Anda di halaman 1dari 22

PENDIDIKAN UNTUK KEFAHAMAN SEJAGAT (EIU)

SEJARAH EIU

Kehancuran selepas Perang Dunia menimbulkan dua keinginan iaitu untuk keamanan global dan pemahaman sejagat. Oleh itu, Asia-Pasifik Centre of Education for International Understanding (APCIEU) ditubuhkan untuk mempromosikan Pendidikan untuk Kefahaman Sejagat (EIU).
Idea ini tercetus semasa Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sesi ke18 yang bertempat di Paris pada 17 Oktober - 23 November 1974.

Tujuan penubuhannya ialah untuk menanam budaya perdamaian yang meliputi individu, masyarakat, antarabangsa / sistem global dan hubungan yang berterusan antara manusia dan alam sekitar.
EIU didasarkan oleh four pillars of learning - Learning to be, Learning to know, Learning to do, and Learning to live together. APCEIU menekankan EIU menggunakan pendekatan yang mengintegrasikan pengetahuan dan pemahaman dengan perkembangan nilai-nilai dan sikap yang menyokong budaya perdamaian.

Tumpuan EIU Pendidikan Hak Asasi manusia/ Human Rights Education Pendidikan Alam Sekitar /Environmental Education Pendidikan Perdamaian/Peace Education Kesetaraan Gender/Gender Equality

RANGKA KONSEP DAN KAITAN DENGAN THE FOUR PILLARS OF EDUCATION (UNESCO)

The Four Pillars of Education


Konsep ini bermula sejak dunia kini yang sering berhadapan dengan kekerasan walaupun sudah ada konflik sepanjang sejarah. Oleh itu, kita memerlukan satu bentuk pendidikan yang boleh menghindari konflik dan boleh menyelesaikannya secara damai. Maka dengan itu, UNESCO telah menggariskan empat tunggak atau lebih dikenali dengan nama The Four Pillars of Education yang bertujuan ke arah keamanan sejagat.

Learning to know

Learning to live together

Four Pillars of Education

Learning to do

Learning to be

LEARNING TO KNOW
Belajar untuk mengetahui asas-asas pembelajaran sepanjang hidup.Tonggak ini merujuk kepada pengetahuan asas bahawa kita perlu dapat memahami persekitaran kita dan hidup secara terhormat.

Membangkitkan rasa ingin tahu, iaitu membolehkan kita untuk merasai sendiri apa yang dikatakan dengan kajian dan penemuan. Belajar untuk tahu mengandaikan bahawa kita mengembangkan daya tumpuan, ingatan dan berfikir.

LEARNING TO DO
Belajar untuk melakukan merujuk kepada kejayaan kemahiran praktikal, kemampuan untuk bekerjasama dan inisiatif dan kesiapan untuk mengambil risiko. Oleh yang demikian, tunggak ini adalah tentang kompetensi menempatkan apa yang telah kita pelajari ke dalam amalan sehingga boleh bertindak secara kreatif di persekitaran kita. Pelbagai situasi, sering tidak terduga, pasti akan muncul. Ketika ini berlaku, belajar untuk melakukan membolehkan kita untuk menukar pengetahuan kita menjadi efektif dan berinovasi.

LEARNING TO BE
Ia didasarkan kepada prinsip asas bahawa pendidikan perlu untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan untuk setiap individu. Tunggak ini berkaitan dengan personaliti dan keperibadian. Hal ini berkenaan dengan memberi kita kebebasan berfikir, perasaan dan imaginasi bahawa kita perlu bertindak lebih berdikari dengan lebih banyak wawasan, lebih kritis, dan lebih bertanggungjawab. Di akhir pendidikan adalah untuk menggilap bakatbakat yang ada pada setiap individu yang berpotensi.

LEARNING TO LIVE TOGETHER


Belajar untuk hidup bersama adalah tunggak yang paling diutamakan oleh Suruhanjaya UNESCO (United Nation , Educational, Scientific dan Cultural Organization). Hal ini merujuk kepada mengembangkan pemahaman orang lain melalui dialog yang mengarah pada empati, rasa hormat, dan penghargaan. Jika kita ingin memahami orang lain, kita perlu memahami diri kita sendiri. Belajar untuk hidup bersama juga adalah tentang saling hidup bergantung sesama sendiri , bersama-sama mengalami dan untuk masa depan bersama. Bermula daripada itu, barulah kita boleh menguruskan konflik yang tidak dapat dihindarkan secara damai.

TEMA EIU

KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN PERPADUAN


Budaya bagi setiap negara dan etnik adalah berbezabeza dan pelbagai. Setiap manusia perlu belajar untuk bertolak-ansur dan menghormati antara satu sama lain agar dapat menjalani kehidupan bersama dengan aman dan damai. Guru hendaklah menerapkan dan memfokuskan pengajaran terhadap keperluan asas manusia ,estetika, budaya turun-temurun, nilai sosial, kasih-sayang dan isu-isu global dalam pendidikan di sekolah rendah dan menengah.

Oleh itu, pelajar akan lebih memahami perbezaan antara budaya, menganalisis dan memahami bentuk-bentuk perbezaan budaya dan memperolehi keamanan, demokrasi, toleransi, hormat-menghormati, membentuk maruah dan jati diri.

KEAMANAN DAN EKUITI


EIU bertujuan untuk mewujudkan keamanan dan membangunkan bangsa yang saling bergantung antara satu sama lain.

Dalam konteks globalisasi, persefahaman dan toleransi haruslah disebarkan dalam kalangan manusia yang mempunyai latar belakang budaya, etnik dan agama di negara yang berbeza.

Selain itu, kesedaran haruslah dipupuk di kalangan manusia dengan meneliti nilai-nilai yang terdapat di dalam kehidupan agar dapat mewujudkan keamanan sejagat. Sebagai contoh, kebocoran radiasi nuklear di Jepun telah menimbulkan kerisauan dan turut memberi kesan kepada negara yang berdekatan.

Oleh itu, semua negara berganding bahu dan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

NILAI
Menurut UNESCO, konsep dan nilai bagi EIU adalah pluralisme, persefahaman, humanisme, pembaharuan, dan tanggungjawab. Bagi mencapai nilai-nilai ini di dalam proses pembelajaran, penglibatan pelajar, latihan dan menggalakkan high order thinking perlu dilaksanakan di sekolah.

Selain itu, pelajar berkeupayaan untuk memahami konsep, menganalisis dan menyelesaikan pelbagai isu dan masalah seterusnya meperbaiki keupayaan pelajar.

PERKAITAN ANTARA ESD DAN EIU

KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN SPESIS KEHIDUPAN PENTING UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI

Kedua-dua ESD dan EIU mengenal pasti keperluan peluang pendidikan untuk semua bagi mempelajari dan mempraktikkan di dalam kehidupan seharian. Hal ini penting untuk memelihara persekitaran dan memahami isu-isu berkaitan. Selain itu, EIU dan ESD penting untuk memastikan generasi akan datang mengguna dan menguruskan persekitaran dan sumber-sumber dengan cara yang betul.

KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN SPESIS KEHIDUPAN PENTING UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI

Kedua-dua EIU dan ESD bertujuan untuk membina sebuah negara yang mampan yang melampaui keganasan dan konflik. Untuk mencapai matlamat ini, kedua-dua EIU dan tujuan ESD menggunakan kaedah inovatif, dan pendekatan pedagogi untuk menangani punca dan masalah ini secara menyeluruh.

Selain itu, pendekatan dialog terbuka dan memupuk nilai-nilai positif untuk membentuk generasi akan datang agar hidup secara harmoni.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai