Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA PERASMIAN PEMBUKAAN SEMINAR PECUTAN AKHIR SPM: SEKOLAH-SEKOLAH KAWASAN BILUT TARIKH : 1.11.

2012 TEMPAT : DEWAN TUN RAZAK, SMK LKTP LURAH BILUT

BIL

CUE Apabila YB tiba di pintu utama

ANN Mengumumkan ketibaan YB Dato Hoh Khai Mun, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan

CATATAN

Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Negeri Pahang Merangkap ADUN Bilut

1.

Protokol majlis

Selamat tengah hari, selamat sejahtera dan salam Satu Malaysia. Yang Berbahagia, Dato Hoh Khai Mun, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Negeri Pahang Merangkap ADUN Bilut

Apabila VIP bersedia

Yang Dihormati, En. Liew Kim Choon, Pengawai Pelajaran Daerah Bentong

Yang Berusaha, Para Pengetua Sekolah Menengah Daerah Bentong Fasililator-fasililator, guru-guru, para ibu bapa, para peserta Seminar Serta hadirin sekalian. dan hadirat yang dihormati

2.

Menyatakan kesyukuran

Bersyukur kita kepada Tuhan, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di dalam Majlis Perasmian Seminar Pecutan Akhir SPM: Sekolah-Sekolah Kawasan Bilut tahun 2012. Untuk pengetahuan para peserta dan hadirin serta hadirat sekalian, seminar ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran teknik menjawab soalan serta memotivasikan para pelajar untuk menghadapi SPM 2012. Di samping itu, ia juga memberi peluang kepada para pelajar sekolah-sekolah daerah Bentong untuk bersua dengan pemimpin setempat. Diharap seminar yang diadakan ini dapat memberi sedikit input kepada para peserta.

3.

Bacaan doa

Warga Dewan yang mulia,

Untuk memberkati majlis pada tengah hari ini, dengan sukacitanya dijemput Ustaz Mohd Zamri untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Setelah selesai bacaan doa........... Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

4.

Ucapan Alu-aluan oleh Pegawai Pelajaran Bentong

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan hormatnya mempersilakan En. Liew Kim Choon, Pegawai Pelajaran Daerah Bentong untuk memberi ucapan alu-aluan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. (pause) Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

5.

Ucapan Perasmian oleh YB Dato Hoh Khai Mun

Sidang dewan yang mulia, Kini tibalah saat yang dinantikan iaitu ucapan Perasmian Pembukaan Seminar Pecutan Akhir SPM:Sekolah-Sekolah Kawasan Bilut Tahun 2012. Sehubungan dengan itu majlis dengan hormatnya mempersilakan YB Dato Hoh Khai Mun, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Negeri Pahang Merangkap ADUN Bilut untuk menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan pembukaan rasmi seminar. Dengan penuh takzimnya dipersilakan.

Setelah selesai ucapan .....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian yang berbahagia Dato atas ucapan dan kesudian beliau merasmikan Seminar Pecutan Akhir SPM itu tadi.

6.

Penyampaian Cenderamata

Sebagai tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato, majlis dengan sukacitanya menjemput En. Liew Kim Choon, Pegawai Pelajaran Daerah Bentong untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Dato. Dipersilakan.

(pause) Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Liew. 7. Penyampaian Kad dan Sesi bergambar Majlis diteruskan dengan acara penyampaian kad selamat menduduki peperiksaan SPM

kepada peserta-peserta seminar. Dengan ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Dato diringi En. Liew untuk menyampaikan kad-kad kepada para peserta. Dipersilakan.

Diminta para peserta seminar besiap sedia dalam kumpulan sekolah masing-masing

sebelum dipanggil ke pentas depan untuk menerima kad. Selepas mendapat kad, para peserta sila tunggu sebentar untuk sesi bergambar bersama YB Dato.

Dijemput para peserta dari SMK Lurah Bilut untuk tampil ke hadapan untuk menerima kad. (pause)

Seterusnya para peserta dari SMK Kuala Repas (pause)

Para peserta dari SMK Khai Mun (pause)

Akhir sekali peserta dari SMK Katholik. (pause)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB Dato

8.

Hadirin

dan

hadirat

sekalian,

dengan

penyampaian kad itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada tengah hari ini

Merdu bertingkah alunan suara, Kadang tak sedar tersilap kata, Andai terlanjur patah bicara, Serendah hati kemaafan dipinta. Saya selaku pengerusi majlis ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang saya mengendalikan majlis ini. Sekian. Sebelum itu, diminta para peserta untuk menikmati jamuan makan tengah hari. Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai