Anda di halaman 1dari 8

SCE 3102 Childrens Learning in Science

TOPIC 3

MEMAHAMI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Sinopsis Topik ini membincangkan tentang teori Perkembangan Kognitif Piaget dan implikasinya dalam pengajaran Sains. Teori ini memperihalkan tentang tahap-tahap perkembangan kognitif yang dilalui oleh semua kanak-kanak. Kefahaman tentang cara bagaimana kanak-kanak belajar akan dapat membantu guru-guru untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi mempertingkat kualiti pengajaran dan pembelajaran sains. Hasil Pembelajaran Menerangkan teori perkembangan kognitif Piaget Mengenalpasti ciri-ciri utama yang terdapat pada setiap tahap teori Piaget Menjelaskan aplikasi teori Piaget dalam pengajaran Sains Pengenalan

SCE 3102 Childrens Learning in Science

4.1

Teori Perkembangan Piaget

Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, Beliau telah kemukakan teori yang memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Sebelum membincangkan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsepkonsep penting tersebut adalah : Konsep 1. Skema Huraian Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. -Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. -Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti jari ibu. -Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas 2. Asimilasi dengan persekitarannya.

Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. -Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikut sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru

SCE 3102 Childrens Learning in Science

Konsep diperolehi.

Huraian -Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

3. Akomodasi

Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. -Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. -Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. -Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu. -Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. -Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

4. Adaptasi

Apakah satu contoh asimilasi yang anda telah lakukan? Cuba kenalpasti satu contoh akomodasi yang anda telah lakukan.

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang

SCE 3102 Childrens Learning in Science

relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Setiap peringkat dicirikan oleh kebolehan baru dan cara memproses maklumat. Piaget percaya semua kanak-kanak melalui semua peringkat ini dalam susunan yang sama, dan tiada kanak-kanak yang melompat manamana peringkat. Walau bagaimana pun kanak-kanak yang berbeza akan melaluinya pada kadar yang berbeza. Juga seseorang individu boleh melakukan tugasan yang berkaitan dengan peringkat yang berbeza pada masa yang sama terutama pada titik perubahan ke peringkat yang baru. (Slavin, pg. 33)."

Tahap-tahap perkembangan 1. Sensori-motor (dari lahir hingga 2 tahun) 2. Preoperational ( 2 hingga 7 tahun) 3. Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun) 4. Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

[Sumber :http://emilywalker.efoliomn.com/piaget-bruner-vygotzky]

4.1. Tahap Sensorimotor

SCE 3102 Childrens Learning in Science

Pada tahap ini, perkembangan mental ditandai oleh kemajuan yang besar dalam kemampuan bayi untuk mengorganisasikan dan mengkoordinasikan sensasi (seperti melihat dan mendengar) melalui gerakan-gerakan dan tindakan-tindakan fisik.

4.1.2 Tahap Praoperasi Pada tahap ini anak mulai melukiskan dunia dengan kata-kata dan gambar-gambar. Mulai muncul pemikiran egosentrisme, animisme, dan intuitif. Egosentrisme adalah suatu ketidakmampuan untuk membezakan antara perspektif seseorang dengan perspektif orang lain dengan kata lain anak melihat sesuatu hanya dari sisi dirinya.

Animisme adalah keyakinan bahwa objek yang tidak bergerak memiliki kualiti semacam kehidupan dan dapat bertindak. Seperti seorang anak yang mengatakan, Pohon itu bergoyang-goyang mendorong daunnya dan daunnya jatuh. Sedangkan intuitif adalah apabila kanak-kanak mulai menggunakan penalaran primitif dan ingin mengetahui jawaban atas semua bentuk pertanyaan. Mereka mengatakan mengetahui sesuatu tetapi mengetahuinya tanpa menggunakan pemikiran rasional.

4.1.3 Tahap Operasi Konkrit Pada tahap ini anak dapat melakukan penalaran logik menggantikan pemikiran intuitif sejauh pemikiran dapat diterapkan ke dalam contoh-contoh yang spesifik atau konkrit. 4.1.4 Tahap Operasi Formal Pada tahap ini, individu melampaui dunia nyata, pengalaman-pengalaman konkrit dan berfikir secara abstrak dan lebih logik. Sebagai pemikiran yang abstrak, remaja mengembangkan gambaran keadaan yang ideal. Mereka dapat berfikir seperti apakah

SCE 3102 Childrens Learning in Science

orang tua yang ideal dan membandingkan orangtua mereka dengan standar ideal yang mereka miliki. Mereka mulai mempersiapkan kemungkinan-kemungkinan bagi masa depan dan terkagum-kagum terhadap apa yang mereka lakukan.

Bahasa akan dapat membantu kanak-kanak memahami konsep sains yang dibincang. Kumpul maklumat tentang perkembangan bahasa dalam setiap tahap perkembangan kognitif Piaget.

Mari semak kefahaman anda!

1. Dalam teori Piaget, potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu dipanggil sebagai A. skema B. adaptasi C. asimilasi D. organisasi

2. Benar atau salah: Dalam teori Piaget, keseimbangan kognitif akan dicapai bila kanak-kanak mengakomodasikan skema mereka untuk menerima pengalaman baru. 3. Ciri utama kanak-kanak dalam peringkat preoperasi cenderung gunakan pemikiran _______ (refleks, intuitif, abstrak, hypotetikal) 4. Benar atau salah: Apabila kanak-kanak boleh memberi jawapan yang betul kepada masalah keabadian, itu tandanya kanak-kanak itu telah masuk dalam peringkat preoperasi. 5. Zikri yang berumur 2 tahun menunjuk kepada lori dan berkataItu kereta merah. Memanggil lori sebagai kereta adalah satu contoh A. keseimbangan B. akomodasi C. pengabstraksi D. asimilasi 6. "merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada". Ini menerangkan ......................... a) skema c) akomodasi b) asimilasi d) adaptasi Berehat sebentar!

SCE 3102 Childrens Learning in Science

4.2 Implikasi teori untuk mengajar sains sekolah rendah Teori Piaget ini dapat membantu anda untuk mempertingkat pengajaran sains daripada aspek-apek berikut. A. Inkuiri-penemuan

Pembelajaran sains perlu menggunakan aktiviti `hands-on, minds-on yang menggunakan bahan-bahan konkrit. Melalui aktiviti sebegini, kanak-kanak akan dapat membentuk pengetahuan mereka dengan lebih mudah. Anda sebagai guru patut bertindak sebagai fasilitator , menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai bagi perkembangan kognitif mereka. B. Kesesuaian mengikut tahap kognitif

Aktiviti-akiviti pembelajaran yang dirancang perlulah mengikut tahap perkembangan kognitif kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak berada di tahap operasi preoperasi dan operasi konkrit maka aktiviti itu perlu menggunakan bahan-bahan konkrit bagi menerangkan konsep atau kemahiran sains yang ingin disampaikan. Contohnya, anda ingin menyampaikan konsep tumbuhan, maka pelbagai contoh tumbuhan perlu digunakan. Murid pada tahap ini akan menggunakan deria untuk memerhati dan mengelas contoh-contoh tumbuhan bgi membentuk konsep tumbuhan. Kalau kanakkanak itu telah berada di tahap operasi formal maka tidak perlulah anda menggunakan banyak bahan konkrit lagi sebab kanak-kanak ini sudah boleh membentuk konsep abstrak. C. Membentuk operasi mental

Perkembangan operasi mental kanak-kanak boleh dilatih dengan menggunakan aktiviti yang sesuai.seperti menyusun mengikut urutan, pengelasan dan keabadian.

D.

Motivasi dalaman

SCE 3102 Childrens Learning in Science

Anda sebagai guru perlu senantiasa menyediakan peluang-peluang supaya kanakkanak akan terlibat sama dalam proses pembelajaran. Apabila melibatkan kanak-kanak secara aktif supaya memikirkan pembelajaran mereka akan rasa seronok dan dihargai. Ini akan bertindak sebagai motivasi untuk kanak-kanak itu sendiri akan senantiasa ingin terus mempelajari sains. Pilih satu topik daripada Huraian Kurikulum Sains Tahun 4. Bincangkan dengan rakan anda untuk mengaplikasikan teori Piaget dalam satu sesi pengajaran. Bentangkan semasa tutorial.

References

Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company. Martin, R.E., Sexton, C., Wagner, K.,Gerlovich, J. (1994). Teaching Science for all children. USA, Allyn & Bacon. http://www.psikologizone.com/teori-kognitif-psikologi-perkembangan-jean-piaget http://teoripiaget.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai