Anda di halaman 1dari 4

ABSTRAK

Kajian ini merupakan analisa terhadap metodologi hadith yang digunakan oleh Abd al-Ghaniy al-Maqdisiy dalam Umdat al-Ahkm. Abd al-Ghaniy al-Maqdisiy merupakan seorang tokoh sarjana hadith yang terkemuka. Beliau telah banyak memberikan sumbangan terhadap umat Islam khususnya dalam perkembangan ilmu hadith melalui karya-karya ilmiah yang dihasilkannya. Antara karyanya yang termasyhur ialah Umdat al-Ahkm. Dapatan kajian mendapati kitab Umdat al-Ahkm ditulis berlandaskan beberapa metode utama. Pemilihan hadith dilakukan berdasarkan dua kriteria iaitu hadith ahkm dan hadith muttafaqalayh. Hadithhadith tersebut diklasifikasikan mengikut bab-bab fiqh yang bersesuaian bagi memudahkan para pengkaji dan pembaca mencari hadith di samping mengetahui hukum hakam yang terkandung dalam hadith tersebut. Dari sudut pemilihan lafaz hadith, keutamaan diberikan kepada lafaz yang muttafaqalayh. Namun sekiranya terdapat perbezaan lafaz hadith yang ketara, perbezaan tersebut akan dinyatakan. Dapatan kajian juga mendapati, dalam aplikasi metode-metode tersebut terdapat beberapa kekurangan dan kesilapan seperti memasukkan hadith-hadith yang bukan muttafaqalayh dan kesalahan menyatakan sumber lafaz hadith. Namun kekurangan dan kesilapan tersebut telah dikenal pasti oleh para ulama hadith sebagai satu langkah penambahbaikan terhadap kitab ini. Selain itu Abd al-Ghaniy al-Maqdisiy turut mengaplikasikan beberapa metode tambahan seperti menerangkan maksud lafaz hadith yang gharb, memperkenalkan al-mubhamaat yang terdapat dalam hadith dan menerangkan fiqh hadith.

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN PENGHARGAAN KANDUNGAN SENARAI TRANSLITERASI SENARAI LAMPIRAN ABSTRAK ABSTRACT

HALAMAN i ii v vii viii ix

BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Permasalahan Kajian 1.3 Kajian Terdahulu 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Objektif Kajian 1.7 Metodologi Kajian 1 3 4 5 5 7 7

BAB 2: METODOLOGI ULAMA HADITH DALAM TASNF AL-HADITH 2.1 Pengenalan 2.1.1 Definisi Tasnf al-Hadith 2.2 Metodologi Tasnf al-Hadith 10 11 12

2.2.1 Tasnf al-Hadith berdasarkan perawi hadith 2.2.2 Tasnf al-Hadith berdasarkan topik hadith 2.2.3 Tasnf al-Hadith berdasarkan status hadith

12 14 18

BAB 3: ABD AL-GHANIY AL-MAQDISIY DAN UMDAT AL-AHKM 3.1 Biografi Abd al-Ghaniy al-Maqdisiy 3.1.1 Nama dan nasab 3.1.2 Latar belakang pengajian dan pengembaraan 3.1.3 Guru-guru 3.1.4 Murid-murid 3.1.5 Testimonial ulama 3.1.6 Hasil-hasil karya 3.1.7 Kewafatan 3.2 Kitab Umdat al-Ahkm 3.2.1 Kesahihan nisbah kitab kepada penulis 3.2.2 Testimonial para sarjana hadith 3.2.3 Syurht 33 33 34 20 21 22 25 27 30 32

BAB 4: METODOLOGI ABD AL-GHANIY AL-MAQDISIY DALAM UMDAT AL-AHKM DAN APLIKASINYA 4.1 Kriteria Pemilihan Hadith 4.1.1 Hadith Ahkm 4.1.2 Hadith Muttafaqalyh 36 37 44

4.2 Penyusunan Bab 4.2.1 Penyusunan Bab Mengikut Kitab Fiqh 4.2.2 Pengkategorian Hadith Mengikut Bab-bab Fiqh 4.3 Pemilihan Lafaz Hadith 4.3.1 Lafaz Muttafaqalyh 4.3.2 Menyatakan Sumber Lafaz Hadith 4.4 Hadith tidak disertakan dengan sanad 4.5 Keistimewaan Umdat al-Ahkm 4.5.1 Menerangkan maksud lafaz hadith yang gharb 4.5.2 Memperkenalkan al-mubham yang terdapat dalam hadith 4.5.3 Menerangkan fiqh hadith 68 71 75 54 58 65 49 51

BAB 5: HASIL KAJIAN 5.1 Kesimpulan 5.2 Cadangan 77 79

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN 1

81 87