Anda di halaman 1dari 26

KAJIAN KES: PRODUK PELANCONGAN DI PUSAT PEMULIHARAAN ORANG UTAN, SEPILOK, SABAH OLEH: ILYANA KAMAL BASHAH

3.1

Pengenalan

Kajian ini dijalankan bagi melihat kecenderungan kehendak pelancong yang datang mengunjungi pusat pemuliharaan ini. Ini dilakukan bagi melihat adakah perkhidmatan yang ditawarkan di pusat pemuliharaan ini menepati kehendak pengunjung dan apakah produk pelancongan yang dapat diwujudkan bagi menjadikan pusat pemuliharaan ini pilihan utama pelancong yang amat meminati pelancongan memerhati hidupan liar khususnya orang utan. Objektif utama kajian ini adalah: 3.1.1 Mengenal pasti tujuan utama pelancong mengunjungi Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok 3.1.2 Mengenal pasti tahap kepuasan pelancong terhadap kemudahan yang disediakan di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok

Industri Pelancongan di Sabah membangun dengan pesat dan berpotensi besar untuk dimajukan lagi, menjadi salah satu sumber perolehan utama pertukaran mata wang asing disamping membanyakkan peluang pekerjaan kepada negeri. Menurut statistik, jumlah

kehadiran pelancong telah meningkat pada tahun 2011 iaitu seramai 845 910 pelancong antarabangsa telah mengunjungi Sabah manakala seramai 1 998 687 pelancong dalam negeri
25

telah melawat Sabah pada akhir tahun 2011. Dengan itu, pada akhir tahun 2011, seramai 2 844 597 pelancong telah mengunjungi Sabah. Jumlah ini membawa peningkatan pelancong

sebanyak 6.3 peratus bagi pelancong antarabangsa manakala bagi pelancong dalam negeri pula, peningkatan jumlah pelancong adalah sebanyak 17 peratus berbanding dengan kedatangan pelancong pada tahun sebelumnya (Lembaga Pelancongan Sabah :2012).

Jadual 3.1: JUMLAH PELANCONG KE SABAH PADA AKIR TAHUN 2011

Jenis Pelancong Pelancong Antarabangsa Pelancong Tempatan Jumlah Pelancong

Jumlah 845 910 1 998 687 2 844 597

Peratus (%) 29.74 70.26 100

Rajah : 3.1 Carta Jumlah Pelancong Yang Datang Ke Sabah Pada Tahun 2011

30%
Pelancong Tempatan

70%

Pelancong Antarabangsa

Jadual 3.2 : Negara Indonesia China Brunei Korea Selatan

5 Negara Tertinggi Melancong Ke Sabah Pada Tahun 2011 Jumlah 250 830 133 736 115 946 63 770
26

Peratus (%) 8.82 4.70 4.07 2.24

Taiwan Jumlah Pelancong

51 969 2 844 597

1.83 21.66

Rajah 3.2 : 5 Negara tertinggi Melancong Ke Sabah Tahun 2011

5 Negara Tertinggi Melancong Ke Sabah Tahun 2011


300000 250000 200000 150000 100000 50000 0 Indonesia China Brunei Korea Selatan Taiwan

Jumlah Pelancong Ke Sabah

Menurut laporan Rancangan Malaysia (RM:2010) peningkatan aktiviti pelancongan dalam negeri adalah selaras dengan peningkatan pendapatan isi rumah dan kualiti hidup serta gaya hidup rakyat Malaysia yang semakin kerap melancong. Faktor lain yang turut menyumbang kepada pelancongan domestik adalah peningkatan bilangan retreat korporat, rekreasi keluarga dan kem belia yang pro aktif mempromosikan produk-produk pelancongan negara. Bagi meningkatkan keunikan tarikan terhadap produk dan perkhidmatan pelancongan di Malaysia, kerajaan terus mempromosi kelebihan tradisional negara iaitu kebudayaan dan warisan semula jadi. Penekanan bagi mempromosi budaya dan warisan sejarah serta eko pelancongan dan agro pelancongan telah mempopularkan destinasi seperti Melaka, Pulau Pinang, pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Produk pelancongan lain termasuk membeli belah,
27

liburan, aktiviti sukan serta acara berkaitan perniagaan khususnya segmen persidangan, insentif, konvensyen dan pameran (MICE).

Jadual 3.3 :

PROFIL PELANCONG ANTARABANGSA

Profil Demografi Pelancong Antarabangsa Januari Mac 2011 Profil 21 30 tahun (20.4%) Kumpulan Umur 31 40 tahun (25.9%) 50 tahun ke atas (23.2%) Lelaki (51.2%) Jantina Perempuan (48.8%) Bercuti (68.9%) Tujuan Melancong Sendiri (63.9%) Pengurusan Pelancongan Pakej Pelancongan (36.1%) Pelancong Datang Berulang (50.9%) Kekerapan Melancong Pertama Kali Datang (49.0%) Profesional/Teknikal (26.0%) Jenis Pekerjaan Pelancong Pengurusan/Pentadbiran (12.3%) Pelajar/Pesara (12.9%) Berbayar (78.4%) Kemudahan Pelancongan (Sumber : Lembaga Pelancongan Sabah, 21 Feb 2011)

Rajah 3.3:

Kumpulan Umur Pelancong

28

Kumpulan Umur Pelancong

23.20%

20.40% 21 - 30 31 - 40 Lebih 50

25.90%

Rajah 3.4 :

Jantina Pelancong

Jantina Pelancong

48.80% 51.20% Lelaki Perempuan

Rajah 3.5 : Kedatangan Pelancong

29

Kedatangan Pelancong

49.00%

50.90% Pelancong Berulang Datang Pertama Kali Datang

Rajah 3.6 : Jenis Pekerjaan Pelancong

Jenis Pekerjaan Pelancong


30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Jenis Pekerjaan Pelancong

Kerajaan Negeri Sabah pula, sejak 1999 telah merumus dan menggariskan dasar serta membina infrastruktur yang diperlukan bagi merealisasikan potensi penuh pelancongan di negeri Sabah. Di antara langkah-langkah tersebut adalah dengan membelanjakan lebih RM10 juta setiap
30

tahun untuk mengambil bahagian dalam pelbagai acara seperti pameran serta pembabitan dalam acara-acara berhubung promosi perdagangan. Hasrat kerajaan negeri adalah dengan usaha untuk melengkapi pusat-pusat pelancongan di negeri ini dengan perkhidmatan bertaraf dunia serta mengutamakan aspek latihan bagi membaiki lagi standard perkhidmatan dalam usaha mencapai produktiviti yang tinggi.

Pusat pemuliharaan Orang Utan Sabah adalah salah satu destinasi pelancongan yang dapat menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negeri. Tambahan pula spesis orang utan di dunia hanya terdapat di kawasan Borneo dan Sumatera, Indonesia. Spesis orang utan ini dikatakan spesis yang terancam dan langkah-langkah pemuliharaan adalah perlu bagi membantu mengurang risiko kepupusan spesis ini. Pusat Pemuliharaan Orang Utan di Sepilok, Sabah telah ditubuhkan semenjak tahun 1964 di bawah pentadbiran bahagian Mergastua. Jabatan Perhutanan Sabah dan kini setelah bahagian ini dinaikkan taraf kepada sebuah Jabatan pada 1988, segala pengurusan dan pentadbiran hidupan liar telah dikelolakan oleh Jabatan Hidupan Liar di bawah naungan Kementerian Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar.

Objektif utama pusat pemuliharaan ini ditubuhkan adalah untuk menyelamatkan anakanak orang utan yang terpisah dari ibunya supaya dapat kembali semula hidup di dalam hutan. Namun pada tahun kebelakangan ini objektif tersebut telah diperluaskan kepada pendidikan konservasi, penyelidikan dan kebajikan terhadap jenis-jenis hidupan liar yang lain seperti pembiakan badak dalam kurungan. Pusat ini dikendalikan oleh kakitangan Jabatan Hidupan Liar yang seramai 37 orang termasuk seorang Pegawai Hidupan Liar yang bertindak sebagai Pegawai Penguasa Pusat ini, Pegawai Veterinar. Pembantu Hidupan Liar dan Pekerja Rendah Awam. Disamping itu, Pusat ini juga menyediakan beberapa infrastruktur untuk menyokong fungsifungsinya seperti bangunan Pusat Penerimaan Tetamu, Pusat informasi Sepilok. pejabat untuk kakitangan, bangunan klinik, kuarantin dan kandang-kandang untuk proses pemulihan orang utan, pembiakan badak dan hidupan liar yang lain.

31

Pusat ini telah terkenal dengan usaha yang dilakukan untuk memulihkan dan menyelamatkan orang utan. Dengan kedudukan pusat ini yang terletak di pinggir hutan simpan Kabili-Sepilok yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan seperti pokok bunga, pokok kayu dipterokap dan pokok buah-buahan liar yang juga merupakan sumber makanan utama kepada orang utan dan haiwan lain, telah menarik minat kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk berkunjung dan melihat sendiri kegiatan yang dijalankan oleh pusat ini. Ini secara langsung menyedarkan mereka akan kepentingan perlindungan undang-undang terhadap habitat orang utan dan hidupan liar yang lain.

Dengan sambutan yang menggalakkan oleh pelancong bagi mengunjungi pusat pemuliharaan ini, pihak pengurusan wajar memikirkan cara untuk meningkatkan

perkhidmatannya bagi menarik lebih ramai pelancong. Tambahan pula pusat pemuliharaan orang utan di Sabah bukan hanya terdapat di Sepilok, malah terdapat juga di Sukau, Kinabatangan. Oleh yang demikian itu, tinjauan haruslah dibuat bagi melihat apakah produk pelancongan yang sesuai di kawasan tersebut serta dimanakah aspek yang harus diberi perhatian supaya perkhidmatan di pusat itu lebih cekap dan efisien serta memenuhi kehendak pelancong memerhati hidupan liar.

3.2

Tinjauan Kajian

Tinjauan kajian ini adalah membincangkan isu pemuliharaan di Sabah, pelancongan secara umum di bawah senario Malaysia khususnya negeri Sabah, Industri Pelancongan Hidupan liar dan usaha pemuliharan serta turut mengetengahkan satu Model Bestari bagi memahami jenis pelancong hidupan liar serta aspek kepuasannya. 3.2.1 Isu Pemuliharaan di Sabah

32

Strategi Pemuliharaan Dunia (The World Conservation Strategy) telah mendifinisikan pemuliharaan sebagai pengurusan penggunaan biosfera oleh manusia supaya dapat mengekalkan faedahnya bagi generasi kini serta dapat mengekalkan potensinya agar dapat memenuhi kehendak dan aspirasi generasi masa depan. (IUCN: 1980). Tanah Borneo termasuk negeri Sabah adalah kaya dengan sumber asli alam semula jadi flora dan fauna serta merupakan salah satu tempat utama biodiversity dunia (Conservation International: 2009, Goudie: 2006). Namun begitu, warisan flora dan fauna yang banyak tersebut dalam keadaan terancam. Sebab utama ancaman kepupusan ini adalah kerana penebangan hutan (Juin, Yangkat, & Laugesen: 2000). Selain dari kehilangan flora dan fauna, kesan penebangan hutan juga menyebabkan beberapa bentuk penurunan mutu alam sekitar seperti kemusnahan tanah, hakisan yang deras, peningkatan tanah mendap, banjir serta kualiti air semakin kurang (Cleary & Eaton: 1992, Juin et al. :2000). Ini ditambahkan lagi dengan projek pembalakan komersial, pertanian pindah, perubahan kepada pembangunan tanah pertanian individu juga kebakaran hutan turut menjadi penyebab kepada kehilangan sumber hutan di Sabah (Cleary & Eaton: 1992, Goudie: 2006, Juin et al.: 2000).

3.2.2 Pelancongan Pelancongan didefinisikan sebagai mengandungi aktiviti-aktiviti pengembaraan

seseorang, menginap di tempat yang di luar persekitarannya untuk tidak lebih dari satu tahun berturut-turut bagi tujuan hiburan, perniagaan serta tujuan lain (Beaver:2005 dalam Higginbottom:2004). Pada tahun 2005, peratusan pendapatan pelancongan daripada pendapatan akaun perkhidmatan dalam imbangan pembayaran negara Malaysia meningkat daripada 32.7 peratus pada tahun 2000 kepada 43.0 peratus pada tahun 2005. Dengan mengambil kira jumlah kemasukan pelancong asing dan rakyat tempatan yang melancong ke luar negeri, sumbangan bersih pelancongan meningkat daripada RM11.2 bilion kepada RM18.1 bilion dalam tempoh yang sama. Pembangunan pelancongan juga menyumbang secara positif kepada perkembangan aktiviti dalam subsektor terutamanya industri hotel, kembara dan siar, peruncitan dan restoran serta pengangkutan. Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-10, ketibaan pelancong meningkat pada kadar purata 10.0 peratus setahun, lebih tinggi daripada sasaran iaitu 6.9 peratus.

33

3.2.3 Industri Pelancongan Hidupan Liar dan Usaha Pemuliharaan

Tiada statistik khusus bagi menggambarkan perkembangan industri memerhati hidupan liar dalam negara. Tetapi di seluruh dunia dapat disimpulkan perkembangan industry memerhati hidupan semakin berkembang. Perkhidmatan Perikanan dan Hidupan Liar Amerika telah sekian lama menjalankan kajian berkenaan perbelanjaan dan aktiviti pelancongan jenis ini. Setelah diteliti, hasil pendapatan negara Amerika pada tahun 2001 hasil dari industry memerhati hidupan liar seluruh Amerika sahaja dapat memberi pulangan lumayan kepada pendapatan negara (Caudill dalam Higginbottom:2004).

Dalam banyak keadaan strategi untuk mengurus strategi pelancong memerhati hidupan liar melibatkan usaha menghad dan mengubah sikap pengunjung yang mana ianya adalah dengan menghadkan perbuatan pelancong dari menghampiri hidupan liar tersebut. Kajian mendapati apabila arahan dikeluarkan, tentu sahaja pelancong memerhati hidupan liar berasa tidak selesa kerana tujuan mereka adalah mahu menghampiri haiwan sedekat yang boleh. Walau bagaimana pun dengan penerangan dan sokongan panduan yang jelas, pelancong akan mematuhi peraturan tersebut. Harris et.al (1995 dalam Higginbottom:2004) mendapati seramai 49% pelawat di Pusch Ridge Wilderness, Arizona sanggup menghadkan aktiviti rekreasi mereka semata-mata untuk melindungi populasi biri-biri gunung yang menetap di kawasan tersebut. Kajian dari Frost dan McCool (1998 dalam Higginbottom:2004) juga turut mendapati 90% pelancong memerhati aktiviti migrasi burung helang botak di Taman Negara Glacier yang diberi syarat yang pelbagai dalam aktiviti memerhati mereka bersetuju pentingnya peraturan yang telah ditetapkan serta wajar untuk mematuhinya. Dari kajian di atas, wajarlah pusat pemuliharaan mengenakan peraturan yang sepatutnya tanpa bimbang dengan adanya pelbagai sekatan daripada pihak pengusaha pelancongan dan pusat pemuliharaan, mereka akan kehilangan pengunjung.

34

Pada tahun 1982, In 1982, Mathieson dan Wall (1982, dalam Fletcher :2009) menyatakan Hutan hidupan liar serta pusat pemuliharan telah diwujudkan serta kawasan yang indah telah diwartakan sebagai hutan simpan kerana kemampuannya menarik perhatian pelancong. Lantaran itu industry pelancongan telah menjadi daya pendorong bagi aktiviti pemuliharaan serta sumber semula jadi (Mathieson dan Wall :1982 dalam Fletcher :2009). Fletcher (2009) juga turut memaparkan pandangan Mathieson dan Wall, yang berpendapat industri pelancongan turut membantu aktiviti pemuliharaan secara langsung dengan memulakan usaha tersebut serta memastikan pengekalannya. Dengan perningkatan pesat peningkatan kemusnahan habitat hidupan liar, pemecahan kawasan hutan serta perubahan dalam pengurusan kawasan hutan, orang hutan kini menghadapi pelbagai ancaman (Kinnaird and Obrien: 1998, van Schaik et al.: 2001, Meijaard et al.: 2005, UNEP:2007, Yuwono et al.: 2007 dalam Fletcher: 2009). Industri pembalakan secara besar-besaran, pembukaan tanah baru untuk pertanian adalah di antara punca kemusnahan hutan di negeri ini terutama kawasan yang didiami oleh primat tersebut. Dengan pelbagai cabaran yang dihadapi pusat pemuliharaan serta haiwan itu sendiri, pelancongan memerhati hidupan liar merupakan satu inisiatif sokongan bagi membantu pihak pengusaha untuk mencari alternatif lain kepada masalah yang dihadapi.

Pelancongan menjanjikan insentif terhadap usaha pemuliharaan dan sebagai salah satu sumber ekonomi setempat mahu pun negeri. Sebagai balasan, pihak pengurusan pusat pemuliharaan hidupan liar dapat memberi perkhidmatan yang memuaskan hati, perlindungan yang terjamin terhadap primat serta dapat memenuhi matlamat kedua-dua pihak sama ada pihak pengurusan mahu pun pelancong. Oleh yang demikian itu, pada pendapat pengkaji, Industri pelancongan adalah saling bergantung dengan usaha pemuliharaan bagi tujuan melindungi haiwan yang hampir pupus (dalam kes orang utan) serta dapat bersama-sama memberi pendidikan kepada pelancong (kesedaran cintakan hidupan liar) dan primat (kelangsungan hidup di hutan) mengikut peranan masing-masing. Justeru, idea melancong sambil memerhati hidupan liar serta usaha pemuliharaan adalah releven berjalan serentak bagi menjamin pengekalan usaha tersebut. Interaksi antara komponen pelancongna hidupan liar dapat difahami seperti dalam rajah berikut:-

35

Rajah 3.7: Interaksi antara komponen Pengalaman Pelancongan Hidupan Liar (Adaptasi dari Higginbottom et. al : 2001)

HABITAT DAN HIDUPAN LIAR


KESAN KE ATAS : I. Persekitaran Semulajadi - Termasuk hidupan liar Pengunjung - Puas hati, nilai, sikap, tingkat pengetahuan, keselamatan Pengusaha/ Operasi Pelancongan - Motif keuntungan Pulangan pendapatan kepada negara Masyarakat tempatan

PASARAN/ PENGUNJUNG

PERTEMUAN PENGUNJUNG HIDUPAN LIAR / PRODUK PELANCONGAN HIDUPAN LIAR (sekiranya dijual)

II.

III.

IV. 36 V.

OPERASI / PERNIAGAAN DAN PEMAJU

Kandungan : Termasuk peranan/manfaat dari pelancongan hidupan liar kepada negara, pemasaran, pandangan masyarakat tempatan ke atas hidupan liar, konflik di antara pelancongan hidupan liar dengan aktiviti yang lain, polisi dan perundangan serta persekitaran fizikal.

3.2.4 Model bagi Memahami Kepuasan Pelancong Hidupan Liar

Dalam kajian kes ini, pengkaji mengambil model kepuasan pelancong hidupan liar oleh Reyolds dan Braithwaite (2001) bagi memahami kehendak pelancong hidupan liar. Dalam kajian ini, pelancong yang dimaksudkan ialah pelancong yang mengunjungi pusat pemuliharaan orang utan, iaitu para pemerhati hidupan liar orang utan. Tujuan model ini diketengahkan adalah bagi melihat kehendak pengunjung serta dapat ditukarkan kepada produk pelancongan di pusat pemuliharaan supaya ianya dapat memuaskan hati kedua-dua pihak iaitu pengusaha pusat dan juga pengunjung. Menurut model ini, setiap pengalaman pelancong berasaskan hidupan liar boleh disusun atau diukur dengan menggunakan enam factor penunjuk: 1) Kekuatan keseronokan sesebuah pengalaman 2) Kesahan atau pengalaman yang bersifat semulajadi 3) Keunikan pengalaman 4) Kepopularan sesuatu spesis 5) Jumlah pelawat yang menikmati pengalaman tersebut 6) Status spesis sama ada jarang/sukar dijumpai atau terancam

37

Mengikut model ini, keaslian atau sifat semulajadi haiwan yang diperhati sebagai unik, amat digemari serta dapat memberi perasaan ingin memiliki haiwan tersebut merupakan satu pengalaman positif dan beharga bagi pengunjung. Ini dapat digambarkan dalam jadual berikut tentang model Mindfullness yang telah diketengahkan oleh Reyolds dan Braithwaite (2001). Konsep Mindfullness datang dari konsep psikologi bermaksud sifat tersebut datangnya dari sikap seharian manusia (Langer dalam Hingginbottom:2004).

Rajah 3.8

: MODEL BESTARI PENGALAMAN PELANCONG BERASASKAN HIDUPAN LIAR

Situasi Terancang Kepelbagaian haiwan Bilangan haiwan yang banyak Persekitaran semulajadi Penterjemahan kualiti Kakitangan yang berpengetahuan Orientasi/struktur yang jelas untuk mengurus tekanan Penyediaan persekitaran fizikal yang menyeronokkan Kemudahan yang berkualiti Tiada kesesakan orang ramai

38

Pengalaman Pengunjung Kriteria Pengunjung Budaya Tahap minat memerhati hidupan liar Pengalaman Kumpulan sosial Hidupan Liar Dapat berinteraksi dengan haiwan Menyentuh hidupan liar Dapat melihat keadaan semulajadi/ keaslian keadaan semulajadi Kejutan/ Keadaan baru Kriteria Hidupan Liar Besar Berwarna-warni Jarang dilihat/ unik Berbahaya Kelihatan seperti manusia Mempunyai anak

Hasil Pengunjung bijak/ bestari Pengunjung berpuas hati Tujuan pemuliharaan

Konsep ini menyatakan seseorang itu kadangkala bersikap bestari atau tidak menghirau. Bestari adalah keadaan pemikiran seseorang yang aktif dan minda yang berfungsi. Seseorang yang bestari akan memberi perhatian kepada apa sahaja maklumat disekelilingnya, memberi tindak balas kepada informasi baru serta belajar daripadanya. Manakala berlawanan dengan seseorang yang bersifat tidak menghirau, mereka akan sentiasa menurut sahaja apa yang telah ditetapkan serta memberi perhatian yang minimum kepada persekitaran serta informasi baru. Hasil diikuti dengan sifat bestari termasuk anggapan positif diri individu, kegembiraan, bersifat mempelajari dan sentiasa puas dengan pencapaian diri. Berlainan dengan sifat tidak menghirau, pengunjung atau pelawat jenis ini akan cenderung mengadu bosan, tiada rasa gembira dengan pengalaman manis yang dilalui serta sentiasa tidak berpuas hati. Seorang yang bestari sentiasa berasa puas dengan apa yang dilalui serta memberi tumpuan yang lebih kepada maklumat yang diterima serta sikap dirinya sendiri. Seorang yang bestari akan sentiasa cenderung untuk terlibat
39

dalam permasalah akibat kesilapan sendiri serta memberi tumpuan yang lebih kepada strategi pengurusan dan memahami sesuatu maksud.

Dari model ini dapatlah disimpulkan bahawa pengusaha pusat pemuliharaan hidupan liar wajarlah berurusan dengan pengunjung bestari. Ini kerana mereka akan dapat menyumbang idea kearah pengurusan yang lebih baik, memberi idea yang ikhlas dan bernas serta turut membantu dalam menyokong proses pemuliharaan dan memberi kerjasama yang penuh atas apa sahaja peraturan yang dikenakan keatas mereka semasa aktiviti memerhati hidupan liar dijalankan.

3.3

Metodologi Kajian

Reka bentuk kajian adalah reka bentuk kuantitatif yang berbentuk kajian kes. Dalam kajian ini data dikumpul secara kuantitatif. Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan kerana kaedah ini dapat mengukur subjek kajian yang luas berdasarkan soal selidik yang disediakan. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, B dan C bagi mendapatkan data kajian. Setelah mengenal pasti masalah yang hendak diselidik, pengkaji menentukan objektif kajian. Seterusnya pengkaji menentukan maklumat yang diperlu berdasarkan kehendak objektif kajian. Pengkaji menyorot kajian dari bahan-bahan kajian terdahulu dan penulisan yang berkaitan dengan skop kajian. Maklumat awal dikumpulkan untuk dijadikan panduan kajian.

Antara maklumat yang dikumpul ialah mendapatkan responden, kaedah menjalankan kajian, cara penulisan setiap bab, dan cara penulisan hasil dapatan. Setelah pengkaji membuat keputusan untuk menjalankan kajian secara tinjauan menggunakan soal selidik, maka instrumen kajian dibina serta diuji kesahannya. Pengkaji juga merujuk soal selidik tersebut dengan pakar bahasa bagi mengesan sebarang kekaburan ayat dalam mengumpul maklum balas responden terhadap instrumen. Pembetulan dan pengubahsuaian item dilakukan dan kajian rintis dibuat.
40

Bagi menjalankan kajian, pengkaji pergi sendiri ke pusat pemuliharaan orang Utan di Sepilok bagi mengedar soal selidik kepada para pengunjung. Hasil kajian diproses dan dianalisis untuk dibuat laporan kajian.

3.3.1

Lokasi, Populasi Dan Pemilihan Sampel Kajian

Kajian ini melibatkan pengumpulan data dari para pengunjung yang mengunjungi Pusat pemuliharaan Orang Utan, Sepilok, Sabah. Populasi kajian adalah terdiri daripada semua pengunjung yang mengunjungi pusat pemuliharaan tersebut. Oleh kerana terdapat halangan hujan lebat dan keadaan banjir menghalang kenderaan dari sampai ke pusat pemuliharaan tersebut, pengkaji hanya berjaya mengedarkan soal selidik kepada 30 responden serta 25 soal selidik sahaja yang telah

3.3.2

Instrumen Kajian

Mohd. Najib (1998), menyatakan bahawa instrumen menentukan jenis data yang diperolehi dan ini akan mempengaruhi jenis analisis data. Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini adalah jenis soal selidik kerana ianya bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan berkesan. Responden dapat memberikan tindakbalas yang baik dalam aspek yang ingin dikaji berbanding dengan kaedah temubual. Soal selidik juga dapat membantu pengkaji mencapai objektif dengan lebih berkesan dan lebih praktikal, serta dapat mengelakkan daripada berat sebelah atau bias kepada pihak temubual. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian, iaitu:

41

BAHAGIAN A BAHAGIAN B BAHAGIAN C

: Maklumat demografi pengunjung :Tujuan Lawatan : Penilaian Responden terhadap kemudahan asas yang disediakan & pengalaman yang diperolehi

3.4

Keputusan Analisis Data

Memandangkan jumlah responden adalah seramai 25 orang, maka analisis data dikendalikan secara manual oleh pengkaji. Keputusan analisis data soal selidik adalah seperti berikut:-

3.4.1 Analisis Keputusan Latar Belakang Demografi dan Sosio Ekonomi Jadual 3.4 : Jadual kekerapan dan peratus Latar Belakang Demografi dan Sosio

Ekonomi Perkara Jantina Bangsa Lelaki Perempuan Melayu Cina India Lain-lain 10-19 tahun 20-30 tahun 30-40 tahun
42

Jumlah 12 13 7 10 8 3 5 6

Umur

Peratus (%) 48 52 28 40 32 12 20 24

Status

Tahap pendidikan

Pekerjaan

Pendapatan Bulanan

>40 tahun Bujang Berkahwin Janda/Duda/ Balu UPSR PMR SPM Diploma Sarjana Muda Sajana PhD Kakitangan kerajaan Kakitangan sektor swasta Bekerja sendiri Tidak bekerja Pelajar < RM 500 RM 500 RM 1000 RM 1001 RM 1500 RM 1501 RM 2000 RM 2001 RM 2500 >RM 2500

11 14 11 2 5 6 12 11 6 3 2 3 3 8 9

44 56 44 8 20 24 48 44 24 12 8 12 12 32 36

N= 25

Jadual di atas menunjukkan taburan kekerapan latar belakang demografi responden. Dari segi jantina, tahap kekerapan menunjukkan terdapat keseimbangan jantina responden yang menjawab iaitu lelaki seramai 12 orang yang mewakili 48% manakala 13 orang responden terdiri daripada perempuan iaitu mewakili 52% jumlah responden. Dalam menjawab soal selidik ini, bangsa Cina mendahului dengan jumlah seramai 10 orang mewakili 40% responden diikuti bangsa Melayu & orang serta lain-lain berjumlah 8 orang yang mana kedua-dua bangsa mewakili baki responden sebanyak 60%. Pengunjung di pusat pemuliharaan pada hari itu rata-rata terdiri daripada mereka yang berumur lebih 40 tahun dengan jumlah seramai 11 orang mewakili 44% daripada respondent manakala selebihnya adalah mereka yang berumur 30-40 tahun seramai 6 orang, 20-29 tahun seramai 5 orang manakala 10-19 tahun adalah seramai 3 orang. Apabila dilihat status perkahwinan pengunjung, didapati seramai 11 orang responden adalah terdiri daripada mereka yang telah berkahwin dengan mewakili sebanyak 44% daripada respon

43

manakala baki responden adalah terdiri daripada merekayang masih bujang iaitu seramai 14 orang yang sekali gus mewakili 56% responden.

Dari segi tahap pendidikan, tiada responden yang berpendidikan UPSR, Sarjana mahu pun Phd. Seramai 2 orang yang masih ditahap PMR, 5 orang berpendidikan SPM, manakala 6 orang berpendidikan sehingga Diploma. Baki 12 orang yang mewakili 48% responden adalah bertaraf Sarjana Muda. Apabila dilihat, rata-rata responden terdiri daripada kakitangan kerajaan, seramai 11 orang sekali gus mewakili 44% peratus responden, responden yang bekerja dalam sektor swasta pula seramai 6 orang mewakili 24% responden dan bakinya terdiri daripada pelajar, mereka yang tidak bekerja dan bekerja sendiri. Dalam kalangan responden, tiada yang berpendapatan di bawah RM1500, seramai 3 orang berpendapatan antara RM 1501 RM 2000 manakala 8 orang lagi berpendapatan RM 2001 RM 2500. Baki seramai 9 orang responden adalah mewakili 36% daripada responden. Baki seramai 5 orang responden mungkin terdiri daripada mereka yang tidak atau belum bekerja.

3.4.2 Analisis Keputusan Tujuan Lawatan Jadual 3.5 : Jadual Kekerapan dan Peratus Tujuan Lawatan Perkara Rekreasi bersama keluarga Tujuan lawatan Mempelajari tentang haiwan / Pendidikan & melihat haiwan semakin pupus Hiburan dan bersuka ria/ Bersantai Tiada tempat lain untuk dikunjungi Mendapat Kepuasan menggembirakan keluarga kerana dapat Jumlah 11 8 Peratus (%) 44 32

6 5

24 20

Perasaan

44

Ketika mengunjungi Pusat Pemuliharaan

Berfikir tentang aktiviti yang akan dilakukan di pusat ini Berfikir tentang haiwan yang paling ingin dilihat Biasa sahaja/ Tiada perasaan apa-apa

12

15

60

2 13 5 7

8 52 20 28

Pendapat tentang objektif utama penubuhan pusat pemuliharaan N=25

Tempat menempatkan haiwan liar Pemeliharaan haiwan Pendidikan dan rekreasi Pemuliharaan dan rekreasi

Taburan kekerapan dan peratus jadual di atas mewakili tujuan lawatan responden ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan, Sepilok. Secara keseluruhannya semua responden mempunyai matlamat dalam mengunjungi pusat tersebut. Mereka yang datang bagi tujuan rekriasi bersama keluarga mendapat tempat pertama dengan 11 orang responden mewakili 44% responden manakala melancong bagi tujuan ilmiah dan hiburan boleh dikatakan sama banyak, yang mana melancong bagi tujuan mempelajari tentang haiwan / pendidikan & melihat haiwan semakin pupus dipilih oleh 8 orang mewakili 32 peratus responden. Baki responden seramai 6 orang bertujuan hanya untuk berhibur dan bersuka ria atau bersantai. Mengenai perasaan responden ketika melakukan lawatan ini, seramai 15 orang memilih jawapan hanya berfikir tentang haiwan yang paling ingin dilihat iaitu orang utan. Mereka mewakili 60 % daripada responden. 5 orang responden menyatakan melalui lawatan ke pusat pemuliharaan ini, mereka mendapat kepuasan kerana dapat menggembirakan keluarga. 3 orang responden berfikir tentang aktiviti yang akan dilakukan di pusat ini manakala baki responden seramai dua orang tiada perasaan apa-apa ketika membuat lawatan ke pusat tersebut.

45

Bagi soalan berkenaan pendapat responden tentang objektif utama penubuhan pemuliharaan tersebut, seramai 13 orang menyatakan ianya sebagai tempat bagi menempatkan haiwan liar iaitu mewakili 52% responden, 7 orang pula berpendapat ianya adalah sebagai pusat pemuliharaan dan rekriasi manakala 5 orang lagi menyatakan penubuhan utamanya adalah bagi pendidikan dan rekriasi yang mana mereka telah mewakili 20% daripada pendapat responden.

3.4.3 Analisis Keputusan Penilaian Responden terhadap kemudahan asas yang disediakan & pengalaman yang diperolehi

Jadual 3.6

: Analisis Taburan kekerapan dan Peratus Penilaian Responden terhadap

kemudahan asas yang disediakan & pengalaman yang diperolehi Petunjuk: Sangat Setuju = SS Setuju = S Tidak Setuju = TS

Perkara

Skala

Jumlah

Peratus

46

Tempat yang bersih

Makanan dan minuman dijual berkualiti Kemudahan infrastruktur dijaga dengan baik Papan tanda/ penunjuk laluan jelas

Kakitangan berpengetahuan, berpengalaman dan mesra Kepuasan yang diperolehi berbaloi dengan jumlah wang yang dibayar Pusat ini memberi pengalaman dan peluang untuk menambah ilmu pengetahuan/pendidikan tentang haiwan Pusat Ini menyediakan sesuatu yang berlainan berbanding pusat lain

SS S TS SS S TS SS S TS SS S TS SS S TS SS S TS SS S TS SS S TS

4 6 15 2 17 6 10 12 3 2 16 7 5 18 2 19 6 4 4 17 4 10 11

16 24 60 8 68 24 40 48 12 8 64 28 20 72 8 76 24 16 16 68 16 40 44

N=25 Taburan kekerapan dan peratus jadual mewakili penilaian responden terhadap kemudahan asas yang disediakan & pengalaman yang diperolehi di pusat pemuliharaan. Jadual analisis keputusan responden menunjukkan lebih dari separuh responden tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan di pusat pemuliharaan tersebut. Seramai 19 responden sangat bersetuju dan bersetuju dengan kualiti makanan dan minuman yang dijual, manakala selebihnya mengatakan sebaliknya. Berkenaan infrastruktur di pusat tersebut, jumlah yang bersetuju adalah sangat tinggi manakala ramai dalam kalangan responden yang sangat setuju mengatakan papan tanda dan penunjuk laluan adalah jelas. Bagi soalan berkenaan dengan kakitangan dan kepuasan ke pusat pemuliharaan tersebut, jumlah responden yang bersetuju jauh lebih tinggi berbanding yang tidak bersetuju. Seterusnya bagi soalan berkaitan pengalaman dan pendidikan tentang haiwan serta kelainan yang diperolehi dari pusat pemuliharaan ini, ramai responden yang tidak bersetuju berbanding dengan jumlah responden yang bersetuju.
47

3.5

Perbincangan dan Kesimpulan

Kajian ini bertujuan untuk melihat pendapat responden tentang Pusat Pemuliharaan Orang Utan, Sepilok. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk: 1. Mengenal pasti tujuan utama pelancong mengunjungi Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok 2. Mengenal pasti tahap kepuasan pelancong terhadap kemudahan yang disediakan di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok

Dapatan

kajian

merumuskan

pelancong

ke

pusat

pemuliharaan

orang

utan

kebanyakannya berbangsa Cina dan Melayu yang berumur dalam lingkungan 40 tahun ke atas. Pengunjung terdiri daripada mereka yang telah berkahwin dan bujang serta memiliki tahap pendidikan yang sederhana. Pengunjung merupakan kakitangan kerajaan dan kebanyakan pengunjung mempunyai latar belakang pendapatan yang tinggi. Kebanyakan pengunjung yang datang ke pusat pemuliharaan ini adalah semata-mata bertujuan untuk berekreasi bersama keluarga. Ini bertepatan dengan pandangan Beaver (2005 dalam Higginbottom: 2004) yang mendifinisikan pelancongan sebagai mengandungi aktiviti-aktiviti pengembaraan seseorang, menginap di luar persekitarannya tidak lebih dari satu tahun berturut-turut bagi tujuan hiburan, perniagaan serta tujuan lain. Bereakriasi bersama keluarga juga bertujuan membawa keluarga berhibur.

Objektif penubuhan dan penyediaan pusat pemuliharaan Orang Utan Sepilok adalah sebagai tempat perlindungan dan melatih anak-anak orang utan beradaptasi serta mampu berdikari dalam keadaan hutan semulajadi kelak telah tercapai. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui hasil dapatan kajian ke atas pengunjung yang datang sememangnya rata-rata ingin melihat orang utan tersebut. Penerapan tentang kesedaran kepentingan memulihara haiwan
48

khususnya orang utan ini agak berkesan. Selain orang utan menjadi tarikan utama pengunjung, peluang ini juga turut dapat diambil oleh pihak pengurusan pusat pemuliharaan bagi menerapkan kesedaran dan pendidikan tentang orang utan. Dapatan ini mengukuhkan pendapat Mathieson dan Wall (1982, dalam Fletcher :2009) yang menyatakan Hutan hidupan liar serta pusat pemuliharan telah diwujudkan serta kawasan yang indah telah diwartakan sebagai hutan simpan kerana kemampuannya menarik perhatian pelancong. Lantaran itu industry pelancongan telah menjadi daya pendorong bagi aktiviti pemuliharaan serta sumber semula jadi.

Dapatan kajian mendapati bahawa sebilangan besar responden tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan pusat ini. Mereka juga menidakkan peranan pusat ini dalam memberikan ilmu pengetahuan atau pendidikan tentang hidupan liar. Justeru mereka merasakan pusat ini tidak dapat menyediakan sesuatu yang berlainan berbanding pusat pemuliharaan lain. Dari segi kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan, kebanyakan responden berpuas hati dan bersetuju bahawa pusat ini telah memberi perkhidmatan yang baik. Dari corak sikap penerimaan dan penolakan pengunjung, penerapan Model oleh Reyolds dan Braithwaite (2001) bagi memahami kehendak pelancong hidupan liar supaya perkara yang negatifdibuat penambah baikan manakala aspek positif ditingkatkan bagi menghasilkan produk pelancongan yang dapat memenuhi kepuasan dan kehendak pelancong. Model ini memperkenalkan enam factor penunjuk dan di antaranya adalah kekuatan keseronokan sesuatu pengalaman dan keunikan pengalaman.

Pelancongan tidak akan mendatangkan kepuasan bagi pelancong jika mereka tidak berasa seronok atau keseronokan itu terganggu oleh isu kebersihan. Selain itu pihak pengusaha pusat pemuliharaan haruslah membuat suatu kelainan dan memberi pengalaman yang tidak akan mereka perolehi di tempat lain khususnya pengalaman yang berkaitan dengan orang utan, sebaga spesis khusus hidupan liar di Sepilok.

Oleh yang demikian itu terdapat beberapa cadangan diutarakan pengkaji hasil dari rumusan dapatan kajian seperti berikut:

49

1. Menyediakan pemandu pelancong agar mereka dapat sentiasa bersama dengan pengunjung dalam kumpulan yang kecil supaya objektif mendidik serta memberi kesedaran kepada pengunjung disamping berhibur tercapai. 2. Perlu mempelbagaikan rutin memberi makan supaya lebih menarik minat pelancong tetapi tetap memastikan pelancong tidak meberi makan sendiri orang utan. 3. Memastikan tahap kebersihan pusat pemuliharaan ini sentiasa dalam keadaan baik. Sampah sarap yang dibawa pelancong serta sisa-sisa makanan haruslah cepat dibersihkan supaya tidak menjadi bahan makanan alternative orang utan. 4. Memastikan kakitangan membuat persediaan yang cukup apabila memberi makan orang utan supaya tidak berlaku sentuhan antara orang utan dan kakitangan yang boleh mengakibatkan pemindahan penyakit dari manusia kepada primat tersebut. 5. Memikirkan pelbagai aktiviti menarik beserta penghargaan kepada pelancong bagi menarik minat pelancong untuk datang semula ke situ dan menganggapnya sebagai satu pengalaman unik yang tidak akan mereka perolehi di tempat lain. 6. Meningkatkan mutu perkhidmatan yang sedia ada bagi menarik lebih ramai pelancong serta menjamin keselesaan dan memenuhi kepuasan pengunjung.

50

Anda mungkin juga menyukai