisinya juga dipercayai sama dengan Bumi. Secara kasar, 36 kapal angkasa telah melawat planet ini dan mendapati planet ini tidak mempunyai medan magnet. Planet Zuhrah berputar sebanyak 243 hari mengelilingi matahari. Saintis percaya planet ini mempunyai udara yang nyaman walaupun atmosferanya berawan, kering, panas dan bergunung berapi.

Melalui spectra yang diterima dari kapal angkasa, atmosfera Zuhrah mengandungi 96%karbon dioksida, 3.5% nitrogen dan 0.5% wap air, argon, asid sulfurik, asid hidroklorik dan HF. Atmosferanya yang ditutupi dengan awan tebal,mengandungi titisan asid sulfuric dan hablur sulfur mikroskopik. Maka permukaannya tidak dapat dilihat.

Ia berputar selama 243 hari mengelilingi matahari. Terdapat proses pembezaan diplanet ini kerana tiada medan magnet yang menyebabkan tiada cairan logam yang panas. Atmosferanya yang panas menyebabkan keraknya menjadi lembut dan menggalakkan letupan gunung berapi. Apabila letupan gunung berapi terjadi, terasnya akan menjadi sejuk. Permukaan planet ini berkawah disebabkan oleh atmosferanya yang tebal. Oleh itu meteriod dan asteroid yang kecil akan dihancurkan sebelum sampai ke permukaan. Dipercayai usia kawahkawah ini lebih tua dari yang yang terdapat di bumi, tetapi lebih muda dari yang terdapat di bulan. Akibat dari letupan gunung berapi, banjir lava sering terjadi.

BUMI

Rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu, dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.

Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Angin Suria terdiri daripada zarah bertenaga tinggi (~ 500 keV) yang bergerak beratus kilometer sesaat dan dipancar oleh matahari. Zarah-zarah itu terdiri daripada elektron, proton, dan zarah alpha. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.

Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70 C sehingga 55 C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.

Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500 C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal.

Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter, dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.

MARIKH

Planet yang bersaiz sederhana ini mempunyai diameter 2 kali lebih besar dari bulan, tetapi 53% diameter Bumi. Saiznya yang kecil menyebabkan ia dapat menyejuk dengan cepat. Kebanyakan atmosferanya bocor dan ianya hanya 1% tumpat dari Bumi. Waktu di Marikh hampir sama dengan Bumi iaitu 1 harinya bersamaan dengan 24 jam 40 minit di bumi, manakala 1 tahunnya pula adalah hampir 2 tahun di Bumi (1.88 tahun). Kecondongannya pula adalah 24 darjah iaitu hampir sama dengan kecondongan Bumi yang 23.5 darjah. Planet Marikh mengalami 4 musim. Dibahagian kutubnya terdapat topi salji (white cap).Semasa musim sejuk , white cap akan mengembang dan pada musim panas ia akan mengecut.

Atmosfera Marikh Tekanan atmosfera planet Marikh adalah rendah. Ini menyebabkan air boleh mendidih di permukaan planet ini. Jika manusia berada di planet Marikh, darah manusia boleh mendidih akibat dari haba badan. Udara di planet ini nipis tetapi terlampau tumpat. Angin di Marikh akan mengutip debu di permukaan bila berlaku ribut dan membawanya ke atmosfera. Oleh sebab itu kita boleh melihat marikh berwarna merah (debu merah). Para saintis percaya wujud oksida besi (FeO) di planet itu. Ini di buktikan oleh permukan tanahnya yang berwarna merah. Ini juga membuktikan oksigen di planet ini terantai. Gas-gas dalam planet ini hampir semuanya out-gassed (keluar dari dalam planet ini). Ini terjadi semasa planet ini muda. Saiznya yang kecil menyebabkan planet Marikh cepat menyejuk dan melepas gas-gas yang keluar dari dalam planet ini.

Air Di Marikh
Pada hari ini, hasil tinjauan mendapati tiada kesan wujudnya air di Marikh. Tetapi, terdapat dua hakisan pada permukaan planet ini. Ini mencadangkan pada suatu masa dahulu terdapat terusan air dan juga kehidupan di planet Marikh.

Batu-batu dari planet marikh yang jatuh ke bumi (sepihan hasil hentaman meteor ke atas marikh yang terpelantun ke bumi) di namakan Basalt. Didapati dalam batu Basalt ini mengandungi unsur air (1.4%). Namun tidak dapat di kenalpasti berapa peratus air pada Basalt yang telah mengewap ke udara atau meresap ke dalam tanah.

Bulan Di Marikh Terdapat dua sahaja bulan di Marikh, iaitu Phobos (28kmx20km), dan Deimos (12km). Kedua-dua bulan ini terikat dengan planet Marikh ekoran daripada daya pasang surut (tidal forces). Kedua-dua bulan ini sebenarnya ialah asteroid yang melalui Marikh dan tertangkap oleh daya gravity Marikh (pasang surut). Bulan-bulan ini mempunyai permukaan berkawah dan berwarna gelap (albedo). Densitinya ialah 2gram/cm padu. Kesemua ciri di atas adalah menyerupai ciri-ciri asteroid. Mereka tidak dapat menarik antara satu sama lain untuk membentuk bulat kerana daya gravitinya di sebabkan densitinya yang rendah.

Pada Phobos, terdapat calahan-celahan genting yang selari selebar 150m dan sedalam 25m. Celahan-celahan itu bersebelahan kawah-kawah besar (stickney). Terdapat teori yang mencadangkan celahan-celahan itu adalah rekahanrekahan dalaman. Kawasan tanpa corak pada bulan phobos adalah hasil daripada hasil gelombang-gelombang seismik. Deimos pula tidak mempunyai celahan-celahan dan licin. Sebenarnya ia mempunyai celahan, tetapi debu yang tebal telah mengisi permukaannya. Debu yang terdapat padanya adalah disebabkan oleh graviti dan ianya jauh dari marikh. Terdapat 3 prinsip yang menyatakan bahawa o Pertama, setengah bulan-bulan didunia adalah berasal dari asteroid. o Kedua, satelit atau bulan yang kecil berbentuk tidak seragam dan penuh dengan kawah. o Ketiga, terdapat daya-daya pasang-surut.

MUSYTARI

Planet Musytari adalah planet yang terbesar dan mempunyai paling banyak jisim. Planet ini mungandungi 71% semua jirim di bumi dan ketumpatan di Musytari adalah 1/3 lebih besar dari air. Secara kasarnya, bumi adalah 4 kali lebih tumpat dari Musytari. Ini berdasarkan komposisi Musytari yang mengandungi hidrogan dan Helium. Pada permukaan dalamnya pula terdapat kandungan hidrogen cecair dan di dalam terasnya terdapat kandungan unsur-unsur berat seperti batu, besi,nikel dan silikon. Suhu pada permukaannya adalah sangat tinggi iaitu 4 kali ganda lebih dari suhu di permukaan matahari. Selain itu tekanannya juga tinggi. Ia dapat memancarkan 2 kali tenaga yang diserap dari matahari dan haba yang masih tinggal dan terpendam semasa pembentukannya. Di Musytari, tidak terdapat lautan. Ini disebabkan tapak atmosferanya terlampau panas dan tekanan nya tinggi. Oleh sebab itu tidak nampak perbezaan diantara gas dan cecair.

Musytari mempunyai gelang tetapi ianya tidak dapat dilihat dari bumi. Gambar gelang pertama diambil oleh Voyager 1 pada tahun 1979. Ketebalan gelang itu ialah kurang daripada 30km tebalnya. Ia berkembang sejauh 1.81 kali jejari musytari. Gelang yang terdapat di Musytari 100 kali ganda legap dari gelang yang terdapat di Zuhal. Ia agak rapuh dan ia terdiri dari bahan 'silicate dan bukan dari ais seperti di Zuhal.

Bulan Musytari Semuanya 16 buah. Kebanyakan bulan-bulan di musytari adalah kecil. Terdapat 4 bulan utama terbesar. Bulan-bulan terbesar ini dipanggil 'Galilean'(berdasarkan orang yang menemuinya - Galileo). Callisto - bulan terluar, mempunyai ketumpatan yang rendah, 1/2 dari saiz bumi, permukaannya nampak purba dan gelap dan berais, dan ianya berkawah. Ganymede - berketumpatan rendah, punyai ais, berkawah dan mempunyai garisan-garisan selari. Europa - lebih aktif dari Ganymede, berketumpatan tinggi dari Ganymede, mengandungi batu dengan mantel dan kerak nya berisi air dan tiada kawah. Io - Paling hampir dengan planet, paling aktif, punyai teras logam yang besar, permukaan berbatu dan keraknya berais.

ZUHAL

Planet Zuhal merupakan planet yang paling cantik sekali. Jika dilihat dari bumi, ia kelihatan kabur sebab terdapat jalur pada nya. Angin yang bertiup diplanet ini 3 kali ganda lebih kuat dari angin yang bertiup di Musytari. Di Zuhal, terdapat peredaran jalur. Terdapat 2 jenis jalur, zon terang dan zon gelap. Zon terang mempunyai suhu yang lebih tinggi. Musytari nampak kabur kerana atmosferanya berisi dengan gas metana. Ketumpatan Zuhal kurang dari bumi. Dan ini mencadangkan yang Zuhal sama dengan Musytari.

Atmosfera planet ini kaya dengan gas hidrogen dan helium. Gas-gas ini tak dapat membebaskan diri dari planet kerana planet Zuhal sejuk dan gravitinya amat kuat. Suhu yang sejuk membuatkan atom-atom hidrogen dan helium tidak dapat bergerak kerana kurang tenaga. Itulah sebabnya planet-planet Jovian dipanggil planet primitif kerana masih mengekal kan gas hidrogen dan helium. Teras Zuhal agak kecil dan mengandungi unsur-unsur berat seperti Ferum dan Magneseium.

Gelang Zuhal Zuhal mempunyai beribu juta gelang. Semuanya berada dipusat khatulistiwa. Gelang-gelang nya terbahagi kepada banyak lapisan dan dan dibahagikan dengan pembahagi 'Cassini'. Gelang-gelang nya dibuat dari lapisan 'Ringlets'. Sesetengahnya sempit dan sesetengahnya lebar. Jika dilihat dari bumi, kita hanya dapat melihat 3 gelang utama. Terdapat 20 bulan didalam gelang nya. Bulan-bulan nya diperbuat dari ais dan batu. Bulan yang terbesar di planet Zuhal dipanggil Titan. Ianya lebih besar dari planet Utarid dan sangat sejuk. Suhunya mencapai -179 darjah selsius.

Sejarah Zuhal
Melalui pengkajian, Zuhal terbentuk dari kawasan luar nebula suria. Ia diperbuat dari ais. Ia juga mempunyai graviti yang kuat kerana jisimnya besar. Terasnya mengandungi batu-batu, mantelnya mempunyai cecair logam hidrogen dan keraknya mempunyai cecair hidrogen. Separuh dari bulan-bulan di Zuhal terbentuk bersamasama pembentukkan Zuhal dan setengah lagi dari asteroid. Permukaan bulan nya berkawah(purba). Dikatakan, bulan Titan mungkin berasal dari satu planetesimal besar yang terperangkap dalam orbit Zuhal.

URANUS

Uranus adalah sebuah planet dari jenis Jovian dan ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar. William Herscher ialah orang yang pertama menemui Uranus. Pada mulanya beliau menemui buruj Gemini. Tetapi astronomi sekarang mengatakan yang buruj itu ialah Uranus. Planet ini berbeza dengan Musytari dan Zuhal dari segi gelangnya, bulannya dan lain-lain. Saiz nya pula 1/3 dari saiz planet Musytari (dari segi diameter). Jisimnya 1/20 jisim planet Musytari. Manakala jaraknya ke matahari adalah 4 kali ganda lebih jauh dari jarak Musytari ke matahari. Kesejukan planet ini adalah 100 darjah lebih sejuk dari planet Musytari. Tekanan uranus adalah rendah dan tiada logam cecair hidrogen dan helium di dalam nya.

Planet ini berputar secara golekan dan ia berputar dengan kutub utara dan kutub selatan di ufuk. Khatulistiwanya condong sebanyak 98 darjah. Disebabkan putaran nya adalah secara golekan, setiap 4 musim mengambil masa 20 tahun iaitu satu musim bersamaan dengan 5 tahun. Ahli astronomi berpendapat planet ini bergolek kerana mungkin ia dilanggar suatu masa dahulu. Di planet ini, terdapat juga gelang seperti planet Zuhal tetapi ianya tidak dapat dilihat. Gelangnya hanya dapat dilihat bila berlaku okultasi (occultation).

Bulan Uranus Terdapat 5 bulan utama di planet Uranus. Bulan-bulan ini dapat dilihat dari bumi. Tetapi Voyager 2 menemui 10 lagi bulan menjadikan semuanya 15 buah bulan. Bulan-bulan ini berketumpatan rendah dan berais. Nama 5 bulan utama dan sifat nya adalah seperti dibawah.

1) Oberon - Bulan yang paling luar, saiznya 1/2 bulan bumi 2) Titania - Bulan yang kedua luar, saiznya 1/2 bulan bumi 3) Umbrial - Bersaiz 1/3 bulan bumi dan permukaan nya berkawah. 4) Ariel - Mempunyai permukaan yang berkawah. 5) Miranda - Bersaiz 14% bulan bumi, berbentuk bujur.

NEPTUN

Planet Neptun adalah planet yang ke 8 dalam sistem suria kita. Ianya bewarna biru gelap dan planet ini 4% lebih kecil dari planet Uranus. Atmosfera planet ini kaya dengan gas hidrogen dan gas helium dan berawan. Atmosferanya juga mengandungi 3% gas metana. Metana ini lah yang menyebabkan Neptun bewarna biru. Ini kerana gas metana menyerap semua cahaya merah. Selain dari itu, planet ini juga lebih sejuk dari planet Uranus. Suhu-suhunya telah menghalang pembentukkan molekul yang mewarnakan awan-awan.

Putaran Neptun juga pantas. Ini kerana planet ini kecil. Di planet neptun, terdapat gelanggelang melingkarinya. Terdapat 2 gelang sempit. Dan terdapat juga bulan-bulan kecil yang dipanggil bulan pengembara. Bulan utama planet neptun adalah bulan Nereid dan bulan Triton. Ia mengelilingi neptun selama 5.877 hari dibumi untuk satu putaran.

NEREID

TRITON

Anda mungkin juga menyukai