Anda di halaman 1dari 20

KERTAS KERJA Mums Kitchen Entrepreneur

PENGANJUR UTAMA: SIFE UNIMAS

MUMs Kitchen Entrepreneur SIFE UNIMAS 2011/2012

PENGENALAN Students in Free Entreprise atau lebih dikenali sebagai SIFE sudah lama bertapak di universiti-universiti di Malaysia. SIFE telah lama memberikan peluang kepada mahasiswa untuk menceburkan diri bukan sahaja di dalam perniagaan malah telah memberikan peluang untuk bersama-sama membuat perubahan kepada masyarakat selain daripada hubungan dengan industri. Lebih daripada 1500 universiti yang aktif telah menyertai di hampir 39 negara dan ditambah pula dengan sokongan daripada syarikatsyarikat yang terkemuka dari seluruh dunia. Hubungan

antarabangsa ini juga membuka jalan yang baru kepada lebih 48 000 mahasiswa untuk menggabungkan kepakaran dan tenaga selain daripada ilmu perniagaan dengan matlamat untuk

memajukan kehidupan, memperkasakan komuniti dan membina masyarakat yang prihatin. Mahasiswa juga berpeluang untuk menceburkan diri secara tidak langsung dalam dunia perniagaan dan korporat. Tibalah masa kini untuk SIFE pula bertapak di Universiti Malaysia Sarawak.

SIFE Malaysia juga mendukung satu pepatah If you give a man a fish, he will eat for a day. If you teach a man how to fish, he will eat for the rest of his life. Pepatah ini dijadikan sebagai pacuan utama dalam menjayakan sesebuah program khidmat komuniti bagi SIFE. Iaitu dengan menjadikan sesebuah komuniti mampan setelah program selesai. Berbekalkan moto A head for business, a heart for the world para mahasiswa sudah pastinya faham akan tujuan SIFE ini.

SIFE UNIMAS yang ditubuhkan secara rasmi pada 17 Disember 2011 kini sudah mula mencari idea idea kritis yang dapat membantu golongan penduduk penduduk di Sarawak. Salah satu projek yang akan dijalankan bersama sama agensi bukan kerajaan adalah Projek Produk Tradisional.

Pengenalan Ringkas Golongan Sasaran

Golongan wanita yang memerlukan juga telah dikenal pasti sebagai golongan sasaran.

Profil Ketua Golongan Sasaran Nama : Noraini Binti Hamzah Nombor K.P : 620425 - 03 5426 Alamat : Lot Fasa II Lot Baru, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Sejak dari tahun 1995 lagi, Noraini Binti Hamzah telah pun bergiat dalam kerja kerja aktivis dalam membantu rakan-rakan untuk menaik taraf kehidupan. Antara usaha yang telah dijalankan Noraini atau lebih dikenali sebagai Makcik Ani adalah

mengumpulkan golongan wanita di sekitar Muara Tuang, Kota Samarahan dan menjalankan aktiviti keushawanan bersama sama. Noraini juga sering ke kursus keushawanan bagi mendalami ilmu keushawanan namun usaha Noraini sering menemui jalan buntu dan hanya dapat menjalankan bisnes secara kecil kecilan sahaja atas alasan tidak mempunyai kelengkapan serta modal yang mencukupi.

Harapan Noraini Binti Hamzah juga adalah agar penduduk Muara Tuang lebih bersikap terbuka dan mempunyai peluang yang sama sepertinya untuk menghadiri bengkel keushawanan serta mendapat bantuan daripada agensi agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

SIFE UNIMAS juga akan cuba komuniti yang terdiri daripada golongan ibu tunggal dan suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan dan berpendapatan rendah.

1.0

TUJUAN 1.1 Kertas ini adalah bertujuan untuk mengemukakan cadangan bagi melaksanakan projek yang diberi nama Mums Kitchen Entrepreneur di Kota Samarahan, Sarawak.

2.0

OBJEKTIF 2.1 Projek Mums Kitchen Entrepreneur diadakan bagi

mencapai objektif seperti berikut: i. Untuk melahirkan usahawan dalam bidang ini kerana terdapat permintaan yang tinggi dalam industri ini memandangkan produk tradisional masih digemari

penduduk Malaysia

ii.

Membina peluang pekerjaan bagi golongan wanita yang tidak mempunyai pendapatan atau pendapatan yang rendah.

iii.

Memberi latihan serta peluang bagi golongan sasaran bagi membuka arus keushawanan yang baru di samping cakna akan perkembangan bidang

keushawanan di luar, dan iv. Menaik taraf ekonomi sesebuah masyarakat secara tidak langsung dengan peluang pekerjaan dan

peningkatan pendapatan masyarakat setempat.

3.0

KUMPULAN SASARAN

3.1

Bagi Fasa 1, golongan sasaran adalah Noraini Binti Hamzah atau lebih dikenali sebagai Kak Ani.

3.2

Bagi Fasa 2, golongan sasaran adalah golongan wanita yang berpendapatan rendah atau tidak mempunyai pekerjaan.

3.3

SIFE UNIMAS memilih hanya seorang bagi golongan sasaran Fasa 1 untuk memudahkan gerak kerja bagi mencapai matlamat Fasa 1. Antara sebab lain adalah kerana SIFE UNIMAS ingin gerak kerja yang lebih tersusun kerana SIFE UNIMAS baru sahaja ditubuhkan dan perlu belajar methodologi dan perjalanan sesebuah projek sebelum mendaftar peserta baru bagi projek Mums Kitchen

Entrepreneur.

4.0

KAEDAH PELAKSANAAN 4.0 Projek melibatkan 2 fasa berikut:

Fasa 1 i. Peningkatan dalam kemahiran dan keusahawanan melalui kursus yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta. ii. Penubuhan organisasi seperti syarikat persendirian atau enterprise.

iii. Kemahiran yang diperolehi diimplimentasi dalam penyediaan produk serta pengurusan organisasi yang lebih teratur.

Fasa 2

i.

Penubuhan bengkel latihan bagi tujuan membantu golongan sasaran fasa 2 dalam penyedian kearah keushawanan. Bengkel adalah berbentuk kemahiran menyediakan produk serta latihan keushawanan. Pengambilan peserta baru bagi program keushawanan dengan bantuan dan latihan oleh mak cik ani dan bantuan agensi lain-lain. Penubuhan persatuan keushawanan yang diterajui golongan wanita khasnya bagi menyatukan serta memudahkan gerak kerja.

ii.

iii.

5.0

LANGKAH STRATEGIK

Penubuhan organisasi dan pengurusan organisasi Persijilan bagi memasarkan produk Pemasaran produk Peluang pekerjaan bagi komuniti

Latihan kemahiran dan keushawanan bagi golongan sasaran fasa 1 Peningkatan dari segi fasiliti seperti mesin dan alatan pejabat bagi memastikan kelancaran gerak kerja

Peningkatan kualiti produk dan pemasaran produk bagi memastikan peningkatan dalam penjualan produk

4 5 6

Pengambilan peserta baru bagi projek Mum's Kitchen Entrpreneur Golongan fasa 1 bertindak sebagai mentor dan tenaga pengajar Peserta baru atau golongan sasaran fasa 2 juga diberikan kursus kemahiran serta keushawanan.

Peserta baru juga akan menerima nasihat dan bantuan yang akan diusahakan pihak SIFE UNIMAS dari agensi - agensi yang berkaitan dengan perniagaan peserta.

Penubuhan persatuan bagi memudahkan gerak kerja serta memastikan kelangsungan pengambilan peserta baru dan akan bergerak sendiri tanpa bantuan SIFE UNIMAS.

6.0

PENJELASAN TERPERINCI LANGKAH STRATEGIK

6.1

Penjelasan serta perbelanjaan bagi langkah strategik yang telah dinyatakan adalah seperti berikut:

Langkah Strategik 1:

Golongan sasaran fasa 1 atau Noraini binti Hamzah akan dibantu oleh SIFE UNIMAS bagi menubuhkan organisasi yang berdaftar bagi melancarkan gerak kerja.

SIFE UNIMAS dengan kerjasama staf akademik UNIMAS akan membantu Noraini kearah kaedah pengurusan yang lebih teratur.

Organisasi yang ditubuhkan juga akan diusahakan bagi mendapat sijil sijil yang berkaitan bagi pemasaran produk. Dalam hal ini, SIFE UNIMAS akan memberi tumpuan penuh terhadap

penghasilan produk tradisional oleh golongan sasaran fasa 1.

SIFE UNIMAS juga akan berusaha dalam penghasilan produk dari segi bungkusan, cadangan hidangan dan lain lain bagi memasarkan produk yang dihasilkan ke pasaran yang lebih besar bagi memastikan kelangsungan organisasi Noraini binti Hamzah. Selain itu, SIFE UNIMAS juga akan memastikan beberapa peluang pekerjaan diwujudkan dalam organisasi golongan sasaran 1 bagi membantu komuniti sekitar.

Tempoh langkah strategik 1 : 4 minggu

Anggaran Perbelanjaan Keperluan :

Bil 1. 2. 3. 4.

Perkara Pendaftaran perniagaan Proses Pensijilan Kajian serta pembuatan bungkusan

Jumlah RM 200 RM 1000 RM 500

Kajian serta pembuatan cadangan RM 200 hidangan baru

Langkah Strategik 2 : Golongan sasaran fasa 1 akan dihantar ke agensi agensi keushawanan dan penyedian makanan bagi meningkatkan

kemahiran contohnya :

Kursus Kemahiran I. II. III. IV. Majlis Amanah Rakyat Skim Latihan 1 Malaysia Kolej Komuniti Kelas kelas kemahiran

Kursus Keushawanan

I. II.

Amanah Ikhtiar Malaysia Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

SIFE UNIMAS akan berusaha untuk meningkatkan fasiliti dalam penyedian produk dan alatan pejabat.

Tempoh langkah strategik 2 : 3 bulan

Bil 1. 2.

Perkara Bayaran Kursus Mesin bagi menghasilkan produk 4 mesin awal bagi membantu pengeluaran produk - Mesin pemotong - Mesin Penggoreng - Mesin Sebaguna - Ketuhar

Jumlah RM 1000 RM 11 000

3.

Alatan Pejabat -Komputer -Mesin Faks -Mesin Pencetak

RM 2600

Langkah Strategik 3 :

Produk akan ditambah baik mengikut maklum balas pembeli dan akan memperbaiki produk mengikut cita rasa pengguna. SIFE UNIMAS juga akan mendapatkan nasihat daripada agensi agensi yang berkaitan dalam peningkatan kualiti produk dan pengurusan organisasi.

SIFE UNIMAS juga akan berusaha dalam melebarkan sayap pemasaran bagi meningkatkan hasil jualan.

Tempoh Langkah Strategik 3 : 1 bulan

Bil 1 2

Perkara Kajian serta pembuatan bungkusan

Jumlah RM 500

Kajian serta pembuatan cadangan RM 200 hidangan baru

Langkah Strategik 4 dan 5:

SIFE UNIMAS akan memulakan langkah bagi membantu komuniti dengan mengambil 10 orang peserta baru. Peserta baru akan menerima kursus serta latihan yang sama yang telah diterima Noraini Binti Hamzah.

Noraini binti Hamzah juga akan bertindak sebagai mentor dan tenaga pengajar kepada peserta baru selain agensi agensi yang telah dicadangkan.

SIFE UNIMAS akan berusaha untuk mendapatkan

kerjasama

bersama agensi agensi yang menyediakan kursus kemahiran dan keushawanan bagi mendapatkan khidmat secara percuma. Setelah tertubuhnya organisasi peserta peserta baru, SIFE UNIMAS akan cuba untuk mendapatkan fasiliti dalam memulakan perniagaan mereka sendiri.

Tempoh langkah strategik 4 : 3 bulan

Langkah Strategik 6 :

Persatuan Keushawanan akan ditubuhkan yang terdiri daripada golongan sasaran bagi memastikan kelangsungan projek setelah SIFE UNIMAS melepaskan projek. Perkara ini juga bagi memastikan kelancaran kerja kerja dengan tertubuhnya persatuan yang berdaftar.

6.2

Berikut adalah gambaran jadual gerak kerja bagi projek:

Langkah Strategik 1

Langkah Strategik 2

Langkah Strategik 3

Langkah Strategik 4 & 5

7.0

IMPLIKASI KEWANGAN

7.1

Anggaran kos bagi SIFE UNIMAS menjalankan projek adalah seperti berikut:

Bil 1.

Keperluan Makanan dan Minuman 10 pelajar RM 5.00 20 hari bekerja

Jumlah Anggaran RM 1000

2.

Baju uniform 10 pelajar RM 50

RM 500

3.

Kos Pengangkutan dan Petrol 2 Kereta RM 250

RM 500

4.

Kelengkapan Pejabat

RM 1000

Jumlah

RM 3000

7.2

Jumlah anggaran perbelanjaan projek bagi fasa 1 adalah RM 17 200.

Bil 1. 2. 3. 4.

Keperluan Pendaftaran perniagaan Proses Pensijilan Kajian serta pembuatan bungkusan Kajian serta pembuatan cadangan

Jumlah Anggaran RM 200 RM 1000 RM 500 RM 200

hidangan baru 5. 6. Bayaran Kursus Mesin bagi menghasilkan produk 4 mesin awal bagi membantu pengeluaran produk - Mesin pemotong - Mesin Penggoreng - Mesin Sebaguna - Ketuhar 7. Alatan Pejabat -Komputer -Mesin Faks -Mesin Pencetak Kajian serta pembuatan bungkusan Kajian serta pembuatan cadangan RM 2600 RM 1000 RM 11 000

8. 9.

RM 500 RM 200

hidangan baru Jumlah RM 17 200

7.3

Program ini adalah satu inisiatif untuk menaik taraf ekonomi sesebuah kawasan selain membina minda yang lebih matang bagi golongan sasaran. Program keushawanan ini juga dijangka dapat membantu lebih dari golongan sasaran. Program keushawanan ini secara tidak langsung juga dapat membantu keluarga golongan sasaran.

7.4

Kertas kerja diharap mendapat perhatian My Harapan Foundation.

Disediakan oleh: SIFE UNIMAS 2011/2012