Anda di halaman 1dari 24

Berliner (1988) telah mengemukakan model lima peringkat perkembangan guru yangmemberi fokus terhadap pemikiran guru berdasarkan

tingkah laku guru dalam bilikdarjah. Model perkembangan Berliner (1995) mentafsir perkembangan guru sebagai satu proses menuju ke arah pembentukan guru untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan (Sani dan Norzaini, 2007, 218).

Peringkat 1 Peringkat permulaan atau novice Guru novis mempelajari fakta dan menimba pengalaman serta diajar peraturan umum yang dikatakan sesuai untuk semua konteks; Peringkat 2 Peringkat lebih maju atau advanced beginner Guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama dua atau tiga tahun.Pengalaman dan konteks masalah mula membimbangi dan mempengaruhi tingkahlaku guru; Peringkat 3 Peringkat cekap atau competent Guru mampu membuat pilihan secara sedar tentang tindakan, membuat keutamaandan membuat perancangan. Berdasarkan pengalaman yang diperoleh, gurumenjadi lebih peka terhadap perkara yang penting ataurem eh. Namun, kemahiranmengajar masih lagi kaku dan tidak fleksibel;

Peringkat 4 Peringkat mahir atau proficient Terdiri daripada guru yang berpengalaman mengajar selama lima tahun. Guruboleh mengesan maklumat yang wujud dalam semua konteks dan situasi sertamampu membuat ramalan tentang sesuatu kejadian dengan cepat. Peringkat 5 Peringkat pakar atau expert Bukan semua guru mampu untuk mencapai tahap ini. Pengajaran guru adalah lancar dan segala tugas dapat dilaksanakan dengan mudah. Menurut model ini, seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum ia dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan

1. 2. 3. 4. 5.

Guru Guru Guru Guru Guru

Permulaan Cekap Berkesan Mahir Pakar

1)

Cabaran Guru Permulaan;

Dikatakan pasif, tidak kreatif & imaginatif. Belum mencapai tahap yang dikehendaki oleh pihak sekolah. Masalah penyesuaian diri dengan realiti sekolah/bilik darjah. Ciri-ciri Guru Permulaan;
Mula mengaplikasikan kaedah mengajar Memahami fakta, konsep & perkara asas pengajaran Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru Kurang berupaya menangani tugas harian guru

2)

3)

Fokus Guru Permulaan;

Mempunyai

kualiti dan kebolehan diri Melaksanakan P&P Pelaksanaan aktiviti kokurikulum Pengurusan tempat kerja (sekolah) Penyesuaian diri dengan budaya sekolah Peka dan sentiasa mendapatkan informasi Mempunyai kepelbagaian idea

Guru Cekap; Mempunyai kecekapan dari segi: Profesionalisme Melaksanakan visi dan misi Keterampilan peribadi Mengaplikasikan ICT Kecerdasan mental dan intelektual Kestabilan emosi Kebijaksanaan dan kepimpinan Guru cekap mempunyai kecekapan pada tahap minimum. Guru mula mengenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dgn merujuk situasi khusus. Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah P&P.

Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu). Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah. Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki?

Guru Mahir; Guru terbaik dalam bidangnya. Menguasai kemahiran ICT dan mengaplikasikan dalam P&P. Mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi Berkemampuan membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan positif. Menjadi teladan sebagai seorang profesional dalam membentuk program yang membangunkan murid Mahir membuat jangkaan terhadap murid dan tahu menyelesaikannya. Menunjukkan gaya pengajaran yang tersendiri

Guru Pakar; Sentiasa menyerlahkan kepimpinan profesional. Terlibat sepenuhnya dalam pengurusan kurikulum. Dianggap sebagai pihak yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya. Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.

Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.

Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain.

Guru hendaklah membimbing dan mengajar muridmurid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.

Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah

Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar.

Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .

Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugastugasnya dengan penuh komited dan dedikasi.

Anda mungkin juga menyukai