Anda di halaman 1dari 57

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

KEBERKESANAN KAEDAH SEBUTAN YANG JELAS DALAM MENINGKATKAN INGATAN MURID TAHUN 5 BAGI TAJUK NYANYIAN.

FAUZIAH BINTI IBRAHIM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSIEN ONN BATU PAHAT 2012

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

KANDUNGAN TAJUK ABSTRAK ABSTRACT PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN PENULIS DEDIKASI PENGHARGAAN SENARAI LAMPIRAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH MUKASURAT

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu 1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN 2.1 Isu Kajian 2.2 Tinjauan Literature berkaitan dengan isu Kajian 3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 4.0 KUMPULAN SASARAN 4.1 Latar Belakang Sekolah 4.2 Latar Belakang Murid 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 Prosedur Tindakan 5.1.2 Merancang 5.1.3 Bertindak 5.2 Prosedur Pengumpulan Data 5.2.1 Ujian-ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pasca) 5.2.2 Pemerhatian
2

4 11

11 - 18

19 22 23

24 - 33

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

5.2.3 Soal Selidik 5.2.4 Kebolehpercayaan dan Kesahan

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 6.1 Meningkatkan kebolehan murid mengingat lirik lagu bagi tajuk Nyanyianmenggunakan kaedah sebutan dengan jelas . 6.2Meningkatan minat murid mepelajari tajuk Nyanyian menggunakan kaedah sebutan dengan jelas.

34 - 41

7.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

42 - 45

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

46

9.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN TEORI KAJIAN ( 12 MINGGU) a. Konsep Kajian (1 minggu/2 waktu) b. Jenis-jenis Kajian ( 3 minggu/6 waktu) c. Proses Kajian ( 3 minggu/ 6 waktu) d. Metodologi Kajian ( 5 minggu/10 waktu)

47

10.0 TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN DENGAN ISU KAJIAN RUJUKAN LAMPIRAN LAMPIRAN

48 51 51 53 53 60

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

PENGAKUAN PENULIS

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan: Nama Penulis: Fauziah Binti Ibrahim Tarikh:

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan kurniaan dan rahmat dariNya, akhirnya saya berjaya menyiapkan kajian ini. Dengan hati yang tulus ikhlas, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah penyelia, En V.Ramachandran atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini. Kerjasama yang baik daripada pihak Sekolah Kebangsaan Polis Kem,Johor dihargai. Tidak ketinggalan penghargaan buat semua pensyarah khususnya pensyarah Jabatan Muzik IPG IPTHO yang telah banyak memberikan bantuan dan pendapat sepanjang proses menyiapkan kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada kedua ibubapa, adik beradik dan sahabat handai atas kerjasama serta sokongan padu yang diberikan. Akhir kata, sekalung terima kasih buat semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian tindakan ini.

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

1.0 PENGENALAN

Bahagian ini mengupas tentang refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu serta refleksi sorotan literatur yang merangkumi literatur dan kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian.

1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Bagi praktikum fasa ketiga, saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Polis Kem. Saya diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Muzik bagi Tahun 5 UM sebanyak empat masa seminggu. Semasa berbincang dengan guru Muzik kelas 5 UM, saya diberitahu bahawa murid kelas ini terdiri daripada murid yang lemah dalam pelajaran serta bersifat agak pasif ketika proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pencapaian mereka dalam ujian bagi subjek Muzik juga sangat lemah. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga murid yang masih tidak boleh menulis dan membaca dengan lancar. Guru kaedah Muzik kelas ini guru mencadangkan seperti teknik saya agar banyak daripada

menggunakan

pemusatan

bercerita

menggunakan kaedah pemusatan murid.

Pada minggu ketiga, saya mengajar tajuk Nyanyian.Objektif P&P pada hari tersebut adalah untuk mengenalpasti sebutan lirik lagu beserta contoh-contoh lagu. Sesi P&P pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Murid kelihatan bersemangat untuk menyanyii iagu baru ini yang dikira sangat menarik untuk dinyanyikani. Semasa saya menyanyikan iagu ini, hanya sebahagian murid sahaja yang kelihatan berminat

untuk mendengar. Begitu juga dengan tumpuan, hanya sebahagian sahaja yang benar-benar memberi tumpuan terhadap apa yang saya nyanyikan. Namun, semasa menjawab lembaran kerja yang diedarkan, sebahagian besar murid didapati menghadapi kesukaran untuk melengkapkannya.

Pada kelas yang berikutnya, saya memulakan sesi P&P bagi kelas yang sama dengan meminta murid mengingati kembali alemen-elemen nyanyian beserta contoh yang telah dipelajari pada sesi P&P sebelum itu. Namun apa yang mendukacitakan saya, sebahagian besar murid tidak berjaya memberikan jawapan dengan tepat.
6

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Mereka menjawab, Saya tak ingat lah cikgu. Sesi P&P diteruskan dengan tajuk yang sama iaitu Nyanyian tetapi pada kali ini saya berfokuskan kepada ciri-ciri nyanyian. Seperti biasa, sesi P&P berjalan lancar. Murid dilihat memberi perhatian di dalam kelas pada awal sesi P&P sahaja. Selebihnya, murid kelihatan bosan. Apabila ditanya sama ada mereka faham atau tidak apa yang guru ajar, mereka menjawab Faham cikgu. Apabila selesai memberi penerangan terhadap ciri ciri nyanyian, saya terus menyuruh murid untuk menyatakan kembali apa yang dijelaskan sebentar tadi. Murid boleh menjawab soalan tersebut. Tetapi apabila tiba kepada fasa membuat latihan, kebanyakan murid tidak boleh menjawab soalan yang dikemukakan.

Situasi ini telah mendorong saya untuk mencari punca dan alternatif lain yang boleh digunapakai bagi mengatasi masalah murid Tahun 5 UM ini. Berdasarkan kepada pemerhatian saya, masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid ini adalah kegagalan dalam menghafal lirik lagu Muzik. Ini disuarakan sendiri oleh mereka yang sering merungut kerana menghadapi kesukaran untuk mengingati lirik lagu di dalam mata pelajaran khususnya mata pelajaran Muzik. Masalah kegagalan murid untuk menghafal Lirik lagu ini tidak boleh dipandang enteng. Ini kerana, lama-kelamaan ia boleh menimbulkan perasaan bosan untuk belajar, dan secara tidak langsung boleh menjurus kepada penurunan prestasi dalam peperiksaan. Bidang Muzik tidak seharusnya menjadi satu perkara yang membosankan, sukar dan sesuai untuk pelajar yang pintar sahaja. Saya ingin membuktikan bahawa Muzik itu adalah menyeronokkan.

Satu inovasi perlu dilakukan demi menarik minat serta merangsang minda murid untuk mendekati serta mencintai mata pelajaran Muzik. Guru yang bijak akan mengambil peluang dengan memancing murid untuk mencintai mata pelajaran yang diajar dengan cara memahami minat serta kecenderungan murid-muridnya. Selain itu, guru juga harus kreatif dalam memilih kaedah pengajaran yang boleh menarik minat murid dan seterusnya dapat memotivasikan mereka untuk mendalami sesuatu mata pelajaran tersebut. Justeru itu, saya ingin menggunakan kaedah nyanyian untuk membantu murid menghafal lirik laguMuzik.

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Saya akan menggunakan sebuah lagu yang boleh membantu murid mengingati lirik lagu bagi sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Muzik. Rasionalnya adalah untuk membantu murid-murid yang lemah ini untuk menguasai keseluruhan lagu nyanyian tersebut hanya melalui sebuah lagu. Saya membuat keputusan untuk mengaplikasikan kaedah nyanyian ini bagi tajuk Twinkle Twinkle Little Star dengan berfokus kepada proses Nyanyian (Twinkle-Twinkle Little Star). Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan yang amat menggemari lagu dan nyanyian. Oleh itu, peluang harus diambil oleh para guru untuk menyelitkan elemen seni dan lagu di dalam proses P&P di dalam bilik darjah. Cara sebegini bukan sahaja dapat membantu murid yang tidak jelas sebutan dan tidak menghafal lirik lagu Muzik dengan mudah, malah boleh meransang suasana P&P yang menyeronokkan serta menghiburkan. 1.2.1 Literatur Berkaitan Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru membuat perubahan dimana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti. (Hj. Mohd Ali, 1994). Seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kepada kemahiran mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam setiap sesi P&P yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat membantu mereka mengukuhkan sebutan dan ingatan dalam nyanyian lagu tersebut, selaras dengan kenyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu Seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar.

Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal, serius serta bertumpu kapada penguasaan ilmu semata-mata, tetapi pada zaman yang serba moden ini, perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara. Pendidikan sekarang lebih mementingkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna yang menuntut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan inovatif. Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas. Selaras dengan itu, saya
8

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

terpanggil untuk menghasilkan satu kreativiti dalam P&P nyanyian kanak-kanak dengan menyelitkanelement muzik iaitu ketepatan sebutan lirik lagu. Selain dapat meningkatkan minat murid untuk belajar, sebutan yang jelas juga dapat menguatkan ingatan murid terhadap tajuk lagu yang dipelajari.

Menurut Noraini (2003), sebutan berirama juga dapat menggigatkan lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya sebutan dengan jelas kerana disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini selari dengan kenyataan Hj. Ab. Fatah (1990) yang menyatakan bahawa, pada biasanya maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang.

Maka dengan itu, saya berasakan bahawa penggunaan elemen muzik melalui kaedah ketepatan sebutan adalah amat bertepatan untuk membantu murid meningkatkan daya ingatan mereka terhadap nyanyian. Menurut Eisner (2003), muzik penting dalam pendidikan kerana sumbangannya kepada kognitif

membolehkan seseorang pelajar melahirkan perasaanya. Ini turut dijelaskan oleh Hermann (1991), yang menyatakan bahawa integrasi elemen muzik sebutan yang jelas dengan nyanyian akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.

Otak kiri dan kanan manusia menjalankan fungsi yang berbeza. Bahagian otak kiri menguasai perkara seperti bahasa, logik, matematik, muzik dan lain-lain aktiviti akademik. Otak kanan pula menguasai perkara seperti muzik, imaginasi, mengenal warna dan sebagainya. Jika seseorang itu berusaha menggunakan sedikit masa untuk mengembangkan aktiviti otak kanan, otak kirinya akan berfungsi lebih aktif. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kebolehan belajar akan meningkat jika kedua otak kiri dan kanan berfungsi sama dalam keadaan yang harmoni.

Bertitik-tolak

kepada

lirik

lagu

tersebut,

dapatlah

disimpulkan

bahawa

penggabungjalinan antara otak kiri (lirik lagu muzik) dan otak kanan (elemen muzik dan nyanyian) boleh menghasilkan suatu pembelajaran yang penuh bermakna. Ini
9

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

selaras dengan kenyataan Hj. Abd. Fatah (1994) yang mengutarakan bahawa jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah baik untuk menyelesaikan masalah, dan pemikiran akan menjadi lebih aktif.

Selain itu, kenyataan Routier (2003) berkenaan dengan kesan muzik Mozart terhadap kanak-kanak pula menyatakan bahawa terdapatnya hubungan di antara muzik dengan membaca, menulis, kebolehan meyebut dengan jelas dan kemahiran matematik. Apa yang menarik dalam dapatan tersebut kepada para pendidik ialah penggunaan elemen muzik dalam proses P&P nyanyian mampu meningkatkan kualiti pembelajaran. Routier (2003) turut berkongsi pendapat dengan Prescott (2005) yang menyifatkan integrasi elemen muzik dengan nyanyian dapat menyuburkan seluruh nyanyian. Oleh itu, saya ingin menerapkan elemen muzik sebutan yang jelas dalam nyanyian dalam mata pelajaran Muzik. Saya akan menggunakan melodi lagu yang biasa didengar oleh murid bagi memudahkan mereka mengingati lagu tersebut kerana menurut Savin (2001), penggunaan lagu yang dikenali umum dalam pengajaran di bilik darjah memberikan satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

1.2.2 Kajian Berkaitan Dalam kajian lain bertajuk Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi yang dijalankan oleh Zainure (2003) pula membuktikan bahawa aktiviti P&P yang berjaya adalah bergantung kepada aktiviti yang menarik yang bersesuaian dengan kehendak dan minat murid-murid seperti muzik dan nyanyian. Penggunaan elemen muzik dan nyanyian bukan sahaja dapat membantu murid-murid mengenali, menyebut dan menghafal struktur, malah aktiviti P&P menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan murid dan guru itu sendiri. Ini terbukti apabila kebanyakan murid yang menjadi responden di dalam kajian ini mampu meyebut semula lirik lagu serta menyanyikan dengan betul. Ini dipercayai merupakan hasil aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh murid-murid tersebut dengan bimbingan guru (saya) sebelum itu.

10

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Mohd Noor (1982) mengenai elemen Muzik Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-Kanak menunjukkan bahawa nyanyian mudah diingat bila ketepatan sebutan dalam senikata lagu. Kaedah ini sesuai untuk murid-murid sekolah rendah terutama bagi kelas-kelas yang mundur. Melalui elemen muzik, guru akan menjadi mudah mengajar nyanyian tersebut. Kanak-kanak akan menjadi lebih jelas dan tepat sebutan dan berminat untuk mengikuti pelajaran itu dengan mudah. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa elemen muzik atau vokal dalam nyanyian dapat dijadikan sebagai satu media yang berkesan dalam pengajaran nyanyian pada peringkat kanak-kanak.

Sufian & Osman (2008), juga pernah menjalankan kajian yang bertajuk Penggunaan elemen Muzik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Nyanyian Di Bilik Darjah. Hasil kajian mereka mendapati penggunaan sebutan yang jelas salah satu bidang muzik dalam proses P&P nyanyian dapat menimbulkan rasa seronok belajar di kalangan murid serta dapat mengembangkan kemahiran berfikir murid. Dapatan mereka juga menunjukkan penggunaan elemen muzik berkesan sebagai alat pengurusan bilik darjah di samping sebagai saluran murid untuk melahirkan perasaan. Hakikatnya, penggunaan muzik dalam pelajaran nyanyian merupakan salah satu strategi bagi memastikan P&P nyanyian di bilik darjah menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan dan secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Kamaliah Aminah (2005) dalam kajiannya mengenai Penggunaan Ransangan elemen Muzik iaitu ketepatan sebutan Terhadap Pengusaan Sifir telah membuktikan bahawa melalui aktiviti menggunakan elemen muzik, responden menunjukkan peningkatan dalam pencapaian ujian diagnostik iaitu terhadap penguasaan sifir yang meningkat. Kesemua responden juga mempunyai persepsi dan pencapaian yang positif setelah diberi pendedahan kepada kaedah pembelajaran sifir bermuzik ini. Menurut Kamaliah Aminah, penggunaan rangsangan muzik bertujuan untuk mengubah suasana pembelajaran agar menarik dan pelajar boleh belajar sambil berhibur. Ini kerana, muzik mampu memberikan kesan yang mendalam kepada pelajar memandangkan elemen ini menyentuh mengenai keseronokan dan kegembiraan. Maka penggunaan rangsangan muzik adalah amat

11

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

disarankan sebagai alternatif menjadikan kaedah pengajaran tidak mendatar dan membosankan pelajar.

Kajian luar negara berkisar penggunaan kaedah latih tubi sebutan yang jelas dalam P&P nyanyian juga ada dijalankan. Campbell (1990) dalam kajiannya bertajuk Multiple Intelligences In The Classroom membuktikan bahawa kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian yang digunakan dalam proses P&P nyanyian mampu meningkatkan pencapaian ingatan murid. Dalam kajian ini, Bruce Campbell menggunakan muzik bagi membantu respondennya mengingat lirik lagu dan menguasai cara sebutan yang jelas. Hasilnya, keputusan ujian menunjukkan murid yang pada sebelumnya merupakan murid yang kurang berjaya di sekolah telah menjadi seorang yang berjaya melontarkan suara dengan jelas. Maklum balas positif juga diterima daripada responden dimana mereka menyatakan bahawa mereka merasa terhibur ketika menyanyi dengan menggunakan kaedah ini. Keyakinan serta motivasi diri murid juga meningkat secara tidak langsung.

Dalam kajian bertajuk The Effectiveness of Integrating Music In The Classroom yang dijalankan oleh Brewer (2007) menegaskan bahawa integrasi sebutan yang jelas dalam P&P adalah sangat efektif dimana pendekatan muzik sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Menurut kajian yang dijalankan oleh beliau ini, penggunaan kaedah muzik dan nyanyian dalam P&P boleh membantu murid mengingati pengalaman pembelajaran yang dilalui disamping dapat menggalakkkan penglibatan aktif murid dalam P&P nyanyian. Irama dan melodi yang digunakan dalam lagu, chant, sajak dan rap dapat menguatkan memori terhadap lirik lagu dalam nyanyian.

Ternyata pelbagai kajian mengenai penggunaan elemen muzik dalam nyanyian telah dijalankan selama ini dan telah menunjukkan tindak balas yang positif. Walaupun banyak kajian telah membuktikan muzik dapat meningkatkan

keberkesanan P&P di bilik darjah, namun ianya tetap dipandang sepi oleh guru-guru sekolah. Justeru, saya akan mengambil inisiatif untuk melaksanakan kajian mengenai keberkesanan kaedah sebutan yang jelas dalam nyanyian dapat meningkatkan ingatan murid, sejajar dengan usaha untuk menjadi seorang guru yang kreatif. Bagi murid-murid yang lemah, kaedah menghafal lirik lagu dengan cara sebutan yang jelas dalam nyanyian didapati amat berkesan. Aktiviti ini bukan sahaja
12

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

dapat membantu murid menghafal lirik lagu, malah dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menghiburkan dan menyeronokkan.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN Bahagian ini menghuraikan tentang tinjauan masalah yang berkait dengan pengalaman saya dan relevan kepada keperluan murid. Instrumen yang digunakan untuk meninjau masalah beserta analisis kepada tinjaun masalah tersebut turut dihuraikan dalam bahagian ini.

2.1 Tinjauan Masalah Kebanyakan murid menganggap mata pelajaran Muzik itu sesuatu yang sukar dan rumit. Keadaan ini telah menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk menjawab soalan latihan, lembaran kerja mahupun soalan peperiksaan. Sebelum langkah seterusnya diambil dalam proses melaksanakan kajian ini, saya telah membuat tinjauan masalah dengan lebih mendalam yang bertujuan untuk memahami masalah yang dihadapi murid. Tinjauan dilakukan melalui tiga jenis instrumen berdasarkan tiga objektif yang ingin disasarkan iaitu:

a) Analisis dokumen Dokumen yang dipilih untuk dianalisis adalah lembaran kerja bagi tajuk Nyanyian .Saya mengedarkan lembaran kerja di akhir sesi P&P bagi tajuk ini. Saya menganalisis lembaran kerja tersebut untuk menilai tahap penguasaan dan ingatan murid terhadap tajuk yang diajar. Saya mula mengenalpasti masalah apabila melihat ramai murid tidak berjaya menjawab soalan lembaran kerja dengan betul. lembaran kerjadi akhi rsesi P&P bagi tajuk ini. Saya menganalisis lembaran kerja tersebut untuk menilai tahap penguasaan dan ingatan murid terhadap tajuk yang diajar. Saya mula mengenalpasti masalah apabila melihat rama imurid tidak berjaya menjawab soalan lembaran kerja dengan betul.

b) Pemerhatian 2.2 Analisis Tinjauan Masalah Berikut merupakan analisis bagi tinjauan masalah yang dilakukan oleh saya terhadap murid Tahun 5 UM:

13

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

c) Soal selidik untuk lebih mendalami masalah utama yang dihadapi murid serta mengenalpasti tanggapan mereka terhadap proses P&P nyanyian, saya menggunakan borang soal selidik yang perlu dijawab oleh setiap murid Terdapat 12 item yang perlu dijawab oleh murid dengan menanda jawapan di ruangan yang disediakan. Saya memberi penjelasan bagi setiap item agar murid betul-betul faham kehendak soalan serta mengingatkan mereka untuk menjawab dengan jujur. Saya juga memastikan suasana pada waktu tersebut adalah selesa supaya responden boleh menjawab soal selidik dengan telus. Hasil daripada soal selidik tersebut seterusnya dianalisis oleh saya.

a) Analisis dokumen Berikut merupakan analisis keputusan berdasarkan pencapaian murid dalam Pra: MARKAH (%) 0-20 21-41 41-60 61-80 81-100 BIL MURID 6 9 4 2 0 JUMLAH MURID (%) 29 48 19 9 0 Ujian

Daripada analisis keputusan lembaran kerja di atas, saya dapat mengenal pasti bahawa ramai murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan lembaran kerja tersebut. Seramai 29% daripada jumlah keseluruhan murid mendapat markah 20% ke bawah, 43% daripada jumlah keseluruhan murid mendapat markah dari 21% hingga 40% dan 19% daripada jumlah keseluruhan murid mendapat markah dari 41% hingga 60%. Seterusnya, 9% daripada jumlah keseluruhan murid berjaya memperolehi markah dari 61% hingga 80%,manakala 0% murid yang mendapat markah 81% hingga 100%.

Berdasarkan analisis yang dilakukan secara teliti, hanya 28% daripadajumlah keseluruhan murid berjaya melepasi tahap peratus lulus iaitu melebihi markah 40%. Selebihnya iaitu sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan muridlagi berada di

14

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

bawah peratus lulus iaitu 40% dan ke bawah. Peratusan lulus yangamat sedikit ini menunjukkan bahawa ramai murid masih tidak boleh menguasai tajuk ini dengan baik. Ini disebabkan oleh kegagalan murid mengingat lirik lagu nyanyian dengan jelas. Justeru, saya akan menggunakan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian bagi membantu murid mengingat lirik lagu sekali gus dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam mata pelajaran Muzik.b)Berdasarkan pemerhatian menggunakan catatan bebas seperti di Lampiran B,saya dapati murid Tahun 5 UM ini mempunyai minat untuk belajar, tetap imereka sukar untuk menghafal lirik lagu Muzik. Murid dilihat memberi iperhatian semasa sesi P&P nyanyiaan berlangsung. Mereka juga menunjukkan tingkah laku yang postif di dalam kelas. Tetapi apabila berada di pertengahan sesi, sebahagian murid kelihatan bosan untuk meneruskan pembelajaran. Murid dikesan menghadapi masalah dalam mengingat lirik lagu yang telah lama diajar. Berikutmerupakan catatan bebas saya terhadap tingkah laku murid sepanjang sesiP&P. Lajur catatan digunakan untuk merekod tahap ingatan murid terhadap lirik laguMuzik yang telah dipelajari berdasarkan soalan yang diajukan oleh guru :

15

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Jadual 2 : Catatan bebas berdasarkan pemerhatian

Tarikh : 17 Februari 2012 Kelas : 5 UM

PERISTIWA Guru masuk ke dan kelas. Murid-murid duduk. bangun,

CATATAN

memberisalam senyap.

kemudian

Murid-murid

Guru

bertanya

murid

tentang

apa

yang

telah

merekapelajari pada kelas sebelum ini. Murid-murid diam danberfikir. Kemudian, ramai murid mengangkat tangan.Masing-masing ingin menjawab. Guru tunjuk Berfikir dan cuba seorangmurid untuk jawab. Dia bangun dan memberi mengingat semula lirik jawapan yang salah. Guru tunjuk pula murid lain. Murid lagu tetapi gagal tersebut juga jawab salah. Murid seorang lagi angkat tangan danjawab. Jawapan tetap salah.

Guru bertanya soalan yang lebih spesifik. Kali ini ramaiyang angkat tangan. Guru tunjuk seorang murid Hampir boleh mengingat untukjawab. Jawapan diberi hampir tepat. Murid lain sebahagian lirik lagu pulaangkat tangan untuk jawab tetapi masih tidak tetapi masih tidak tepat berapa tepat.

Guru mengingatkan murid tentang satu lirik lagu yang telahdiajar. Kemudian, guru bertanya soalan. Murid Boleh mengingat lirik lagu berebutrebutingin menjawab. Murid terus menjawab selepas diberi klu tanpaangkat tangan. Guru suruh murid angkat tangan jika inginjawab. Guru tunjuk seorang murid. Murid tersebut jawabdengan tepat. Begitu juga dengan tiga orang murid lain.

16

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Guru

meneruskan

sesi

P&P

seperti berminat.

yang Guru Boleh mengingat lirik

dirancang.Murid-murid

kelihatan

memberi penerangan satu

persatu. Sejurus selepas laguyang baru sahaja

guru memberi penerangan terhadap sesuatu perkara, diajar guru terus bertanya soalan. Ramai murid boleh menjawab dengan betul. Guruteruskan mengajar dan bertanya soalan. Murid memberirespon positif. Murid boleh menjawab soalan dengan baik.Tiba di

pertengahan sesi, sebahagian murid menunjukkan reaksi bosan seperti tidak berminat untuk

meneruskanpembelajaran.

Selesai

mengajar,

guru

mengedarkan

lembaran

kerja.Semua murid cuba menjawab. Guru berjalan ke Tidak boleh mengingat sekelilingkelas untuk memantau murid manjawab lirik lagu yang telah lama

lembaran kerja.Guru berhenti di meja seorang murid. diajar Murid itu masihtidak menulis apa-apa jawapan. Guru bertanya murid itumasalah yang dihadapi. Murid itu memberitahu dia takingat.

Guru bergerak ke meja dua orang murid lain. Keduaduamurid ini baru menjawab dua soalan. Tidak boleh mengingat

Selebihnyadibiarkan kosong. Guru menyuruh mereka lirik lagu yang telah lama melengkapkanlembaran kerja tersebut. Seorang jawab diajar tak tahu manakalaseorang lagi jawab tak ingat.

Masa

tamat.

Guru

menyuruh

murid

menyiapkan

lembarankerja di rumah. Guru keluar kelas.

c) Soal selidikSaya menggunakan 12 item bagi tujuan menjalankan soal selidik ini sepertidi Lampiran C. Berikut merupakan analisis data bagi setiap item dalam borangsoal selidik yang dijalankan:
17

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Jadual 3: Analisis Borang Soal Selidik

BIL

ITEM

YA (%)

TIDAK (%)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Saya minat mata pelajaran Muzik Pelajaran cikgu membosankan Bimbingan yang cikgu beri mencukupi Aktiviti yang dijalankan menarik Cikgu memberi tumpuan terhadap saya Penerangan cikgu mudah difahami Saya berasa sukar menyebutl lirik lagu dengan jelas Saya tidak faham soalan Muzik Saya selalu lupa apa yang yang cikgu ajar Belajar Muzik itu menyeronokkan Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah Latihan yang diberikan sangat mudah

Analisis borang soal selidik menunjukkan ke semua responden iaitu 100% murid mengatakan YA bagi item 1 (Saya minat mata pelajaran Muzik), item 3 (Bimbinganyang cikgu beri mencukupi), item 7 (Saya berasa sukar untuk menghafal lirik lagu ) dan item9 (Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar). Bagi item 2 iaitu Pengajaran cikgumembosankan, 71% murid menjawab YA manakala 29% murid lagi menjawabTIDAK. Sebanyak 19% murid menjawab YA dan selebihnya iaitu 81% menjawabTIDAK bagi item 4 (Aktiviti yang dijalankan sangat menarik ). Bagi item 5 (Cikgu lagi menjawab TIDAK. Bagi item 6 (Penerangan cikgu mudah difahami) pula, 81% murid menjawab YA manakala 19% murid lagi menjawab TIDAK. Seterusnya bagi item 8 (Saya tidak faham soalan Muzik) pula, 67% murid menjawab YA manakala 33% murid lagi menjawab TIDAK. Bagi item 10 (Belajar Muzik itu menyeronokkan) dan item 12 (Latihan yang diberikan sangat mudah), jumlah murid yang menjawab YA adalah 48% manakala 52% lagi menjawab TIDAK. 14% murid menjawab YA bagi item 11

18

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

(Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah) manakala 86% lagi menjawab TIDAK.

Berdasarkan analisis soal selidik di atas, jelas menunjukkan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh murid ialah sukar menyebutl lirik lagu dengan jelas (merujuk kepada item 7) dan selalu lupa apa yang diajar (merujuk kepada item 9). Kedua-dua masalah ini menjadi punca utama murid tidak dapat menguasai nyanyian yang diajar dengan betul. Punca-punca lain yang turut diambil kira ialah pengajaran guru yang membosankan, aktiviti tidak menarik, tidak mendapat tumpuan daripada guru serta tidak faham soalan. Untuk kajian ini, saya akan menumpukan kepada dua masalah utama yang dihadapi murid iaitu kesukaran meyebutl lirik lagu dengan jelas dan selalu lupa senikata lagu dalam nyanyian yang diajar oleh guru.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN Bahagian ini menyatakan dengan terperinci tentang objektif kajian, soalan kajian, kepentingan kajian, definisi operational dan batasan kajian.

3.1 Objektif Kajian Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

3.1.1 Objektif Umum Mengkaji keberkesanan kaedah sebutan yang jelas dalam nyanyian dalam meningkatkan kebolehan murid mengingat lirik lagu

3.1.2 Objektif Khusus a) meningkatkan kebolehan murid menyebutt lirik lagu dengan sebutan yang jelas bagi tajuk Nyanyian menggunakan kaedah latih tubi. b) Meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Nyanyian menggunakan kaedah sebutan berirama

c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan dengan penggunaan kaedah nyanyian dalam permainan.

19

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

3.2 Soalan Kajian a) Adakah penggunaan kaedah latih tubi dapat meningkatkan kebolehan murid mengingat proses Nyanyian? c) Adakah penggunaan kaedah nyanyian dalam permainan dalam P&P muzik mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan? 3.3 Kepentingan Kajian Kajian ini penting untuk membantu murid khususnya murid-murid Tahun 5 dalammenguasai mata pelajaran Muzik iaitu dengan mengingat lirik lagu secara mudah, berkesan,menyeronokkan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan minat murid untukbelajar. Di samping itu, dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dan menjadipanduan berguna kepada pihak-pihak tertentu seperti guruguru sekolah dan juga gurugurupelatih dalam menghasilkan satu kaedah pengajaran Muzik yang menyeronokkanserta dapat meningkatkan kualiti guru ke tahap yang lebih profesional. Secara tidaklangsung, kajian ini juga diharapkan dapat mengatasi masalah menghafal lirik lagu dikalangan murid khususnya bagi subjek Muzik, seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid. Diharap dapatan kajian ini juga dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat khususnya pihak pengurusan sekolah, guru-guru serta murid-murid dalam membawa inovasi terhadap dunia pendidikan di zaman moden ini. 3.4 Definisi Operational / Istilah Definisi bagi istilah-istilah yang digunapakai dalam kajian ini ialah : 3.4.1 Keberkesanan Menurut Khalid (1993) dalam bukunya yang bertajuk Kaedah Pembelajaran Berkesan,keberkesanan diistilahkan sebagai satu usaha yang teratur, bersistem, bertatatertib serta optimum yang menyepadukan dan memanfaatkan kesemua komponen pembelajaranuntuk menurut mencapai kejayaan Edisi yang Ketiga paling maksimum maksud

(terbaik).Manakala

Kamus

Dewan

(2000),

keberkesananadalah perihal berkesan atau berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb). Dalam kajian ini, keberkesanan merujuk kepada kesan positif bagi

20

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

kaedah yang digunakandalam membantu murid meningkatkan ingatan mereka daalam menghafal lirik lagu dengan sebutan yang jelas. 3.4.2 Kaedah Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), kaedah mempunyai dua maksud. Yang pertama ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atauyang biasa) dan yang kedua ialah mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsipprinsiptertentu).Dalam buku Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi Untuk Kursus DiplomaPerguruan semester 3 karya Mok (2002), kaedah didefinisikan sebagai cara atauperaturan membuat sesuatu. Kaedah juga merujuk kepada satu siri tindakan guru yangsistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek.Selain itu, kaedah juga bermaksud cara mendekati sesuatu objektif pelajaran denganlangkah-langkah penyampaian yang tersusun.Kaedah yang

dimaksudkan dalam kajian ini ialah tindakan yang dijalankan olehguru dengan tujuan untuk mencapai objektif kajian iaitu meningkatkan kebolehan muridmengingat lirik lagu bagi tajuk Nyanyian. 3.4 Sebutan Nyanyian Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000) mengistilahkan nyanyian sebagai gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Berdasarkan kajian ini, gubahan muzik yang dilagukan dengan suara merujuk kepada lagu bagi tajuk Nyanyian yang akan dinyanyikan oleh murid sebagai alat untuk membantu mereka mengingat lirik lagu.

3.4.4 Meningkatkan Perkataan meningkatkan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000) bermaksud menaikkan atau meninggikan tahap sesuatu. Dalam kajian ini, perkataan meningkatkan merujuk kepada proses menaikkan atau meninggikan tahap pencapaian serta daya ingatan murid Tahun 5 UM bagi tajuk Nyanyian.

3.4.5 Ingatan Merujuk Kamus Dewan (Edisi Ketiga), ingatan bermaksud sesuatu yang diingat, sesuatu yang timbul dalam fikiran. Ingatan juga membawa maksud kuasa untuk mengingat sesuatu dengan apa yang ada dalam ingatan. Khalid (1993) dalam

21

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

bukunya yang bertajuk Kaedah Pembelajaran Berkesan pula menggariskan ingatan kepada tiga fasa iaitu :

a) Penerimaan dan penyerapan Berlaku apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang membolehkan sesuatu bahan ilmu masuk ke dalam fikiran dan ingatannya.

b) Penyimpanan Berlaku apabila ilmu disimpan dalam fikiran dan ingatan tanpa disedari dan dirasai secara fizikal. c) Pemakaian semula atau pemanggilan semula Berlaku apabila ilmu tersebut digunakan setelah jangka masa berlalu dari fasa penyerapan (ujian/peperiksaan). juk Nyanyian terhadap murid Tahun 5 UM.

3.5 Batasan Kajian Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang responden yang terdiri daripada murid-murid Tahun 5 UM di Sekolah Kebangsaan Polis Kem. Responden terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan yang berbeza tahap pencapaiannya iaitu lemah, sederhana dan baik. Responden juga mempunyai latar belakang status sosio ekonomi yang rendah. Kajian dilaksanakan pada waktu mata pelajaran Muzik bagi Tahun 5 UM dan bertempat di Bilik Muzik Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit. Kajian ini hanya bertumpu kepada tajuk di dalam mata pelajaran Muzik Tahun 5 iaitu proses Nyanyian yang berfokus kepada penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P.

4.0 KUMPULAN SASARAN Bahagian ini memerihalkan latar belakang sekolah serta latar belakang responden yang digunakan dalam perlaksanakan kajian ini. Ciri-ciri responden dijelaskan dengan terperinci merangkumi bilangan, umur, jantina, nama kelas dan lain-lain.

4.1 Latar Belakang Sekolah Kajian ini mensasarkan kepada Sekolah Kebangsaan Polis Kem yang terletak di kawasan luar BandarJohor. Sekolah ini mempunyai 23 orang guru, 15 kakitangan serta 217 orang murid. Terdapat 9 kelas kesemuanya di sekolah ini iaitu termasuk
22

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Prasekolah. Pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi sekolah ini berada pada tahap sederhana.

4.2 Latar Belakang Murid Seramai 10 orang murid dari kelas 5 UM yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan telah dipilih sebagai responden kajian ini. Responden berumur dalam lingkungan 11 tahun. Kesemua responden berketurunan Melayu, beragama Islam dan juga dilahirkan diJohor. Mereka juga berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah dimana kesemua mereka menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). 2 orang responden merupakan anak yatim. Ibubapa responden bekerja sebagai petani, buruh, kilang dan juga peniaga kecil-kecilan. Tahap pencapaian responden di dalam pelajaran adalah berbeza.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN Bahagian ini memperincikan tentang prosedur tindakan dan prosedur pengumpulan data yang dijalankan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian ini dilaksanakan dengan berpandukan kepada satu model Kajian Tindakan. MEMERHATIMERANCANG

5.1 Prosedur Tindakan Kajian yang dijalankan ini adalah berteraskan kepada Gelung Kajian Tindakan Model Lewin, 1946 dan Laidaw, 1992 yang menyarankan lima langkah seperti rajah dibawah:

23

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Mengenal pasti Aspek Ramalan

Refeleksi

Perancangan

Melihat Kesan Tindakan

Tindakan/Imp lementasi

Diadaptasi daripada Lewin, 1946, dan Laidaw, 1992

Langkah Langkah Melaksanakan Penyelidikan Tindakan (PT) Dalam Proses pembelajaran di bilik darjah, tiap tiap kemahiran lazimnya dipelajari Satu persatu. Proses yang sama berlaku dalam Kajian Tindakan. Tiap-tiap masalah pembelajaran ditangani satu per satu. Proses pelaksanaan Kajian Tindakan merangkumi empak langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Langkah- langkah ini dilaksanakan secara berturutan dalam bentuk gelungan. Gelungan seperti ditunjukkan dalam rajah di atas menggambarkan proses perlaksanaan tanpa penghujung.

5.1.1 Mereflek Kajian ini bertitik tolak daripada proses refleksi yang dilakukan oleh saya dalam mengenalpasti kekuatan, kelemahan serta masalah yang dihadapi dalam sesi P&P nyanyian. Saya telah melaksanakan proses pengumpulan awal data bagi mengenalpasti masalah utama yang dihadapi murid. Proses ini dilaksanakan dalam bentuk pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik. Berdasarkan data yang diperolehi, saya telah mengenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh sebilangan besar murid Tahun 5 UM, iaitu kesukaran menyebut dan mengingati lirik lagu dalam nyanyian Muzik.

24

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

5.1.2 Merancang Setelah masalah dikenalpasti, saya merancang satu tindakan sebagai rawatan kepada masalah yang menjadi fokus utama. Saya mula menyediakan kerangka kajian iaitu objektif kajian, membentuk soalan kajian, kepentingan kajian, membuat rujukan literatur, menentukan kumpulan sasaran kajian, alat-alat kajian serta merancang tindakan. Fokus utama kajian ini ialah untuk meningkatkan kebolehan murid menyebut lirik lagu dengan jelas bagi tajuk Nyanyian menggunakan kaedah latih tubi.

Sebagai perancangan awal, saya akan membuat pemilihan melodi lagu yang dirasakan sesuai untuk kanak-kanak. Kemudian, saya akan menulis lirik lagu yang mengandungi lirik lagu bagi tajuk yang difokuskan di dalam kajian ini iaitu proses Nanyian. Seterusnya, saya akan menjalankan proses rakaman lagu Nyanyian yang menggunakan suara saya sendiri untuk digunapakai di dalam kajian ini. Sebagai perancangan awal, sayaakan membuat pemilihan melodi lagu yang dirasakan sesuai untuk kanak-kanak. Kemudian, saya akan menulis lirik lagu yang mengandungi nyanyiain bagi tajuk yang difokuskan di dalam kajian ini iaitu proses Nyanyian. Seterusnya, saya akan menjalankan proses rakaman lagu Nyanyian yang menggunakan suara saya sendiri untuk digunapakai didalam kajian ini.

Untuk melaksanakan kajian ini, saya akan membahagikan murid kelas 5Bestari kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.Pembahagian ini dilakukan berdasarkan keputusan Ujian OTI 1 bagi subjek Muzik

muridmurid,dimana setiap kumpulan mempunyai jumlah murid berpencapaian baik,sederhana dan lemah yang setara. Kumpulan rawatan yang merupakan responden bagikajian ini terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian baik, 4 orang muridberpencapaian sederhana dan 3 orang murid berpencapaian lemah. Manakala kumpulankawalan terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian baik, 3 orang muridberpencapaian sederhana dan 4 orang murid berpencapaian lemah.

Dalam kajian ini, saya akan menjalankan empat sesi P&P iaitu dua sesi bagisetiap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Pengasingan akan dilakukan terhadap kedua-dua kumpulan bagi setiap sesi P&P tersebut. Kedua-dua kumpulan ini akan diajar tajuk yang sama iaitu Nyanyian tetapi dengan menggunakan kaedah yang
25

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

berbeza.Kumpulan kawalan akan diajar dengan menggunakan kaedah konvensional manakala kumpulan rawatan pula akan diajar dengan menggunakan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian. Alat kajian yang akan digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca yang bertujuan untuk menilai tahap sebutan murid terhadap tajuk nyanyian yang diajar. Pemerhatian berstruktur juga digunakan sebagai alat kajian untuk melihat minat murid sepanjang sesi P&P nyanyian yang dijalankan. Alat kajian terakhir ialah borang soal selidik yang perlu dijawab oleh responden untuk mengetahui sama ada kaedah yang digunapakai dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

5.1.3 Bertindak Saya memilih kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian sebagai kaedah rawatan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Saya telah memilih melodi lagu Twinkle-Twinkle Little Star kerana lagu tersebut telah diketahui umum dan biasa didengari oleh kanak-kanak. Seterusnya, saya menulis lirik lagu yang mengandungi lirik lagu bagi tajuk yang difokuskan di dalam kajian ini iaitu Nyanyian seperti yang terdapat di Lampiran D. Dalam proses menyiapkan lirik lagu, saya membuat rujukan di dalam Buku Teks Muzik Tahun 5 dan buku-buku rujukan Muzik supaya lirik lagu yang dihasilkan bertepatan dengan kehendak sukatan pelajaran dan mengandungi lirik lagu penting dalam proses Nyanyian. Setelah lirik lagu berjaya disiapkan, saya telah menjalankan proses rakaman lagu Nyanyian yang menggunakan suara saya sendiri. Rakaman lagu tersebut telah digunapakai terhadap kumpulan rawatan di dalam kajian ini.

Dalam proses perlaksanaan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan tiga jenis instrumen iaitu: i. Ujian Pra ii. Soal Selidik

i.

Ujian Pra Sebelum memulakan sesi P&P pertama bagi kedua-dua kumpulan, saya mengedarkan satu set soalan Ujian Pra untuk dijawab oleh kesemua responden. Ini bertujuan untuk menilai pengetahuan sedia ada murid terhadap tajuk Nyanyian. Saya menjalankan dua kali sesi P&P yang berbeza bagi setiap
26

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

kumpulan. Bagi setiap sesi P&P yang dijalankan, murid kumpulan kawalan dan Borang Pemerhatian

ii.Soal Selidik Sebelum memulakan sesi P&P pertama bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan, saya mengedarka nsatu set soalan Ujian Pra untuk dijawab oleh

kesemua responden. Ini bertujuanuntuk menilai pengetahuansedia ada murid terhadap tajuk Nyanyian. Saya menjalankan dua kali sesi P&P yang berbeza bagi setiap kumpulan. Bagi setiap sesi P&P yang dijalankan. Kemudian saya membahagian mereka kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama menjalani proses P&P menggunakan kaedah konvensional sebanyak dua kali. Manakala kumpulan kedua pula menjalani proses P&P menggunakan kaedah sebutan yang jelas dalam nyanyian, juga sebanyak dua kali.

Aktiviti yang telah dijalankan di dalam sesi P&P yang menggunakan kaedah sebutan yang jelas dalam nyanyian adalah seperti berikut: i. Saya menunjukkan lirik lagu Twinkle-Twinkle Little Star melalui Power Point. ii. Saya memperkenalkan empat proses yang terlibat di dalam sebutan yang jelas iaitu pic,tempo, sebutan dan irama. iii. Saya menerangkan setiap proses Nyanyian secara terperinci. iv. Saya memaparkan lirik lagu Twinkle Twinkle Little Star melalui Power Point v. Saya memperdengarkan lagu Nyanyian kepada responden. vi. Responden menyanyikan lagu Nyanyian bersama-sama berpandukan kepada lirik yang dipaparkan.

vii. Nyanyian diulangi beberapa kali.

viii. Responden menyalin lirik lagu di dalam buku tulis muzik.

27

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

ix. Sesi soal jawab diadakan di akhir sesi P&P. Semasa keempat-empat sesi P&P berlangsung, saya menjalankan pemerhatian berstruktur berdasarkan kepada aspekaspek yang terdapat di dalam borang pemerhatian. Ini bertujuan untuk melihat elemen-elemen muzik dalam P&P nyanyian murid sepanjang sesi P&P berlangsung. Seterusnya, setelah kesemua empat sesi P&P bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan selesai dijalankan, saya mengedarkan Ujian Pasca vi.Responden menyanyikan lagu Twinkle Twinkle Little Starbersama-sama berpandukan kepada lirik yang dipaparkan.

vii.Nyanyian diulangi beberapa kali.

viii.Responden menyalin lirik lagu di dalam buku tulis.

ix.Sesi soal jawab diadakan di akhir sesi P&P.

Semasa keempat-empat sesi P&P berlangsung, saya menjalankan pemerhatian berstruktur berdasarkan kepada alemen-aleman yang terdapat di dalam borang pemerhatian. Ini bertujuan untuk melihat kelancaran sebutan lirik lagu dengan jelas sepanjang sesi P&P berlangsung. Seterusnya, setelah kesemua empat sesi P&P bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan selesai dijalankan, saya

mengedarkan Ujian Pasca untuk dijawab oleh responden. Soalan bagi Ujian Pasca adalah setara dengan Ujian Pra. Ini bertujuan untuk melihat kemampuan responden mengingat proses Nyanyian yang dapat ditentukan melalui peningkatan markah ujian para responden. Langkah terakhir ialah mengedarkan borang soal selidik . Setelah selesai kedua-dua sesi P&P, saya mengedarkan borang soal selidik kepada setiap responden bagi kedua-dua kumpulan. Tujuannya untuk melihat sama ada murid menyebut dan dapat menghafal lirik lagu dengan jelas dan terhibur terhadap kaedah P&P yang dijalankan. Borang soal selidik yang dibina mempunyai lima skala bagi setiap item yang setiap satunya telah dijelaskan secara terperinci di dalam borang soal selidik tersebut.

28

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

5.1.4 Memerhati Pada peringkat ini, saya merekod dan menganalisis segala data yang diperolehi. Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca, analisis dilakukan secara manual memandangkan jumlah responden yang sedikit. Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca direkod dalam bentuk jadual dan graf. Perbezaan nilai min ujian bagi kedua-dua kumpulan turut dipaparkan. Bagi pemerhatian pula, saya mencatat pemerhatian tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah semasa proses P&P berlangsung berdasarkan kepada aspek-aspek yang terdapat di dalam borang pemerhatian. Analisis pemerhatian seterusnya diterjemahkan di dalam bentuk jadual dan graf.

Bagi soal selidik pula, data dikutip dan direkodkan untuk melihat perbandingan di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dapatan soal selidik bagi setiap item diinter pretasi mengikut nilai min dan dianalisis di dalam bentuk jadual dan graf.

Kesimpulannya, segala data yang diperolehi daripada setiap alat kajian dianalisis dan diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih ringkas seperti jadual dan graf supaya ianya dapat dilihat dengan jelas. Proses terakhir ialah pemantauan. Ia

bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah dan tindakan yang telah dijalankan serta memantau sejauh mana ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sekiranya keputusan tidak memberansangkan, maka saya boleh memulakan kitaran sekali lagi sekiranya masa mencukupi. Kitaran kajian tindakan ini boleh berlaku secara berterusan sama ada berfokuskan kepada masalah yang sama ataupun masalah lain.

5.2 Prosedur Pengumpulan Data

Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang telah dicadangkan, saya telah meninjau masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengesan tahap ketidakupayaan murid dalam mengingati lirik lagu bagi mata pelajaran Muzik. Saya membuat kesimpulan bahawa ketidakupayaan mengingati lirik lagu menjadi faktor utama yang perlu diatasi dalam usaha untuk membantu murid menjawab soalan peperiksaan. Tiga jenis instrumen digunakan oleh saya bagi mendapatkan data kajian iaitu Ujian (Ujian Pra dan Ujian Pasca), Pemerhatian dan Soal Selidik di mana setiap instrumen mengukur objektif yang berbeza.
29

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

5.2.1 Ujian-ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pasca)

Saya menggunakan dua set soalan ujian (setara) yang diberikan kepada kadua-dua kumpulan kawalan dan rawatan iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca . Soalan ujian adalah berdasarkan tajuk Nyanyian. Ujian Pra diberikan sebelum sesi P&P dimulakan yang bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji. Untuk melihat peningkatan tahap ingatan murid mengingat proses Nyanyian, Ujian Pasca diberikan kepada kedua-dua kumpulan setelah selesai kesemua empat sesi P&P. Soalan yang setara dengan Ujian Pra sebelum ini diberikan bertujuan untuk menilai tahap ingatan murid bagi tajuk yang diajar. Seterusnya saya melakukan analisis terhadap data ujian untuk melihat perubahan markah bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang menjalani proses P&P menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu kaedah sebutan berirama dan nyanyian dalam permainanl . Peningkatan markah murid yang tinggi menunjukkan bahawa murid berupaya mengingat proses Nyanyian dengan baik. Saya membuat perbandingan perningkatan markah di antara kedua-dua keputusan ujian tersebut bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

5.2.2 Pemerhatian

Pemerhatian secara langsung dilakukan sebanyak dua kali supaya saya dapat mengamati dan mengenal pasti tingkah laku responden sepanjang P&P

berlangsung. Fokus utama pemerhatian ini dijalankan adalah untuk melihat tingkah laku responden yang menunjukkan mereka berminat untuk meneruskan

pembelajaran. Bentuk pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian berstruktur di mana saya merekod pemerhatian berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan di dalam borang pemerhatian. Terddapat empat bidang utama yang diperhatikan merangkumi s, postur,pernafasan, di mana setiap satunya mempunyai dua pecahan aspek. Ke semua aspek-aspek tersebut adalah berkait rapat dengan nyanyian. Dapatan pemerhatian ini membuktikan sama ada kajian ini berjaya atau tidak dalam meningkatkan minat murid Tahun 5 UM bagi tajuk Nyanyian. s

30

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

5.2.3 Soal Selidik

Saya juga mengedarkan borang soal selidik untuk mendapatkan reaksi responden berkaitan kaedah P&P yang dijalankan yang berfokus kepada keseronokan. Borang soal selidik diberikan kepada responden berbentuk soalan tertutup yang

menggunakan Skala Likert dimana murid harus memberi skala (1 hingga 5) bagi setiap item soal selidik tersebut. Soalan bagi soal selidik yang dibina adalah menjurus kepada objektif kajian iaitu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan, menggunakan laras bahasa yang sesuai, sebutan yang jelas, mudah difahami, soalan tidak terlalu panjang serta tiada diskriminasi jantina mahupun agama.

Semasa sesi soalselidik dijalankan, saya terlebih dahulu membaca dan menjelaskan setiap item soal selidik beserta skala kepada responden. Saya memberi penerangan yang teliti bagi setiap item bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan responden. Saya juga mengingatkan responden supaya menjawab soalan selidik tersebut dengan jujur dan telus. Berdasarkan dapatan daripada soal selidik tersebut, saya dapat membuat kesimpulan sama ada penggunaan kaedah sebutan dengan jelas bagi yanyian dalam P&P muzik dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

5.2.4 Kebolehpercayaan dan Kesahan

Bell (1999) menyatakan bahawa kebolehpercayaan ialah satu perhubungan kepada sesuatu ujian atau prosedur untuk menghasilkan keputusan yang sama di bawah tahap yang sama. Ini bermaksud, kaedah pengumpulan data yang dilakukan akan menghasilkan keputusan yang sama walaupun dilakukan berulang kali.

Walaubagaimanapun, kenyataan di atas adalah merujuk kepada lirik lagu yang tetap dan tidak berubah.

Memandangkan kesahan adalah penting dalam setiap kajian yang dijalankan, segala instrumen yang digunakan telah disahkan terlebih dahulu. Soalan dan bentuk borang soal selidik serta borang pemerhatian yang digunakan di dalam kajian ini telah pun disahkan terlebih dahulu oleh penyelia sebelum digunakan di lapangan. Begitu juga
31

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

dengan soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca, kedua-duanya telah diberi pengesahan oleh Ketua Panitia Muzik sekolah tempat kajian dijalankan.

Sepanjang proses pengumpulan data bagi kajian ini, saya memastikan bahawa murid berada dalam keadaan baik, stabil dan selesa supaya mereka tidak dipengaruhi oleh faktor sekeliling yang boleh mengganggu hasil dapatan kajian. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya turut mengelakkan kelakuan yang boleh menimbulkan kerisauan, kebimbangan atau ketakuatan di kalangan responden. Oleh itu, saya membantu responden untuk berada dalam keadaan tenang dan bersedia sebelum ujian dijalankan.

Selain itu, saya juga memastikan bahawa responden benar-benar faham akan soalan ujian dan soalan soal selidik dengan memberi penerangan yang jelas dan terperinci bagi setiap item yang digunakan. Saya sentiasa mengingatkan responden agar menjawab soalan soal selidik dengan jujur dan telus. Rasional bagi semua tindakan ini adalah bagi memastikan data kajian yang diperolehi mempunyai tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

'.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Bahagian

ini

membincangkan menganalisis

tentang

cara

data-data

dianalisis saya

dan dapat

diinterpretasi.Dengan

data-data

yang

diperolehi,

melaporkan hasil kajian,seterusnya membuat ulasan mengenai data-data yang dianalisis tersebut. Analisis data adalah berdasarkan kepada objektif kajian.

6.1

Meningkatkan

kebolehan

murid

mengingat

lirik

lagu

bagi

tajuk

Nyanyianmenggunakan kaedah sebutan dengan jelas .

Objektif pertama kajian ini diukur berdasarkan instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca mengenai tajuk yang diajar iaitu Nyanyian yang telah dilaksanakan ke atas sampel kajian. Ujian Pra telah dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan sebelum sesi P&P bermula yang bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji. Manakala Ujian Pasca pula dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan setelah selesai kesemua sesi P&P
32

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

untuk menilai keberkesanan kaedah yang telah dilaksanakan dalam membantu murid mengingat lirik lagu. Hasil analisis membuktikan sama ada kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Nyanyian dengan melihat kepada peningkatan markah dan gred ujian sebelum dan selepas rawatan dilakukan. Jadual 4 di bawah menunjukkan gred dan markahyang digunapakai di dalam kedua-dua ujian yang dijalankan. 6.2Meningkatan minat murid mepelajari tajuk Nyanyian menggunakan kaedah sebutan dengan jelas. Objektif kajian yang kedua iaitu untuk meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Nyanyian diukur berlandaskan kepada pemerhatian berstruktur terhadap tingkah laku responden bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Terdapat beberapa aspek yang diperhatikan oleh saya sepanjang keempat-empat proses P&P berlangsung. Ia bertujuan untuk melihat perubahan tingkah laku yang mencerminkan minat murid apabila menjalani proses P&P menggunakan kaedah sebutan dengan jelas bagi nyanyian (kumpulan rawatan) dan juga kaedah konvensional (kumpulan kawalan). Aspek-aspek yang diperhatikan telah dibahagikan kepada 4 tema utama seperti yang tertera di dalam Jadual 8 di bawah :-

33

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Berdasarkan Jadual 8 di atas, kesemua 8 aspek yang diperhatikan telah dibahagikan kepada 4 tema utama iaitu minat, tingkah laku pasif, penglibatan dan masalah disiplin. Kesemua aspek tersebut adalah menjurus kepada minat murid terhadap proses P&P yang dijalani. Sebanyak dua sesi P&P dijalankan bagi kumpulan rawatanyang menggunakan kaedah sebutan yang jelas bagi nyanyian. Begitu juga dengan kumpulan kawalan yang turut menjalani dua sesi P&P yang menggunakan kaedah konvensional. Setiap sesi P&P memakan masa selama 60 minit. Bagi setiap sesi P&P yang dijalankan, saya telah merekod tingkah laku yang mencerminkan minat murid berdasarkan kepada aspek-aspek yang ingin

diperhatikan di dalam borang pemerhatian bagi setiap selang masa 5 minit.

34

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Berdasarkan Rajah 6 yang dipaparkan di atas, dapat dibandingkan peratusan minat murid bagi kumpulan rawatan adalah lebih besar iaitu 44% berbanding kumpulan kawalan yang hanya sebanyak 24%. Ini menunjukkan kaedah sebutan dengan jelas dalam proses P&P bagi tajuk Nyanyian berupaya meningkatkan minat murid untuk belajar. Bagi kumpulan kawalan pula, sesi P&P menggunakan kaedah konvensional menyebabkan murid berasa bosan, sekaligus mengurangkan minat mereka untuk belajar.Bagi tema kedua iaitu tingkah laku pasif, hanya 12% murid kumpulan rawatandidapati bertingkah laku pasif di dalam kedua-dua sesi P&P menggunakan kaedah sebutan dengan jelas bagi nyanyian. Manakala, bagi kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional,sebanyak 34% murid didapati bertingkah laku pasif bagi kedua-dua sesi P&P yang dijalankan. Dapatan ini membuktikan bahawa kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian mampu mengurangkan tingkah laku pasif murid. Peratusan tingkah laku pasif yang rendah ini disebabkan oleh perasaan minat yang mendalam untuk belajar dengan menggunakan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian jika dibandingkan dengan kaedah

konvensional.

35

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Seterusnya, perbezaan peratusan yang ketara di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan juga boleh dilihat bagi tema penglibatan. Bagi sesi P&P menggunakan kaedah sebutan dengan jelas bagi nyanyian (kumpulan rawatan), sebanyak 35% murid didapati menglibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P. Namun, bagi sesi P&P menggunakan kaedah konvensional (kumpulan kawalan), peratusan murid yang menglibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P didapati menurun kepada 15%.Melalui dapatan ini, saya dapat menyimpulkan bahawa penglibatan murid di dalam proses P&P nyanyian kanak-kanak dapat ditingkatkan melalui penggunaan kaedah sebutan dengan jelas bagi nyanyian

(kumpulanrawatan). Ini bertentangan dengan penggunaan kaedah konvensional (kumpulankawalan) yang tidak berupaya menggalakkan penglibatan murid secara aktif.

Merujuk kepada tema terakhir iaitu masalah disiplin, hanya 9% murid kumpulan rawatan didapati bermasalah, manakala bagi kumpulan kawalan pula, jumlah murid yang bermasalah disiplin meningkat kepada 27%. Perbezaan peratusan yang ketara in imenunjukkan bahawa melalui penggunaan kaedah sebutan yang jelas bagi nyanyian dalam proses P&P muzik, masalah disiplin di kalangan murid dapat dikurangkan ke tahap yang minimum. Akan tetapi,proses P&P menggunakan kaedah konvensional dilihat tidak berupaya mengurangkan masalah disiplin murid

sebagaimana kaedah nyanyian. Secara keseluruhannya, objektif pemerhatian ini iaitu untuk meningkatkan minat murid dalam mempelajari tajuk Nyanyian menggunakan kaedah sebutan dengan jelas telah tercapai. Penggunaan kaedah sebutan dengan jelas bagi nyanyian dalam proses P&P muzik ternyata berkesan dalam meningkatkan minat murid untuk belajar, nyanyian sekaligus dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi P&P nyanyian serta dapat meminimumkan masalah disiplin di kalangan murid.

6.3

Mewujudkan

suasana

pembelajaran

yang

menyeronokkan

dan

menghiburkan dengan penggunaan elemen sebutan yang jelas dalam nyanyian bagi P&P muzik Objektif kajian yang ingin dicapai seterusnya adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan melalui penggunaan kaedah
36

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

sebutan jelas yang dalam proses Nyanyian Muzik. Objektif ini diukur berdasarkan kepada borang soal selidik yang dijawab oleh ke semua responden kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan selepas kedua-dua sesi P&P berakhir. Data yang diperolehi daripada borang soal selidik tersebut telah dianalisis dengan

menggunakan kiraan min. Seterusnya, data tersebut diterjemahkan di dalam bentuk jadual dan graf seperti yang dipaparkan di dalam Jadual 10 di bawah

BIL

ITEM

NILAI MIN KUMPULAN RAWATAN KUMPULAN KAWALAN

Saya berasa seronok selepas mengikuti pelajaran 1 hari ini. Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti hari ini. 2 Saya berasa mudah untuk menghafal lirik lagu. 3 Pengajaran guru membosankan 4 Saya berasa teruja untuk menunggu 5 aktiviti yang akan diperkenalkan seterusnya. Saya berasa bersemangat untuk belajar 6 Muzik. Saya sangat suka dengan kaedah sebutan dalam 7 nyanyian yang diajarkan Saya boleh menggunakan kaedah yang guru 8 perkenalkan pada hari ini untuk lagu lain 4.0 1.5 5.0 1.5 4.6 1.4 4.8 1.5 1.4 4.6 4.8 1.0 5.0 1.9 5.0 2.0

37

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Berdasarkan Rajah 7 di atas, min bagi item 1 kumpulan rawatan adalah melebihikumpulan kawalan sebanyak 3.0. Nilai min kumpulan rawatan yang tinggi menunjukkan bahawa keseluruhan responden kumpulan rawatan berasa seronok selepas mengikuti sesi P&P menggunakan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian kanak-kanak berbanding dengan kumpulan kawalan yang mengikuti sesi P&P menggunakan kaedah konvensional. Bagi item 2 pula, nilai min yang diperolehi bagi kumpulan rawatan iaitu 5.0 adalah lebih tinggi berbandingkumpulan kawalan iaitu 1.9. Ini bermakna, kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian kanak-kanak nyanyian yang digunakan untuk kumpulan rawatan berjaya membuatkan responden berasa seronok dan terhibur.Responden kumpulan kawalan pula tidak berasa seronok dan tidak terhibur dengan kaedah konvensional yang digunakan di dalam sesi P&P.

Berdasarkan analisis terhadap nilai min soal selidik ini juga, didapati responden kumpulan rawatan menyatakan mereka berasa mudah untuk menyebut dengan ketepatan dan secara tidak langsung menghafal lirik lagu dengan penggunaan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian berbanding dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konven sional. Kenyataan ini didinterpretasikan daripada nilai min yang dicatatkan bagi item 3 iaitu 4.8 bagi kumpulan rawatan, dan

38

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

1.0 bagi kumpulan kawalan. Untuk item 4 iaitu pengajaran guru membosankan, nilai min yang diperolehi bagi kumpulan rawatan hanya 1.4, berbanding nilai min kumpulan kawalan yang lebih tinggi iaitu 4.6. Ini menunjukkan, responden kumpulan rawatan tidak bersetuju dengan item 4 tetapi dipersetujui oleh responden kumpulan kawalan.

Nilai min bagi item 5 yang tinggi iaitu 4.8 menunjukkan bahawa responden kumpulan rawatan yang menggunakan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian berasa teruja untuk menunggu aktiviti yang akan diperkenalkan seterusnya. Berbeza pendapat dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional, mereka tidak bersetuju dengan item 5 kerana nilai min yang diperolehi adalah sebanyak 1.5 sahaja. Item 6 pula membuktikan bahawa kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian yang digunakan mampu membuatkan responden kumpulan rawatan berasa bersemangat untuk belajar nyanyian Muzik berbanding kumpulan kawalan dengan perbezaan min sebanyak 3.2.

Responden kumpulan rawatan juga menyatakan mereka suka dengan kaedah pembelajaran yang digunakan. Ini boleh dilihat melalui nilai min yang tinggi bagi item 7 yang dicatatkan oleh kumpulan rawatan. Manakala, nilai min yang rendah yang dicatatkan oleh kumpulan kawalan menunjukkan bahawa responden kumpulan kawalan tidak bersetuju dengan item 7. Bagi item terakhir iaitu item 8, nilai min yang dicatatkan oleh kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Ini bermaksud, kumpulan rawatan bersetuju dengan item 8 dimana mereka boleh menggunakan kaedah yang guru perkenalkan (nyanyian) untuk tajuk lagu lain. Bagi kumpulan kawalan pula, responden tidak bersetuju dengan item tersebut.

39

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

7.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara terperinci sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk Nyanyian. Responden kumpulan rawatan yang menjalani proses P&P menggunakan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian menampakkan peningkatan markah ujian yang lebih ketara berbanding dengan kumpulan kawalan yang menjalani proses P&P menggunakan kaedah konvensional. Peningkatan markah ujian tersebut

menunjukkan responden kumpulan rawatan mudah mengingat proses-proses yang terlibat bagi tajuk yang difokuskan iaitu Nyanyian yang secara tidak langsung membantu mereka untuk menyanyi dengan lancar dan sebutan yang jelas dan memperolehi lontaran suara yang baik.

Hal ini selaras dengan kenyataan Noraini (2003) yang menyatakan bahawa iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan sebutan dengan jelas kerana disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini turut disokong oleh Hj. Ab. Fatah (1990) yang menyatakan bahawa maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak

menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang.

Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah tertarik dengan muzik. Mereka akan berasa seronok apabila sesuatu pelajaran itu disampaikan di dalam bentuk nyanyian. Perasaan seronok untuk belajar yang timbul di dalam diri mereka itu secara tidak langsung akan memudahkan mereka mengingati apa yang dipelajari. Maka dengan itu, penggunaan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian bagi proses P&P nyanyian adalah amat tepat bagi meningkatkan ingatan murid terhadap prosesproses yang terlibat dalam Nyanyian.

Integrasi elemen muzik dalam nyanyian lain akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan otak kanan (Hermann, 1991). Otak kiri dan kanan manusia menjalankan
40

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

fungsi yang berbeza. Bahagian otak kiri menguasai perkara seperti bahasa, logik, matematik, Muzik dan lain-lain aktiviti akademik. Otak kanan pula menguasai perkara seperti muzik, imaginasi, mengenal warna dan sebagainya. Otak kiri akan berfungsi lebih aktif sekiranya aktiviti otak kanan diperkembangkan. Penggabungjalinan antara otak kiri (lirik lagu Muzik) dan otak kanan (elemen muzik dan nyanyian) yang diaplikasikan di dalam kajian ini telah menghasilkan suatu pembelajaran yang penuh bermakna. Ini dapat dilihat melalui peningkatan markah ujian yang ketara yang ditunjukkan oleh kumpulan rawatan yang menjalani sesi P&P menggunakan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian.

Penggunaan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian juga terbukti berkesan dalam meningkatkan minat murid untuk belajar nyanyian. Kaedah sebutan yang jelas dalam nyanyian bukan sahaja dapat meningkatkan minat belajar, malah ianya sekaligus dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi P&P serta dapat meminimumkan masalah disiplin di kalangan murid. Selain itu, kaedah nyanyian juga dilihat dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan. Ini dibuktikan melalui dapatan soal selidik yang menunjukkan bahawa responden kumpulan rawatan yang menjalani proses P&P menggunakan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian merasa lebih terhibur dan seronok untuk belajar jika dibandingkan dengan responden kumpulan kawalan yang menjalan proses P&P menggunakan kaedah konvensional. Hal ini menyokong kenyataan Hj. Abd. Fatah (1994), iaitu jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah baik untuk menyelesaikan masalah, dan pemikiran akan menjadi lebih aktif.

Dapatan kajian ini adalah selaras dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Edith dan Kamariati (2005) tentang Keberkesanan sebutan yang jelas dalam Lagu Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran yang dijalankan di Sekolah Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Kedua-dua dapatan menunjukkan bahawa secara

keseluruhannya, responden menunjukkan reaksi positif terhadap mata pelajaran Muzik. Responden juga mempamerkan rasa seronok untuk mengikuti proses P&P yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian. Prestasi dalam pembelajaran turut
41

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

meningkat terutamanya dari aspek mengingati nyanyian Muzik. Kaedah ketepatan sebutan dalam nyanyian bagi P&P muzik juga sekaligus dapat menarik minat murid untuk belajar nyanyian kanak-kanak.

Dapatan kajian ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Mohd Noor (1982) mengenai Muzik Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-Kanak yang menunjukkan bahawa lirik lagu akan mudah diingat bila ianya dijadikan senikata lagu, khasnya mata pelajaran Muzik disebut dengan jelas. Melalui penggunaan kaedah nyanyian ini, ia akan memudahkan guru untuk mengajar pelajaran tersebut, manakala murid akan menjadi lebih lancar sebutan dan berminat untuk mengikuti pelajaran nyanyian. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa elemen muzik iaitu kaedah sebutan atau diction bagi nyanyian dapat dijadikan sebagai satu media yang berkesan dalam pengajaran nyanyian pada peringkat kanak-kanak. Dalam kajian lain bertajuk Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi yang dijalankan oleh Zainure (2003) pula membuktikan bahawa aktiviti P&P yang berjaya adalah bergantung kepada aktiviti yang menarik yang bersesuaian dengan kehendak dan minat murid-murid seperti pelbagai elemen muzik dalam nyanyian ditekankan. Penggunaan elemen muzik dalam nyanyian bukan sahaja dapat membantu murid-murid mengenali, menyebut dan menghafal struktur, malah aktiviti P&P menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan murid dan guru itu sendiri. Ini selaras dengan dapatan kajian ini yang menunjukkan tindak balas yang positif apabila responden mampu menjawab soalan ujian pasca dengan baik berbanding dengan ujian pra, menimbulkan perasaan seronok untuk belajar serta mendorong responden untuk meminati subjek Muzik.

Kamariah Aminah (2005) menekankan bahawa penggunaan rangsangan elemenelemen muzik dalam P&P nyanyian adalah bertujuan untuk mengubah suasana pembelajaran agar menjadi lebih menarik dan pelajar boleh belajar sambil berhibur. Ini kerana, elemen-elemen muzik tadi mampu memberikan kesan yang mendalam kepada pelajar memandangkan elemen ini menyentuh mengenai ketepatan sebutan dan menghafal lirik lagu dan kegembiraan lagi menyeronokan. Berdasarkan kepada kenyataan beliau tersebut, maka penggunaan bidang-bidang muzik dalam nyanyian
42

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

adalah amat disarankan sebagai alternatif untuk menjadikan kaedah pengajaran nyanyian tidak mendatar dan membosankan murid. Ternyata kaedah

sebutan(diction) dalam nyanyian mampu memberikan keseronokan kepada murid yang seterusnya dapat meningkatkan ketepatan dan kelancaran sebutan lirik lagu mereka dengan jelas. Apabila minat untuk belajar telah berjaya dipupuk di dalam diri murid, maka secara tidak langsung juga dapat meningkatkan prestasi nyanyian mereka.

Brewer (2007) di dalam kajiannya menegaskan bahawa integrasi elemen-elemen muzik dalamP&P nyanyian adalah sangat efektif. Menurut kajian yang dijalankan oleh beliau ini, penggunaan kaedah sebutan (diction)muzik dalam nyanyian bagi P&P ini boleh membantu murid mengingati pengalaman pembelajaran yang dilalui disamping dapat menggalakkkan penglibatan aktif murid semasa P&P nyanyian . Irama dan melodi yang digunakan dalam lagu, chant, sajak dan rap dapat menguatkan memori terhadap lirik lagu dan sebutan(diction). Bertepatan dengan kajian beliau,kajian yang dijalankan ini turut menunjukkan kesan yang serupa dimana para responden dapat mengingat proses Nyanyian dengan mudah menggunakan kaedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian.

Bagi mendapatkan kesan yang maksima terhadap proses P&P nyanyian, adalah penting bagi seorang guru untuk memancing perhatian murid-muridnya dengan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Ini kerana, apabila murid belajar dalam suasana yang gembira, tambahan pula aktiviti yang disediakan selari dengan minat mereka, secara tidak langsung motivasi mereka untuk belajar akan meningkat. Motivasi dan minat yang mendalam tersebut akan menjadi pemacu kepada kejayaan murid dalam pelajaran. Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan seperti kaedah nyanyian bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah terbukti berkesan dalam membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut. chant, sajak dan rap dapat menguatkan memori terhadap lirik lagu dan isi pelajaran. Bertepatan dengan kajian beliau, kajian yang dijalankan ini turut menunjukkan kesan yang serupa dimana para responden dapat mengingat proses Nyanyian dengan mudah menggunakan kaedah sebutan(diction) dalam nyanyian.

43

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Penggunaan kaedah sebutan(diction) dalam nyanyian bagi proses P&P Muzik sememangnya berkesan dalam membantu murid mengingat lirik lagu, meningkatkan minat serta menimbulkan keseronokan belajar. Secara keseluruhannya kajian ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Namun terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan sekiranya kajian seumpama ini dijalankan lagi pada masa akan datang seperti:

i) Menambah bilangan responden supaya hasil dapatan kajian lebih jitu selain dapat memanfaatkan keberkesanan kajian ini kepada lebih ramai murid.

ii) Mengaplikasikan kedah sebutan dengan jelas dalam nyanyian bagi lagu-lagu lain dalam subjek Muzik bukan sahaja bagi Tahun 5, malah bagi murid-murid lain juga secara menyeluruh.

iii) Menggunakan instrumen temubual bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dalam memantapkan dapatan kajian.

iv) Mencipta lagu dan melodi baru bagi tajuk yang difokuskan tanpa menggunakan melodi yang sedia ada dalam usaha meningkatkan keterujaan murid untuk belajar nyanyian kanak-kanak.

v) Mengintegrasi kaedah nyanyian dengan pergerakan fizikal (nyanyian kinestatik) supaya proses P&P menjadi lebih seronok dan seterusnya dapat menggalakkan penglibatan aktif murid.

vi) Menggunakan video animasi yang memaparkan lirik lagu beserta iringan melodi supaya pengajaran lebih menarik sejajar dengan pendidikan masa kini yang menekankan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) dalam P&P.

44

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

9.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN

1. TEORI KAJIAN ( 12 MINGGU) a. Konsep Kajian (1 minggu/2 waktu) i. Definisi ii. Ciri-ciri iii. Tujuan

b. Jenis-jenis Kajian ( 3 minggu/6 waktu) i.Tinjauan ii. Kajian Kes iii. Eksperimental iv. Ex-post facto v. Kajian Tindakan

c. Proses Kajian ( 3 minggu/ 6 waktu) i. mengenalpasti isu/masalah ii. merancang strategi iii. melaksanakan kajian iv. mengumpul dan menganalisis data v. Kesimpulan dan perbincangan

d. Metodologi Kajian ( 5 minggu/10 waktu) i. Rekabentuk kajian ii. Persampelan iii. Instrumen Kajian iv. Prosedur Kajian v. Kaedah Analisis Data

45

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

10.0 TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN DENGAN ISU KAJIAN Kajian menunjukkan murid sekolah rendah belum berupaya

menyelesaikan masalah menyebut lirik lagu dengan jelas dalam nyanyian walaupun mereka menguasai kemahiran membaca dan menyanyi , 1999; Fatimah, 1999; Hassan, 1998; Mohd. Daud et al., 1997). Dapatan daripada kajian ini adalah bersamaan dengan kajian di luar negara seperti Verschaffel et al. (1999), Bransford et al. (1996), dan Hegarty et al. (1995) yang mendapati bahawa masalah menyebut lirik lagu dengan jelas ini menimbulkan banyak kesukaran dan kesilapan di kalangan murid peringkat awal persekolahan. Dalam memperjelaskan tentang teknik sebutan, murid lebih cenderung dalam menyelesaikan masalah sebutan menggunakan teknik menghafal lirik lagu, menggunakan lagu lagu iringan yang dimainkan (Mohd Uzi, 1999; Hassan, 1998; dan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan [JNSP], 1993). Selain itu, murid melaksanakan sesuatu penyelesaian tanpa menggunakan istilah sebutan dengan betul. (Bransford et al., 1996; dan Hegarty, 1995). Namun, tidak dapat dinafikan bahawa teknik menghafal lirik lagu yang rutin. dapat menyelesaikan masalah menyanyi, tetapi murid tidak haruslah dikongkong oleh satu teknik penyelesaian yang biasa disampaikan oleh guru sahaja. Teknik lain yang sesuai perlulah digalakkan, iaitu teknik yang bersesuaian dengan peringkat perkembangan kognitif murid, pengalaman dan persekitaran pembelajaran yang dilalui oleh murid bagi memberikan pendekatan yang lain dalam membantu murid dalam memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah menyebut lirik lagu dengan jelas. Teori perkembangan kognitif Piaget (1952) menyatakan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut umur iaitu sensori-motor (sehingga umur 2 tahun), pra operasi (2 7 tahun), operasi konkrit (7 11 tahun) dan operasi formal (12 tahun hingga dewasa). Yang jelas,murid sekolah rendah berada pada peringkat operasi konkrit. Murid pada peringkat operasi konkrit berupaya untuk berfikir secara logik tetapi masih terbatas kepada sesuatu yang bersifat nyata. Sehubungan itu, aktiviti pembelajaran pada peringkat operasi konkrit masih bergantung kepada objek-objek maujud dan menggunakan hand-on material. Oleh itu, murid di peringkat ini memerlukan bahan sokongan yang bersifat
46

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

konkrit dan boleh diolah dalam usaha mengukuhkan lagi kefahaman berkaitan dengan konsep Nyanyian. Dalam memahami sesuatu konsep Sebutan, murid perlukan pengalaman yang berbeza seperti pengalaman enaktif, ikonik dan simbolik (Lim,. S; Fatimah, S.; Munirah, G; 2003). Pada peringkat pengalaman ikonik, kanak-kanak sudah boleh menggunakan minda untuk memikirkan sesuatu dan membina gambaran lagu yang terlintas di fikiran mereka. Murid sekolah rendah lebih mudah memahami sesuatu konsep Nyanyian melalui penggunaan objek konkrit dan menulis. Cadangan ini selaras dengan pendapat Dienes (1973) yang menyatakan bahawa konsep Sebutan dalam Nyanyian menjadi lebih mudah difahami jika konsep itu dipersembahkan kepada murid dengan menggunakan contoh yang konkrit. Sehubungan itu, Dienes mengusulkan lima peringkat persekitaran dalam menyebut sebutan lagu dengan jelas iaitu permainan bebas, memerhati ciri (generalisasi), perwakilan diagramatik (representasi), perwakilan simbolik (simbolisasi), dan formalisasi. Dalam persekitaran perwakilan

diagramatik (representasi) murid dibimbing untuk menggunakan objek-objek konkrit dalam aktiviti pembelajaran Nyanyian. Imej dan gambar atau rajah yang menunjukkan baris baris lirik seharusnya digunakan untuk mewakili konsep Nyanyian. Dalam peringkat persekitaran perwakilan simbolik, kanak-kanak haruslah dibimbing supaya mengenali pic dalam muzik semasa menyanyi. Ini dapat memudahkan kanak kanak menyebut lirik tersebut dengan jelas mengikut intonasi yang betul.

47

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

RUJUKAN

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Penerbit BPPDP, KPM.

Brewer, C.B. (2007). The Effectiveness of Integrating Music In The Classroom. Muat turun pada 30 Feb 2011.http://www.newhorizons.org/strategies/arts/brewer.htm

Bell, J. (1999). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit BPPDP,KPM.

Campbell, B. (1990). Research on Multiple Intelligences In The Classroom. Muat turun pada 2 Mac 2011. http://www.context.org/ICLIB/IC27/Campbell.htm . Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Edith Indek & Kamariati Hussin. (2005). Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran: Satu Kajian di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Tawau, Sabah.Muat turun pada 2 Mac http://www.docstoc.com/docs/335

Eisner, E. (2003). The Function Of Music In education. Muat turun pada 10 Feb 2011. http://www.isme.org/article/view/89/1/26 . Haji Abdul Fatah Hassan. (1990). Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam Pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Haji Abdul Fatah Hassan. (1994). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran: Keseluruhan Otak Dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publicators and Distributors Sdn. Bhd.

48

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Prescott, J.O. (2005). Music In The Classroom. Muat turun pada 14 Feb 2011. http://teacher.scholastis.com/products/instructor/Jan05music.htm.

Routier, W. (2003). Read Me a Song: Teaching Reading Using Picture Book Songs. Orlando: International Reading Assosiation.

Savin, C.F. (2001). Tune-In To Biology: Music In The Science Classroom. Muat turun pada 14 Feb 2011. http://www.science.subaru.com/teaching_ideas/carolsavin.

Sufian Sukhairi & Osman Ali Rawa. (2008). Kajian Penggunaan Muzik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPGKTI. 9(4):27-31.

Yong, L.M.S. & Biramiah, K. (1996). dalam Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teorikital dan Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.

49

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

LEMBARAN KERJA LATIH TUBI SOLFA Nama : ______________________________________ Kelas : ______________________________________

Lengkapkan jadual di bawah. CIRI CIRI ASAS NYANYIAN 1 a) _________________ NAMA SIMBOL CIRI SEBUTAN

b) _________________

2 a) __________________

b) __________________

3 a) _____________________

b) _____________________

4 a) _____________________

b) _____________________

50

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

PEMERHATIAN TIDAK BERSTRUKTUR (CATATAN BEBAS)

Tarikh : ____________________ Kelas : ____________________ PERISTIWA CATATAN

51

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

BORANG SOAL SELIDIK Nama : __________________________________ Kelas : __________

BACA KENYATAAN DI BAWAH DAN TANDAKAN (/) PADA PILIHANJAWAPAN ANDA. SILA JAWAB DENGAN JUJUR. ITEM YA (%) TIDAK (%)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Saya minat mata pelajaran Muzik Pelajaran cikgu membosankan Bimbingan yang cikgu beri mencukupi Aktiviti yang dijalankan menarik Cikgu memberi tumpuan terhadap saya Penerangan cikgu mudah difahami Saya berasa sukar menghafal lirik lagu Saya tidak faham soalan Muzik Saya selalu lupa apa yang yang cikgu ajar Belajar Muzik itu menyeronokkan Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah Latihan yang diberikan sangat mudah

52

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

MARI BELAJAR SEBUTAN YANG JELAS TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR

53

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

SEKOLAH KEBANGSAAN POLIS KEM 81030 KULAI, JOHOR

UJIAN PRA

NAMA : ___________________________________ KELAS : ___________________________________

ARAHAN : 1. Kertas soalaan ini mengandungi dua bahagian (Bahagian A dan Bahagian B). 2. Sila jawab ke semua soalan. 3. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ialah 30 minit.

54

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Latih Tubi: Isikan tempat kosong

Twinkle, twinkle, little _______, How I _________ what you are. Up above the world so ______, Like a __________ in the sky. Twinkle, _________, liittle star, How I wonder what you are!

When the blazing sun is gone, When there's nothing he ________ upon, Then you show your little ________, Twinkle, twinkle, through the _______. Twinkle, twinkle, little star, How I _______ what you are!

In the dark blue sky so deep Through my _______ often peep For you never close your _______ Til the __________ sun does rise Twinkle, twinkle, little star How I wonder what you are

Twinkle, twinkle, little star How I wonder what you are

55

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

Latih tubi: Sebutan lirik lagu dengan jelas.

TWIN KLE

TWIN KLE

LIT TLE

STAR

HOW

WON DER

WHAT

YOU

ARE

UP

ABOVE

THE

WORLD

SO

HI HIGH

LI KE

DIA MOND

IN

THE

SKY.

TWIN KLE

TWIN KLE

LIT TLE

STAR

HOW

WON DER

WHAT

YOU

ARE

56

FAUZIAH BINT IBRAHIM / PGSR MUZIK/ MZU 3122

BORANG SOAL SELIDIK

Nama : ________________________________

Kelas : ________________

Tandakan (/) berdasarkan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut:

1 = Sangat tidak setuju 2 = Tidak setuju 3 = Kurang setuju 4 = Setuju 5 = Sangat setuju

BIL 1 Saya berasa seronok selepas mengikuti pelajaran hari ini 2 Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti hari ini. 3 Saya berasa mudah untuk menghafal Lirik lagu 4 Pengajaran guru membosankan.

Saya berasa teruja untuk menunggu aktiviti yang akan diperkenalkan seterusnya.

Saya berasa bersemangat untuk belajar Muzik.

Saya sangat suka dengan kaedah nyanyian yang digunakan.

Saya boleh menggunakan kaedah yang guru perkenalkan pada hari ini untuk lagu lain.

57